Resepi Oden Steamboat Ala Family Mart Confirm Sedap

Rodiah Amir
2
Akhirnya setelah cuba banyak resepi, aku berjaya buat kuah oden yang sebijik rasa kuah oden Family Mart mengikut rasa tekak aku. Penting sebab aku suka Oden yang dijual di Family Mart. 

Gembira tu tak usah cakap lah. Paling penting aku guna satu paket perencah tomyam sahaja dan memang jimat. Versi kuah oden harga jimat lah kiranya.

Kali ketiga aku buat dan kali ni buat sebab suami request nak makan. Kalau dia minta repeat menu yang aku masak maksudnya sedap lah di tekak beliau. 

Kalau beli Oden di Family Mart memang tak cukup ye semangkuk. Jadi jom lah buat sendiri. 


Resepi-Oden-Steamboat-Ala-Family-Mart


Resepi Kuah Oden Ala Family Mart

Bahan-bahan yang diperlukan untuk buat kuah oden yang super ohsem semestinya kena ada bahan-bahan dibawah:

  • 1 paket Perencah Tomyam Segera Mak Nyonya (200gram)
  • 1 batang serai
  • Setengah biji Bawang Holand
  • Beberapa helai daun purut
  • Satu paket Figo Steamboat Choice
  • Sedikit Gula
  • 500ml air
  • Cendawan
  • Tomato
  • Sedikit minyak untuk tumisan
  • Daun bawang & Daun Ketumbar untuk hiasan
Antara bahan penyumbang yang aku rasa buat kuah oden aku jadi sedap ialah serai dan juga daun limau purut. 

Cara Memasak

Mudah sahaja cara untuk sediakan kuah Oden ni.

  1. Panaskan sedikit minyak dan masukkan hirisan bawang Holand dan masak sehingga keperangan.
  2. Masukkan perencah tomyam dan biar seketika.
  3. Kemudian masukkan air dan biar mendidih. Kalau suka kuah yang agak cair tambahkan air.
  4. Setelah kuah mendidih, masukkan bahan-bahan stimbot. Biarkan mendidih dan bahan stimbot betul-betul masak.
  5. Aku suka letak cendawan dan tomato. Kalau tak mahu pon tak apa.
  6. Masukkan sedikit gula dan adjust rasa ikut selera sendiri.
  7. Akhir sekali taburkan daun bawang dan daun ketumbar.

Siap.

Resepi-Oden-viral



Tak sia-sia aku guna perencah tomyam jenama Mak Nyonya. Aku beli di Aeon Big Wangsamaju berharga RM5.40. Aku dah pernah cuba perencah tomyam jenama lain tapi hasil tak sama. 

Kenangan betul aku sakit perut cirit birit makan oden masa mengandung. 


Resepi-Oden-Steamboat-perencah-tomyam-maknyonya


Untuk pilihan stimbot pula aku suka Steamboat Choice jenama Figo (5in1). Ada macam-macam pilihan dan paling penting semuanya lembut. Dalam paket tu ada Fish Ball, Squid Roll, Lobster Ball, Seafood Tofu, dan Golden Seafood Nugget.

Harga satu paket ialah RM 10.75. Boleh beli di semua pasaraya. Aku beli di Aeon Big Wangsamaju. Paling aku suka Lobster Ball dan Seafood Tofu.

Selamat mencuba.

 Kalau nak makan tomyam sedap boleh cuba makan di Restoran HM Oren di Wangsamaju

Tags

Catat Ulasan

2Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Ulasan