Book Hunting Habiskan Voucher Di MPH Melawati Mall

Book Hunting Habiskan Voucher Di MPH 

Cuti peristiwa lepas aku sempat ber book hunting dan habiskan voucher MPH yang aku dapat masa event Shopee yang lepas. Voucher RM100 yang memang kecil nilainya bila masuk kedai buku. Rambang mata jadinya.

Syukur sangat rezeki yang diberikan. Kira reward dekat diri sendiri. Dah masuk usia 30 an ni, dua tempat aku suka sangat pergi kalau nak release stress, satu ialah kedai buku, lagi satu kedai makan.

Aku boleh duduk berjam-jam belek buku, cium-cium bau buku, entah aku pun tak faham apa yang best tapi memang terapi terbaik aku.

Book Hunting & Habiskan Voucher Di MPH Melawati Mall

Dalam bilik bacaan dekat rumah ni memang banyak buku aku yang beli tapi masih belum ada kesempatan nak baca. Dah beratur dah pun. Suami selalu jeling kalau aku singgah kedai buku.
Kebiasaan kalau aku beli novel, (ni masa muda dulu) aku akan hadiahkan dekat orang lepas baca.

Tapi kalau buku agama, buku motivasi memang aku akan simpan dan ulang baca. Sayang wo.
Cita-cita one day kalau rumah besar aku nak buat bilik bacaan. Aku nak kumpul semua buku hasil tulisan penulis-penulis yang aku suka baca.

Kalau korang tiada masa nak pergi ke MPH, korang shopping buku MPH dekat Shopee ok. Aku cerita lebih banyak dekat sini.


Buku Yang Aku Beli Dekat MPH Melawati Mall


Oleh sebab anak teruna pun teruja bila ikut aku masuk MPH dia pun buat muka comel mintak nak beli buku. Kira ok lah, dari dia minta Beyblade. Aku layankan saja. Jadi beli buku yang satu keluarga boleh baca.



#1 FILOSOFI MAK SINGA (PSIKOLOGI VS SEKEHLOGI) OLEH ANIE-AJLA RM 25

Sinopsis FILOSOFI MAK SINGA

Buku ni sesuai buat mak yang keletihan. Mak yang percaya mereka akan pergi satu hari nanti, dan anak harus dilengkapi dengan ilmu kemahiran hidup.

Mak yang mencari kelainan dalma pendekatan mendidik. Mak yang tak mahu anaknya menyusahkan orang sekeliling apabila dia sudah pergi bertemu Tuhan.

Tapi mengapa “Singa”?

Ya, kita garang bukan niat membunuh anak-anak. Sakit kot beranak, ingat senang ke?

Niat kita hanya mahu menasihati dan mengingatkan anak-anak supaya mereka beradap dan berdisiplin. Menghormati dan berbudi bahasa kepada mak ayah dan orang sekeliling. Kuat daya tahan, bercita-cita tinggi, dan jangan mengaharap duit KWSP mak ayah.



#2 25 RASUL PEMBAWA RAHMAT TERBITAN DARUL MUGHNI TRADING RM 44.90

Sinopsis 25 RASUL PEMBAWA RAHMAT

Buku ini menghimpunkan 25 kisah rasul yang wajib diketahui sebagai teladan kepada anak-anak. bentuk penceritaan yang mudah dan di samping penerapan nilai-nilai murni perjuangan dan keperibadian diharapkan dapat dihayati oleh mereka. Buku ini sesuai dijadikan asas dalam pembentukan sahsiah anak anda.



#3 KOMIK PEMBURU BERTUKAR NYAWA OLEH SOLAR TEAM – RM 12

Sinopsis KOMIK PEMBURU BERTUKAR NYAWA

Komik ni adalah Komik Pendidikan Intelek dan disyorkan oleh guru dan ibu bapa. Ada nota ringkas, teka teki dan pengembaraan. Siri pengembaraan Pasukan X-Venture untuk merungkai Misteri Makmal Zaman Pertengahan.

Alex, Lulu, dan Ming Kong ke London untuk menyiasat buktiyang mengaitkan cacing salur darahdengan alkimia. Manakalah pengembaraan ranking ke-2, Howling Heart didapati hilang dari penjaranya.


#4 MENGAPA RASULULLAH S.A.W TIDAK PERNAH SAKIT OLEH DR ADI HASHMAN – RM20

Sinopsis MENGAPA RASULULLAH S.A.W TIDAK PERNAH SAKIT

Buku ni membincangkan rahsia gaya hidup Islami yang diamalkan oleh Rasulullah sepanjang kehidupan. Buku ini juga membicarakan secara terperinci pemeliharaan dan pemuliharaan kesihatan tubuh badan melalui pemakanan yang sihat, penjagaan rohani yang berkesan dan amalan-amalan yang dianjurkan oleh Islam melalui Quran dan Hadis Rasulullah.

Tak sabar nak habiskan semua buku-buku ni. Next book hunting aku ialah kebetulan aku ternampak story Dayana bercakap tentang buku tu. Seronok untuk dibaca. In sya Allah nanti aku kongsikan dekat blog.

Terpengaruh Cuba Ais Krim 7Eleven, Aiskleem Salted Egg

Baru-baru ni aku telah mencuba ais krim terbaru 7Eleven, Aiskleem Salted Egg. Seperti biasa aku memang cepat terpengaruh nak cuba terutama melibatkan makanan.

Bila 7Eleven mula jual Aiskleem Salted Egg, aku pon tak ketinggalan nak rasa. Besar la harapan aku agar ais krim tu lemak manis berkrim.

Terpengaruh Cuba Ais Krim 7Eleven, Aiskleem Salted Egg 

Gelojoh punya pasal langsung tak buat research pasal new flavour ni. *Ejaan dia memang Aiskleem ye bukan aku sengaja type macam tu.


Ais Krim Terbaru 7Eleven, Aiskleem Salted Egg


Nak dijadikan cerita, kebetulan masa teman suami potong rambut nampak la 7Eleven dan terpandang bunting promosi Aiskleem Salted Egg. Terus ke kaunter dan beli satu.

Masa tu perut masih kenyang jadi beli satu dan kongsi dengan anak-anak. Nasib la beli satu je, kalau beli sorang satu mau menangis nak habiskan.

Muka aku memang ceria habis sebab terbayang kesedapan dia macam aku makan ayam goreng sos Salted Egg IKEA tu. Tapi, masa cium bau ais krim ni aku dah mula tak sedap hati. Ah sudah, kalau tak sedap?? Masa tu masih positif.

Rasa Sebenar Ais Krim Terbaru 7Eleven, Aiskleem Salted Egg

Lepas je beberapa kali suap ke mulut terus otak hantar signal tak boleh telan. Tekak aku rasa bahang pedas. Apakah semua ini? Kenapa harus ais krim ni pedas. Kejamnya 7Eleven buat Ais Krim pedas macam ni.


Rupa-rupanya dekat website mereka dah beritahu yang Ais Krim ni salty dan spicy. Cis! Siapa yang request buat ice cream begini rasanya.

Aiskleem Salted Egg
Salty? Spicy? Try our new creamy, golden salted egg yolk Aiskleem for a savoury and spicy (yes, you read correctly – spicy) sensation!
Exclusively available at the selected 7-Eleven stores




Rasa dia sebijik la kau makan telur masin tu tapi sejuk, tak manis tapi masin. Dia macam rasa kesat-kesat begitu. Bau dia tak wangi. Wow jujurnya. Itu rasa dekat tekak aku la, mungkin tekak peminat ais krim ni ok je kan.

Lagi satu, ais krim ni memang pedas. Aku ingat aku yang salah rasa. Dia pedas bukan pedas makan sambal nasi lemak tapi pedas perit dekat anak tekak.

Dah nak kena minum air masak bila makan ais krim salted egg ni. Apekebenda begitu.

Sejak dari hari itu aku terus fobia nak mencuba dessert berasaskan Salted Egg. yang boleh telan Aiskleem Salted Egg tu hanyalah Raudah. Dia suka weh, pelik tapi memang tak la aku nak bagi. Kang jadi apa-apa pedas kang.

Akhirnya ais krim tu mencair begitu sahaja. Berdosa weh. Suami sempat perli, kasihankan ais krim yang dibiarkan sepi atas meja.

Pesanan untuk 7Eleven, please sebelum keluarkan new flavour please study kesukaan Rakyat Malaysia. Aku tak pasti siapa cadangkan perisa tu, tapi cepat lah tukar perisa baru.

Untuk yang nak cuba Aiskleem Salted Egg ni, boleh dapatkan dia 7Eleven yang disenaraikan dekat bawah ni je. 

Harga satu kon RM2.50. Kon dia sedap, nasihat aku beli satu cuba dulu.

Selamat mencuba.

Iskandar Educity Guna Sistem Solar Jimat Bil Elektrik

Tanggal 29 Julai lepas telah termeterai satu perjanjian Tenaga Lestari Boleh Diperbaharui (SARE) yang dijangka mampu menjimatkan pembayaran bil elektrik Iskandar EduCity sebanyak RM2.22 juta dalam tempoh 25 tahun melalui pemasangan solar fotovolta (PV).

SARE – Supply Agreement Renewable Energy

Bangga sungguh sebab berpeluang menyaksikan perjanjian tiga pihak ditandatangani antara Hab pendidikan bersepadu, EduCity Iskandar Malaysia Sdn Bhd (EduCity), Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan subsidiarinya, GSPARX Sdn Bhd.

Iskandar Educity Guna Sistem Solar Jimat Bil Elektrik 

Iskandar EduCity Guna Sistem Solar Berjaya Jimatkan RM2.22 Juta Bil Elektrik

SARE telah berlangsung dengan penuh jaya bertempat di Hotel Hilton, Kuala Lumpur.  Inisiatif itu telah diterajui oleh Digital Puls. 

Sebuah anak syarikat di bawah Iskandar Innovations Sdn Bhd (IISB), bagi pihak Iskandar Education Enterprise Sdn Bhd (IEESB), entiti yang beroperasi di bawah EduCity.





Iskandar EduCity telah diwakili oleh Wan Ahmad Saifuddin Wan Ahmad Radzi (Pengarah Iskandar Education Enterprise Sdn Bhd, (IEESB), Datuk Nor Azman Mufti Ketua Pegawai Teroka TNB) dan Mohd Yusrizal Mohd Yusof (Pengarah Urusan TNB Renewables Sdn Bhd untuk GSPARX).

Iskandar EduCity yang merupakan sebuah hab pendidikan bersepadu seluas 121.41 hektar di Iskandar Malaysia merupakan tapak bagi institusi pengajian tinggi dan universiti dari seluruh dunia dengan menyediakan fasiliti terbaik untuk pelajar.


Ringkasan Menarik Tentang SARE




Projek pemasangan Sistem Solar dijangka siap sepenuhnya menjelang Februari 2020 yang juga merupakan sumbangan kumpulan kepada masyarakat dan pemimpin masa depan.

Anggaran penjimatan bil elektrik EduCity untuk tahun pertama boleh mencecah sehingga RM31,354 dan RM2.22 Juta dalam masa 25 tahun.

Dua lokasi tapak pemasangan solar fotovolta, iaitu di Kompleks Multi Varsity serta bahagian laluan pejalan kaki dalam kompleks berkenaan.
 



Kedua-duanya boleh menjana 152kWp dan 130kWp dengan jumlah keseluruhan sebanyak 282kWp dalam penjanaan elektrik. Secara tahunan, kedua-dua lokasi ini boleh menjana sehingga 344, 816kWh/setahun.

Selain manfaat penjimatan bil elektrik, melalui skim SARE, EduCity juga boleh menjual lebihan tenaga suria daripada pemasangan PV itu kepada TNB dan mendapatkan kredit tenaga berasaskan imbangan satu dengan satu bagi mengurangkan caj elektriknya melalui skim pemeteran tenaga bersih.

Dalam sesi soal jawab bersama media, Wan Ahmad Saifuddin menggalakan mana-mana pihak korporat mahupun individu yang berminat dengan PV dan penjimatan tenaga boleh lah menghubungi pihak TNB atau GSPARX.


Pujian buat pihak terlibat kerana menyahut seruan kerajaan untuk meningkatkan sasaran tenaga boleh diperbaharui dan pembangunan lestari Malaysia dan TNB dalam membangunkan perniagaan tenaga hijau sambil memenuhi keperluan masa hadapan secara berterusan dan boleh dipercayai. 

Korang boleh tengok pakej solar untuk perumahan yang ditawarkan oleh GSPARX ni. Boleh layari laman web yang disediakan dan hubungi je talian bebas tol mereka di talian 1 300 80 7828.




GSPARX: https://www.gsparx.com/
EduCity Iskandar Malaysia Sdn Bhd: http://www.iskandarinvestment.com/
Tenaga Nasional Berhad: https://www.tnb.com.my/


Pengalaman pertama menulis buku anekdot Mama, Kopi & Wi-FI

Pengalaman pertama menulis buku anekdot Mama, Kopi & Wi-FI

Alhamdulillah impian aku untuk menulis buku dimakbulkan Allah. Walaupun penglibatan aku tidaklah secara menyeluruh tapi pengalaman menulis bersama rakan-rakan yang punyai minat yang sama amatlah bermakna. Sama-sama berganding bahu, berkongsi kisah dan ilmu.

Bukan mudah nak percaya dan bekerjasama dengan orang yang tidak pernah sekali pun kita jumpa di alam nyata tapi itu lah rahsia jodoh Allah aturkan. 

Dengan gembiranya aku umumkan buku Mama, Kopi & Wi-Fi dah pun ada dipasaran. Boleh dapatkan buku Mama, Kopi & Wi-Fi melalui penulis-penulis terlibat.