Food Review – Pizza Sambal Udang Petai Dari US Pizza Malaysia

Sesungguhnya US Pizza sangat berani memperkenalkan topping yang unik dan semestinya menepati selera masyarakat di Malaysia, tak lain tak bukan Pizza bermusim mereka iaitu Sambal Udang Petai

Memang kebabom weh rasa dia.

Elok je aku melangkah masuk ke outlet US Pizza Setapak memang harum semerbak bau petai. Petai adalah antara favourite ulam yang jadi pilihan dan kena sangat dengan tekak Melayu aku ni.


Pizza Sambal Udang Petai Dari US Pizza Malaysia

Sengaja ajak suami keluar dating since lama sangat tak habiskan masa berdua. Anak-anak kita minta pengasuh tengokkan sekejap.



Tak buang masa aku pesan dua jenis topping, Sambal Udang Petai dan juga signature Pizza mereka iaitu Cheeseboat Pizza. Tamak punya pasal tapi serius berbaloi weh.

Kami order dua jenis pizza, mushroom soup yang sedap dimakan bersama roti Garlic Twist dan juga Milkshake. Ya ampun sedap gilos Milkshake dia, aku ingat manis nak meninggal. Tapi sedang elok je.


Signature Item US Pizza Malaysia

Sebelum ni aku pernah tengok member order Cheeseboat Pizza dari US Pizza ni. Teringin gila nak cuba sebab full of cheese la. 

Apa yang paling best, staff akan hantar cheeseboat pizza ke meja kita dan akan buat langkah terakhir sebelum kita boleh makan.

Dalam tu ada satu biji kuning telur yang akan dikacau bersama limpahan keju cair. Kemudian staff tu akan tarik-tarik cheese ke udara sebiji macam kita makan ayam cheese di Restoren Korea tu.

Weh memang panjang la dia tarik. Terpegun sekejap aku.



Ini kali pertama aku makan US Pizza, tapi aku suka betul sebab perisa dia yang unik dan doh dia lembut dan berperisa even dah sejuk. 

Lidah dapat compare la sebab aku kerap juga makan pizza. Tapi itu tekak aku lah, mungkin tekak kau orang lain.

Peminat Sambal Udang Petai mesti cuba Sambal Udang Petai dari US Pizza ni. Limpahan petai yang gemuk dan fresh, sambal yang kick, udang yang besar dan ada sotong juga. Kena sangat la gabungan semua tu.



Cool Untuk Tangkap Gambar

Selain rasa yang kena dengan tekak aku, US Pizza jadi favourite spot untuk aku dining sebab hiasan dalaman dia yang cosy dan cantik untuk Instagram. 

Tak terlalu fancy tapi cantik untuk tatapan di Instagram. Lol. Aku bersyukur selalu dikelilingi orang yang baik-baik, staff yang layan aku pada hari tersebut pun ramah je. 

Bagus dia jawab soalan aku yang suka tanya bukan-bukan. Next visit aku nak cuba Pizza Cempedak mereka pula. Katanya rasa Cempedak tu manis, ada perisa Durian juga tau. Haishh.. perut masa tu dah penuh, kalau tak habis semua aku cuba.

Nampak juga promosi terbaru US Pizza iaitu Indomie Pizza. Harga hanya RM28 sahaja. Boleh order secara online, dan dengan pembelian minima RM25 boleh dapat Pizza Personal 6” dan penghantaran percuma.


Tapi jangan lupa masukkan promo kod 666 masa buat pembelian dia website dia ya.



Lepas ni tak tahu la topping apa pula yang bakal muncul di US Pizza Malaysia. Teruja okeh. Boleh jenguk lama sosial US Pizza Malaysia dan buat pesanan di laman website di bawah. Selamat makan.

Mie Sedaap Selection Korean Spicy Soup

Sebelum ni Mie Sedaap pernah keluarkan Mie Sedaap Korean Spicy Chicken tapi kali ni dia sekali lagi keluarkan versi Korean iaitu Mie Sedaap Korean Spicy Soup pula. 


Aku terpedaya nak cuba lepas nampak kawan-kawan makan. Teruja tengok packaging dia, walaupun aku belum pernah cuba Mie Sedaap Korean Spicy Chicken, tapi aku ada tengok review dari Youtubers Malaysia.


Mie Sedaap Selection Korean Spicy Soup

Kalau Mie Sedaap Korean Spicy Chicken adalah mee jenis kering, Mie Sedaap  Korean Spicy Soup pula ada kuah. 


Yelah nama pun sup. Aku peminat setia Mie Sedaap ya terutama jenis Mie goreng. Memang stok wajib ada dekat rumah. Tak jumpa lagi perisa Korean Spicy Soup dekat pasaraya?



Dalam prosess penyediaan memasak aku agak impress sebab Mie Sedaap guna mee segera yang tebal dan kenyal. Ala mee yang biasa Korean makan tu. Jadi proses nak masak tu agak lama.


Restoran Korean yang halal ni sedap di tekak aku - Sini. 


Dalam pek Korean Spicy Soup, ada serbuk perencah, minyak, dan juga serbuk lada. Purposely aku masak tanpa tambah apa-apa bahan supaya mudah aku recognise rasa sebenar Mie ni.


Oh lada tu dia bagi dua paket. Kalau tak cukup tambah la lagi satu. Oleh sebab pedas dia manja sangat aku masukkan kedua-duanya. Pun masih tak pedas menyengat.


Kan selalu kalau makan Korean Ramen mesti menangis teresak-esak, kena standby tisu. Tapi kali ini tak perlu ya. Aku yang tak kuat pedas ni pun terpaksa akui ianya tidak pedas. Perencah dia banyak tapi aku tak masukkan semua sebab rasa dia manis.


Manis seafood dia memang terasa la. Kalau peminat makanan Korea tahu kot rasa manis clam macamana.


Rindu makanan Korea pergi Dubuyo


Kebetulan ada cheese dekat rumah aku pun letak lah sekeping nak bagi lagi power. Memang laju lah makan. tapi itulah, aku ingat pedas nak meninggal, rupanya tidak ya. 


Nak cuba rasa okey lah bagi aku, kalau buat eating challenge tambah la lada sendiri.




Kenali Microsleep & Kesan Bahaya Semasa Memandu

Kau orang familiar tak dengan term “microsleep”? diri sendiri pernah alami? Atau ada ahli keluarga yang pernah kena? 

Kakak aku pernah terbabas ketika memandu waktu dalam perjalanan balik ke kampung beberapa tahun sudah.

Masa tu sekitar jam 3 petang. Memandu di jalan kampung dan waktu tu turun bukit. Dia memandu sendirian waktu tu, tiba-tiba dia kata dia terlelap. 


Kenali Microsleep & Kesan Bahaya Semasa Memandu

Rezeki panjang umur, kakak langsung tak cedera. Hanya kereta terbabas ke tepi dan sempat dia elak dari langgar divider.

Bila baca tentang berita kemalangan disebabkan microsleep aku rasa sedih sangat. Masih terkesan dengan berita kemalangan yang meragut nyawa ahli keluarga pemain bola sepak Johor beberapa hari lepas.



Apa Sebenarnya Microsleep?

Dalam bahasa mudahnya, terlelap beberapa saat tanpa disedari. Boleh terjadi ketika menonton tv, memandu, bermain telefon dan lain-lain. Aku sendiri pernah alami waktu tengah kusyuk main telefon.

 ‘Microsleep’ merujuk kepada tempoh tidur yang berlaku sehingga beberapa saat. Tempoh 'microsleep' adalah di antara 1 dan 30 saat

Kalau difikirkan 30 saat tu tak lama mana tapi macam-macam boleh berlaku dalam tempoh tu.

Kalau nak tahu, microsleep boleh berlaku walaupun mata masih terbuka. Lebih menakutkan, individu yang mengalaminya boleh terlelap tanpa disedari.



Tanda Penting Pemandu Mengalami Microsleep

Terdapat beberapa tanda atau gejala perlu diperhatikan jika pemandu mengalami ‘microsleep’. Tolong ambil perhatian terutama penumpang supaya dapat elakkan kejadian yang tak di ingini berlaku.

#1 Tersasar Dari Lorong

Kalau nampak pemandu dah mula tersasar itu bermakna dia dah mula alami ‘microsleep’ dan perlu berhenti dan berehat serta merta.

#2 Menguap Banyak Kali

Selalunya berlaku apabila memandu selepas berhenti makan, mata terasa berat dan terasa mengantuk. Penumpang kena alert jika pemandu asyik menguap dan menggosok mata, kau orang perlu bantu pemandu untuk terus kekal terjaga.

  • Cipta topik dan cuba bersembang.
  • Cadangkan untuk berhenti & tidur seketika di hentian Rawat & Rehat terdekat.
  • Biasanya bila mengantuk, pemandu cenderung untuk tekan minyak dan memandu lebih laju. Penumpang kena selalu ingatkan supaya tak langgar had kelajuan ditetapkan



Waktu Perlu Elak Memandu Untuk Cegah Microsleep

Pemandu wajib dapatkan tidur yang mencukupi dan berkualiti iaitu tujuh hingga Sembilan jam sebelum memulakan perjalanan jarak jauh. Selalu kita nampak peringatan ni apabila tiba musim perayaan.

Menurut Presiden Persatuan Sleep Apnea Malaysia (PSAM), Prof Madya Dr Louis Adaikalam, orang ramai dinasihatkan supaya mengelak daripada memandu pada waktu di antara pukul 2 hingga 4 petang dan 3 hingga 5 pagi.

Memang dah ada kajian di seluruh dunia yang membuktikan tempoh tersebut merupakan waktu puncak untuk seseorang itu mengantuk sekali gus boleh membawa kepada kemalangan jalan raya yang berpunca daripada masalah ‘microsleep’.


Kesimpulan

Kena selalu ingat ‘microsleep’ ni berlaku tanpa amaran dan sesiap sahaja boleh kena. Emak aku selalu pesan, benda kita boleh cegah dan elak kita cuba la buat. 

Nak salahkan meraka yang ‘microsleep’ pun tak berguna sebab bukan kehendak mereka juga.

Salam takziah untuk keluarga yang terlibat dan kehilangan insan tersayang. Memandulah secara berhemah, buang ego dan baran ketika berada di atas jalan raya. Patuhi had laju dan semoga kau orang selamat tiba ke destinasi.

 

Money Bouqute Birthday Surprise Untuk Emak

Walaupun tahun ni sambutan birthday emak tercinta agak berlainan sedikit dari tahun sebelumnya tetapi kami adik beradik masih berjaya buat emak tersenyum simpul. 

Alhamdulillah. Emak tersangatlah gembira sampai merah-merah muka. Malu kot dapat surprise bunga besar. Ala comel la emak.

Dipendekkan cerita sempena ulang tahun emak ke 69 tahun, anak-anak di perantauan tak dapat balik disebabkan pandemik dan juga PKPB. 


Birthday Surprise Untuk Emak

Mana boleh rentas negeri kan? Jadi emak sambut dengan keluarga abang di kampung.



Pagi tu bila anak-anak call mak tengah potong kek. Buat muka sedih katanya hari jadi sendiri tapi kena buat kek sendiri. Potong pun sendiri. Masa tu kami adik beradik diam lagi, tapi masing-masing teruja nak cakap ada kejutan. 

Pernah sambut birthday emak 4 tahun yang lepas di KL. Meriah teruk!

Buat call Whatsapp Video sambil nyanyi lagu birthday. Hiruk pikuk semua anak-anak termasuk cucu nak wish. Bayangkan penuh screen phone tu muka kami adik beradik. 

Berebut nak bercakap semua, sudahnya emak pening. Lol.



Surprise Hadiah Birthday Money Bouquet

Kami adik beradik semua 10 beradik. Ada 3 lelaki dan 7 perempuan. Jadi semestinya yang perempuan la yang selesaikan bab surprise ni, yang lelaki tinggal bayar je. 

Kami sepakat pilih hadiah kejutan untuk emak. Oh ye, kami request untuk beri emak money bouquet.

Kebetulan kakak pernah guna khidmat service delivery dekat kawasan kampung jadi lagi mudah. 

Walaupun last minute request, seller tetap terima tempahan jadi memang beruntung sangat lah. Mudahkan kerja, kami pilih design dan transfer bayaran.

Elok lepas Asar, surprise untuk emak berlangsung dengan jayanya. Nak beli kek rasa macam biasa sangat, lagipun kami tak dapat makan lol.  

Ada la video surprise tu, sempat emak membahan ucapan untuk anak-anak, tahun depan emak nak money bouquet sebesar gunung. Amik kau. Sila kumpul duit ya.



Doa Untuk Emak

Sekali lagi kami buat video call dengan emak. Sebelum tu dah ingatkan semua, siapa nak bercakap semasa video call kena angkat tangan. 

Sebab sebelum ni emak pening dan cepat-cepat nak letak phone. Nak muntah layan suara anak-anak.

Anak pertama buat panggilan dari Sabah, kakak di Klang, adik-adik di Puncak Alam, aku di Kuala Lumpur, dan lagi seorang sesat di Johor.

Sempat nyanyikan lagu hari jadi, dan semua berebut nak bercakap. Seperti yang dijangkakan la. lol. Tapi emak tetap gigih layan anak-anak. Alhamdulillah semua berjalan lancar, emak pun teruja terima hadiah.



Masing-masing wish dan doakan mak dilimpahkan rezeki yang berkat, dipanjangkan umur untuk terus beribadah dan dikurniakan kesihatan yang baik. Bersyukur sangat walaupun tahun ni paling banyak ujian Tuhan beri kepada kita, tapi masih terselit kemanisan dalam hikmah ujian tu.

“Ya Allah, ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.

Aamiin.