Info Tentang Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan

Semakin seram tempoh PKP sekarang bila kerajaan umumkan pula Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) atau nama lain dia Enhancement Movement Control Order. 

Bermula dengan peningkatan kes di Kampung Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam Johor yang mana arahan perintah semua laluan keluar masuk ke kawasan ditutup.

Beberapa daerah sebelum ni sudah pun dilaksanakan PKPD dan paling terbaru semasa artikel ini ditulis adalah di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur. 

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan

Menurut Kementerian Kesihatan, PKPD akan dikenakan di satu-satu kawasan sekiranya berlaku peningkatan kes secara mendadak bagi mencegah jangkitan daripada merebak.

Tak pernah lagi sepanjang aku hidup 34 tahun berdepan dengan situasi PKPD ni weh. Kalau ada rezeki umur panjang boleh la bercerita kepada anak cucu. 

Cerita macamana aku separa gila berjuang untuk kekal positif duduk di rumah, tak lupa juga cerita tentang Makcik Kiah penjual Pisang Goreng.



Tujuan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan

Kalau sepanjang tempoh PKP, orang ramai masih lagi boleh keluar atas urusan penting, tapi kalau PKPD memang orang ramai tak boleh keluar sesuka hati. 

Bukan setakat PDRM je yang berkawal malah ATM, APM dan RELA akan turun padang untuk kawal seluruh kawasan memastikan tiada orang keluar rumah. Punya la serius kerajaan ambil tindakan.

Antara sebab PKPD dijalankan tak lain tak bukan adalah disebabkan sikap orang ramai yang degil tak mahu patuh arahan jangan keluar rumah. Tak boleh solat berjemaah, tak boleh buat kenduri, tak boleh melancong. 

Bila ingkar dan terkena jangkitan COVID-19 satu kampung terima akibat. Silap haribulan merebak ke kampung lain.

Kena faham, yang PKPD dilaksanakan adalah untuk membendung jangkitan COVID-19 daripada menular keluar. Langkah ini diambil dan akan membolehkan aktiviti pengesanan kes dari unit ke unit dilaksanakan sepanjang tempoh ini berkuatkuasa.

Arahan Sepanjang Tempoh PKPD

1 Semua penghuni tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPD sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan.

2 Bukan penghuni dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke kawasan tersebut sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan.

3 Semua aktiviti perniagaan dihentikan kecuali premis barangan keperluan di bangunan tersebut.

4 Penghuni boleh membuat pesanan makanan yang boleh dihantar dan diambil di tempat yang ditetapkan.

5 Pangkalan Perubatan (Medical Base) dibuka di kawasan PKPD.

6 Semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup.

Keadaan Aku Sepanjang Tempoh PKP Dilaksanakan

Jujurnya mental aku agak terganggu selepas masuk fasa kedua tempoh PKP dilaksanakan. Memang sepatutnya duduk di rumah ni tak jadi masalah buat aku sebab memang aku bekerja dari rumah sejak dua tahun lepas. 

Tapi, sejak dua tahun lepas aku akan pastikan aku ada ‘me-time’ dan akan keluar untuk release stress setelah penat menghadap rutin sama setiap hari.

Agak mencabar menghabiskan masa dengan anak-anak. Bergelut juga la nak menguruskan masa dan paksa diri berdisiplin untuk siapkan kerja. 

Pendek kata, PKP adalah tempoh aku berjuang menentang COVID-19 dan juga diri sendiri.

Penat memang tak terkira, tapi bila fikirkan bukan aku seorang je yang penat dan bosan duduk di rumah jadi aku positif semula. 

Lagipun banyak hikmah aku belajar, paling penting dulu aku selalu doa supaya suami lebih banyak masa dengan kami satu keluarga. Sekarang lah Tuhan bagi kesempatan berkasih sayang 24 jam. Ambik la guna.

Maka nikmat mana lagi yang mahu kau dustakan wahai manusia.


Kesimpulan

Berdoa sangat supaya PKPD ni tak melarat dan semoga COVID-19 cepat hilang dari dunia. Tak sampai setengah bulan nak masuk bulan Ramadan.

Pesanan untuk orang ramai, tolonglah jangan pentingkan diri sendiri. Aku nak balik kampung nak beraya dengan mak okeh.



Tips Buat Kek Batik Confirm Jadi

Aku sebenarnya tak sengaja buat kek batik ni, kisahnya Mek Ayuni call aku mengadu dia buat kek batik kurang jadi. 

Aku faham stress buat kek tak jadi ni, rasa nak baling je periuk kuali semua. Teringat aku dulu buat kek batik pertama kali pun kurang menjadi.

Kalau ikut resepi dan tengok orang buat kemain senang, bila turn diri sendiri buat terus tak jadi. First time aku buat dulu masih boleh makan, coklat dia tak hangit pun tapi masalah dia ialah coklat tu tak cair. 

Resepi Kek Batik Confirm Jadi & Tak Guna Telur

Tekstur dia jadi pelik. Berketul-ketul. Aku pakai Milo elok kot, lepas tu aku buat rumusan serbuk koko aku bermasalah.

Suami dan anak-anak la jadi mangsa kena makan. Rasa dia masih kek batik, cuma itulah tak macam kek batik orang jual. Lol. 

Bila semakin berusia dan semakin teringin maka semakin gigih diri nak belajar buat sampai pandai.




Tips Kek Batik Mudah Dan Confirm Jadi

Bila aku compare resepi dulu aku pernah cuba dengan resepi yang aku baru cuba ni, banyak beza okeh. Dulu aku guna telur, serbuk koko dan bermacam bahan lagi. 

Apa yang merasuk aku masa tu eh? Hahahha boleh tengok resepi aku cuba dulu dekat sini ~ Cubaan Pertama Buat Kek Batik - Menjadi Ok

Kira resepi aku kali ni aku dah dapat ringkaskan dan tak guna banyak bahan. Bebas telur weh. Kalau lidah kau teringin nak makan kek batik yang biasa-biasa, resepi aku guna kali ni memang cukup dah. 

Aku kongsikan juga tip supaya bila korang buat kek batik ni hasilnya akan jadi In Sha Allah.

1 Jangan buat terburu-buru. Kena bertenang dan enjoy baking.

2 Guna api perlahan supaya bahan tidak hangit dan sentiasa kacau adunan di atas dapur supaya adunan tidak berketul-ketul. Ini penting ya!

3 Kena kurangkan susu kalau tak mahu terlajak manis. Milo dan biskut Marie tu memang dah manis ya. Aku letak sedikit sahaja. Elok je kejadian kek batik tu.

4 Aku letak plastic wrap supaya senang aku nak keluarkan kek batik.

5 Letak dalam fridge kalau nak makan Kek Batik yang keras bahagian luar, lembut bahagian dalam. Aku tak masuk dalam fridge sebab lebih enjoy makan lembut melekit gituh.  




Resepi Kek Batik Mudah Dan Confirm Jadi

  • 400gram Biskut Merry (aku guna Jenama Roma)
  • 250gram Butter (Anchor butter)
  • 1 cawan milo
  • ½ Cawan Tin Susu Pekat







Cara-Cara membuat kek Batik:
  • Cairkan butter dalam kuali guna api perlahan. Masukan susu pekat dan kacau sehingga sebati. kemudian masukan milo sedikit demi sedikit dan jangan berhenti kacau.
  • Kacau sehingga milo betul-betul sebati dan adunan dah jadi cecair warna coklat. Tutup api.
  • Dengan pantas patahkan biskut Merrydan masukan ke dalam adunan coklat tadi.
  • Gaul sebati dan ratakan ke dalam Loyang / Tupperware dan lenyekkan supaya mampat.
  • Biarkan dua ke tiga jam dah boleh makan. terpulang nak letak dalam fridge atau tidak ok.

Dah siap.




Kenapa Suka Kek Batik?

Kesimpulan, akhirnya aku temui jawapan yang buat kek batik ni memang lah teramat mudah. Nak buat pun kurang dari 20 minit weh dah siap. 

Ni yang tak ada layer tau, basic aje. Tapi ok la yang basic ni pun suami dan anak-anak impress aku boleh buat so sedap. Lol.

Nah Resepi Cheese Cake Mudah ~ Unbaked Strawberry Cheese Cake

Next time kalau ada high tea, jamuan office, jamuan sekolah anak dah boleh buat. Bahan-bahan pun tidak la mahal sangat. 

Selamat mencuba untuk yang tak pernah buat, tapi aku yakin la mesti ramai pandai buat. aku je baru nak mahir. Jumpa lagi di lain resepi.



Promosi Photobook Percuma, Bayar Postage Sahaja

Aku print photobook sebab memori telefon dah hampir penuh dan memang nak kena clearkan gambar. Pernah sebelum ni aku simpan gambar dalam etxernal hard disk tapi malangnya external hard disk aku rosak. 

Habis semua gambar aku corrupted. Hancur hati weh. Dah la tak buat back up. Lama juga aku tak boleh move on.

Serik pisang berbuah dua kali, aku cuba minimakan risiko gambar hilang jadi aku ketagih pula nak print jadi photobook. 

Cara Membuat Photobook Percuma 

Harganya murah dan hanya perlu bayar kos postage je jadi memang aku ambil kesempatan la.

Jadi untuk entri kali ni aku kongsikan cara-cara membuat photobook percuma yang sangat mudah dan menjimatkan. 

Aku print photobook menggunakan aplikasi Photobook yang aku muat turun dekat telefon. Jadi sebelum aku teruskan korang boleh download dekat telefon masing-masing dulu.

Ini bukanlah kali pertama aku print Photobook, aku pernah share juga beberapa tahun lepas masa tu tengah trending cuci Photobook ni.





Cara Mudah Membuat Photobook Percuma

Cara yang aku terangkan dibawah adalah untuk Photobook saiz 6 x 6 Simple Book yang boleh hanya ditebus menggunakan kod promo TAPFREEBOOK di Aplikasi Photobook. 

Boleh print sehingga 20 gambar / halaman dan tidak termasuk halaman tambahan dan tambahan kertas (cover).

Promo Simple Book – Kod TAPFREEBOOK

Kod promo sah sehingga 30 Jun 2020. Hanya perlu bayar kos postage sebanyak RM8 sahaja. Jom tengok langkah seterusnya.

1 Muat turun aplikasi Photobook dari Apple App Store atau Google Playstore. Pilih negara tempat anda tinggal dan buat akaun di aplikasi.

2 Setelah selesai, boleh pilih foto dari galeri telefon, Instagram, Facebook atau Google Photo. Boleh pilih 20 keping gambar. Lebih dari tu kena bayar.

3 Pilih jenis penghantaran dan buat bayaran postage. Jangan lupa masukan kod promo: TAPFREEBOOK




Selain Photobook, ada pelbagai produk menarik seperti kalendar, canvas print, Photo tiles, photo print, Desktop plaques, luggage tags, photo mugs, coasters dan banyak lagi.  

Promosi lain yang sedang berlangsung adalah promosi potongan 50% untuk semua produk di Aplikasi Photobook.

Promo Photobook Produk – Kod TAP50

Kod promo sah sehingga 30 Jun 2020.

1 Hanya boleh ditebus di Aplikasi Photobook.

2 Tidak termasuk kos postage, halaman tambahan, tambahan kertas, upgrade dan juga aksesori.

3. Tempoh penghantaran Photobook pun tak lama, bergantung kepada lokasi puratanya ambil masa 5 ke 7 hari untuk sampai. Kira ok la tuh kan?

Aku dah plan nak buat Photobook untuk travel, sambutan majlis penting macam hari jadi, gambar raya dan juga gambar anak-anak membesar. Selain untuk diri sendiri sebenarnya Photobook juga sesuai dijadikan hadiah untuk orang-orang tersayang. Tak lapuk dek zaman kalau print gambar ni.




Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada korang dan semoga terisi jugalah waktu PKP korang. 

Masih banyak masa yang boleh digunakan dan tarikh tamat tempoh code pon lama lagi tu. Sempat lah kita puasa dan raya. Selamat mencuba.

Cara Edit Video Guna Telefon Bimbit

Memandangkan aku selalu buat video dan memang perlukan aku untuk edit video di telefon bimbit jadi aku secara tak langsung mencari aplikasi edit video percuma dan mudah guna.

Sebelum ni aku terlibat dalam kempen yang perlukan aku untuk masukan GIF, muzik, bunyi kesan khas dan lain-lain ke dalam video. 

Pendek kata ikut kreativiti untuk jadikan konten video itu menarik. Masa awal-awal dulu memang agak sukar untuk aku belajar edit video. First time memang susah kan?

Memang langsung tiada background design jadi kita belajar dari Youtube dan rakan-rakan seperjuangan sahaja. 


Aplikasi Percuma Edit Video Di Telefon Bimbit

Lepas explore banyak aplikasi di telefon bimbit, aku berjaya stick dengan beberapa aplikasi percuma dan semestinya mudah untuk edit video.

Dalam artikel kali ini aku nak kongsikan 3 aplikasi percuma untuk edit video di telefon bimbit dan yang pastinya tidak memerlukan kemahiran yang tinggi untuk belajar. 

Asalkan rajin dan kreatif dan cukup. Hasil video pun cantik. Tapi jangan lah bandingkan dengan hasil professional di luar sana ya.





3 Aplikasi Edit Video Guna Telefon Bimbit Mudah Guna

Aplikasi yang bakal aku kongsi ini tersedia di Apple App Store dan aku tak pasti ada atau tak di Google Playstore okeh. Boleh la cuba cari. 

Aku ada kongsikan video pendek tentang aplikasi yang aku guna di Instagram aku. Boleh jenguk dekat sana. Nanti kalau rajin aku buat tutorial dekat Youtube. In sha Allah.


1 - Inshot

Aku sejak dulu memang akan guna aplikasi Inshot untuk edit video sebab feature dan juga tool dalam Inshot sangat-sangat basic. Contohnya, pilih canvas (saiz), filter, import muzik, rakam suara, kesan bunyi khas dan tulisan. 

Paling utama aku suka guna Inshot sebab boleh import lagu dari Youtube. Selain tu aku suka Inshot sebab boleh buang watermark Inshot dalam video.

Cuma kekurangan Inshot versi percuma ni, tak boleh masukan sticker GIF. Sticker yang biasa-biasa tu boleh. Cuma sticker dalam format GIF ni yang bergerak-gerak tu yang tak boleh. 

Kalau berbayar dan subscribe bulanan mungkin fungsi tu ada. Jenis-jenis tulisan juga adalah terhad tapi masih cantik dipandangan mata aku.

Kebiasaan kalau ada kempen yang perlu masukan GIF dalam video aku akan edit di Inshot dan kemudian last sekali baru masukan GIF guna aplikasi Videoleap.




2 - Videoleap

Macam aku sebut dekat atas tadi, aku akan guna aplikasi Videoleap bila perlu sahaja. Apa yang best tentang Videoleap adalah tool dan juga features dia lebih canggih. 

Ada Effect (lens flare, prism, Vignete), ada fungsi Glitch (Pixelete, CRT, Scan, ETCH), video dan voice over. Ha pendek kata fungsi dia lebih banyak berbanding aplikasi Inshot.

Aku jarang dan akan guna bila perlu sahaja. Malas nak peningkan diri jadi pilih yang mudah. Aplikasi Videoleap juga boleh buang watermark dalam video dia.




3 - Viva Video

Masa awal-awal aku rajin edit video aku selalu guna Viva Video sebab fungsi dia mudah dan senang nak belajar, tapi keburukan dia ialah watermark tulisan Viva Video tu tak boleh di buang. 

Kalau nak buang kena subscribe secara bulanan.

Semestinya aku nak guna yang percuma je. kah kah kah. Fungsi lain pun sangat basic dan tak pening kepala. Kalau korang sejenis tak kisah tentang watermark, Viva Video pun seronok kalau nak cuba.



6 Tips Edit Video

1 Kesabaran kena tinggi bila nak edit video sebab proses tu panjang dan leceh berbanding edit gambar.

2 Conteng idea dan tulis dekat buku apa end produk korang nak. Maksudnya kena tahu apa objektif video korang nak buat, kemudian baru boleh tulis jalan cerita untuk video.

3 Banyakan tonton video orang lain dan ambil idea yang bagus. Jangan lah tiru bulat-bulat cuma sekadar jadikan inspirasi.

4 Edit video di awal pagi dan rakam konten lebih awal. Apa aku buat ialah pastikan aku dah sediakan beberapa konten dan buat back up. 

Waktu edit juga memainkan peranan sebab awal pagi mood masih baik. Bergantung kepada diri masing-masing.

5 Jangan guna lagu / muzik yang ada hak copyright dan upload di Youtube. Silap haribulan video korang akan kena Copyright Claim pula oleh Youtube. Cari Non Copyright musik okeh.

6 Banyakan berlatih dan rajinkan diri untuk explore segala tool yang ada. Secanggih mana aplikasi yang wujud tanpa kerajinan semuanya akan jadi sia-sia.

 Boleh follow aku dekat sosial media:


Kesimpulan

Ada bermacam-macam aplikasi tersedia baik yang berbayar mahupun percuma. Untuk beginner macam aku maka layaklah kita gunakan zero cost untuk belajar. 

Kenapa susahkan diri untuk belajar buat video? Aku tiada jawapan specific tapi aku suka cabar diri untuk tambah ilmu selagi hayat masih ada. 

Semoga perkongsian cara-cara edit telefon di telefon bimbit memberi manfaat kepada korang. In sha Allah kalau sambutan menggalakan aku akan kongsi tips lain pula ya. Selamat mencuba.