Rawat Kelumumur Dengan Syampu SAFI Shayla Anti Kelumumur

by - August 17, 2019


Rawat Kelumumur Dengan Syampu SAFI Shayla Anti Kelumumur | Aku nak kongsikan pengalaman aku menggunakan produk syampu SAFI Shayla Anti Kelumumur yang botol biru tu. Memang dari kecil aku ni pakai tudung jadi kalau berlaku porak peranda dekat rambut aku memang seratus peratus aku salahkan tudung. 

Masa tu zaman noob. Malas pun ye jugak. Tapi semenjak tahu guna otak baru la aku semakin memahami kenapa kepala aku ada masalah kelumumur dan rambut aku gugur.

Kelumumur tidak sama sekali menyebabkan rambut gugur ye semua, rambut gugur apabila korang garu kepala macam orang gila. Hahaha. Bercakap kepada diri sendiri nampaknya.

Sebelum aku cerita lebih lanjut, mari belajar tentang kelumumur.


Faktor Penyebab Kelemumur

Setiap orang adalah berbeza, dan semestinya faktor yang menyebabkan kelumumur itu juga berlainan. Tapi yang pasti punca utama kelumumur adalah kerana kulit kepala yang kering, pakai produk syampu yang salah, selalu stres, faktor pemakanan dan banyak lagi kalau nak senaraikan.

Cuaca pun memainkan peranan, nak pula kalau pakai tudung dalam jangka masa lama dan berada di bawah cahaya matahari memang menyumbang kepada masalah kelumumur.

Bertambah teruk kalau kita malas nak jaga, dan buat tak kisah. Silap haribulan kepala gatal dan asyik menggaru boleh akibatkan botak. Jadi jangan malas ya.

Dan aku bersyukur sangat aku tiada masalah rambut yang lain dan teruk seperti jangkitan kulat mahupun rambung bercabang.

Bagaimana Untuk Merawat Kelemumur?

Selain daripada menjaga pemakanan, mengawal stress dan salah satu cara mudah untuk menghilangkan kelumumur adalah menggunakan syampu anti kelumumur. Aku tertarik untuk menggunakan Syampu SAFI SHAYLA Anti Kelemumur yang memang dicipta khas untuk gadis bertudung dalam menyelesaikan masalah rambut.

Kalau nak tahu, Syampu SAFI SHAYLA Anti Kelemumur mengandungi Habbatus Sauda serta bahan aktif ZPT dan Menthol yang mencegah kelemumur bermula dari cucian pertama serta haruman yang mampu kekal sehingga 24 jam.


Minyak Rambut Anti-Kelemumur SAFI SHAYLA

Minyak rambut SAFI Shayla mengandungi minyak Organik Habbatus Sauda, Minyak Zaitun Tulen dan mentol. Menjadikan rambut lebih lembut, licin dan memberikan kilauan rambut dan sihat menawan. Ia mengurangkan kelemumur dengan berkesan, melegakan kulit kepala yang gatal dan memberikan kesegaran kepada kulit kepala dengan sensasi dingin. Rambut lebih selesa bersama haruman yang mampu kekal sepanjang hari.

Minyak Organik Habbatus Sauda - Memberikan kelembutan kepada rambut, nutrien, anti-bakteria dan perlindungan matahari.

Minyak zaitun tulen - Memelihara/Memberikan kelembapan kepada rambut kering, kusam atau kerinting.

Ejen anti-kelemumur & Mentol - Mengurangkan kelemumur, minyak & gatal kulit kepala serta memberikan kesan sensasi dingin dan kesegaran kepada kulit kepala dengan penggunaan berterusan.

Tip Merawat Kelumumur Menggunakan Syampu SAFI SHAYLA

Untuk mendapatkan kesan yang lebih efektif dalam menghapuskan kelumumur, aku cadangkan korang untuk cuba Syampu SAFI SHAYLA Anti Kelemumur bersama Minyak Rambut Anti Kelemumur SAFI SHAYLA.

Cara menggunakan minyak rambut anti kelumumur pun amat mudah. Berikut adalah langkah-langkah menggunakan produk Syampu SAFI SHAYLA Anti Kelumumur.

1. Sapu Minyak Rambut Anti Kelemumur dan urut perlahan-lahan ke kulit kepala. Biarkan dalam 3-5minit

2. Basahkan rambut dan Syampu rambut menggunakan Syampu Safi Shayla Anti Kelemumur. Urut dan sebatikan pada kulit kepala

3. Kemudian bilas sehingga bersih.

Dicadangkan guna syampu dua kali seminggu atau ikut keperluan. Boleh selang selikan dengan pemakaian SAFI Shayla Refreshing Scalp Mask Dandruff & Itch Control untuk kawal kegatalan akibat kelumumur.

Untuk Safi Shayla Refreshing Scalp Mask Dandruff & Itch Control:

1. Ratakan masker ini ke kulit kepala dan urut perlahan selama 1 minit. Kemudian bilas sehingga bersih

Kalau ikut pengalaman aku sendiri, aku amat berpuas hati sepanjang aku menggunakan minyak rambut dan Syampu Safi Shayla Anti Kelemumur ni. Rambut jadi ringan, wangi dan paling utama kurang gatal serta kurang masalah kelumumur.


Sekarang pula sedang berlangsung promosi Koleksi Beg Silang edisi terhad “We Bare Bears” di outlet yang mengambil bahagian. Dengan setiap pembelian melebihi RM35 untuk mana-mana produk SAFI SHAYLA korang layak dapat beg silang comel tu.

Semak outlet yang mengambil bahagian di SINI.

Jangan lupa dapatkan Syampu SAFI Shayla di pasaran.

You May Also Like

4 Comments

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.