Luckin Kopi Tempat Lepak Minum Kopi Best Di KL
Aku kalau berkenan dengan satu
tempat makan tu memang itu la yang aku akan asyik duk ulang sebut. Dua kali dah
ke Luckin Kopi dan aku suka sebab kopi dan juga restoran dia yang sedap mata
memandang dan harga yang berpatutan. Restoran Luckin Kopi adalah restoran mesra
muslim ya, semoga tak lama lagi dia boleh dapat sijil Halal JAKIM pula.
Sesuai sangat dengan nama
restoran ni, Luckin Kopi semestinya signature item dia ialah kopi yang sedap.
Peminat kopi mesti tak menyesal datang sini sebab aroma dia yang mengancam,
kopi pekat dan harga mampu bayar.
Selain kopi banyak lagi menu lain
yang dijual dan overall menu di Luckin Kopi ni mengikut selera anak muda okeh.
Ada makanan berunsurkan cheese, ramen, roti bakar, ABC, nasi dan macam-macam
lagi lah.
Menu Luckin Kopi Menarik Kena Cuba
Kebetulan waktu aku pergi, mereka
tengah promot menu Korean feat Mi Sedaap. Aku suka sebab gabungan cheese dan
juga Mi Sedap yang pedas tu. Jadi tidak la muak. Ada Mi Sedaap Korea Sos Telur
Masin, Mi Sedaap Korean Cheese, Mi Sedaap Korean Soup & dry.
Ini Mi Sedaap Korean Cheese ni rasa dia pedas-pedas manja. Cairkan cheese atas dapur dia bagi tu dan enjoy.
Semestinya menu berasaskan nasi
ada di sini. Apa yang aku suka ialah, menu yang terdapat di Luckin Kopi
memenuhi selera kebanyakkan pelanggan. Kalau tak mahu makan nasi, boleh pilih
menu yang tak terlalu berat macam roti dan western food mereka.
Kopi Lima Negeri
Kalau sebelum ni signature kopi
mereka hanya ada Kopi dari KL, Ipoh dan Melaka tapi kini danh ada penambahan
Kopi Lima Negeri. Negeri terbaru ialah Penang dan Johor. Kopi paling aku suka
Kopi Ipoh. So sedap.
Dekat mana Luckin Kopi?
Restoran ni terletak di Jalan
Panggong Kuala Lumpur dan sangat dekat dengan MRT & LRT Pasar Seni. Kalau
kau orang drive boleh parking berhadapan dengan restoran ni, kalau tak silap
RM5 per jam. Jadi lebih jimat kalau naik public transport sambil pusing KL.
Lepas makan aku cadangkan korang
pergi Kwai Chai Hong Alley (Bai Chuan Management SB). Tersangat lah dekat,
jalan kaki tak sampai lima minit pun. Menariknya di Kwai Chai Hong Alley adalah
tempat untuk bergambar. Memang insta worthy sangat.
Ada jambatan cantik, dan dinding
yang dihias dengan lukisan mural masyarakat Cina dan mengetengahkan seni
jalanan. Waktu PKP ni ada guard yang tunggu dekat depan dan catat suhu serta
kawal jumlah kemasukkan pelawat. So terjaga la. Masuk adalah percuma.
Ramai anak muda datang sini dan
bawa jambangan bunga dijadikan prop bergambar. Ada juga pengantin Cina yang
buat photoshoot di sini. Comel sangat. Untuk yang tak arif bergambar macam aku
sila prektis pose di rumah kalau tak rugi je datang sini.
Sekian saja sharing aku tentang
tempat lepak best minum kopi di tengah bandar KL. Ada kopi sedap, harga makanan
mampu bayar, tempat cantik untuk Instagram dan lokasi mudah nak pergi.
#LuckinKopiXMiSedaap #LuckinKopiKoreanMonth
#LuckinKopi #5statekopi #Kopi5Negeri
Catat Komen
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.