Pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan PKPP

Rumusan Pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan PKPP

Lepas dengar pengumuman PM tadi mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang bakal dilaksanakan bermula 10 Jun 2020 sehingga 31 Ogos 2020 rata-rata rakyat Malaysia semua melahirkan perasaan syukur. 

Semestinya gembira setelah sekian lama berjuang menentang COVID akhirnya membuahkan hasil bila kes-kes semakin berkurangan.

Jadi trending di media sosial tanda pangkah #balikkampung sebab rentas negeri sudah pun dibenarkan. Aku dah dapat bayangkan lebuhraya Pantai Timur confirm sesak hujung minggu ni. Tengok keadaan dulu macamana baru rancang balik kampung.

Dalam sibuk kita meraikan kebebasan yang sementara di beri oleh PM ni minta semua berhati-hati. Kita dah ada norma baharu. Amalkan dan sentiasa jaga kebersihan. Mana boleh elak kita elak sebelum timbul kes lain.

Ingat, jika ibu bapa kita adalah warga emas, mereka berada dalam kategori orang yang mudah terdedah kepada jangkitan. Jadi, walaupun kita seronok dapat menziarahi mereka, tanggungjawab utama kita ialah untuk melindungi mereka daripada terkena jangkitan.




Senarai Perkara Yang Dibenarkan Sepanjang PKPP

Sayu hati bila fikir kita dah berjaya harungi PKP, PKPB dan sekarang PKPP. Harapnya apa sahaja perintah pergerakan di masa hadapan akan memudahkan urusan semua pihak. 

Perdana Menteri Malaysia dah pun umumkan, mulai 10 Jun perjalanan rentas negeri dibenarkan kecuali di kawasan yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).





Selain itu antara perkara lain yang turut dibenarkan dan diberi kelonggaran sepanjang PKPP ialah seperti berikut:

1. Rentas negeri dibenarkan. Sentiasalah jaga kebersihan diri, pakai pelitup muka apabila berada di tempat awam dan elakkan tempat yang sesak semasa pulang ke kampung.

2. Perkhidmatan gunting rambut dan salun akan dibenarkan.

3. Pasar terbuka, pasar pagi, pasar malam, pasar tamu, bazaria, medan selera, pusat penjaja, food truck dan gerai makan juga akan dibenarkan.

4. Aktiviti komersial yang melibatkan urus niaga jualan dan pemasaran bukan dalam premis perniagaan juga dibenarkan. Termasuk dalam senarai yang dibenarkan juga ialah lawatan ke muzium, indoor busking, dobi layan diri, aktiviti perikanan rekreasi termasuk kolam pancing komersial dan penggambaran filem.

5.Mesyuarat dan bengkel juga dibenarkan dengan syarat mematuhi sepenuhnya protokol kesihatan dan mengoptimumkan ruang.

6. Beberapa jenis sukan dan rekreasi akan dibuka semula dengan pematuhan kepada SOP. Ini termasuk latihan persediaan pasukan permainan sukan, aktiviti sukan yang tidak melibatkan sentuhan badan.  Antara contoh sukan yang dibenarkan ialah seperti bowling, badminton, memanah, menembak dan lain-lain.

7. Yang masih tidak dibenarkan ialah pertandingan sukan atau permainan yang melibatkan perhimpunan penyokong atau penonton yang ramai seperti di stadium, sukan renang dan kolam renang awam, dan sukan bersentuhan seperti ragbi, gusti, tinju, bolasepak, bola keranjang dan hoki.

8. Aktiviti pelancongan domestik akan dibenarkan. Teringin nak repeat bercuti ke IPOH 

9. Sempadan negara masih ditutup.

10. Sambutan Hari Raya Aidiladha dan ibadah korban akan dibenarkan tertakluk kepada SOP pihak berkuasa agama Islam.

11. Solat berjemaah dan aktiviti keagamaan di masjid dan rumah-rumah ibadat pula, kelonggaran untuk membenarkan lebih ramai jemaah hadir mengikut ruang keluasan masjid atau rumah ibadat sedang diperhalusi oleh kerajaan dan akan diumumkan sedikit masa lagi.

12. Sekolah akan dibuka secara berperingkat dalam tempoh PKPP ini setelah mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan. Kementerian Pendidikan akan membuat pengumuman terperinci mengenainya sedikit masa lagi.

13. Waktu operasi perniagaan akan kembali seperti biasa dengan pelaksanaan kebiasaan baharu yang melibatkan premis & pelanggan. Rindu nak makan Makanan Korea Halal

14. Pub, kelab malam, pusat hiburan, pusat refleksologi, pusat karaoke, taman tema, perarakan keagamaan dalam jumlah yang ramai, kenduri-kendara, rumah terbuka dan apa-apa aktiviti lain yang melibatkan kehadiran orang ramai yang bersesak di suatu tempat sehingga menyukarkan amalan penjarakan sosial dan pematuhan kepada SOP.masih belum dibenarkan.


Untuk pengetahuan, kerajaan akan melaksanakan PKPP dengan berteraskan 7 Strategi iaitu:
  • Pengukuhan Kesihatan Awam;
  • Perundangan dan Penguatkuasaan;
  • Pengukuhan Kawalan Sempadan;
  • Pembukaan Sepenuhnya Sektor Ekonomi;
  • Pembudayaan Kebiasaan Baharu;
  • Pemerkasaan Tanggungjawab Komuniti; dan
  • Perlindungan Golongan Berisiko.



Untuk mengetahui dengan lebih lanjut senarai aktiviti atau sektor yang dibenarakan dan yang tidak dibenarkan, saudara-saudari bolehlah layari laman web Majlis Keselamatan Negara. 

Apa pun tahniah semua rakyat Malaysia. Kita buktikan kita mampu kawal dan ubah. Terima pembaharuan walaupun agak payah pada awalnya. Banyak betul perkara kita belajar sejak PKP dilaksanakan.

Secara peribadi PKP banyak ajar aku tentang konsep syukur dan sikap menghargai. In sha Allah sentiasa percaya dengan apa yang berlaku pada hari ini pasti ada hikmahnya yang Tuhan dah tetapkan.




Sambut Birthday Raudah Sakinah 4 tahun Di Bulan Puasa

Sambut Birthday Raudah Sakinah 4 tahun Di Bulan Puasa

Walaupun dah agak lambat untuk kongsikan sambutan birthday anak kedua aku, Raudah Sakinah tapi masih gigih nak kongsi juga supaya ada kenangan sambutan ulangtahun yang boleh dikenang di masa hadapan. Kali ni sambutan birthday adalah masa bulan puasa ditambah PKP. Wehuuuu.

Anak kedua aku anak yang unik, wah begitu. Kenapa unik? Entahlah perangai sedikit sukar aku nak baca. Tapi aku tetap mencuba beri yang terbaik dan sentiasa lapang dada nak belajar tentang perangai dia. Sumpah perangai dia lain.

Kalau throwback semula, Raudah Sakinah dilahirkan pada 20 Mei 2016 di Gombak Medical Centre, Selangor dan disambut oleh doktor kesukaan aku; Doktor Zana Zalinda. Tahun 2020, maka genaplah umur dia 4 tahun. Alahai cepat sungguh waktu berlalu.

Banyak kenangan yang tercipta selepas kelahiran dia ke muka bumi ni. Kisah bersalin anak kedua ada akukongsikan di entri ini dan syukur pengalaman melahirkan Raudah tidaklah sepahit mana. Rezeki aku lahirkan dia secara normal. Cabaran waktu berpantang pun biasa-biasa sahaja.
 



Sambutan Hari Lahir Simple Tapi Bermakna

Oleh sebab Raudah sangat-sangat sukakan watak Elsa dalam cerita Frozen maka aku belikan dia kek Elsa dan juga hadiahkan baju kartun Frozen. Dia selalu perasan dia ialah Princess. 

Kuat melawa, nak rambut panjang supaya mudah nak gayakan macam princess, menangis kalau sebut nak potong rambut dia, tak suka bau busuk dan sedikit diva perangai dia ya.

Pendek kata dia sangat berlawanan sifat dengan aku. Aku sedikit boyish tapi bukanlah Sajat manakala Raudah nak jadi girl yang tulen. Adoyai. Kekok mama nak layan kau main Princess nak.

Bila aku belikan dia kek Elsa, dan hadiahkan baju gaun elsa Frozen tu memang dia melompat kegembiraan. Banyak kali dia ucap terima kasih dan macam biasa adik dia akan buat drama supaya dia pon dapat layanan sama. 

Fuh layan dua anak perempuan ibarat..hah sambung sendiri jelah.



Urusan pembelian dan penghantaran kek birthday sangat smooth tapi kek sampai awal sekitar jam 2 petang. Puasa pula tu. Memang kebas mulut aku nak menjawab soalan dia bila nak potong kek kakak. 

Sempat la kami berbuka dahulu dan lepas Isyak baru ajak dia potong kek. Alhamdulillah dia mampu untuk sabar.

Masa sesi potong kek, birthday girl kemain gembira bila kami nyanyikan lagu birthday tapi dalam masa yang sama adik dia buat onar. Melalak nak potong ke, nak pegang handphone, nak duduk depan handphone dan buat segala benda yang dapat rosakkan mood. 

Eh macam birthday dia lah. Mujur semua dapat bersabar.


Kenangan Tertukar Anak

Sebenarnya sampai sekarang aku masih ingat kenangan berada di hospital selapas lahirkan dia. Bila ingat balik dengan suami memang kami akan gelak sampai keluar air mata. Kisahnya begini, selepas selesai urusan bersalin aku ditolak masuk ke wad. 

Sementara tunggu nurse bawa anak untuk disusukan, aku cuba untuk tidur dan rehat tapi tak berjaya sebab perasaan teruja nak peluk dan cium anak aku berkobar-kobar.

Elok je aku nak lelapkan mata, nurse ketuk pintu bilik dan serahkan baby. Masa ni suami ada di sisi teman aku. Tanpa berlengah memang aku sambut dan terus cium-cium anak aku. Nurse tidak lah tunggu dia terus keluar dari bilik. 

Tapi..masa ni aku dah mula rasa pelik. Aku perhati je anak yang aku pangku sambil aku tertanya-tanya kenapa anak aku banyak bulu di tangan dan muka sedangkan aku dan suami bulu kami sedang-sedang je. 

Sambil nak tergelak aku gomol-gomol anak aku.

Weh serius masa ni gelak lagi. Aku siap berdialog dengan baby, aku cakap “hey awak anak siapa ye?”..masa ni aku macam bergurau manja dengan anak la. 

Berbulu atau apa je keadaan anak aku semestinya aku terima saja sebab sayang weh. Suami pun sempat peluk cium, usap, belek jari,kaki semua lah.

Tak sampai sepuluh minit macam tu, pintu bilik diketuk sekali lagi oleh nurse yang sama. Tiba-tiba nurse tu bersuara, “maaf ye puan, saya nak ambil baby tu semula. Kami tertukar anak puan.” 

Lol masa ni terlepas juga suara aku gelak dalam keadaan terkejut.

Biar betul ni nurse, macamana boleh tertukar? Habis tu mana anak aku. Panik terus.

Masa tu lah kami baru perasan yang “anak” tu pakai baju baby lain. Suami serahkan baju belang-belang Zebra hitam putih kepada nurse untuk dipakaikan lepas baby lahir. 

Nurse minta maaf banyak-banyak sebab tersalah serahkan anak. Dengan perasaan confused aku serahkan semula anak tu. Anak aku masih lagi berada di bilik bayi weh. Alahai sian kau wahai anak.

Elok je nurse keluar dari bilik, kami suami isteri pandang satu sama lain. Gelak besar weh kami berdua. Kalau lepas ni anak kami tertukar lagi macamana? 

Betul ke yang nurse bakal bawa ni anak aku? ah sudah.

Rupa-rupanya nurse tersalah ambil anak orang lain, mak baby tu masih belum sedar lepas Caeser. Kebetulan waktu kami melahirkan anak agak dekat tu yang jadi confuse. 

Lepas dapat anak kami yang sebenar baru lega. Perasaan tu Allah je yang tahu. Sebelum keluar hospital pun sempat aku tanya soalan tak salah beri anak. Takut weh.

Ekzema dan Raudah Sakinah

Keperitan dan dugaan membesarkan Raudah bermula bila dia berusia 5 bulan. Kusangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari babe. Masuk umur 5 bulan lepas dapat suntikan vaksin wajib, dia kena Ekzema.

Baca tentang kisah dia kena Ekzema ~ Sini 

Mild ekzema kot, entah. Tapi dia sampai tahap garu berdarah, melalak setiap masa, tak boleh panas, tak boleh aircond terlalu lama, kena ada mandian khas dan tak boleh pakai bedak mahupun lotion. Kulit dia ewwww.

Rasanya kos perubatan dia paling mahal jika dibandingkan dengan adik beradik dia. Yelah, abang dan adik dia aku bersyukur tak kena sakit apa-apa. Nauzubillah minta jauh la sebarang penyakit. 

Raudah paling banyak kenangan pahit dengan doktor, pernah buat aku panik dan menangis masa tidurkan dia dalam buaian sambil tengok darah dia muka dia meleleh. Syahdu bila kenang semula.

Apa pun mama doakan Raudah Sakinah menjadi anak solehah, berjaya dunia akhirat, diberikan kesihatan yang baik, berjaya capai apa yang di ingini. Maaf atas segala kekurangan mama dalam mendidik kamu.

Pantri Makanan Ayam Brand™ Bantu Golongan Kurang Mampu


Pantri Makanan Ayam Brand™ Bantu Golongan Kurang Mampu

Kalau sebut Ayam Brand™ pastinya semua orang kenal dan tahu produk mereka tak kira peringkat umur dan terkenal bukan setakat di Malaysia malah menjadi jenama isi rumah dikenali di Asia. 

Maklumlah dah 128 tahun berada di pasaran, Ayam Brand™menjadi kegemaran ramai kerana mempunyai rangkaian luas makanan dalam tin yang sihat dan berkualiti, bebas bahan awet serta tidak mengandungi MSG tambahan.

Baru-baru ini, Ayam Brand™ bersama 13 rumah kebajikan dari seluruh negara telah bergabung tenaga melancarkan bantuan kemanusiaan melalui gerobok rezeki atau pantri makanan. 

Walaupun negara kini menghadapi situasi sukar akibat wabak Covid-19, semangat saling mambantu, murah hati dan saling percaya-mempercayai tetap utuh dalam kalangan rakyat. 

Kemudahan lama seperti pantri makanan untuk kegunaan ramai kini diberi wajah baru.

Inisiatif pantri makanan #AyamWithYou oleh Ayam Brand™ dan 13 buah rumah kebajikan dari seluruh negara kini giat membantu pertubuhan amal dan memperkasakan mereka untuk membantu komuniti setempat yang memerlukan.

~ Produk Ayam Brand dikilangkan di kemudahan canggih yang mematuhi standard antarabangsa paling tinggi, persijilan (HACCP, ISO 9001) yang diiktiraf di seluruh dunia dan diakui halal" ~

~ Selama empat tahun berturut-turut mulai 2013 hingga 2016, Ayam Brand dipilih sebagai Top 10 jenama FMCG pilihan di Malaysia, berdasarkan kepada Kaji Selidik Kesan Jenama oleh Kantar Worldpanel Brand Footprint Study ~

Penting Ke Makanan Organik Untuk Bayi?

Jujurnya aku mula ambil berat tentang makanan organik dan selamat bila dah bergelar seorang ibu. Memang lumrah kan, seorang ibu mahu pastikan yang terbaik dan semestinya selamat untuk anak-anak. 

Tapi penting ke makanan organik untuk bayi? Terbukti lebih bagus ke berbanding makanan bukan organik? Ha dilema kau.

Bermulalah episod aku mencari maklumat tentang makanan organik. Makanan organik  pada asasnya ialah makanan yang dihasilkan dari sumber-sumber pertanian yang dijamin berkualiti dan selamat dimakan (bebas daripada racun makhluk perosak dan logam berat).

Penting Ke Makanan Organik Untuk Bayi?


Kalau di Malaysia, Jabatan Pertanian menubuhkan skim pensijilan, Skim Organik Malaysia (SOM) yang memberi pengiktirafan kepada ladang yang mengamalkan perladangan organik berpandukan Malaysian Standard MS 1529:2001 The Production, Processing, Labeling & Marketing of Plant Based Organik ally Produced Food. 

Jadi mudahlah untuk pengguna nak mencari pengedar makanan-makanan organik ni. Sumber - Jabatan Pertanian Malaysia

Sebelum aku bercerita lebih lanjut, aku just nak ingatkan yang aku bukanlah memburukkan makanan tidak organik dan mengutuk sesiapa yang tak amalkan makan makanan organik , cuma untuk artikel kali ni aku nak berkongsi informasi dan create awareness sahaja. Saja nak membebel sambil ingatkan diri sendiri. Ha gitu.




Aku sendiri pun tidak dibesarkan dengan makanan organik, aku tak salahkan mak ayah aku pon. Bila dah ada anak sendiri, kesedaran dan ilmu tu dah ada jadi kita manfaatkan lah sebaiknya. 
Memang prinsip aku buat yang termampu dan jangan sampai susahkan diri.


Kenapa pilih Makanan Organik?

Seperti yang kita tahu makanan organik seperti buah dan sayuran dihasilkan tanpa menggunakan racun serangga dan kalau ada pun sangat lah sedikit penggunaan dalam pertanian organik. 

Kiranya penggunaan racun serangga terkawal, dan kita sedia maklum harga makanan organik memang agak mahal jadi beli lah ikut kemampuan.

Berita baiknya untuk para ibu yang mencari makanan organik dan selamat untuk bayi korang, aku nak kongsikan satu kedai yang menjual makanan organik untuk bayi dan juga orang dewasa iaitu Kaitlifestyle Store. 

Sebelum ni mereka hanya menjual secara dalam talian dan baru-baru ni mereka dan pun buka kedai pertama di Plaza Arkadia, Desa Park City Kuala Lumpur.

Dah tak perlu susah-susah nak study bahan-bahan pada label bungkusan sebab kedai Kaitlifestyle menawarkan produk makanan Organik & Asli yang tidak mengandungi bahan kimia yang berbahaya. Mudah kan?

Aku suka sebab pemilik kedai Kaitlifestyle, Puan Sheryn merupakan seorang ibu yang memang pilih makanan organik dan semula jadi untuk anak perempuan dan juga keluarga dia. 

Kalau ikut pengalaman dia yang pernah tinggal di New Zealand, dekat sana lebih mudah mencari makanan organik  dan selamat berbanding di Malaysia. Harga produk yang ditawarkan juga bagi aku berpatutan.

Jadi bila balik ke Malaysia dia rasa susah nak jumpa makanan organik jadi dia ambil inisiatif untuk buka kedai Kaitlifestyle untuk memudahkan ibu-ibu lain mendapatkan bekalan makanan organik. Sweet sangat sebab Kait tu nama anak perempuan dia.

Boleh Tengok Laman Web Kaitlifestyle ~ https://www.kaitlifestylestore.com/





Antara pilihan produk yang ada di kedai Kaitlifestyle adalah produk makanan bayi Halal dan juga barang runcit Halal.

Produk Makanan Bayi Halal seperti:

  • Bubur
  • Bijirin
  • Susu Formula
  • Beras, Mi dan pasta
  • Bahan Perasa
  • Makanan Ringan
  • Peralatan mandian
  • Makanan Korean

Barang-Barang Runcit Halal seperti:

  • Kekacang
  • Minuman
  • Barang Penjagaan diri
  • Aneka Tepung
  • Makanan tambahan
  • Mi & Pasta
  • Beras & Bijirin
  • Biji Benih
  • Cuka & Sos
  • Serbuk Perasa & Herba
  • Makanan Ringan

Guna kod RODIAH10 untuk dapat diskaun 10% bila membeli belah di Kaitlifestyelstore ya!




Makanan Ringan / Kudapan Sesuai Untuk Bayi

Salah satu item yang aku berkenan sangat adalah makanan ringan / kudapan yang sesuai untuk anak kecil serta banyak sangat pilihan. Salah satunya adalah dried fruit. Ada buah Naga, Strawberry, Pisang, Fig, Mangga dan banyak lagi. 

Setiap makanan diletakkan label sesuai di beri kepada anak mengikut usia. Pastinya beri makanan selepas bayi masuk usia 6 bulan ke atas ya. Selain buah kering ada rice puff, yougurt, puri, bubur dan banyak lagi. 

Daripada korang bagi biskut yang tinggi kandungan gula dan tak pasti sesuai atau tidak untuk anak-anak lebih elok la beri kudapan buah-buahan kering macam ni. 

Bukan setakat anak aku je yang suka, aku pon terjebak sama. Rangup weh, rasa buah sebenar. Aku tak tahu teknologi yang digunakan tapi bila buah ni dikeringkan bagi aku menyerlahkan lagi rasa dan bau buah tu. Satu peket tu boleh habis sekelip mata.


Kesimpulan

Pesanan aku buat ibu diluar sana, tidak salah jika kita mencari produk terbaik untuk anak-anak tapi harus pastikan kita anak-anak mendapat makanan berkhasiat secukupnya. 

Pastikan seimbang tidak kira ianya organik ataupun tidak. Diharap dengan perkongsian kepentingan makanan organik, kenapa perlu pilih makanan organik dan kedai yang menjual makanan organik bermanfaat untuk korang.

KAIT Lifestyle PLT (LLP0018711-LGN)
Unit G-3-3a, Block G, Plaza Arkadia,
No3, Jalan Intisari Perdana, Desa Parkcity,
52200 Kuala Lumpur.
+6010 7788889/ +603-62700010