Nasi Serai Roasted Chicken di Ramly Burger

Rupa-rupanya Nasi Serai ni dah lama dijual di Kiosk Ramly sejak tahun 2018. Aku je baru tahu ada Nasi Serai Roasted Chicken yang sedap, itu pun secara tak sengaja masuk ke Kiosk Ramly di Aeon Big Wangsamaju.

Menu pun dah banyak pilihan dan harga pun murah. Salah satu menu yang sangat mendapat sambutan di Ramly Halal Kiosk ialah Nasi Serai Roasted Chicken.


Nasi Serai Roasted Chicken di Ramly Burger

Semasa tahun 2018, set nasi serai ini dijual pada harga RM9.80 sahaja termasuk air minuman weh. Punya la murah. Set termasuk Nasi Serai, Ayam Drummet, Sambal Belacan, Sup Kosong, Telur Dadar dan Ice Lemon Tea.

Dah masuk tahun 2020, harga dah naik ke RM13.90 tapi dah tak ada Sambal belacan, telur dadar dan air dalam set tu. 

Tak dapat bayangkan dapat sambal belacan tu, tekak Melayu sungguh. Satu set dapat ayam drummet, nasi, sup, salad dan juga sos blackpaper.


Nasi Serai Roasted Chicken Dah Lama Wujud

Aku dah makan Nasi Serai Roasted Chicken, dua kali repeat dan aku tersangat lah suka. Memang terasa tekstur dan bau serai tu. Harum sangat, nasi pun lembut. 

Ayam dia terasa perapan rempah dan kulit dia sangat crispy. Sesuai sangat dia guna bahagian drummet. Lemak pun kurang.



Bahagian yang aku akan makan dulu semestinya kulit ayam tu. Seksi sudahya ayam aku. lol. Masa makan ni jangan kira kalori mahupun lemak ya, baru dapat makan dengan aman. ahaks. 

Salah satu benda aku suka tentang Ramly Burger ialah tentang pemilihan packaging makanan mereka. Mereka guna kotak keras macam kotak piza untuk isi makanan. 

Jadi makanan tidak tertumpah dan pelanggan nak makan pun sangat selesa. 

Untuk pelanggan yang agak cerewet macam aku sangat sedih dan aku tak boleh kalau orang bawa makanan dalam kotak/bekas/plastik senget atau tumpah. Hei ngeri tau. 

Aku sanggup tatang bekas tu supaya bila nak makan, makanan tu elok presentation dia. 

Aku ingat Ramly hanya jual burger sahaja, tapi rupa-rupanya lebih dari itu. Sekarang dah ada sate ayam & daging, keropok lekor Terengganu Asli, fish n chip, nasi ayam, nasi kambing, Bolognese, Nugget dan pelbagai jenis burger termasuk oblong, burger udang dan burger ikan.



Aku beli fish & Chip sebab kegemaran anak nombor dua. Aku tumpang sekaki la. Nampak simple tapi ok la jika dibandingkan dengan harga dia. 

Aku sangat-sangat recommend untuk cuba. Selain tu menu lain yang boleh dicuba ialah Nasi Serai Lamb, Nasi Serai Grilled Chicken dan Nasi Serai Sambal Sotong.


Atas ni ialah Oblong daging lembu Ramly Burger. Bila masuk Ramly kena la beli atleast Oblong. Ni semestinya favorite aku. Eh semua la aku suka. 

Ada bawang, sos blackpaper yang melimpah dan pedas, serta mayonese yang secukup rasa. 

Jenama Ramly memang dipercayai dan kualiti makanan frozen dia pun boleh tahan. Dulu aku suka beli nugget daging lembu Ramly dan buat stok dekat rumah, cuma sekarang dah ada kesedaran kurangkan makanan segera jarang lah aku beli.

Tahniah Dato’ Dr. Haji Ramly Mokni and Datin Hajjah Shala Siah Abdul Manap, Pengasas Ramly Burger. Bangga weh bila tengok website ramly.com.my Dato' menjadi inspirasi yang lain untuk berjaya. 

Sekian saja review untuk food hunting kali ini. Kita jumpa di lain entri. Tak pasti nak makan apa lagi, kalau ada yang menarik aku kongsi. 

3 Cara Untuk Wanita Gagal Seumur Hidup

Tertarik dengan perkongsian Dr Muhaya tentang 3 cara untuk menjadi wanita gagal seumur hidup. Kalau selalu kita dengar orang berkongsi tips bagaimana menjadi wanita berjaya, nak menjadi wanita solehah kan? 

Kali ni aku kongsikan pesanan Dr kalau nak jadi wanita gagal.

Dah biasa sangat dan jadi tepu bila banyak perkongsian yang berunsur kebaikan ni jadi Prof guna reverse psychology supaya dapat capture minat pendengar untuk ambil tahu. 


3 Cara Untuk Wanita Gagal Seumur Hidup

Aku sendiri tertarik nak tahu sebab tak nak tergolongan dalam kumpulan yang gagal. Alergik gagal okeh.



Ketahui Cara Untuk Menjadi Wanita Gagal

3 cara untuk wanita menempah kegagalan seumur hidup terutama wanita muslim ialah seperti dibawah:


#1 Jangan Jaga Solat

Amalkan solat di akhir waktu. Selalu terjadi bila keluar terutama dekat shopping mall atau waktu bekerja di pejabat sebab tak cukup masa atau selalu terlambat. 

Ambil jalan mudah terus sembahyang kapit. Istilah Sembahyang kapit adalah untuk mereka yang melakukan solat dua waktu sekaligus  biasanya waktu Zohor dan Asar.

Oleh sebab kekangan waktu jadi solat di hujung waktu Zohor dan menunggu untuk solat Asar di awal waktu. Masa Prof terangkan sembahyang kapit tu terus diselubungi rasa berdosa sebab masaku bekerja dulu selalu aku buat. Taubat.


#2 Jangan Jaga Aurat

Sila dedahkan aurat dan expose diri anda dan malaikat akan kutuk anda setiap masa. Apabila isteri buka aurat, perbuatan itu dikira menzalimi suami dan sebab itu antara punca berlakunya suami menzalimi isteri. 

Dalam diam sebenarnya kita mengundang kejahatan kepada diri sendiri. Kena ingat, satu langkah wanita keluar mendedahkan aurat mendekatkan suami dengan api neraka.

Banyak sebenarnya penerangan tentang aurat ni, aku juga tak terlepas nak baiki diri. Bukan mudah ya tapi hari-hari aku cuba pilih pakaian yang sopan dan next target aku nak pakai hand sock. Ya ampun dengan cuaca panas dekat Malaysia ni dugaan dia tinggi ya tuan puan.


#3 Jangan Jaga Pergaulan

Prof pesan sila lah bertepuk tampar dengan bukan mahram. Jadi wanita murahan yang mudah disentuh oleh semua. Benda ringan dan mudah je sebenarnya, tapi inilah bunga-bunga dosa yang kita pupuk tanpa sedar. 



Dalam perkongsian tu juga Prof Muhaya kongsikan apabila wanita pilih untuk gagal seumur hidup maka akan memberi ruang dan juag menjadi salah satu punca suami berlaku curang. 

Ini berdasarkan pengalaman Prof membantu wanita yang menghadapi masalah dalam rumah tangga.

Tiga soalan yang Prof akan tanya bila wanita mengadu suami curang ialah tentang solat, aurat dan juga pergaulan. 

Setiap keburukan yang kita dapat adalah hasil keburukan dosa yang kita lakukan dan kita masih belum bertaubat. Untuk merawat diri ialah dengan taubat dan juga sentiasa berzikir. Kena sentiasa muhasabah diri.

Wallahualam.



Luckin Kopi Tempat Lepak Minum Kopi Best Di KL

Dah masuk kali kedua aku ke Luckin Kopi tempat lepak minum kopi best di KL. Aku suka sebab kopi dan juga restoran dia yang sedap mata memandang dan harga yang berpatutan. 

Aku kalau berkenan dengan satu tempat makan tu memang itu la yang aku akan asyik duk ulang sebut.

Restoran Luckin Kopi adalah restoran mesra muslim ya, semoga tak lama lagi dia boleh dapat sijil Halal JAKIM pula.


Luckin Kopi Tempat Lepak Minum Kopi Best Di KL

Sesuai sangat dengan nama restoran ni, Luckin Kopi semestinya signature item dia ialah kopi yang sedap. 

Peminat kopi mesti tak menyesal datang sini sebab aroma dia yang mengancam, kopi pekat dan harga mampu bayar.

Selain kopi banyak lagi menu lain yang dijual dan overall menu di Luckin Kopi ni mengikut selera anak muda okeh. Ada makanan berunsurkan cheese, ramen, roti bakar, ABC, nasi dan macam-macam lagi lah.


Menu Luckin Kopi Menarik Kena Cuba

Kebetulan waktu aku pergi, mereka tengah promot menu Korean feat Mi Sedaap. Aku suka sebab gabungan cheese dan juga Mi Sedap yang pedas tu. 

Jadi tidak la muak. Ada Mi Sedaap Korea Sos Telur Masin, Mi Sedaap Korean Cheese, Mi Sedaap Korean Soup & dry.

Ini Mi Sedaap Korean Cheese ni rasa dia pedas-pedas manja. Cairkan cheese atas dapur dia bagi tu dan enjoy.



Kalau tak mahu yang kering boleh cuba Mi Sedaap yang ada kuah. Rasa dia pun not bad. Tekak aku prefer yang Mi kering. 



Ini pula Mi Sedaap Korea Sos Telur Masin. Peminat salted egg boleh la cuba. 



Semestinya menu berasaskan nasi ada di sini. Apa yang aku suka ialah, menu yang terdapat di Luckin Kopi memenuhi selera kebanyakkan pelanggan. 

Kalau tak mahu makan nasi, boleh pilih menu yang tak terlalu berat macam roti dan western food mereka.




Kopi Lima Negeri

Kalau sebelum ni signature kopi mereka hanya ada Kopi dari KL, Ipoh dan Melaka tapi kini danh ada penambahan Kopi Lima Negeri. 

Negeri terbaru ialah Penang dan Johor. Kopi paling aku suka Kopi Ipoh. So sedap.






Dekat mana Luckin Kopi?

Restoran ni terletak di Jalan Panggong Kuala Lumpur dan sangat dekat dengan MRT & LRT Pasar Seni. 

Kalau kau orang drive boleh parking berhadapan dengan restoran ni, kalau tak silap RM5 per jam. Jadi lebih jimat kalau naik public transport sambil pusing KL.

Lepas makan aku cadangkan korang pergi Kwai Chai Hong Alley (Bai Chuan Management SB). Tersangat lah dekat, jalan kaki tak sampai lima minit pun. 

Menariknya di Kwai Chai Hong Alley adalah tempat untuk bergambar. Memang insta worthy sangat.

Ada jambatan cantik, dan dinding yang dihias dengan lukisan mural masyarakat Cina dan mengetengahkan seni jalanan. 

Waktu PKP ni ada guard yang tunggu dekat depan dan catat suhu serta kawal jumlah kemasukkan pelawat. So terjaga la. Masuk adalah percuma.

Ramai anak muda datang sini dan bawa jambangan bunga dijadikan prop bergambar. Ada juga pengantin Cina yang buat photoshoot di sini. 

Comel sangat. Untuk yang tak arif bergambar macam aku sila prektis pose di rumah kalau tak rugi je datang sini.

Sekian saja sharing aku tentang tempat lepak best minum kopi di tengah bandar KL. Ada kopi sedap, harga makanan mampu bayar, tempat cantik untuk Instagram dan lokasi mudah nak pergi.


Dim Sum Sedap di Dolly Dimsum NU Sentral

Aku teringin nak makan Dim Sum dekat Dolly Dimsum memang dah lama. Kalau ikut tekak suami, memang tidak la dia nak makan Chinese food. Agak kurang bagi dia tapi tidak bagi aku. 

Dah ramai kawan-kawan aku yang pergi dan semua bagi good review tentang Dolly Dimsum terutama Egg Custard Bun.

Tengok gambar masing-masing kongsi dekat media sosial memang terliur teruk lah. Egg Custard Bun tu dia serve panas-panas dan inti dia meleleh. Adoi. 


Dim Sum Sedap di Dolly Dimsum NU Sentral

Akhirnya awal bulan lepas, permintaan aku diturutkan suami dan dia sanggup teman makan dekat sana. Kami makan di Dolly Dimsum NU Sentral.

Sebenarnya suami aku ni, ada je menu yang dia makan tapi bukan semua, oleh sebab aku asyik request nak makan dekat sana dia turutkan juga. Ahaks. 

Bukan senang nak makan dekat luar memandangkan anak-anak masih kecil, risau ganggu pelanggan lain. Anak kecil bukan boleh dijangka perangai mereka.


Our brunch berjalan lancar dari mula makan hingga habis makan. Alhamdulillah. Walaupun PKP tapi manusia masih ramai keluar makan dan sebagainya. 

Bagus masing-masing pandai jaga diri dan tak ambil masa lama duduk di restoran.


Review Menu Dolly Dimsum 

Memandangkan aku bertanggungjawab untuk pilih menu jadi semestinya aku pesan menu ikut selera tekak aku. Aku letak sekali harga untuk rujukan okeh. 

Total termasuk Soya Bean & Watermelon Lychee ialah RM120.65. 

Chewy Meat Croquete – Rm8.20

Chewy Meat Croquete seperti yang dijangka memang kenyal bila dikunyah. Dalam tu inti daging dan doh tu agak manis. Langsung tak pedas ya. 



Royal Golden Fried Rice – RM24.30

Royal Golden Fried Rice tu adalah nasi goreng Cina dan dalam tu ada beberapa ekor Udang saiz XL, dan atas dia hias telur ikan warna Oren tu. Tak pedas dan sedap. Pesan ni sebab nak bagi anak-anak makan. 


Siew Mai – RM9.50

Pesan Siew Mai sebab untuk penuhi selera suami je. Kalau order yang lain-lain dikhuatiri suami tak boleh telan. Rasa Siew Mai ni biasa je bagi aku. 



BBQ Chicken CF – RM9.70

Antara menu yang aku nak sangat pesan ialah laksam ni. Aku je yang panggil laksam ok. Nama dia dalam menu ialah BBQ Chicken CF. Tak suka ayam ada daging, sotong dan lain-lain. Rasa dia tawar je, jadi sedap bila makan cicah sambal dia tu. 



Roasted BBQ Bun – RM8.60

Aku pun tak pasti kenapa aku pesan yang ni tapi kenyang dan rasa dia not bad. Inti dia agak pedas bagi aku. 


Yam Croquete – RM8.80

Aku suka sebab lapisan luar dia super crunchy. Dalam dia ialah keladi dan ada inti daging kalau tak silap aku. Sedap di tekak aku. 



Egg Custard Bun – RM7.90

Egg Custard Bun tu aku order dua set okeh. Dapat 6 biji bun, dan aku makan semua sekali sebab anak dan suami tak suka. Pesan sampai dua set sebab ingat akan berebut, rupanya tidak ya. 

Oleh sebab makanan sampai satu persatu sila jangan tamak order banyak-banyak. Egg Custard Bun tu memang rich gila rasa dia dan manis. Ada jenis yang tak minat akan rasa loya for sure.



Harga juga termasuk Service Charge 10% dan Service Tax 6%. Total servis ni ialah RM16.64 which is aku rasa agak mahal. Nama pun restoran dalam mall, semua servis dia nak caj. Ahaks.

Kalau bagi rating, aku bagi 3 out of 5 star kot. Biasa je rasa menu dia.

Lepas makan dekat sini baru puas hati dan kalau nak compare makan Dim Sum dekat Ipoh, aku lagi prefer makan dekat sana. 

Makan ala-ala kayangan dan nak treat diri sesekali okehlah boleh cuba di Dolly Dim Sum. Bagi sesetengah orang harga tu murah je kot.

Sebut pasal makanan, bagi aku Ipoh adalah destinasi syurga percutian aku. orang bercuti pergi tenangkan diri, berehat. Aku bercuti nak cari makanan sedap je & menginap d Hotel cantik ni. Aku suka Ipoh sebab makanan dan kopi. I like sangat.

Apa pun dah tercapai wishlist nak cuba dim sum di Dolly Dim Sum, lepas ni nak cuba makan di restoran Sheila Rusly pula. Katanya pun sedap eh. Harapnya sila sedap dan jangan hampakan aku please.

Dolly Dimsum, 

NU Sentral, LG.43, 201, Jalan Tun Sambanthan, 

50470 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur