Dessert Sushi King - Durian Mochi Sedap

by - September 14, 2017

Assalamualaikum,

Kak Diah memang dari dulu suka mencuba makanan. 
Rasa lapang dada je kalau cuba makan makanan tak pernah cuba then kena dengan tekak.

Paling suka cuba makanan Korea dan Jepun. 
Rasa dia yang mula-mula pelik, bagi yang tak suka lepastu lama-lama jadi eh sedap pulak.

Diterima tekak melayu akak ni. 
Alhamdulillah walau suami akak jenis yang tak mencabar dan memilih makanan, 
akak ditakdirkan bertemu rakan-rakan office yang satu selera dengan akak.
Baca Selanjutnya

Selalunya dengan rakan office la makan makanan Korea/Jepun ni. 
Antara tempat favourite selalu pergi ialah Sushi King. Kalau pergi dah hafal nak makan apa.

Selalu kalau kat Sushi mulut rajin je nak makan dessert. 
Kalau dulu selalu order Green tea Ice Cream yang ada Red Bean tu. 

Walau manis dia hazab tapi suka la sangat. 
Dari masa ke semasa Sushi King pon dah bijak offer variety dessert.
Pandai pun ambil hati akak. Jom akak share apa akak pernah order kalau kat Sushi King.

1. Matcha Ice-Cream - Green tea ice-cream with red bean paste and whipped cream. 
Red bean paste yang bawah sekali tu sedap. Kena makan together baru nikmat. So memang kena korek-korek sampai bawah :)

2. Cottage Cheese - Rasa dia biasa-biasa je. Dua kali suap habis dah. Penggemar cheese suka. Sedap lagi Komugi punya Cheese. 


3. Vanilla Ice Cream Doughnut - bayangkan makan donut kapit ice cream vanila. ha begitula rasanya. 



4. Matcha Ice Cream Doughnut- Pun sama cuma flavour je Matcha. penggemar matcha sekelip mata boleh habiskan. 


5. Durian Mochi & Ice Cream - Sedap gila. Mochi tu liat-liat sikit dan dia serve masih warm-warm lagi. Durian paste meleleh keluar dan makan sekali dengan ice cream durian. Memang heaven je lalu kat tekak. 

Jangan kongsi dengan kawan nanti tak cukup
gambar kat website comel aje

Untuk menu bawah ni adalah Next Dessert to try. Masuk dalam wishlist jugak la:)

Durian Doughnut & Marshmallow


Brownie & Marshmallow

Moga tercapai la cita-cita nak merasa lagi dua dessert ni. Orang lain cita-cita lagi tinggi, akak cukup la dengan dessert dulu. hahahha. 

Credit semua gambar: Sushi King Malaysia Website 

You May Also Like

0 comments

Entri Popular Bulan ini

SUBSCRIBE NEWLETTER