10 Tips Sebelum Membeli Durian - www.rodiahamir.com

Love to talk about my Life, Food, Recipe, Parenting, Beauty, Entertainment , & Travel

Breaking

Home Top Ad

Jul 14, 2018

10 Tips Sebelum Membeli Durian

Memang musim durian mencurah-curah sekarang kan? Harga durian pun dah murah dan mampu di beli oleh semua orang. Untuk peminat durian macam Diah memang gembira sangat la. Terbaca perkongsian dari facebook Azlan Noor tentang 10 Tips Sebelum Membeli Durian yang Diah rasakan berguna untuk peminat buah durian. Buat masa ni paling murah pernah Diah beli ialah durian kampung RM8 satu biji. Saiz sederhana. Alhamdulillah atas rezeki Allah bagi. 

Kenapa kena tahu tips sebelum membeli durian ni sebab nak elak kan diri dari di tipu oleh penjual durian. Diah sendiri pernah alami pengalaman ditipu sebab penjual nak menjual semata-mata nak dapat untung je dan nak habiskan stok lama. Lepas baca dan praktik kan tips ni memang sangat membantu. Bila beli penjual pun takut nak beri buah yang kurang elok. 

Membeli Durian Murah
Beli durian Di NZ WangsaMaju
Nah, ini 10 tips untuk memilih durian sebelum beli.

1. Bentuk bulat.
Durian berbentuk bulat mempunyai isi yang banyak berbanding bentuk lonjong.

2. Berat durian.
Makin ringan, makin banyak isi durian. Kalau ada dua durian yang sama saiz, ambil yang paling ringan.

3. Tangkai.
Tangkai pendek dan tebal menandakan isi yang tebal dan banyak. Perhatikan juga tangkai kering atau terpotong. Tak ada tangkai, tak payah beli. Saya selalu tekan dengan kuku untuk cek tangkai lama ke baru.

4. Bunyi.
Ketuk durian dan pilih yang berbunyi padat semasa diketuk.

5. Duri.
Pilih durian yang berduri pendek dan jarang untuk isi yang padat.

6. Bau.
Hidu durian dan cari yang berbau manis.

7. Juring.
Durian berjuring lima paling ideal untuk dapatkan isi yang banyak dan besar. Makin banyak juring, makin kecil isi.

8. Kulit.
Pilih durian yang belum dikopek atau tidak merekah kulitnya. Perhatikan keadaan kulit. Kalau ada tompok hitam itu tanda isi dalamnya buruk.

9. Warna.
Dah siap pilih tu, korang minta penjual tu belah untuk rasa dan tengok isi. Kalau tak ok, minta tukar. Kulit berwarna kuning tak bermakna isinya kuning juga. Jangan tertipu.

10. Musim.
Beli durian ketika musim panas/kering. Jangan semasa hujan/lembap. Takut terbeli durian yang 'dipulas ribut'.

Lepas ni kalau nak beli durian ingat semula tips kat atas ni ya. Selamat menikmati durian. Makan durian jangan berlebihan ya, dengan cuaca tak menentu kena banyakkan minum air masak dan kurangkan pengambilan makanan manis yang lain.


10 comments:

  1. tahun ni takbeli lg durian lapoo pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah tabahnya Shafyqah, diah xtahan kena beli jugak

      Delete
  2. Replies
    1. diah hantu durian so memang sedap la kak wawa

      Delete
  3. bagus tips ni! aira biasa serahkan hal ni dekat ayah je. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaha diah pulak pas dekat suami je

      Delete
  4. Wah! bagus tips ni.
    Nak kena hadam ni hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hiihihi kalau dah biasa in sha Allah boleh kenal yg elok..

      Delete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.