10 Jenis Durian Popular Di Malaysia, Peminat Durian Mesti Kenal

Sana sini meriah dah ramai mula jual buah durian, buat peminat durian macam aku memang asyik terliur je bila nampak buah durian tepi jalan. Setakat ni dah tiga kali suami beli. Alhamdulillah rezeki, setakat ni beli semua ok. 

Masa awal-awal musim durian bulan lepas memang terasa juga mahalnya, tapi sekarang oleh sebab banyak persaingan jadi peniaga dah mula turunkan harga.

10 Jenis Durian Popular Di Malaysia

Minggu lepas aku balik kampung di Pahang dan tak lepaskan peluang tapau buah durian bawa balik ke KL. Semestinya harga lebih murah berbanding dekat sini. Apa yang best, rezeki kami merasa buah durian D2. 

Jujurnya aku tak pernah tahu pun durian tu wujud. Adik yang jual tu kata Durian D2 susah nak jumpa dan harga dia RM20 sekilo.




Teringat makan dessert Mochi Durian Sedap di Sushi King

Weh memang ternyata sedap gila. Walaupun peminat durian tapi aku kurang gemar Musang King, tak suka kalau durian yang rasa dia pahit. D2 ni tak pahit tapi lemak manis, biji dia halus je. 

Puas la makan sebab satu biji tu isi dia agak banyak. Aku beli 3 biji besar puas hati makan pada harga RM109. Bagi aku okeh sangat dah harga dia tu. 



Masa nak beli buah durian dengan adik ni pun ada cerita sebenarnya. Masa tu adik ni buka meja sebaris dengan penjual durian yang lain, ada tiga orang masa tu. 

Dari segi kebersihan, kekemasan semua lebih kurang je tapi Allah buka kan pintu hati aku untuk beli dari adik ni. Salah satu sebab ialah dia tolong mak ayah dia berniaga.

Adik tu perempuan, muda lagi lepasan SPM kalau tak silap aku. Aku tersentuh nak beli sebab dia tak kekok nak berniaga, perasan juga ayah dia senyap je tapi bukan sombong. Jenis orang yang lurus, fokus buat kerja. Susah la aku nak explain tapi aku terharu la. Mak dia pun senyum setiap masa.

Macam menyimpang dah cerita durian kan? Ahaks. Moral dia ialah aku nak kongsi yang adik tu tak kisah dia datang dari keluarga meniaga yang cari rezeki dengan berjual di tepi jalan. Remaja sekarang (bukan semua) agak memilih kalau nak tolong keluarga.

Nak makan cendol durian meriah boleh ke Cendol Durian Runtuh Starparc Point 

Jenis-Jenis Durian di Malaysia Yang Popular, Hantu Durian Mesti Kenal!

Nak beli durian yang elok pun kena pandai pilih. Tak susah pun sebab dah ramai berkongsi tips piluh buah durian yang elok. Aku pernah kongsi tips piluh buah durian juga. Almaklumlah sebagai peminat durian, dan bila kerap beli selalu juga jadi mangsa penipuan. 

Sah-sah buah kurang elok tapi penjual tak jujur juga. Korang boleh baca tips dekat sini:

Tips Beli Buah Durian Yang Baik

Durian D200 ( Duri Hitam / Black Thorn) 
Durian D168 (IOI / Mas Muar) 



Durian D160 ( Musang King / Raja Kunyit)
Durian D175 ( Udang Merah / Ang Hee)



Durian D160 ( Musang Queen / Tekka)
Durian D158 ( Tangkai Panjang / Kan Yau)


Durian D13 ( Golden Bun )
Durian D24


 *gambar credit kepada FAMA

Durian Pilihan Aku Semestinya Udang Merah


Kalau ikut anak tekak aku, Udang Merah paling sedap, ini aku tak pernah rasa Black Thorn lagi tau. Kita kecualikan dia lah. Musang King aku tak berapa berkenan sebab ada rasa pahit. Pendek kata kalau durian tu ada rasa pahit dia tak akan masuk favourite list aku. Sorry durian Pahit. 

Kalau beli aku akan cari Durian Udang Merah, Durian Tembaga, Durian Kawen, IOI dan ikut apa yang ada dekat gerai. Biasanya kami akan minta pendapat penjual. 

Selalu doa dapat penjual yang pembersih, tak hisap rokok, jujur dan peramah. Rasanya dah meriah sana sini orang jual durian, makan memang seronok tapi kena ingat dan jaga kesihatan ya. 


Celebrate Hari Bapa Di Kampung

Sebenarnya tak rancang pun nak sambut hari bapa dan memang sejak dari arwah abah masih ada lagi mana pernah sambut weh. 

Tapi bila dah berkahwin, setiap kali hari bapa aku tak ketinggalan wish untuk suami. Sekadar menunjukkan penghargaan dan biar bapa kepada anak-anak aku rasa dihargai gitu.

Kebetulan minggu lepas, masa hari bapa (Ahad) aku berada di kampung. Kebetulan juga kawan sekolah aku yang kini bergelar usahawan berjaya buat promosi kek khas sempena Father’s Day. 


Celebrate Hari Bapa Di Kampung

Dah alang-alang tu aku buat tempahan sebab aku yang nak makan kek. Lol.

Kalau diikutkan hari-hari kena tunjukkan penghargaan, tunjuk rasa sayang dan tiada hari khusus untuk kenang jasa bapa. 

Mana boleh satu hari je kan? Dijadikan cerita bertambah meriah bila abang sulong aku pun balik kampung hari yang sama. Memang meriah la kami potong kek. Semestinya anak-anak paling gembira.





Kek Hari Bapa Dari Fitri Bakery (Bampizza)

Fitri ni kawan sekolah menengah aku dekat kampung. Dia kelas sebelah satu kelas dengan best friend aku. Tak sangka dia menceburkan diri dalam dunia baking. 

Berjaya pula tu. Seronok tengok dia berniaga di kampung. Selain berbakat buat dan hias kek, dia terkenal dengan pizza dia yang sedap.

Sempena hari bapa lepas dia buat promosi sebiji kek Laici saiz mini untuk 2-4 orang makan dan pizza saiz sederhana berharga RM35. Murah lah kan? Dapat makan kek dan pizza. Serius weh kek dia sedap. 

Bagi aku kalau buat kek perisa laici agak mencabar sebab bau Laici kan lembut je. Bila makan kek Fitri ni terasa la Laici dan bau tu ada. 

Cukup rasa la bagi aku, lembut pula tu. Kek dia tak mengeras walaupun diletak dalam fridge. Kagum aku.

Oleh sebab abang sulong aku balik mengejut, jadi terpaksa ubah rancangan dan tambah sebiji lagi kek dan dua keping pizza. 

Jadi total 4 keping pizza saiz sederhana dan dua biji kek. Kek kedua memang aku beli saiz besar perisa oren coklat. Baru puas hati makan.





Hukum Sambut Hari Bapa


Rasanya setiap tahun aka nada je orang bertanya tentang hukum sambut hari ibu, hari bapa dan seangkatan. 

Korang yang was-was boleh rujuk laman web Mufti Wilayah Persekutuan yang beri penerangan mendalam tentang sambutan ni ok. 

Tapi secara rumusannya, sambutan Hari Bapa mahupun sambutan Hari Ibu dibolehkan berdasarkan dua point dibawah:
  • Menganggap Hari Ibu atau Hari Bapa sebagai penghormatan tambahan buat mereka, bukannya menyempitkan skop menghormati mereka hanya pada tarikh tersebut.
  • Tidak menjadikan ia sebagai satu bentuk perayaan dengan ertikata perayaan keagamaan, tetapi sebagai sambutan secara adat sahaja.




Hargai Sementara Masih Ada

Sedikit pesanan dari aku yang dah kehilangan seorang abah, jaga la mak ayah sebaik mungkin. Hargai dan sayangi mereka. Betul orang cakap, hilang mak atau ayah seakan hilang separuh nyawa kita. 

Aku hilang arwah abah masa tahun aku di ijab Kabul. Masa tu aku mengandung anak pertama, orang cakap ganti ahli keluarga. Entahla. Arwah abah mana boleh ganti kan? 

Kenangan paling aku ingat tentang arwah abah ialah cara didikan abah yang memang garang dan semestinya ada sisi lembut terutama bila berkaitan dengan binatang peliharaan. Kami satu keluarga suka kucing. 

Memang dari kecik ada je kucing datang singgah rumah, kucing liar. Mak dengan abah akan beri makan, tak kurung pun. Lama-lama kucing tu selesa tinggal dengan kami terus jadi kucing angkat.

Sampailah aku sambung belajar di UiTM kadang-kadang akan dapat panggilan mengejut daripada abah. 

Sebagai mukadimah abah akan ingatkan supaya dengar elok-elok dan tak sedih, memang suspens teruk. Lepas tu baru abah akan beritahu, “Grey dah mati, dia sakit tua. Terlantar dekat bilik air”.

Bukan aku seorang je abah telefon, semua adik beradik perempuan akan terima berita yang sama. Kelakar pun ada tapi dalam masa yang sama sedih sebab kucing kesayangan mati. 

Bukan setakat hal kucing je, macam-macam lagi la abah akan update.

Banyak juga perangai arwah abah turun dekat aku. Aku suka silat, arwah abah Guru Silat. Dulu selalu turun gelanggang bila anak buah minta abah rasmikan pembukaan gelanggang. 

Rupa paras pun banyak aku mengikut arwah. 

Kening tebal, bibir tebal dan aku garang macam abah. Rindunya dekat abah. Semoga abah dikurniakan syurga tanpa hisab. Aamiin.

Terima kasih abah. Segala jasa, keringat, tenaga, kasih sayang, teguran yang abah curah kepada keluarga akan dibalas oleh Tuhan. Moga satu hari nanti kita bakal berkumpul juga.


Pantri Komuniti AyamBersamaMu Kini Tular di Selangor!

Walaupun sambutan Hari Raya tahun ini agak terjejas oleh wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kemurahan hati rakyat Malaysia telah meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik menerusi inisiatif pantri #AyamBersamaMu di 13 buah komuniti.

Di Selangor, Pusat Jagaan Kasih Nurul Hasanah berganding bahu bersama Ayam Brand mengurus pantri komuniti setempat yang mengguna pakai konsep ‘Ambil apa yang perlu, tinggal apa yang boleh. 

Pantri Komuniti AyamBersamaMu Kini Tular di Selangor!

Pantri kalis cuaca tersebut dibekalkan dengan barangan keperluan harian seperti bekalan produk Ayam Brand. 

Ia dipasang di luar kawasan halaman untuk membolehkan penjarakan sosial, dan terbuka kepada umum 24 jam. 

Para petugas dan penduduk setempat berkongsi maklumat mengenai stok atau apa yang diperlukan dalam kumpulan komuniti menerusi media sosial dan aplikasi mesej. Usaha mereka telah menularkan inisiatif ini.

Aku pernah kongsi tentang Pantri Ayam Brand sebelum ni. 



Usaha Membantu Membuahkan Hasil


Para sukarelawan membalas jasa baik mereka dengan menyediakan hidangan masakan ala rumah terbuka menggunakan produk Ayam Brand™. Antaranya adalah seperti hidangan tradisional Roti Jala dengan kari sardin dan salad buah makaroni!

Shuhaida Kabdy turut menawarkan diri untuk memasak buat kanak-kanak sebagai sumbangan beliau kepada pantri komuniti tersebut.

“Terdapat banyak mesej dalam aplikasi WhatsApp secara berkumpulan oleh penduduk setempat berkenaan pantri makanan tersebut dan barangan yang diperlukan. 

Pusat Jagaan Kasih Nurul Hasanah telah banyak membantu penduduk di sini.

Menyediakan hidangan ala rumah terbuka buat mereka adalah sumbangan ikhlas saya. Saya ingin berikan yang terbaik buat mereka. Penggunaan santan dan jagung manis Ayam Brand menjadikan penyediaan makanan lebih mudah. Kanak-kanak gemar Bubur Kacang,” jelas Shuhaida. 




“Saya berbangga dapat menyumbang terhadap inisiatif ini kerana ia menunjukkan semangat #KitaJagaKita yang telah membantu Malaysia mengharungi wabak Covid-19,” tambah beliau.

Desas-desus mengenai pantri komuniti AyamBersamaMu ini telah memperkenalkan Pusat Jagaan Kasih Nurul Hasanah kepada lebih ramai penduduk di sekitar daerah. Ini membawa kepada lebih banyak sumbangan buat pantri makanan, serta kanak-kanak di rumah kebajikan tersebut.

“Komuniti kami berpakat untuk menerapkan semangat #KitaJagaKita dan menjadikan Hari Raya kali ini sesuatu yang akan dikenang. Orang ramai memaklumkan kepada golongan kurang bernasib baik tentang bantuan barangan keperluan yang ditawarkan di sini.



Ramai juga yang menyumbang barang. Sukarelawan seperti Shuhaida menyediakan hidangan lazat buat kanak-kanak. Apabila kita memberi dengan ikhlas, amal yang baik akan dibalas baik. Pantri #AyamBersamaMu telah menyatukan komuniti kami dan membina ikatan yang berkekalan. 

Kami sedia berkongsi dengan organisasi lain bagaimana untuk memulakan dan menguruskan pantri komuniti,” jelas pentadbir Pusat Jagaan Kasih Nurul Hasanah, Puan Shidah.

Sehingga kini lebih 5,000 produk Ayam Brand telah diambil dari pantri makanan di seluruh negara dan ribuan barangan lain telah disumbangkan oleh individu, syarikat dan NGO bagi membantu mereka yang dalam kesusahan.

“Orang ramai memberi reaksi berlainan terhadap pantri ini. Ada yang hanya mengambil barang pada lewat malam kerana berasa segan atau malu. 

Ada yang bertanya dahulu sebelum mengambil, dan ada pula yang ingin berborak dan berkongsi kesukaran yang mereka hadapi.

Ada juga penderma rahsia yang meninggalkan barangan di dalam pantri, sementara yang lain berkongsi tujuan mereka memberi. Kita ada kanak-kanak yang memberi gula-gula untuk kanak-kanak lain. 

Para peniaga menghantar telur, beras dan minyak masak. Ibu bapa menghantar lampin, susu bayi dan mainan, malah baju raya yang baru. Kami hargai semuanya,” tambah beliau.

Projek pantri komuniti AyamBersamaMu kini mampu berdiri dengan sendiri setelah banyak permintaan untuk memulakan program yang sama diterima di lokasi lain, menurut Nathan Deverre, Pengurus Pemasaran Ayam Brand Malaysia.

“Respons terhadap pantri komuniti ini amat menggalakkan. Petugas Ayam Brand amat berbangga dengan inisiatif ini dan telah menguar-uarkannya agar lebih ramai dapat menerima bantuan dan lebih ramai menyumbang. 

Konsep ‘Ambil apa yang perlu, tinggal apa yang boleh’ ternyata diterima dalam kalangan masyarakat tempatan. Jenama Mission telah menyertai kami dalam inisiatif ini. 

Kami berharap jenama lain akan turut serta momentum baik ini dapat dikekalkan,” ujar Daverre.

Menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporatnya yang telah berjalan sekian lama, Ayam Brand™ telah menyumbang lebih 2 juta makanan berkhasiat kepada pertubuhan amal, menyediakan makanan berkhasiat untuk lebih 22,500 orang dari 538 buah organisasi dan NGO amal sejak 13 tahun lalu.

Jadi sebahagian daripada gerakan untuk menerima dan menderma barang-barang keperluan pada musim Raya ini. Berikut adalah senarai lengkap lokasi-lokasi Pantri Komuniti Ayam Brand:

📌 KUALA LUMPUR: Anjung Singgah Lot 28-32 Jalan Hang Lekiu, 50100 Kuala Lumpur
📌 PAHANG: Rumah Anak Yatim Dan Fakir Miskin Baitul Husna, Lot 132 Kampung Pelindung, 26100 Beserah, Kuantan
📌 TERENGGANU: Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim Al-Hijrah Lot 4972, Taman Alam Perdana Binjai, 24000 Kemaman
📌 KELANTAN: Pusat Jagaan Pertubuhan Anak Yatim dan Asnaf Kelantan Lot 723 Seksyen 49, Mukim Langgar, 15000 Kota Bharu
📌 PERAK: Pertubuhan Baitul Aini Ipoh PT 232242, Jalan Kuala Pari Hilir, Kg. Kuala Pari Hilir, 30100 Ipoh
📌 PENANG: The Children's Protection Society No. 118-A, Jalan Scotland, 10450 Penang
📌 KEDAH: Pusat Jagaan Insan Kesayanganku No.852 Taman Mahsuri Jitra, 06000 Jasmina
📌 PERLIS: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Rumah Teduh Perlis No. 45, Lorong Haroom Bunga, Jalan Sekolah Derma, 01000 Kangar
📌 NEGERI SEMBILAN: Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Istimewa Harapan Negeri Sembilan No. 43, Jalan TTJS 3/4, Taman Tuanku Jaafar, 71450 Sungai Siput, Seremban
📌 JOHOR: Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Shafar, No 15, Jalan Limau, Kampung Pasir, Tampoi, 81200 Johor Bahru
📌 SELANGOR: Pusat Jagaan Rumah Kasih Nurul Hasanah No 1, Jalan Pimping Kanan, Ukay Height, 68000 Selangor
📌 SARAWAK: Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Nur Murni, No 22, Lot 1365, Lorong Field Force 8e, Taman Green Field, 93250 Kuching
📌 SABAH: Rumah Anak Kesayangan, No. 22, Lot 151, Jalan Mat Salleh, Taman Sempelang Sembulan, 88100 Kota Kinabalu

Untuk maklumat lebih lanjut mengenail inisiatif pantri komuniti #AyamWithYou, layari: https://www.ayambrand.com.my

Perempuan Punca Masalah Rogol? Memancing Nafsu Lelaki


Perempuan Punca Masalah Rogol? Memancing Nafsu Lelaki

Baru habis mendengar videoreaction dari Hazeman Huzir berkenaan isu perempuan adalah punca masalah rogol yang berlaku. Rasanya dah boleh agak isu yang aku tulis ni sebab ramai turut memberi pendapat masing-masing tentang perdebatan isu yang asalnya telah dibincangkan oleh Fynn Jamal, Caprice dan juga Wardina.

Aku bukanlah orang yang layak untuk memberi pendapat dalam bidang ni sebab ilmu agama bukan kepakaran aku tapi aku terpanggil nak menulis sekadar tak lebih nak ingatkan diri tentang betapa penting untuk faham apa tugas kita, bagaimana kata-kata kita boleh memberi kesan kepada orang lain serta adap dalam berdakwah.

Lagi kecoh keadaan bila semakin ramai ulas topik ni dan menimbulkan kemarahan masyarakat. Aku baru dengar pendapat cikgu MRSM di Twitter, dalam video dia ulas isu perogol yang mana aku rasa dia memang menyalahkan perempuan 100%.  Jangan hanya ulas dari satu sudut pandangan. Itu aku rasa tak adil. Sedih.