Akhirnya Tuhan Jawab Soalan Aku

Dah beberapa tahun aku rancang untuk berniaga dan bina jenama aku sendiri. Sungguh aku teringin sangat. 

Bertahun aku plan sejak aku masih bekerja lagi. Tahun pertama aku work from home, aku bergelut nak bahagi dan uruskan masa. Hampir kalah sebenarnya.

Masuk tahun kedua, aku lebih kuat. Aku faham mana kelemahan dan apa perlu aku buat, tapi biasalah kekuatan tu tak selari dengan kehendak. 

Soalan Aku Tuhan Jawab Akhirnya

Impian aku masih ada progress walau sikit. Selalu aku tanya Allah dalam setiap doa. Kenapa ya doa aku belum diperkenankan?

Kenapa langsung tiada isyarat Allah turunkan. Salah ke apa aku minta? Terjawab akhirnya persoalan aku kenapa Allah masih belum gerakkan hati untuk teruskan apa yang aku rancang. Rupa-rupanya kerana COVID-19 ni.


Aku Dah Dapat Jawapan

Alhamdulillah. Bayangkan kalau lah aku teruskan juga, agak pedih untuk survive terutama di waktu semua orang berhati-hati untuk berbelanja. 

Terima kasih Allah. Aku dah dapat jawapan. Terima kasih buat aku faham yang rancanganMu adalah yang paling terbaik kerana Kau sebaik-baik Perancang.

Back to my business plan, masih akan diteruskan tapi aku akan buat sedikit perubahan. Kena brainstorm lagi dan mungkin aku kena cari partner. Mungkin. 

Semuanya masih awal tapi waktu rehat inilah patut dijadikan masa untuk fikir dan rancang plan seterusnya.  Dan ya aku belum putus asa.


Hidup Masih Perlu Diteruskan

Dalam kekalutan kita diuji penyakit dan wabak, diuji wang ringgit, kehidupan kita masih perlu diteruskan. Sungguh, yang masih hidup perlu fikirkan keluarga, yang sakit harus kuat melawan penyakit.

Aku selalu fikir, kalau aku yang masih punya suami yang bekerja, ada rumah untuk berlindung, ada makanan rasa pun rasa susah. Macam mana perasaan dan nasib gelandangan, orang miskin, anak yatim? Sedih.

Aku harap dengan musibah yang melanda Malaysia akan melahirkan golongan yang murah hati, banyak bersedekah, berhati mulia, tak kedekut, bertimbang rasa dan sentiasa berkasih sayang. 

Ada hikmah Tuhan turunkan semua ujian, tak lain tak bukan nak melihat sejauh mana keimanan kita. Semoga kita semakin dekat dengan Pencipta.

Semoga ujian yang sedang menimpa kita ini menjadikan kita lebih kuat dan menaikan darjat di sisi Pencipta. 

Buat Baik Pun Kena Kecam

Sedikit selingan, cuma aku sedih, bila terbaca tentang rakyat Malaysia yang berfikiran negatif dan tahu nak cari salah orang je. 

Ada ke patut kecam tindakan baik orang bersedekah. Ya, aku geram sangat bila orang kata Ustaz Ebit Liew tu berlagak siap rakam video masa hantar bantuan ke klinik-klinik.

Niat, ikhlas atau tidak biar itu urusan dia dengan Tuhan. 

Ya ampun apakah makhluk itu tidak menggunakan akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah? Teringat Sajat kalau sebut ayat tadi. 
 
Aku rayu agar rakyat Malaysia tidak mengecam mereka yang bersedekah dan berkongsi di Facebook. Tolonglah jangan perli atau berfikiran sempit. 

Mari meriahkan dunia dengan perkara baik. Dari berkongsi perkara pelik, hal politik lebih elok lah kongsikan amalan bersedekah agar terdetik di hati orang lain untuk turut sama menghulurkan bantuan.




Yang manakah lebih baik, SEDEKAH secara rahsia atau terang-terangan?


1. Firman Allah SWT yang bemaksud:

Jika kamu menampakkan sedekah (mu) maka itu adalah baik. Dan jika kamu menyembunyikannya, dan kamu berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan itu paling baik bagimu. 

Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian kesalahan kamu dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan. 

(Surah Al-Baqarah: 271)


2. Hadis daripada Ibnu Abbas r.a yang bermaksud:

Sedekah sunat yang diberikan secara rahsia lebih afdal daripada yang diberikan secara terang-terangan dengan 70 kali ganda. 

Dan sedekah wajib yang diberikan secara terang-terangan lebih afdal daripada yang diberikan secara rahsia dengan 25 kali ganda. Demikian juga segala jenis amalan yang difardhukan dan yang disunatkan.

(Al-Futuhat al-Uluhiyyah; Tafsir al-Alusi; Tafsir al-Kasyaf-Tafsir al-Zamakhsyari)


3. Imam Al-Syafi'e menyatakan:

Sudah sepatutnya bagi seorang alim memiliki amalan rahsia yang tersembunyi; hanya Allah dan dirinya sahaja yang mengetahuinya. Kerana segala sesuatu amalan yang dinampakkan di hadapan manusia akan sedikit sekali manfaatnya di akhirat kelak.

(Sayyid bin Husain al-'Afaniy, Ta'thirul Anfas min Hadith al-Ikhlas)



Kesimpulan: (Menurut Ulamak)

1. Sedekah WAJIB (zakat) lebih afdal diberi secara terang-terangan (untuk menggalakkan orang lain)

2. Sedekah SUNAT (sumbangan, derma, khairat) lebih afdal dilakukan secara rahsia/sembunyi. Ia lebih mendekatkan kepada ikhlas dan menjauhkan daripada riak.

* Jika sekarang sudah menjadi tabiat dan kebiasaan sedekah SUNAT ditulis, disenarai dan dihebah2kan, renung-renungkan dan teruskan bermuhasabah! Ikutlah jejak Rasulullah saw. dan para alim ulamak.

*Beramallah dengan hati penuh TAWADHUK bertemankan sifat WARA' . Semoga amalan kita diterima oleh Allah SWT.

Catatan 22 Oktober 2016 oleh Bushrah Basiron di Facebook. 


Kesimpulan

Mak aku selalu pesan, kalau kita ni tidak mampu, tidak ada harta yang banyak, tak cukup kudrat, tak pandai dan seangkatan dengannya untuk membantu, janganlah pula kita menjadi penghalang untuk orang lain berbuat kebaikan. 

Bahasa kasarnya, kau tak mahu tolong, kau duduk diam-diam. Jangan sibuk nak judge orang. Sampai masa kau nanti, Tuhan akan tunjuk apa perlu kau faham. Kau sabar jap.

Semoga kita semua dipermudahkan segala urusan, diberi nikmat kesihatan yang baik berpanjangan, dimurahkan rezeki yang halal, dan sentiasa berada di bawah lindungan Tuhan. 

Sebelum aku undurkan diri, aku mohon ampun dan maaf atas segala keterlanjuran yang tak sengaja aku lakukan. Jumpa lagi di lain entri.

Info Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Akibat Penularan Covid-19

Ramai tarik nafas lega bila PM umumkan penangguhan pinjaman bank (Moratorium) selama enam bulan termasuk lah pinjaman perumahan, pinjaman peribadi, pinjaman kenderaan dan pinjaman perniagaan.

Prihatin dengan keadaan rakyat Malaysia sekarang yang tertekan dengan Covid-19, PTPTN juga turut serta meringankan beban peminjam dengan menawarkan penangguhan bayaran balik PTPTN kepada para peminjam.

Tangguh Bayar PTPTN Akibat Penularan Covid-19

Mengambil kira kesan wabak penyakit COVID-19 kepada ekonomi negara yang mengakibatkan kehilangan dan kekurangan sumber pendapatan kepada peminjam PTPTN. 

Kerajaan telah bersetuju memberi penangguhan bayaran balik pinjaman pendidikan kepada semua peminjam PTPTN berkuat kuasa serta-merta selama enam (6) bulan mulai 19 Mac sehingga 30 September 2020.




Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Secara Automatik

Sehubungan dengan itu, peminjam yang sedang membuat bayaran balik akan ditangguhkan bayaran balik secara automatik tertakluk kepada keadaan berikut:

a)           Bayaran Balik Melalui Potongan Gaji

Semua arahan dan penghantaran data potongan gaji akan ditangguhkan. Walau bagaimanapun, terdapat peminjam yang akan diteruskan potongan gaji bagi bulan Mac 2020 .

Memandangkan aktiviti prosesan data potongan telah dibuat lebih awal sebelum pengumuman penangguhan bayaran balik.

Sila semak penyata pinjaman masing-masing untuk pengesahan bayaran berhubung perkara ini. Tiada pemulangan semula (refund) yang akan dibuat ke atas bayaran balik yang telah diterima. 

Potongan gaji akan dihentikan bagi bulan April hingga September 2020.


 b)          Bayaran Balik Melalui Direct Debit

Semua penghantaran data potongan melalui Direct Debit akan ditangguhkan hingga bulan September 2020

Sehubungan dengan itu, tiada potongan Direct Debit akan dilakukan bermula 19 Mac sehingga 30 September 2020.


c)           Peminjam yang membuat bayaran balik melalui saluran lain seperti kaunter bank, Pos Malaysia, Perbankan Atas Talian (Internet Banking), Arahan Tetap (Standing Instruction) atau lain-lain saluran adalah bertanggungjawab ke atas bayaran yang dibuat sepanjang tempoh penangguhan.

Peminjam dikehendaki membuat pembatalan dengan pihak yang berkaitan sekiranya ingin menangguhkan bayaran di dalam tempoh ini. 

Tiada pemulangan semula (refund) bagi bayaran balik yang telah diterima.



Peminjam Yang Ingin Meneruskan Bayaran Balik Sepanjang Tempoh Penangguhan

Bagi peminjam yang ingin meneruskan bayaran balik pinjaman, boleh membuat bayaran mengikut saluran yang telah disediakan. 

Manakala peminjam yang ingin meneruskan potongan gaji/ Direct Debit pula dikehendaki membuat persetujuan di Portal Rasmi PTPTN  mulai 23 Mac hingga 15 Ogos 2020.

Selaras dengan penangguhan bayaran balik pinjaman ini juga, PTPTN dengan ini memaklumkan penutupan sementara semua permohonan (Pertukaran Ujrah, Penstrukturan Semula Pinjaman, 

Penjadualan Semula Pinjaman dan Penggabungan Pinjaman) bermula 19 Mac 2020 hingga 30 September 2020.

Diharap para peminjam faham dengan penerangan yang diberikan oleh pihak PTPTN. Kalau ada soalan dan masih memerlukan penerangan lanjut hendaklah di salurkan ke e-Aduan PTPTN. 



Pendapat aku Tentang Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN

Bila kerajaan umumkan penangguhan bayaran balik PTPTN sedikit sebanyak aku rasa lega. Memang selama ni setiap bulan aku buat bayaran. 

Awalnya aku memang nak teruskan je buat bayaran memandangkan duit hutang memang aku asingkan setiap bulan. Duit belanja harian pun masih ada in sha Allah.

Cuma bila terfikirkan kemungkinan-kemungkinan akan memerlukan aku menggunakan duit masa waktu gawat ni yang buat aku fikir banyak kali. 

Alang-alang kerajaan dah offer kemudahan penangguhan apa salahnya kan?

Kena fikir juga tentang kos pentadbiran / ujrah yang masih dikenakan walaupun buat penangguhan bayaran dan semestinya tempoh bayaran balik akan dilanjutkan.

Sakit pula hati bila fikir. Bukan tak bersyukur. Ok lah untuk korang yang masih ada soalan boleh hubungi pegawai PTPTN. 


Info Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40

Selepas YAB Perdana Menteri kita umumkan Bantuan Prihatin Nasional bakal diberikan kepada rakyat beberapa hari lepas, akhirnya Kementerian Kewangan tampil menerangkan mengenai perkara ini. 

Pelaksanaan dan cara mengakses Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang telah diperuntukkan sebanyak RM10 bilion bagi golongan rakyat yang layak. 

Bantuan Prihatin Nasional adalah salah satu bantuan yang disediakan oleh Kerajaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang akan diberikan secara one-off kepada golongan B40 dan M40.


Bantuan PRIHATIN Nasional 2020 Bagi Golongan B40 & M40 

Jadi orang ramai diminta berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa penipuan scammers yang semakin berani mengambil peluang menipu orang awam yang memerlukan bantuan Pakej PRIHATIN ini. 

Kerajaan tidak pernah melantik orang tengah dan jangan mudah untuk memberikan maklumat kepada mana-mana pihak ketiga.

Kerajaan memang dah ada data peribadi golongan B40 & M40 berdasarkan data Bantuan Sara Hidup dan juga berdasarkan data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). 

Pemberian BPN akan dibuat dalam dua fasa iaitu pada akhir bulan April dan Mei 2020.



Info Penerima Bantuan Prihatin Nasional 2020 Bagi Golongan B40 & M40

Penerima BPN akan menerima jumlah bantuan berbeza-beza mengikut jumlah pendapatan bulanan isi rumah. Jumlah BPN paling tinggi ialah RM1,600 bagi pendapatan isi rumah RM4,000 ke bawah. 

RM1,000 bagi pendapatan isi rumah RM4,001 hingga RM8,000. Bagi golongan bujang yang mempunyai pendapatan RM2,000 ke bawah akan menerima bantuan RM800 manakala pendapat RM2,001 hingga RM4,000 akan menerima bantuan RM500.

Jom kenali lebih dekat kategori yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 adalah seperti berikut:


Kaedah Bayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40

Kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 adalah bayaran secara kredit ke akaun (jika ada maklumat akaun) atau bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional (Jika tiada akaun atau status bayaran adalah gagal kredit).

Kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional M40 adalah bayaran melalui akaun bank yang dinyatakan di dalam BNCP terkini yang telah dikemukakan. 

Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank ketua isi rumah dan jika taksiran bersama telah dipilih semasa mengemukakan BNCP, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank atas nama pembayar cukai yang ditaksir.

Boleh mengemaskini maklumat akaun bank melalui aplikasi e-Kemaskini (https://ez.hasil.gov.my/ci/ > e-Kemaskini > Profil Diri) untuk memastikan maklumat akaun bank adalah terkini dan aktif.  

Pastikan akaun bank adalah atas nama penerima.


Semak Status Kelayakan

Penerima yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional boleh membuat semakan status mulai 1 April 2020 di Portal Rasmi rasmi kerajaan berikut:

B40 – Semak di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 
M40 – Semak di Bantuan Sara Hidup (BSH) 
atau Kementerian Kewangan Malaysia 

Jika memenuhi kriteria tetapi tidak tersenarai, permohonan baharu Bantuan Prihatin Nasional untuk B40 dan M40 boleh dibuat mulai 1 April 2020 secara dalam talian di portal rasmi dibawah dan pemohon boleh mengemukakan bukti pendapatan. 

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, 
Bantuan Sara Hidup (BSH), 
Kementerian Kewangan Malaysia, 

Kesemua permohonan akan disemak berdasarkan data agensi yang telah ditetapkan. Sekiranya permohonan baharu Bantuan Prihatin Nasional diluluskan, bayaran akan dibuat pada bulan Mei 2020 secara sekaligus.

Diharap penjelasan di atas dapat membantu korang lebih memahami inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat semasa saat genting macam ni. Sekali lagi di ingatkan agar tidak berkongsi maklumat peribadi dan tidak menjadi mangsa scammer seterusnya. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi no telefon di bawah:

Kementerian Kewangan (Jam 9 pagi – 5 petang, Ahad- Jumaat)
03-8882 9089 / 03-8882 9087 / 03-8882 9191 / 03-8882 4565 / 03-8882 4566
bsh@treasury.gov.my pre2020@treasury.gov.my

Telegram: PRE PRIHATIN
Facebook: Kementerian Kewangan Malaysia 


Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia 


Resepi Udang Goreng Kunyit

Dekat rumah kalau masak lauk udang memang masing-masing tersenyum kegembiraan. Udang dah jadi antara lauk kegemaran selain Ikan Sebelah. 

Anak-anak mengikut selera aku yang suka makan udang. Kalau suami pulak dia lebih prefer sotong. Aku tak gemar sotong sebab terlajak masak sotong jadi liat. 

Tak sedap sudahnya. Walhal kau tak pandai masak nak salahkan sotong. Lol. 

Masak Udang Goreng Kunyit

Baiklah sempena tempoh kawalan pergerakan, aku nak kongsikan resepi udang goreng kunyit, khas untuk korang yang dah kering idea nak memasak. Jadual memasak aku masih sama seperti sebelum keluar Perintah kawalan Pergerakan lagi.  

Sebelum aku melalut lebih panjang jom tengok resepi simple tak sampai 15 minit dah siap dengan syarat udang dah cuci, bawang dah potong dan sayur dah hiris. 

Oh selain masak goreng kunyit, udang dekat rumah ni akan dijadikan gulai lemak tanpa cili. Maklumlah, udang ni lauk favourite anak bongsu.



Udang Goreng Kunyit Tak Pedas

Bahan-bahan diperlukan untuk masak udang Udang Goreng Kunyit pun tak banyak sangat. Basically aku ikut resepi ayam goreng kunyit tu tapi versi udang aku buat ada kuah. Tak banyak pun cukup bagi dia lembap.

Semua bahan aku main agak-agak, dan korang juga boleh ubah dan tambah atau ganti sayur apa korang suka.

15 ekor udang saiz sederhana
1 batang lobak merah yang dipotong nipis
Setengah biji bawang holand yang dihiris
Sos lada hitam
Sos cili
Serbuk kunyit
Serbuk perasa
Bawang putih(3 Ulas) dan bawang merah (2 biji) yang diblend
Sedikit air
Sedikit minyak masak

Cara membuatnya ialah; Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih dan bawang merah. Tumis sehingga naik bau. 

Masukan satu sudu kecil serbuk kunyit, sedikit sos lada hitam, sos cili dan sedikit air. Biarkan seketika.
Kemudian, masukan udang dan kacau biar sos meliputi udang. 

Masukan lobak merah dan hirisan bawang Holand. Jika perlu tambahkan sedikit lagi air supaya tidak kering. Tambah serbuk perasa. Kacau sehingga udang masak.



Siap.

Udang Goreng Kunyit sesuai dihidangkan bersama nasi panas, sayur goreng dan juga telur dadar. Memang tak sedar makan nasi bertambah. Boleh cuba menu Udang Goreng Kunyit untuk raikan tetamu datang ke rumah.

Selamat mencuba.