Resepi Korean Cream Cheese Garlic Bread Guna Roti Burger

Oleh sebab craving nak makan Korean Garlic Bread maka gigih lah cari resepi dan beli bahan-bahan untuk buat sendiri. 

Pernah beli dekat Aeon Big seketul untuk di cuba, tapi kurang kena tekak sebab roti dia keras dan cheese dia asal ada je. Harga seketul RM 5.50.

Bila jumpa resepi Korean Garlic Bread memang excited nak buat. Dalam rumah ni hanya aku dan anak sulong je yang makan, suami memang sejenis tak suka cheese.


Korean Cream Cheese Garlic Bread Guna Roti Burger 

Berlawanan sangat dengan selera aku yang suka bau bawang putih dan aku penggemar cheese. Aku jumpa resepi Garlic Bread tapi hanya menggunakan roti burger. 

Lagi mudah hidup aku sebab sejenis tak reti buat roti. Roti burger ni yang licin tu tau bukan yang ada bijan atas dia tu. Rasa dia tak lari jauh dengan apa yang aku makan beli dekat Aeon Big tu.


Resepi-Korean-Cream-Cheese-Garlic-Bread-Guna-Roti-Burger


Cara Buat Korean Garlic Bread Guna Roti Burger

Aku jumpa resepi yang berbeza di internet jadi aku suka hati olah dan buat cara sendiri. Nak buat senang je tak sampai setengah jam. 

Sesuai buat dan makan masa tea time. Oh mai masa taip ni aku terbayang dan teringin nak buat lagi sekali.

Cara nak buat mudah je, kena sediakan inti dan sapukan garlic butter dekat bun. Sebelum tu roti burger tu dibelah 6 tapi jangan sampai terputus ya. 

Belah manja-manja je. Letak tepi. Siapkan inti dan butter garlic dulu.


Bahan-bahan perlu ada:

Inti Cream Cheese

250 gram Cream Cheese (Aku guna jenama Tatura)

3 sudu besar susu pekat

2 sudu Whipping Cream / Susu Cair

Pastikan semua bahan berada pada suhu bilik dan satukan kesemua bahan di atas. Gaul sebati kemudian masukkan ke dalam pipping beg. Ketepikan.


Korean-Cream-Cheese-Garlic-Bread-Guna-Roti-Burger


Butter Garlic Untuk Roti

250 gram butter yang di cairkan

7 biji Bawang putih yang dicincang halus

1 Sudu Susu pekat

1 Biji Telur

3 sudu madu

Daun parsley kering

 

Korean-Cream-Cheese-Garlic-Bread



Cairkan butter dan masukkan bawang putih, madu dan susu pekat kemudian kacau sebati. Masukkan telur bila adunan sedikit sejuk. Jangan lupa daun parsley campak ikut suka banyak mana.

Daun Parsley kering aku gantikan dengan Oregano sebab resepi awal aku jumpa suruh guna serbuk oregano. Aku dah beli baru aku tahu kalau namanya Korean Garlic Bread kena ada Parsley.

Ada resepi tak letak pun madu, tapi gunanya madu ialah untuk jadikan roti tu rangup. Memang terbukti weh, rangup di luar, lembut di dalam.

Last sekali, apa perlu dibuat ialah, pipe kan inti cream cheese ke dalam roti. Makin banyak makin sedap lah.

Kemudian celup / sapu bancuhan butter garlic. Celupkan bahagian atas sahaja. Biarkan terendam beberapa minit supaya meresap ke dalam roti.

Panaskan oven dan bakar roti pada suhu 170celcius selama 15 minit.

Selamat mencuba.




Jom cuba resepi: 

10 Pengajaran Yang Aku Belajar Dari Kisah Penghijrahan Neelofa

Sebut je nama Neelofa aku rasa ramai yang kenal terutama golongan muda. Bagi aku Neelofa berjaya mencuit setiap hati yang kenal dia sebab sikap dia. 

Aku menulis tentang Neelofa bukan sebab aku obsess tapi aku menghargai kewujudan dia di muka bumi Tuhan. Aku pernah kongsi tentang perkahwinan Neelofa juga. 

Dulu, satu masa dulu aku pernah ada perasaan tak suka pada dia. Salah satu sebab, dia bawa watak perempuan penggoda dalam drama. Buat dosa kering je walhal dia tak pernah buat salah pun dengan aku.


Pengajaran yang aku belajar dari Kisah Penghijrahan Neelofa

Tapi slowly aku perasan tiap hari ada je berita tentang Neelofa yang buat aku berubah fikiran tentang dia. Nak sebut satu persatu hai banyaklah. 

Overall kisah penghijrahan dia banyak beri aura positif kepada aku.


Kisah- Penghijrahan-Neelofa


Kisah Penghijrahan Neelofa

#1 - Bermula dari dia mula pakai tudung, kemudian perubahan dia pakai stokin dan perlahan cuba sempurnakan untuk tutup aurat dan akhirnya dia ambil keputusan untuk pakai Niqab. 

A huge decision yang aku rasa bukan semua orang mampu buat dan dia berani.

#2 - Apa aku perhatikan ialah dia berubah, dia ambil keputusan untuk jadi lebih baik dan pilih Tuhan sebab dia belajar dan gali ilmu Tuhan. 

Semakin banyak dia tahu semakin dia takut dan berserah pada Tuhan. Sebab tu dia sanggup kembali pada Tuhan.

#4 - Ayat yang aku terkesan bila dia ambil keputusan untuk berniqab, “saya korbankan apa yang paling saya suka iaitu kecantikkan”. 

Neelofa faham dan mahu ganjaran yang Tuhan beri bila dia ikhlas dan buat kerana Allah. Ikhlas atau tidak itu urusan dia dengan Tuhan. 

#5 – Aku ter paling salute dengan sikap dia yang tak mudah melatah. Tahu sajalah kalau ada dalam industri seni, segala kisah lampau akan dikorek sehingga lubang cacing. 

Selalunya dia tenang dan matang handle isu yang sensitif.


Kisah-Manis-Penghijrahan-Neelofa


#6 – Tuhan jaga dia. Itu je mampu aku tulis. Bayangkan, ada orang sengaja buka aib dia di media sosial, kongsi gambar masa dia seksi. Bukan sikit benda tu di share, tersebar merata. 

Biasa kalau berlaku pada artis lain, memang kecoh. Silap boleh jahanam kerjaya. Tapi kisah aib dia habis macam tu je, sebab apa..sebab dia selalu doa, selalu minta Allah jaga/ tutup aib dia.

#7 – Dia sangat sukakan ilmu, dia suka membaca, suka mendengar ceramah/motivasi, dan suka buku. Amalan cintakan, hormati ilmu yang buat dia cergas, sihat dan sentiasa bertenaga. 

Dia juga tak kedekut ilmu malah suka berkongsi doa, amalan harian dengan peminat.

#8 – Great support system. Sesungguhnya dia dilahirkan dan dikelilingi insan hebat dan sangat menyokong antara satu sama lain. Neelofa sangat pentingkan keluarga. 

Tengok saja dia layan ibu ayah, adik beradik bahkan kawan-kawan.

#9 – Bila dia ambil keputusan untuk pakai Niqab dan kemudian bertunang dengan PU Riz, aku teringat kisah penyanyi Waheeda yang terkenal dengan lagu Wassini yang berkahwin dengan penceramah bebas tu. 

Lepas kahwin dia pakai purdah dan menyepikan diri. Harapnya Neelofa tak terus senyap.

#10 – Bakal lancarkan Aplikasi Islamik, thenoor.app Kagum lagi. Sebelum ni dia aktif buat kerja amal melalui Pertubuhan Kasih Neelofa. 

Dia bergerak satu langkah ke depan lagi bila dapat buat satu platform yang bakal menjana pahala berterusan untuk dia dan keluarga.


Aku doakan hati dia, hati kita semua tidak dibolak balik kan, sentiasa ingat dan tetap pilih Allah.  Aku selalu tanamkan dalam diri, setiap kewujudan makhluk yang lintas dalam hidup seseorang semuanya mesti ada sebab. 

Ada hikmah Tuhan nak tunjuk dan ada benda kita perlu belajar. Apa pun ini hanya pendapat peribadi aku. Bukan Neelofa tiada yang buruk atau sisi negatif, tapi aku lebih prefer untuk jadi mata lebah berbanding mata si lalat.

*credit pic Neelofa IG

5 Perkara Perlu Tahu Mengenai Permohonan i-Sinar KWSP (Update)

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akhirnya mengumumkan perincian dan kelayakan akses ke Akaun 1 bagi kemudahan i-Sinar. 

Perkara yang dinanti-nantikan rakyat yang majoriti terkesan dengan wabak pandemik ni. Kalau sebelum ni, permohonan i-Lestari bagi akaun 2 dibuka kepada semua orang, berbeza pula dengan permohonan i-Sinar KWSP. 

5 Perkara Perlu Tahu Mengenai Permohonan i-Sinar KWSP

Sempat la aku merasa duit dari akaun 2. Tapi sedihnya berdasarkan kenyataan semasa yang KWSP keluarkan hanya yang ‘layak’ sahaja boleh memohon pengeluaran i-Sinar.

5 Perkara Penting Perlu Tahu Mengenai i-Sinar KWSP


#1 Ahli KWSP yang layak Memohon i-Sinar?

Setelah meneliti dan menilai keadaan semasa akhirnya KWSP telah mengambil langkah untuk memperluaskan skop i-Sinar , Kalau sebelum ini syarat asal untuk permohonan i-Sinar adalah seperti di bawah:

  • Ahli yang kehilangan pekerjaan
  • Diberi cuti tanpa gaji
  • Ahli yang hilang punca pendapatan.

#2 Syarat seterusnya ialah,

  • Berumur 55 Tahun ke bawah.
  • Ahli aktif KWSP sehingga February 2020.
  • Tidak mencarum pada 2 bulan terakhir semasa permohonan dibuat.

i-Sinar akan memberi manfaat kepada 2 juta ahli yang layak dan dianggarkan sejumlah RM14 bilion akan tersedia untuk ahli yang layak.

Terkini, akhirnya KWSP telah meluaskan lagi syarat bagi permohonan i-Sinar:

  • Semua yang terjejas pendapatan boleh mohon pengeluaran Akaun 1. 
  • Had maksimum pengeluaran adalah Rm10,000. 
  • Terbuka kepada pencarum yang hilang pekerjaan / pendapatan berkurang pada tahun ini. 
  • Pekerja sektor formal / bekerja sendiri. 
  • Samaada mencarum secara aktif atau tidak. 



Cara Memohon Pengeluaran KWSP i-Sinar

Permohonan i-Sinar boleh dilakukan secara dalam talian atau pun boleh walk in ke mana-mana pejabat KWSP berdekatan anda. 

Pemohon perlu menunjukkan bukti kehilangan pekerjaan, notis cuti tanpa gaji, potongan gaji / elaun / OT atau pengurangan pendapatan jika bekerja sendiri. 

Berbanding syarat permohonan terdahulu, i-Sinar kini boleh dipohon lebih 8 juta ahli, daripada 2 juta ahli yang layang sebelum ini. 


#3 Tarikh Permohonan

Ahli yang layak boleh membuat permohonan bermula Disember 2020. Amaun akan dikreditkan dalam akaun bank ahli pada hujung bulan selepas permohonan dibuat.

Pengkreditan pertama akan bermula pada Januari 2021. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan bermula pada tarikh pertama pengkreditan.

#4 Syarat-Syarat Permohonan Lain

Secara umum, ahli yang layak boleh mengakses 10% daripada amaun simpanan mereka dalam Akaun 1, tertakluk kepada baki minimum RM100.

a. Ahli yang mempunyai baki RM90,000 dan ke bawah (Akaun 1), akan mempunyai akses kepada amaun sehingga RM9,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM4,000.

b. Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM90,000 (Akaun 1), akan mempunyai akses 10%. Walau bagaimanapun, amaun maksimum yang boleh didahulukan adalah RM60,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM10,000.

Contoh Pengeluaran Berdasarkan Jumlah Simpan Akaun 1

#5 Perlu Ganti Semula Duit Pengeluaran i-Sinar?

Ahli yang memilih untuk memohon kemudahan i-Sinar perlu menggantikan amaun yang telah didahulukan.

Caranya ialah caruman baharu akan dikreditkan 100% ke dalam Akaun 1 sehingga amaun pendahuluan yang diterima telah digantikan semula. Selepas itu, caruman akan kembali ke kadar pecahan asal iaitu 70% bagi Akaun 1 dan 30% bagi Akaun 2.

Dapatkan Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk menentukan amaun yang diperlukan untuk permohonan di bawah i-Sinar dan memastikan kelangsungan hidup semasa krisis, ahli digalakkan untuk mendapatkan nasihat kewangan melalui Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) KWSP dan/atau Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Maklumat lebih lanjut serta butiran terperinci mengenai kelayakan i-Sinar serta terma dan syarat akan dimaklumkan dalam masa terdekat. Layari https://www.kwsp.gov.my/

Pertanyaan & Maklumat Lanjut.

Sumber: KWSP

Senyum Dengan Keju dan Menang Sehingga RM100,000 Dalam Peraduan Anchor Legendairy

Senyum Dengan Keju dan Menang Sehingga RM100,000 Dalam Peraduan Anchor Legendairy

Wahai peminat keju sekalian. Ada berita baik untuk kau orang di musim PKPB ni. Kalau nak menang hadiah sehingga RM100,000 kena ambil bahagian dalam Peraduan Anchor Legendairy anjuran Anchor Food Professionals.

Biasanya pertandingan makanan ni kau orang perlu masak dan tunjukkan kreativiti kan? 

Ha kalau peraduan Senyum dengan Keju ni kau orang tak payah susah-susah nak memasak tetapi hanya perlu buat pembelian makanan yang menggunakan keju Anchor dari restoran dan bakeri yang mengambil bahagian.

Ini merupakan inisiatif yang dijalankan oleh Anchor Food Professionals sebagai tanda sokongan kepada industri F&B tempatan yang terkesan akibat pandemik global dengan memperluaskan kehadiran produk mereka kepada lebih banyak pengguna dan pelanggan di rumah mahupun di kedai.



Kempen Peraduan Legendairy Anchor

Peraduan Legendairy Anchor adalah sebahagian daripada kempen baharu jenama ini untuk mempromosikan menu masakan berasaskan keju dari lebih 650 buah bakeri, restoran dan kafe F&B yang komited untuk menyediakan makanan yang lazat seperti kek, kuih tat, roti keju, pizza, burger serta nasi keju panggang atau pasta.

Kempen ini juga merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan kemahiran dan memberi pendedahan kepada pengendali makanan terhadap kemahiran penggunaan media sosial yang amat diperlukan terutamanya pada waktu pandemik sebegini.


Raikan Keju bersama Peraduan ‘Anchor Legendairy’”

Anchor Food Professionals akan membawa semula peraduan Anchor Legendairy dengan tema tahun ini “Senyum dengan Keju”.  

Peraduan yang dianjurkan di seluruh negara mulai 1 Oktober 2020 hingga 31 Disember 2020 ini menampilkan cabutan bertuah dan peraduan putar dan menang dengan hadiah yang menarik bernilai sehingga RM100,000.

Menurut Jack Tan, Pengarah Perkhidmatan Makanan Fonterra Brands Malaysia, peraduan ini bertujuan menyebarkan kegembiraan melalui kebaikan produk keju dan tenusu New Zealand ketika negara ini mengharungi badai pandemik Covid-19.

Tambahnya lagi, “Keju adalah sumber protein yang kaya dan pengambilan protein sebagai sebahagian daripada pemakanan seimbang, dan gaya hidup yang sihat dalam menyumbang kepada emosi yang baik. Dalam erti kata lain dengan menikmati keju dapat membuat anda gembira.

Kami berharap untuk membawa senyuman dan aura positif kepada rakyat Malaysia dengan menyediakan kebaikan keju dari New Zealand!”.

Cara sertai Peraduan Peraduan ‘Anchor Legendairy’ - "Senyum bersama Keju"

Sertai peraduan Legendairy Anchor dan rebutlah peluang untuk memenangi cabutan bertuah dengan hadiah utama percutian 3-hari-2-malam di resort mewah di Langkawi untuk dua (2) orang termasuk tiket penerbangan dan sembilan (9) hadiah sagu hati yang terdiri daripada alat elektronik untuk dimenangi dalam cabutan mingguan!

Peserta juga boleh menebus hadiah eksklusif daripada www.smilewithanchor.com apabila mereka membuat pembelian makanan yang menggunakan keju Anchor dari restoran dan bakeri yang mengambil bahagian.




Restoran dan bakeri yang ambil bahagian ada di seluruh Malaysia termasuk Brunei tau. Antara yang ambil bahagian ialah seperti Daboba Malaysia, King’s Confectionery, Swensen’s, Vivo Pizza, Kopitan Classic dan banyak lagi.  

Semua pelanggan yang makan di restoran, dipek ataupun melalui pesanan penghantaran dari restoran-restoran yang mengambil bahagian juga boleh menyertai peraduan ini. 

Mereka hanya perlu mengambil gambar bukti pembelian dan muat naik ke laman web yang tertera untuk turut serta!

Hanya ikut 3 langkah mudah ini:

  1. Beli menu masakan berasaskan keju minimum RM 30.00
  2. Scan QR Code dan muat naik resit pembelian
  3. Putar dan menang hadiah

Jangan lupa untuk “Like” dan “Follow” Anchor Food Professionals di Facebook dan Instagram untuk maklumat lanjut tentang peraduan.

Kenapa produk tenusu dari New Zealand Jadi Pilihan?

Antara sebab utama mengapa pengguna perlu memilih produk tenusu dari New Zealand, Tan berkata bahawa “Anchor Food Professionals merupakan antara peneraju syarikat perkhidmatan produk tenusu di Malaysia dan kami bangga dengan warisan turun temurun ini terutama dalam penghasilan produk tenusu berkualiti tinggi daripada lembu yang diberi makan rumput di New Zealand sejak tahun 1886.

Produk Anchor Dairy Foods ini dijual kepada lebih 80 buah negara di seluruh dunia dan telah wujud di Malaysia melalui syarikat Fonterra iaitu sebuah koperatif tenusu multinasional sejak 1960. 

Kami mempunyai rekod yang cemerlang dalam membekalkan produk tenusu yang memiliki rasa, tekstur dan prestasi fungsi yang unik untuk para pengendali makanan industri F&B Malaysia”.