Cara Membuat Photobook Percuma 

Aku print photobook sebab memori telefon dah hampir penuh dan memang nak kena clearkan gambar. Pernah sebelum ni aku simpan gambar dalam etxernal hard disk tapi malangnya external hard disk aku rosak. Habis semua gambar aku corrupted. Hancur hati weh. Dah la tak buat back up. Lama juga aku tak boleh move on.

Serik pisang berbuah dua kali, aku cuba minimakan risiko gambar hilang jadi aku ketagih pula nak print jadi photobook. Harganya murah dan hanya perlu bayar kos postage je jadi memang aku ambil kesempatan la.

Jadi untuk entri kali ni aku kongsikan cara-cara membuat photobook percuma yang sangat mudah dan menjimatkan. Aku print photobook menggunakan aplikasi Photobook yang aku muat turun dekat telefon. Jadi sebelum aku teruskan korang boleh download dekat telefon masing-masing dulu.

Ini bukanlah kali pertama aku print Photobook, aku pernah share juga beberapa tahun lepas masa tu tengah trending cuci Photobook ni.






Cara Mudah Membuat Photobook Percuma

Cara yang aku terangkan dibawah adalah untuk Photobook saiz 6 x 6 Simple Book yang boleh hanya ditebus menggunakan kod promo TAPFREEBOOK di Aplikasi Photobook. Boleh print sehingga 20 gambar / halaman dan tidak termasuk halaman tambahan dan tambahan kertas (cover).

Promo Simple Book – Kod TAPFREEBOOK

Kod promo sah sehingga 30 Jun 2020. Hanya perlu bayar kos postage sebanyak RM8 sahaja. Jom tengok langkah seterusnya.

1 Muat turun aplikasi Photobook dari Apple App Store atau Google Playstore. Pilih negara tempat anda tinggal dan buat akaun di aplikasi.

2 Setelah selesai, boleh pilih foto dari galeri telefon, Instagram, Facebook atau Google Photo. Boleh pilih 20 keping gambar. Lebih dari tu kena bayar.

3 Pilih jenis penghantaran dan buat bayaran postage. Jangan lupa masukan kod promo: TAPFREEBOOK


Selain Photobook, ada pelbagai produk menarik seperti kalendar, canvas print, Photo tiles, photo print, Desktop plaques, luggage tags, photo mugs, coasters dan banyak lagi.  Promosi lain yang sedang berlangsung adalah promosi potongan 50% untuk semua produk di Aplikasi Photobook.

Promo Photobook Produk – Kod TAP50

Kod promo sah sehingga 30 Jun 2020.

1 Hanya boleh ditebus di Aplikasi Photobook.

2 Tidak termasuk kos postage, halaman tambahan, tambahan kertas, upgrade dan juga aksesori.

3. Tempoh penghantaran Photobook pun tak lama, bergantung kepada lokasi puratanya ambil masa 5 ke 7 hari untuk sampai. Kira ok la tuh kan?

Aku dah plan nak buat Photobook untuk travel, sambutan majlis penting macam hari jadi, gambar raya dan juga gambar anak-anak membesar. Selain untuk diri sendiri sebenarnya Photobook juga sesuai dijadikan hadiah untuk orang-orang tersayang. Tak lapuk dek zaman kalau print gambar ni.




Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada korang dan semoga terisi jugalah waktu PKP korang. Masih banyak masa yang boleh digunakan dan tarikh tamat tempoh code pon lama lagi tu. Sempat lah kita puasa dan raya. Selamat mencuba.

2 Comments

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. yes la. semlm baru usha price kat shopee. 80sen.
    standard la tu kan kita kena byr postage nyer RM8 kalau x silap.
    ada time ni. kebetulan, start esok baru aida nak dok bertapa kat desktop kosongkan memory phone.
    boleh la terus pilih gambar.

    ReplyDelete
  2. Bestnya.. cuma kena bayar postage je.. memang berbaloi..

    ReplyDelete

Post a Comment

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Previous Post Next Post