Dim Sum Sedap di Dolly Dimsum NU Sentral
Aku teringin nak makan Dim Sum
dekat Dolly Dimsum memang dah lama. Kalau ikut tekak suami, memang tidak la dia
nak makan Chinese food. Agak kurang bagi dia tapi tidak bagi aku. Dah ramai
kawan-kawan aku yang pergi dan semua bagi good review tentang Dolly Dimsum
terutama Egg Custard Bun.
Tengok gambar masing-masing
kongsi dekat media sosial memang terliur teruk lah. Egg Custard Bun tu dia
serve panas-panas dan inti dia meleleh. Adoi. Akhirnya awal bulan lepas, permintaan
aku diturutkan suami dan dia sanggup teman makan dekat sana. Kami makan di
Dolly Dimsum NU Sentral.
Sebenarnya suami aku ni, ada je
menu yang dia makan tapi bukan semua, oleh sebab aku asyik request nak makan
dekat sana dia turutkan juga. Ahaks. Bukan senang nak makan dekat luar
memandangkan anak-anak masih kecil, risau ganggu pelanggan lain. Anak kecil
bukan boleh dijangka perangai mereka.
Our brunch berjalan lancar dari mula makan hingga habis makan. Alhamdulillah. Walaupun PKP tapi manusia masih ramai keluar makan dan sebagainya. Bagus masing-masing pandai jaga diri dan tak ambil masa lama duduk di restoran.
Memandangkan aku bertanggungjawab untuk pilih menu jadi semestinya aku pesan menu ikut selera tekak aku. Aku letak sekali harga untuk rujukan okeh. Total termasuk Soya Bean & Watermelon Lychee ialah RM120.65.
Chewy Meat Croquete – Rm8.20
Kalau bagi rating, aku bagi 3 out
of 5 star kot. Biasa je rasa menu dia.
Lepas makan dekat sini baru puas
hati dan kalau nak compare makan Dim Sum dekat Ipoh, aku lagi prefer makan
dekat sana. Makan ala-ala kayangan dan nak treat diri sesekali okehlah boleh
cuba di Dolly Dim Sum. Bagi sesetengah orang harga tu murah je kot.
Sebut pasal makanan, bagi aku
Ipoh adalah destinasi syurga percutian aku. orang bercuti pergi tenangkan diri,
berehat. Aku bercuti nak cari makanan sedap je & menginap d Hotel cantik ni. Aku suka Ipoh sebab makanan dan
kopi. I like sangat.
Apa pun dah tercapai wishlist nak
cuba dim sum di Dolly Dim Sum, lepas ni nak cuba makan di restoran Sheila Rusly
pula. Katanya pun sedap eh. Harapnya sila sedap dan jangan hampakan aku please.
Dolly Dimsum,
NU Sentral, LG.43, 201, Jalan Tun Sambanthan,
50470 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
semestinya singgah klu pg KL. thanks sharing
BalasPadamThe Grey Lines Between
sedapnya dimsum...
BalasPadamuiii! Sis bukan peminat dimsum tapi dari story anda, terus rasa nak try!!
BalasPadamCatat Komen
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.