Persiapan Sambut Bulan Ramadhan

Rodiah Amir
1
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan 2020. Alhamdulillah tinggal beberapa hari je lagi kita nak sambut Ramadhan. 

Tahun 2020 menjadi Ramadan paling berbeza, semestinya menjadi sejarah satu dunia weh, semuanya kerana COVID. 

Betapa besarnya kuasa Tuhan, sekali bagi ujian habis terlangkup semua. Macamana dengan persediaan Ramadan? 

Panduan & Doa Sambut Ramadan

Masih dalam mood kemurungan tak dapat balik berpuasa dan berbuka bersama keluarga di kampung, atau korang dah move on? Syabas yang dah move on, yang belum sila ambil masa.

Buat diri sendiri walaupun belum kuat tapi kena kuat demi anak-anak terutama anak bujang yang dalam fasa belajar menjaga puasa. 

Puasa paling mencabar sebab kali ni duduk rumah je. Aku jangkakan akan ada drama air mata pening kepala dan sakit perut. Kita tengok sajalah macamana nanti.

Aku sendiri dah mula siapkan mental fizikal untuk sambut Ramadhan. Senarai menu berbuka dan waktu sahur aku dah print dan bakal dirujuk bila tiba masanya. 

Kali ni aku ajak anak dan suami sama-sama fikir. Baru mereka sedar beban kepala otak aku berfikir nak masak apa hari-hari. Bukan mudah ok.

Menu hari pertama puasa tahun lepas 

Menu 30 hari beserta Resepi sepanjang Ramadhan 



Doa Sambut Bulan Ramadan


“Ya Allah berkahilah kami di bulan Rajab dan Sya'ban, serta pertemukanlah kami dengan bulan Ramadhan”
Niat Puasa

Sahaja aku berpuasa esok hari untuk menunaikan fardu bulan Ramadan pada tahun in Kerana Allah Taala.
Doa Berbuka Puasa

Ya Allah! Bagi Engkau aku berpuasa, dengan Engkau aku beriman, atas rezeki Engkau aku berbuka dan dengan rahmat Engkau wahai Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang


Seorang Mukmin itu wajib berpuasa bila telah cukup 4 syarat wajib iaitu; Islam, Baligh, Berakal & juga Berkuasa. Dulu masa sekolah rendah selalu hafal semua ni, ustazah akan soal sorang-sorang. 

Bila dapat jawab tu perasaan seronok tak terkata. Dah dewasa ni ualngkaji sendiri sajalah. Sampai giliran bersoal jawab dengan anak pula.

Indahnya Islam menyuruh umatnya berpuasa adalah tak lain tak bukan kerana hikmah puasa yang begitu besar. 

Kita diajar supaya berpuasa selama sebulan supaya dapat menanam rasa insaf terhadap golongan miskin dan mereka yang kurang berkemampuan. 

Masa berpuasa lah kita melatih diri cuba memahami erti kelaparan disamping mendidik hati denagn sabar.

Selama sebelas bulan kita manjakan diri dan perut dengan makan tanpa henti, berbeza pada bulan puasa kita berikan rehat secukupnya supaya kita dapat mengekalkan kesihatan yang baik untuk jangka panjang.

Air Viral Di Bulan Puasa ~Tekan SINI!

Dah boleh study dan ingat semula perkara-perkara yang membatalkan puasa. Kalau tak ingat meh aku kongsikan sedikit tentang perkara-perkata yang membatalkan puasa adalah seperti berikut: Sumber Majlis Islam Melaka




Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua tak kira kat mana korang berada. Semoga masing-masing tabah menghadapi dugaan berpuasa diperantauan. 

Marilah kita feeling duduk di oversea dan tak cukup duit nak beli tiket flight balik kampung. Lol.
Semoga wabak ni cepat tamat dan kita semua boleh menjalani kehidupan seperti biasa. 

Doa sangat jangan la ada yang ingkar arahan PKP. Kang semua duduk dekat penjara, penuh pula tempat tahanan dah jadi Kluster penjara pula.

Kita mesti menang dan kita tiada pilihan melainkan untuk menang.

Baca Tentang Boleh Ke Puasa Enam di Sekali kan Dengan Puasa Ganti?


Catat Ulasan

1Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Ulasan