Shopee 9.9 Super Shopping Day & Duta Shopee Terbaru Cristiano Ronaldo

Rodiah Amir
1

Shopee 9.9 Super Shopping Day & Duta Shopee Terbaru Cristiano Ronaldo | Rabu lepas ke majlis sidang media Kempen Shopee 9.9 Super Shopping Day di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur. Memang happening gila dan padat sangat dengan aktiviti menarik sepanjang program berlangsung.

Good job Shopee Malaysia and team!

Kali ni aku turun padang sebagai salah seorang Shopee Ambassador. Aku simpulkan yang sidang media sempena kempen Shopee 9.9 Super Shopping Day berjaya dan berlangsung dengan meriahnya.
Jom aku kongsikan moment istimewa dan apa yang menarik berlaku dekat sana.

Teruskan membaca.


Pelancaran Kempen Shopee 9.9 Super Shopping Day

Majlis dimulakan dengan ucapan dari Head of Business, Shopee Malaysia; Mr Zed Li. Banyak perkongsian berkaitan Shopee Malaysia yang aku dapat. Semua memang dah tahu yang Shopee adalah Number One e-commerce platform in Malaysia.

iprice group – most visited shopping App & website for Q2, 2019.
YouGovBrandindex – Must Recommended Brand for 2018.
FPX – merchant with highest number of transactions for 2018.

Apa Yang Best Dalam Kempen Shopee 9.9 Super Shopping Day?

Tarikan utama untuk shopping dekat Shopee ni ialah kalau waktu tiada SALE atau kempen, pembeli masih lagi dapat beli barang murah dengan tawaran sehingga 20% penjimatan dari harga barang di pasaraya.

Tapi, yang paling best waktu ada SALE atau kempen macam 9.9 yang akan datang ni, ada jualan besar-besaran dengan potongan diskaun sehingga 90%. Memang gila la.

Pemberian diskaun adalah untuk menyahut seruan kerajaan nak rendahkan kos sara hidup rakyat Malaysia.

Alang-alang tu meh aku kongsikan apa yang Shopee duk gembar gemburkan tentang kempen 9.9 yang akan datang ni.



Tarikh special 9.9 nanti Shopee akan beri min RM9 Free Shipping every day, 9X shocking sale dan juga 99Mil coins on Goyang Shopee.

Selain tu, ada juga Super Day macam dekat bawah ni.

19 Ogos -  Super Free Shipping Day.
20 Ogos -  Super Fashion Day
21 Ogos -  Super Cashback Sale Day
22 Ogos -  Super Brand Festival Day
23 Ogos -  Super Goyang Shopee Day
24 Ogos -  Super Electronics Day
25 Ogos -  Super Groceries Day
26 Ogos -  Super RM1 Day
27 Ogos -  Super Health & Beauty Day
28 Ogos -  Super Shopee Live Day
29 Ogos -  Super Mummy & Baby Day
30 Ogos -  Super Goyang Shopee Day
31 Ogos -  Super Lifestyle Day
1 Sep - Super Electronics Day
2 Sep - Super Free Shipping Day
3 Sep - Super Home Day
4 Sep - Super RM1 Day
5 Sep - Super Brand Festival Day
6 Sep - Super Goyang Shopee Day
7 Sep - Super Fashion Day
8 Sep - Super Electronics Day
9 Sep - SUPER SHOPPING DAY

Jadi siap-siap la tanda dekat kalendar ok.



Tambahan lagi, masa hari kemuncak 9.9 di aplikasi Shopee ada RM1 One or Not? akan ada seorang pembeli yang bertuah untuk beli Honda City 1.5LE pada harga RM1 sahaja. Memang tak masuk akal.
Kalau gagal beli kereta Honda, ada 21 buah Motosikal Yamaha 135LC juga dijual pada harga RM1. Yang tak berjaya beli, RM1 akan dipulangkan semula kepada anda.



Siapa yang tak nak kan?


Pengumuman Duta Shopee 2019

Dalam majlis tu juga Shopee telah umumkan Duta Shopee 2019 dan memang surprise sangat bila Shopee umumkan yang Shopee Ambassador ni football legend, powerful and tough serta pemilik jersi no 7.

Kalau sebelum ni Kumpulan Blackpink dari Korea kali Shopee telah memilih CRISTIANO RONALDO. Wow sangat ni.

Mana tahu one day Shopee Ambassador dapat jumpa CRISTIANO RONALDO secara live. Ok dah boleh berangan. Korang aamiin kan ya.


Shopee Super Experiential Tour

Sempena Shopee Super Experiential Tour dalam majlis tu juga Shopee telah sediakan lima (5) games untuk kami cuba dan sebanyak RM2000 hadiah ditawarkan untuk yang hadir.

Seronoknya dalam aplikasi Shopee ada Shopee Shake, RM1 or Not, Shopee Quiz, Voucher Mission dan Shopee Catch yang pelanggan boleh menang banyak hadiah dan coin tapi sempena Pelancaran Kempen Shopee 9.9 Super Shopping Day semalam semua mainan dalam aplikasi Shopee tu kami dapat cuba depan mata.

Terima kasih kepada semua barisan penaja bersama Shopee memeriahkan Pelancaran Kempen Shopee 9.9 Super Shopping Day. Acer, Ice Watch, Li-Ning, Nestle, Universal Traveller, dan Yves Rocher.

Catat Ulasan

1Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Ulasan