Makan Mi Celup Delima di Medan Selera Bukit Naga

Hari tu masa food hunting, suami ajak makan Mee Celup di Medan Selera Bukit Naga yang terletak di Shah Alam Selangor. 

Kebetulan tengahari tu melawat kakak di Klang, dah alang-alang terus lajak ke Medan Selera Bukit Naga. Memang selalunya unexpected plan. 

Dalam setengah jam je dari Jalan Yadi Klang. Sebenarnya food hunting kali ni lebih kepada sesi reunion suami dengan kawan Diploma dia dekat UiTM Pahang dulu merangkap senior aku juga lah.

Makan Mi Celup Delima di Medan Selera Bukit Naga 


Kami kenal dia dengan panggilan mesra Pak Lah sebab muka dia ada iras bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Pak Lah pula jadi barisan utama Perwakilan Pelajar masa tu.

Semua orang panggil dia camtu jadi betul lah agaknya. Okay kalau ada sekitar Shah Alam boleh cuba Nasi Arab Aroma Hijrah. 



Mee Celup Jalan Kebun Shah Alam

Gerai Mee (Mi) Celup ni merupakan kedai kedua Pak Lah lepas dia buka gerai Mee Celup di Jalan Kebun Shah Alam. Peminat setia Mee Celup mereka dah biasa makan di Jalan Kebun.

Ada banyak gerai makanan dalam Medan Selera Bukit Naga ni, jadi banyaklah pilihan yang boleh pengunjung cuba. Selain Mee Celup, ada kepak ayam madu bakar, Sata & Otak-Otak, masakan panas Thailand, makanan berasaskan Cheese viral, Char Kuew Teaw goreng dan banyak lagi.


Aku sempat cuba Mee Celup Maggi, Somtam, Kerang Rebus dan Kepak Ayam. Semua sedap. Memang dasar kuat makan.


Berbalik kepada Mi Celup Delima tadi, Pak Lah kata kebanyakan pelanggan yang cuba suka kan rasa Mee Celup mereka sebab rasa dia seakan-akan Mee Celup yang mereka makan dia kampung halaman mereka di Kelantan.

Mana taknya, resepi Mee Celup tu memang resepi tradisi keluarga yang asalnya orang Kelantan juga. Orang Kelantan boleh pergi cuba dan bagitahu aku nanti eh.



Selain Maggi Celup Special, korang boleh cuba Mee Celup, atau pun Bihun Celup Special. Hari tu aku cuba Maggi Celup Special. Korang boleh makan dengan sambal dan kicap yang disediakan untuk bagii lagi kick rasa kuah dia.



Banyak lagi sebenarnya menu yang aku belum sempat cuba. In sya Allah ada kelapangan aku nak repeat lagi sekali ke Medan Selera Bukit Naga. 

Kita cuba yang ada unsur cheese pulak. Kalau ada tempat makan menarik share la dekat comment. Boleh aku pergi pulak.

Untuk yang nak cuba Mee Celup Medan Selera Bukit Naga boleh follow update di Facebook mereka.


Kisah Misteri kehilangan Nora Anne Quorin

Kisah Misteri kehilangan Nora Anne Quorin 


Sedih dan masih banyak tanda tanya tentang misteri kehilangan Nora Anne Quorin. 
Remaja berusia 15 tahun, warganegara Ireland yang bercuti bersama keluarga di Resort The Dusun Pantai Hill Seremban yang terletak di Negeri Sembilan. 

Kalau baca comment di Twitter, memang ramai lah yang suarakan pendapat tentang tempat dia hilang tu. Sebelum kes Nora dah ramai yang jadi korban. Tapi semua berlaku pasti ada hikmah kan. 

Cuma, bila dia hilang lebih kurang 10 hari dan ditemui tidak lagi bernyawa yang membuatkan orang tertanya-tanya cara kematian dia. 

Dalam berita melaporkan dia kebocoran usus sebab tekanan dan tak makan dalam masa yang lama. Ada juga yang syak dia di rogol tapi hasil bedah siasat tiada kesan dia dicabul. 

Dalam agama Islam dah ingatkan yang Musibah berlaku ke atas orang lain, merupakan ujian bagi orang sekelilingnya. 

Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Semoga dipermudahkan segala urusan. 


Kredit Sinar + Sumber Bernama

Shopee 9.9 Super Shopping Day & Duta Shopee Terbaru Cristiano Ronaldo


Shopee 9.9 Super Shopping Day & Duta Shopee Terbaru Cristiano Ronaldo | Rabu lepas ke majlis sidang media Kempen Shopee 9.9 Super Shopping Day di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur. Memang happening gila dan padat sangat dengan aktiviti menarik sepanjang program berlangsung.

Good job Shopee Malaysia and team!

Kali ni aku turun padang sebagai salah seorang Shopee Ambassador. Aku simpulkan yang sidang media sempena kempen Shopee 9.9 Super Shopping Day berjaya dan berlangsung dengan meriahnya.
Jom aku kongsikan moment istimewa dan apa yang menarik berlaku dekat sana.

Teruskan membaca.


Pelancaran Kempen Shopee 9.9 Super Shopping Day

Majlis dimulakan dengan ucapan dari Head of Business, Shopee Malaysia; Mr Zed Li. Banyak perkongsian berkaitan Shopee Malaysia yang aku dapat. Semua memang dah tahu yang Shopee adalah Number One e-commerce platform in Malaysia.

iprice group – most visited shopping App & website for Q2, 2019.
YouGovBrandindex – Must Recommended Brand for 2018.
FPX – merchant with highest number of transactions for 2018.

Apa Yang Best Dalam Kempen Shopee 9.9 Super Shopping Day?

Tarikan utama untuk shopping dekat Shopee ni ialah kalau waktu tiada SALE atau kempen, pembeli masih lagi dapat beli barang murah dengan tawaran sehingga 20% penjimatan dari harga barang di pasaraya.

Tapi, yang paling best waktu ada SALE atau kempen macam 9.9 yang akan datang ni, ada jualan besar-besaran dengan potongan diskaun sehingga 90%. Memang gila la.

Pemberian diskaun adalah untuk menyahut seruan kerajaan nak rendahkan kos sara hidup rakyat Malaysia.

Alang-alang tu meh aku kongsikan apa yang Shopee duk gembar gemburkan tentang kempen 9.9 yang akan datang ni.



Tarikh special 9.9 nanti Shopee akan beri min RM9 Free Shipping every day, 9X shocking sale dan juga 99Mil coins on Goyang Shopee.

Selain tu, ada juga Super Day macam dekat bawah ni.

19 Ogos -  Super Free Shipping Day.
20 Ogos -  Super Fashion Day
21 Ogos -  Super Cashback Sale Day
22 Ogos -  Super Brand Festival Day
23 Ogos -  Super Goyang Shopee Day
24 Ogos -  Super Electronics Day
25 Ogos -  Super Groceries Day
26 Ogos -  Super RM1 Day
27 Ogos -  Super Health & Beauty Day
28 Ogos -  Super Shopee Live Day
29 Ogos -  Super Mummy & Baby Day
30 Ogos -  Super Goyang Shopee Day
31 Ogos -  Super Lifestyle Day
1 Sep - Super Electronics Day
2 Sep - Super Free Shipping Day
3 Sep - Super Home Day
4 Sep - Super RM1 Day
5 Sep - Super Brand Festival Day
6 Sep - Super Goyang Shopee Day
7 Sep - Super Fashion Day
8 Sep - Super Electronics Day
9 Sep - SUPER SHOPPING DAY

Jadi siap-siap la tanda dekat kalendar ok.



Tambahan lagi, masa hari kemuncak 9.9 di aplikasi Shopee ada RM1 One or Not? akan ada seorang pembeli yang bertuah untuk beli Honda City 1.5LE pada harga RM1 sahaja. Memang tak masuk akal.
Kalau gagal beli kereta Honda, ada 21 buah Motosikal Yamaha 135LC juga dijual pada harga RM1. Yang tak berjaya beli, RM1 akan dipulangkan semula kepada anda.



Siapa yang tak nak kan?


Pengumuman Duta Shopee 2019

Dalam majlis tu juga Shopee telah umumkan Duta Shopee 2019 dan memang surprise sangat bila Shopee umumkan yang Shopee Ambassador ni football legend, powerful and tough serta pemilik jersi no 7.

Kalau sebelum ni Kumpulan Blackpink dari Korea kali Shopee telah memilih CRISTIANO RONALDO. Wow sangat ni.

Mana tahu one day Shopee Ambassador dapat jumpa CRISTIANO RONALDO secara live. Ok dah boleh berangan. Korang aamiin kan ya.


Shopee Super Experiential Tour

Sempena Shopee Super Experiential Tour dalam majlis tu juga Shopee telah sediakan lima (5) games untuk kami cuba dan sebanyak RM2000 hadiah ditawarkan untuk yang hadir.

Seronoknya dalam aplikasi Shopee ada Shopee Shake, RM1 or Not, Shopee Quiz, Voucher Mission dan Shopee Catch yang pelanggan boleh menang banyak hadiah dan coin tapi sempena Pelancaran Kempen Shopee 9.9 Super Shopping Day semalam semua mainan dalam aplikasi Shopee tu kami dapat cuba depan mata.

Terima kasih kepada semua barisan penaja bersama Shopee memeriahkan Pelancaran Kempen Shopee 9.9 Super Shopping Day. Acer, Ice Watch, Li-Ning, Nestle, Universal Traveller, dan Yves Rocher.

Rawat Kelumumur Dengan Syampu SAFI Shayla

Aku nak kongsikan pengalaman aku menggunakan produk syampu SAFI Shayla Anti Kelumumur yang botol biru tu. 

Memang dari kecil aku ni pakai tudung jadi kalau berlaku porak peranda dekat rambut aku memang seratus peratus aku salahkan tudung. 

Masa tu zaman noob. Malas pun ye jugak. Tapi semenjak tahu guna otak baru la aku semakin memahami kenapa kepala aku ada masalah kelumumur dan rambut aku gugur.

Kelumumur tidak sama sekali menyebabkan rambut gugur ye semua, rambut gugur apabila korang garu kepala macam orang gila. Hahaha. Bercakap kepada diri sendiri nampaknya.

Sebelum aku cerita lebih lanjut, mari belajar tentang kelumumur.





Syampu SAFI Shayla Mengatasi Masalah Kelemumur


Setiap orang adalah berbeza, dan semestinya faktor yang menyebabkan kelumumur itu juga berlainan. Tapi yang pasti punca utama kelumumur adalah kerana kulit kepala yang kering, pakai produk syampu yang salah, selalu stres, faktor pemakanan dan banyak lagi kalau nak senaraikan.

Cuaca pun memainkan peranan, nak pula kalau pakai tudung dalam jangka masa lama dan berada di bawah cahaya matahari memang menyumbang kepada masalah kelumumur.

Bertambah teruk kalau kita malas nak jaga, dan buat tak kisah. Silap haribulan kepala gatal dan asyik menggaru boleh akibatkan botak. Jadi jangan malas ya.

Dan aku bersyukur sangat aku tiada masalah rambut yang lain dan teruk seperti jangkitan kulat mahupun rambung bercabang.

Untuk rawat masalah kulit kering boleh guna set SAFI Hydra Glow


Bagaimana Untuk Merawat Kelemumur?


Selain daripada menjaga pemakanan, mengawal stress dan salah satu cara mudah untuk menghilangkan kelumumur adalah menggunakan syampu anti kelumumur. 

Aku tertarik untuk menggunakan Syampu SAFI SHAYLA Anti Kelemumur yang memang dicipta khas untuk gadis bertudung dalam menyelesaikan masalah rambut.

Kalau nak tahu, Syampu SAFI SHAYLA Anti Kelemumur mengandungi Habbatus Sauda serta bahan aktif ZPT dan Menthol yang mencegah kelemumur bermula dari cucian pertama serta haruman yang mampu kekal sehingga 24 jam.





Minyak Rambut Anti-Kelemumur SAFI SHAYLA


Minyak rambut SAFI Shayla mengandungi minyak Organik Habbatus Sauda, Minyak Zaitun Tulen dan mentol. Menjadikan rambut lebih lembut, licin dan memberikan kilauan rambut dan sihat menawan. 

Ia mengurangkan kelemumur dengan berkesan, melegakan kulit kepala yang gatal dan memberikan kesegaran kepada kulit kepala dengan sensasi dingin. 

Rambut lebih selesa bersama haruman yang mampu kekal sepanjang hari.

  1. Minyak Organik Habbatus Sauda - Memberikan kelembutan kepada rambut, nutrien, anti-bakteria dan perlindungan matahari.
  2. Minyak zaitun tulen - Memelihara/Memberikan kelembapan kepada rambut kering, kusam atau kerinting.
  3. Ejen anti-kelemumur & Mentol - Mengurangkan kelemumur, minyak & gatal kulit kepala serta memberikan kesan sensasi dingin dan kesegaran kepada kulit kepala dengan penggunaan berterusan.



Tip Merawat Kelumumur Menggunakan Syampu SAFI SHAYLA


Untuk mendapatkan kesan yang lebih efektif dalam menghapuskan kelumumur, aku cadangkan korang untuk cuba Syampu SAFI SHAYLA Anti Kelemumur bersama Minyak Rambut Anti Kelemumur SAFI SHAYLA.

Cara menggunakan minyak rambut anti kelumumur pun amat mudah. Berikut adalah langkah-langkah menggunakan produk Syampu SAFI SHAYLA Anti Kelumumur.

1. Sapu Minyak Rambut Anti Kelemumur dan urut perlahan-lahan ke kulit kepala. Biarkan dalam 3-5minit

2. Basahkan rambut dan Syampu rambut menggunakan Syampu Safi Shayla Anti Kelemumur. Urut dan sebatikan pada kulit kepala

3. Kemudian bilas sehingga bersih.

Dicadangkan guna syampu dua kali seminggu atau ikut keperluan. Boleh selang selikan dengan pemakaian SAFI Shayla Refreshing Scalp Mask Dandruff & Itch Control untuk kawal kegatalan akibat kelumumur.



Untuk Safi Shayla Refreshing Scalp Mask Dandruff & Itch Control:

1. Ratakan masker ini ke kulit kepala dan urut perlahan selama 1 minit. Kemudian bilas sehingga bersih

Kalau ikut pengalaman aku sendiri, aku amat berpuas hati sepanjang aku menggunakan minyak rambut dan Syampu Safi Shayla Anti Kelemumur ni. Rambut jadi ringan, wangi dan paling utama kurang gatal serta kurang masalah kelumumur.




Sekarang pula sedang berlangsung promosi Koleksi Beg Silang edisi terhad “We Bare Bears” di outlet yang mengambil bahagian. 

Dengan setiap pembelian melebihi RM35 untuk mana-mana produk SAFI SHAYLA korang layak dapat beg silang comel tu.

Jangan lupa dapatkan Syampu SAFI Shayla di pasaran.