Resepi Apam Balik Mudah Dan Gebu

Tak pernah aku bayangkan seumur hidup aku akan buat apam balik. Wehuuu satu kejayaan untuk diri sendiri. 

Betul la cakap jiran aku semalam, antara hikmah PKP ni semua orang akan explore bakat terpendam masing-masing. 

Jadi haruslah gunakan masa yang ada untuk tingkatkan skill dan juga pengetahuan kita okeh. Sebelum puasa lagi resepi Apam Balik ni banyak lalu lalang di timeline Facebook. 

Kalau ikutkan resepi memang mudah sangat, bahan-bahan dia pun tak mahal. Masa tu keinginan nak cuba buat tu ada tapi masih malas, dan akhirnya aku buat sebagai juadah buka puasa hari pertama.

Jom Buat Apam Balik Mudah Dan Gebu

Usaha membuahkan hasil bila Apam Balik yang aku buat diterima mata dan anak tekak suami dan anak-anak. Siap bagi jiran lagi untuk bertukar juadah. Kemain level confident bukan biasa-biasa ni. lol. 

Bagi sesetengah orang pencapaian macam ni biasa je, Apam Balik je kot. Hahahha. Aku seronok macam menang pingat emas dekat Sukan SEA okeh.



Tips Dapatkan Apam Balik Gebu

Jom aku kongsikan resepi dan cara-cara untuk menghasilkan Apam Balik yang gebu dan sesungguhnya cara membuatnya teramatlah mudah. Macam kau buat Pancake, lebih kurang la. 

Kalau guna resepi aku kongsi ni korang boleh dapat 5 ke 6 Apam Balik bersaiz sederhana. Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:




Bahan-Bahan
  • 1 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum
  • ½ cawan gula (Boleh kurangkan jika tak mahu terlalu manis)
  • 1 ½ cawan air
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder
  • Sedikit pewarna kuning
  • Marjerin


Inti
  • Jagung dalam tin (Guna jagung manis ala krim bukan kernel jagung manis – suami aku salah beli jadi aku blend jagung tu sehingga halus)
  • Kacang tanah yang ditumbuk kasar
  • Gula
  • Boleh tambah inti lain seperti Nestum, Horlick, Milo, Keju mengikut kesukaan masing-masing.




Cara-cara membuatnya ialah:
  • Satukan semua bahan di dalam blender dan blend sehingga sebati.
  • Tuangkan adunan dan masak menggunakan non-stick pan, anggaran satu senduk. Kalau nak tebal letak lebih banyak.
  • Biarkan seketika dan sementara masak taburkan gula, kacang tanah dan isi jagung.
  • Agak-agak dah kuning keperangan boleh lipat kan menjadi separuh. Oleskan dengan marjerin ketika panas. Siap.

Selamat mencuba korang. Sesungguhnya perasaan berjaya buat apa yang kita suka itu sangat menyeronokkan.

Ragam Hari Pertama Berpuasa

Alhamdulillah berjaya lepas satu hari puasa tanpa sebarang drama air mata dan ragam hari pertama berpuasa anak bujang. Tidak la dia menitis air mata minta nak buka puasa. 

Hari pertama berpuasa tahun ni sedikit berbeza berbanding tahun lepas, yelah dengan keadaan PKP ni memang agak sedikit lain rutin harian.

Maksud aku berbeza dari segi penyediaan dan beli barang dapur. Kalau tahun lepas agak-agak tak cukup bahan last minute boleh je suruh suami keluar beli barang, tapi tahun ni memang kena beli awal dan redha je barang tak cukup. 

Ragam Hari Pertama Berpuasa

Kena jadi lebih kreatif dari biasa. Banyak juga barang aku nak beli tak cukup stok dekat pasaraya. Nak beli buah koktel dari hari tu tak jumpa.

Sesungguhnya memang sangat penting merancang menu dari awal. Setakat ni aku dah readykan senarai menu berbuka untuk seminggu. 

Alhamdulillah walau sedikit lari dari plan asal tapi sangat membantu otak aku bekerja. Tak lah penat berfikir. Buang masa.

Koleksi 30 Resepi Berbuka Puasa




Menu Berbuka Hari Pertama

Memang jadi kebiasaan hari pertama berbuka aku cuba untuk sediakan ayam bakar. Bagi aku menu Ayam bakar ni mengimbau semangat bazar Ramadan. 

Tahun lepas aku buat ayam golek, tahun ni malas nak cucuk ayam dengan besi jadi masak dalam bekas kaca je senang. Menu paling senang bagi aku.

Oleh sebab bazar Ramadan dah tiada baca dengan nada sedih dan malas nak beli di bazar Ramadan online jadi aku rajinkan diri buat kuih. Sekadar meriahkan meja di samping gembirakan hati suami dan anak-anak.

Tak Larat Masak, beli je Juadah berbuka Online ~ Senarai Bazar Ramadan Online 2020

Pertama kali aku buat Apam Balik dan menjadi. Perasaan gembira tu tak terkata. Rupanya senang je nak buat. cis. 

Modal pon murah je aku rasa tapi apesal harga Apam balik semakin mahal orang jual eh. Suami pun puji kata macam dekat pasar malam. Bangga sekejap. Lol.





Cabaran Ramadan Tahun 2020

Kalau difikirkan dari sudut kesusahan dan cabaran yang datang memang sedih tapi cepat-cepat aku fikir dari sudut yang positif. 

Kalau tiada COVID-19 pasti bulan puasa aku tak meriah sebab suami akan bekerja dan anak bujang habiskan masa puasa di sekolah. 

Bersyukur sangat masa kami satu keluarga lebih banyak, memang meriah dengan adegan gaduh-gaduh anak-anak. Sesekali keluar juga perangai Singa aku tu.

Cabaran lain adalah kawalan emosi dan rasa bosan terperap duduk rumah. Macam tak percaya aku tak keluar ke pasaraya lebih dari sebulan. Syabas diri sendiri. 

Kalau ikut hati memberontak boleh je aku ingkar ikut suami beli barang sebab suami kata semakin ramai ingkar arahan PKP keluar suami isteri. 

Tapi, kena la jujur. Memang polis tak tangkap tapi dosa tu, untuk yang keluar tu aku husnuzon lah ada urusan yang penting korang nak buat.

Rindu suasana nak berbuka dekat kampung dengan mak, tapi terpaksa rela terpaksa la konsepnya untuk tahun ni. Seronok tengok muka mak ceria bila buat video call. Meriah sebab ada cucu-cucu teman puasa. 

Kebetulan akak aku balik bercuti masa cuti sekolah yang lepas, tak lama tu PKP dilaksanakan. Sampai sekarang lah tak boleh balik.  


Ucapan Ramadan

Di kesempatan ini, aku ambil peluang untuk ucapkan selamat berpuasa kepada semua, pembaca-pembaca blog, kawan-kawan di alam maya, saudara mara dan umat Islam yang sama-sama puasa dan berjuang melawan COVID dan juga diri sendiri. 

Apa yang berlaku ada hikmahnya. Esok lusa boleh ulang kembali kenangan dan bercerita dengan anak cucu apa yang jadi. Salam sayang dari aku. jaga diri dan selamat berbuka.

Beli Vacumm Cleaner Masa Tempoh PKP

Dijadikan cerita vacumm cleaner aku tiba-tiba tak berfungsi masa hujung PKP fasa 2 aritu. Setelah berkhidmat selama 4 tahun tiba juga ajalnya. 

Jadi masalah bila vacumm tu tak boleh sedut habuk. Tak pasti boleh dibaiki atau tidak, nanti lah tunggu keadaan COVID reda baru cari kedai untuk baiki.

Ya ampun stressnya la kehidupan. Boleh pula vacumm nak rosak waktu-waktu gawat ni. 

Aku dah minta suami cuba baiki, siap buka semua bahagian dan cuci penapis, cuma bahagian motor dia je tak buka sebab macam complicated sangat, tak berani nanti lagi teruk pula. 

Terpaksa Beli Vacumm Cleaner Secara Online

Sudah banyak cara aku usahakan termasuk lah tutorial di Youtube tapi masih tak menjadi. Entah apa punca, vacumm cleaner tu tak dapat menyedut habuk seperti biasa. 

Aku guna Electrolux bagless vacuum cleaner sejak aku pindah ke rumah sekarang, kiranya dah masuk 4 tahun la. Dah sampai jangka hayat agaknya, oleh sebab rumah aku dipenuhi karpet jadi jadi dia memang banyak berjasa.

Pendapat Aku lepas guna Pressure Cooker 

Baca Review aku tentang Air Fryer



Terpaksa Beli Vacumm Cleaner Secara Online

Memang pantang aku kalau beli barang-barang elektrik wajiblah pergi ke kedai. Mesti kena pegang, belek-belek. Mana pernah beli online weh, tak puas hati. 

Tapi di waktu kritikal begini memang aku tiada pilihan lain. Banyak hari juga aku survey secara online, baca review di aplikasi Shopee dan tanya pendapat kawan-kawan.

Aku bersyukur sangat seller ni baik dan so far respond chat ok walau dia lambat tapi dia masih reply. Aku pilih J&T dan lega sangat kawasan perumahan aku setakat ni tiada barang yang lambat sampai. 

Dalam 4 hari rasanya dari tarikh aku buat bayaran vacumm cleaner ni aku dapat.  Ada kawan yang cadangkan beli vacumm cleaner di Mr DIY, bagless vacumm boleh dapat pada harga bawah RM300 kebetulan vacumm dia pun rosak sebelum PKP dilaksanakan dan dia puas hati guna. 

Ada juga yang cadangkan vacumm cleaner jenama Singer. Eh banyaklah pilihan bergantung kepada bajet dan jenis vacumm.

Aku tak tahu sangat jenis-jenis vacumm cleaner ni tapi yang pasti ada bagless vacumm, hand stick vacumm, ada juga jenis wireless (caj bateri) dan ada yang wayar. 

Sekali lagi aku tekankan ikut kemampuan dan suka jenis yang mana.


Beli REDBUZZ Power Handheld Stick Vacumm Cleaner

  • Selepas beberapa hari berfikir akhirnya aku buat keputusan beli Power Hand Stick Vacumm jenama REDBUZZ. Pertama kali aku dengar jenama ni sebenarnya tapi banyak faktor yang menyebabkan aku tertarik nak beli.
  • REDBUZZ Power Hand Stick Vacumm Cleaner menggunakan teknologi German dan penjual beri satu tahun waranti.
  • Ada dua pilihan vacumm tanpa wayar (kena caj) dan dengan wayar. Aku pilih dengan wayar sebab pemalas nak caj.
  • Vacumm ni juga boleh digunakan untuk kegunaan dirumah, kereta dan juga tabletop.
  • Semestinya vacumm ada wayar lebih murah iaitu RM128.98 (tambah aksesori RM159.97), vacumm wireless berharga RM196.98 (tambah aksesori RM246.98).
  • Watt: 1000W, Suction dia kuat, dusk tank berkapasiti 0.8L. Berat dia ialah 1.5kg. Tidak la lenguh nak pegang. Sedang elok je.
  • Saiz dia comel dan senang nak simpan. Cara nak pasang dan guna super simple dan menjimatkan ruang.
  • Untuk orang yang tinggi kena membongkok sedikit bila guna sebab vacumm ni tak panjang sangat. kalau tinggi around 152cm sedang elok.

Boleh beli dekat sini Power Handheld Stick Vacumm Cleaner 



Pendapat Aku Tentang REDBUZZ Power Handheld Stick Vacumm Cleaner

Terlalu awal aku nak bagi pendapat sebenarnya tapi setakat hampir seminggu aku gunakan vacumm ni aku berpuas hati sebab dia sedut habuk power. 

Senang sangat nak handle dan nak cuci. Cuma berdasarkan pengalaman sebelum ni, memang kena cuci vacumm selepas guna walaupun dia cadangkan cuci sebulan sekali. Penting ni ok.

Kalau nak tahan lama kena la kerap cuci dan pastikan habuk tak melekat dan jadi keras. Nanti cepat la jahanam vacumm korang. Paling aku suka, walaupun dalam tempoh PKP, penghantaran barang laju. So puas hati. 

Setakat ini saja perkongsian aku, dekat atas tu aku dah terangkan pengalaman aku beli vacumm cleaner secara online, kenapa aku pilih REDBUZZ Power Handheld Stick Vacumm Cleaner dan pendapat aku setelah menggunakannya. Harap membantu korang untuk membuat keputusan okeh.


Senarai 30 Doa Harian Di Bulan Ramadan

Antara persiapan-persiapan terakhir yang aku nak kongsikan sempena menyambut bulan rahmat, bulan Ramadan yang bakal menjelma tak lama je lagi. 

Doa-doa yang disarankan untuk kita amalkan sepanjang Bulan Ramadan. Boleh print dan baca bersama-sama ahli keluarga.

Senarai 30 Doa Harian Di Bulan Ramadan

Antara waktu-waktu yang mustajab untuk berdoa adalah saat berbuka puasa bagi orang yang berpuasa. Dari Abdullah bin Amr Ash bahwa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda,

” Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa pada saat berbuka ada doa yang tidak ditolak” (HR.Ibnu Majah dan Hakim).



Himpunan 30 Doa Harian Bulan Ramadhan

Doa Hari Pertama

Ya Allah, jadikan puasaku di bulan ini sebagai puasa orang-orang yang berpuasa sebenarnya, solat malamku di dalamnya sebagai orang yang solat malam sebenarnya, bangunkan daku di dalamnya dari tidurnya orang-orang yang lalai. 

Bebaskan aku dari dosa-dosaku wahai Tuhan semesta alam. Maafkan aku wahai Yang Memberi ampunan kepada orang-orang yang berbuat dosa.


Doa Hari Ke - 2

Ya Allah, dekatkan daku di bulan ini kepada keredhaan-Mu. Jauhkan daku di dalamnya dari kemurkaan dan kebencian-Mu, serta bimbinglah daku untuk membaca ayat-ayat-Mu dengan rahmat-Mu wahai yang Paling Pengasih dari semua yang mengasihi.


Doa Hari Ke - 3

Ya Allah, kurniakan kepadaku di dalamnya pengetahuan dan kesedaran, jauhkan daku di dalamnya dari kebodohan dan kepalsuan, dan berikan kepadaku bagian dari setiap kebaikan yang diturunkan di dalamnya dengan kedermawanan-Mu wahai Yang Maha Dermawan.


Doa Hari Ke - 4

Ya Allah, berilah daku kekuatan untuk melaksanakan perintah-Mu di dalamnya. Berikan kepadaku di dalamnya kelazatan berzikir kepada-Mu. Bantulah aku di dalamnya untuk bersyukur kepada-Mu dengan kemuliaan-Mu. Lindungilah daku di dalamnya dengan penjagaan-Mu dan perlindungan-Mu wahai Yang Maha Pengasih dari segala yang mengasihi.


Doa Hari Ke - 5

Ya Allah, jadikan daku di dalamnya tergolong kepada orang-orang yang memohon pengampunan, jadikan daku di dalamnya tergolong kepada hamba-hamba-Mu yang soleh dan taat, dan jadikan daku di dalamnya tergolong kepada para kekasih-Mu yang didekatkan kepada-Mu dengan kasih sayang-Mu, wahai Yang Maha Pengasih dari semua yang mengasihi.


Doa Hari Ke - 6

Ya Allah, jangan hinakan daku di dalamnya kerana perlakuan maksiat pada-Mu, jangan siksa daku, jauhkan daku di dalamnya dari keharusan murka-Mu, dengan kurnia dan anugerah-Mu wahai Puncak keinginan orang-orang yang berharap.


Doa Hari Ke - 7

Ya Allah, tolonglah aku di dalamnya untuk melaksanakan puasa dan solat malam, jauhkan daku di dalamnya dari dosa dan kesalahan, anugerahkan padaku di dalamnya untuk selalu berzikir pada-Mu dengan bimbingan-Mu wahai Pembimbing orang-orang yang tersesat.


Doa Hari Ke - 8

Ya Allah, kurniakan kepadaku di dalamnya rasa sayang kepada anak-anak yatim, kemampuan memberi makan, menebarkan salam dan berteman dengan orang-orang yang berakhlak mulia dengan kemurahan-Mu wahai tempat bersandar para pengharap.


Doa Hari Ke - 9

Ya Allah, berikan padaku di dalamnya bagian dari rahmat-Mu yang luas, bimbinglah daku di dalamnya dengan ilmu-Mu yang bercahaya, dan bimbinglah daku pada keridhaan-Mu yang sempurna dengan cinta-Mu wahai Dambaan orang-orang yang merindukan.


Doa Hari Ke - 10

Ya Allah, jadikan aku di dalamnya tergolong kepada orang-orang yang bertawakkal pada-Mu, jadikan aku di dalamnya tergolong kepada orang-orang yang beruntung di sisi-Mu, jadikan aku di dalamnya tergolong kepada orang-orang yang mendekatkan diri pada-Mu, dengan kebaikan-Mu wahai Tujuan orang-orang yang berharap.


Doa Hari Ke - 11

Ya Allah, kurniakan padaku di dalamnya rasa cinta pada kebaikan, benci pada kefasikan dan kemaksiatan, selamatkan aku di dalamnya dari murka-Mu dan neraka dengan pertolongan-Mu wahai Pelindung orang-orang yang mencari perlindungan.


Doa Hari Ke - 12

Ya Allah, hiasi daku di dalamnya dengan pengampunan dan kesucian, tutupi daku di dalamnya dengan pakaian qana’ah dan rasa cukup, bawalah daku di dalamnya pada keadilan dan keseimbangan, kurniakan padaku di dalamnya rasa aman dari apa yang kutakutkan, dengan penjagaan-Mu wahai Yang Menjaga orang-orang yang ketakutan.


Doa Hari Ke - 13

Ya Allah, sucikan daku di dalamnya dari noda dan kotoran, anugerahkan padaku di dalamnya kesabaran pada ketentuan takdirMu, bimbinglah daku di dalamnya pada ketakwaan dan berteman dengan orang-orang yang baik, dengan pertolongan-Mu wahai Penyejuk hati orang-orang yang miskin.


Doa Hari Ke - 14

Ya Allah, anugerahkan padaku di dalamnya ketaatan orang-orang yang khusu’, lapangkan dadaku dengan taubatnya orang-orang yang memperoleh ketenteraman, dengan keamanan-Mu wahai Yang Memberi rasa aman kepada orang-orang yang ketakutan.


Doa Hari Ke - 15

Ya Allah, anugerahkan padaku di dalamnya ketaatan orang-orang yang khusu’, lapangkan dadaku dengan taubatnya orang-orang yang memperoleh ketenteraman, dengan keamanan-Mu wahai Yang Memberi rasa aman kepada orang-orang yang ketakutan.



Doa Hari Ke - 16

Ya Allah, bimbinglah daku di dalamnya untuk meniru orang-orang yang berbuat kesalahan. Jauhkan daku di dalamnya dari berteman dengan orang-orang yang berbuat kejahatan. Kembalikan daku di dalamnya dengan rahmat-Mu ke dalam kediaman yang abadi dengan ilahiyat-Mu wahai Tuhan semesta alam.


Doa Hari Ke - 17

Ya Allah, bimbinglah daku di bulan yang mulia ini untuk mengamalkan kesolehan, tunaikan di dalamnya semua keperluan dan dan sampaikan daku pada cita-citaku, wahai Yang Tidak Memerlukan penjelasan dan permohonan, wahai Yang Mengetahui apa yang tersimpan dalam hati semua manusia, sampaikan selawat kepada Muhammad dan keluarganya yang suci.


Doa Hari Ke - 18

Ya Allah, beritahukanlah kepadaku di bulan ini segala berkah yang tersimpan di dua pertiga malamnya, terangkan hatiku di bulan ini dengan cahayanya, dan bimbinglah seluruh anggota tubuhku di bulan ini untuk mengikuti tanda-tanda keagungannya dengan cahaya-Mu wahai penerang hati para ‘arif.


Doa Hari Ke - 19

Ya Allah, sempurnakanlah bagianku di bulan ini dengan berkahnya, permudahlah jalanku untuk menempuh kebaikannya, dan janganlah Kau halangi diriku untuk menerima kebaikannya, wahai Penunjuk Jalan kepada kebenaran yang nyata.


Doa Hari Ke - 20

Ya Allah, bukalah bagiku di bulan ini pintu-pintu surga, tutuplah untukku di bulan ini pintu-pintu neraka, dan berikanlah taufik kepadaku di bulan ini untuk membaca al-Quran, wahai Penurun ketenangan di hati Mukminin.


Doa Hari Ke - 21

Ya Allah, berikanlah kepadaku di bulan ini sebuah petunjuk untuk mencapai kerodhaan-Mu, jangan Kau beri kesempatan kepada setan di bulan ini untuk menggodaku, dan jadikanlah surga sebagai tempat tinggal dan bernaungku, wahai Pemberi segala kebutuhan orang-orang yang meminta.


Doa Hari Ke - 22

Ya Allah, bukalah bagiku di bulan ini pintu-pintu anugerah-Mu, turunkanlah kepadaku di bulan ini berkah-berkah-Mu, berikanlah taufik kepadaku di bulan ini untuk mencapai kerodhaan-Mu, dan tempatkanlah aku di bulan ini di tengah-tengah surga-Mu, wahai Pengabul permintaan orang-orang yang ditimpa kesulitan.


Doa Hari Ke - 23

Ya Allah, sucikanlah aku di bulan ini dari dosa-dosa, bersihkanlah aku di bulan ini dari segala aib, dan ujilah aku di bulan ini dengan ketakwaan, wahai Pemaaf segala kesalahan orang-orang yang berdosa.


Doa Hari Ke - 24

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu di bulan ini segala yang mendatangkan keredhaan-Mu, aku berlindung kepada-Mu dari segala yang dapat menimbulkan murka-Mu, dan aku memohon kepada-Mu taufik untuk menaati-Mu dan tidak bermaksiat kepadaMu, wahai Yang Maha Dermawan terhadap para pemohon.


Doa Hari Ke - 25

Ya Allah, jadikanlah aku di bulan ini pencinta para kekasih-Mu, pembenci para musuh-Mu, mengikuti sunah penutup para nabiMu, wahai Penjaga hati para nabi.


Doa Hari Ke - 26

Ya Allah, jadikanlah usahaku di bulan ini disyukuri, dosaku diampuni, amalku diterima dan kejelekanku ditutupi, wahai Dzat Yang Lebih Mendengar dari setiap yang mendengar.


Doa Hari Ke - 27

Ya Allah, anugerahkanlah kepadaku di bulan ini keutamaan Lailatul Qadr, jadikanlah urusanku yang sulit menjadi mudah, terimalah ketidakmampuanku, dan hapuskanlah dosa dan kesalahanku, wahai Yang Maha Kasih kepada hamba-hamba-Nya yang salih.


Doa Hari Ke - 28

Ya Allah, sempurnakanlah bagiku di bulan ini ibadah-ibadah sunah, muliakanlah aku di bulan ini dengan memahami setiap masalah (yang kuhadapi), dan dekatkanlah di bulan ini perantaraku menuju ke haribaan-Mu, wahai Dzat yang tak disibukkan oleh rintihan para perintih.


Doa Hari Ke - 29

Ya Allah, limpahkanlah rahmat-Mu atasku, anugerahkanlah kepadaku di bulan ini taufik dan penjagaan, dan bersihkan hatiku di bulan ini dari mencela, wahai Dzat yang Maha Pengasih atas hamba-hamba-Nya yang Mukmin.


Doa Hari Ke - 30

Ya Allah, kabulkan puasaku di bulan ini sesuai dengan redha-Mu dan redha Rasul-Mu (sehingga) cabang-cabangnya kukuh kerana asasnya demi junjungan kami Muhammad dan keluarganya. Dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.



Sumber: Guru PAUD