Review Buku Peluang Kedua – Penulisan Mega Bonda Nor

Aku baru je habiskan buku bertajuk “Peluang Kedua”, siri bercakap dengan cermin (muhasabah diri) terbitan Bonda Nor Resources. 

Buku ini adalah antara buku-buku yang terlibat di dalam projek Seminar Penulisan Bonda Nor. Dalam erti kata lain, buku ini adalah himpunan kisah 30 orang penulis berkongsi pengalaman hidup dengan latar kehidupan yang berbeza. 

Mereka menggarap kisah air mata menjadi permata dengan harapan menjadi pengajaran buat pembaca. 


Review Buku Peluang Kedua – Penulisan Mega Bonda Nor 

"Tersungkur, dan aku akur. Lalu di saat Dia masih beri kesempatan, Mana mungkin aku sia-siakan!"

Bila baca buku ni aku teringat kembali pengalaman aku menulis anekdot Mama, Kopi & Wifi, cuma apa yang membezakan kisah kami adalah kisah struggle suri rumah yang berniaga.

Boleh baca di sini - Pengalaman Hasilkan Buku Pertama 


Review Buku Peluang Kedua - Bonda Nor



Peluang Kedua Pada Pandangan Mata Rodiah Amir

Aku tertarik nak baca buku ni disebabkan kisah hidup yang ringkas tapi beri kesan mendalam dekat hati. Selain daripada buku yang tidak terlalu tebal, aku sukakan reka bentuk kulit buku ini.

Apa yang aku faham, apabila kita mendapat peluang kali kedua maksudnya kita sekali lagi diberi kesempatan oleh Tuhan untuk buat dengan lebih baik dalam sesuatu perkara. Tidak kira apa jua aspek kehidupan.

Paling utama bukan semua orang dapat peluang kedua. Bukan semua orang sedar itu adalah hadiah dan teguran daripada Pencipta kita.


Review Buku Peluang Kedua - Bonda Nor


30 Penulis 30 Cerita Dalam Buku Peluang Kedua

Seperti aku terangkan dekat atas, buku ini adalah hasil gabungan 30 orang penulis yang menghasilkan karya bertemakan pengalaman hidup mereka yang diberi kesempatan kedua. Maka terhasillah 30 cerita suka duka mereka.

Bila aku baca buku ni, aku boleh relate dengan kehidupan sendiri. Penggunaan bahasa yang mudah difahami, tidak meleret-leret, dan diselitkan juga dengan halaman yang berwarna-warni.

Kertas yang digunakan juga putih bersih dan rekaan keseluruhan termasuk susun atur nampak moden dan fresh. Nampak remeh je bagi sesetengah orang tapi bukan aku.


Review Buku Peluang Kedua - Bonda Nor


Tiga Kisah Paling Menyentuh Hati Dalam Buku Peluang Kedua

Antara 30 kisah yang dikongsikan penulis, ada tiga kisah yang berjaya menjentik hati aku. 

Mawar Merah Berduri – Hanani Daud

Si isteri yang sabar dan tak putus asa apabila Si Suami mula berubah hati. Suami jatuh cinta lagi, tapi bukan dengan isteri sendiri. 

Katanya, hak suami untuk jatuh hati dan bercinta lagi. Kuatnya sang isteri mempertahankan rumahtangga dan doa yang tak pernah putus.


“Perasaan itu makhluk, sebab itu ia berubah-ubah. 

Jangan pernah sesekali kita tunduk dengan makhluk.”

 

Mommy Monster – Diana ND

Seratus peratus aku boleh relate dengan kehidupan aku sekarang. Ibu yang semakin hilang akal bila melepaskan tekanan hidup kepada anak. 

Sungguh tak adil tapi itu yang berlaku. Perasaan sabar yang kian menipis hari demi hari.


“Tuhan sedang menguji. 

Ujian bukan datangnya anak-anak yang bermasalah tapi diri sendiri”.

 

Manisnya Sebuah Kegagalan – Siti Haida

Kisah ringkas keluarga yang tak pernah putus asa beri sokongan antara satu sama lain. Emak yang sentiasa positif dan percaya setiap perkara ada hikmahnya. 

Si kakak yang tak jemu bantu adiknya ibarat air yang dicincang takkan pernah putus.


“Kehidupan adalah guru kehidupan yang tak pernah salah. 

Terpulang pada kita bagaimana mahu mengambil kegagalan itu sebagai satu peluang kedua.

 

Kesimpulannya, untuk korang yang mencari bacaan santai memang sesuai sangat baca buku ni. Kisah pendek tapi sarat dengan nilai dan pengajaran. 

Apa aku suka bila membaca buku ialah, apabila penulis berjaya pancing emosi pembaca seterusnya meletakkan pembaca di situasi mereka. 

Untuk yang berminat nak dapatkan buku ini boleh cuba hubungi team Bonda Nor di Facebook. 

Hilangkan Stress Dengan 10 Cara Mudah

Aku yakin ramai orang sedang mencari cara terbaik untuk hilangkan stress terutama ketika lockdown yang entah bila akan berakhir. 

Selain stress terkurung tak dapat keluar menjemput rezeki, stress juga berlaku kepada ibu bapa yang terpaksa mengharungi PdPR bersama anak-anak. 

Berdasarkan pengalaman aku sendiri mempunyai anak yang bersekolah rendah tahap 2, jadual belajar agak pack dan mencabar. 

Proses pelajaran jadi perlahan sebab kegagalan anak nak faham apa yang cikgu sampaikan. Apa yang berlaku kebiasaanya, selain daripada nota dari cikgu, pelajar boleh buat rujukan menggunakan link Youtube yang cikgu beri. 


Hilangkan Stress Dengan 10 Cara Mudah 

Dah macam sepuluh tahun lamanya PdPR dijalankan dan aku sebagai ibu memang amat-amat terkesan. Terkesan dari segi mental dan fizikal. 

Mental aku bagai dikoyak-koyak dan fizikal aku telah mengembang dengan jayanya. Nak salahkan siapa? Aku salahkan diri sendiri sebab gagal nak urus stress. 

Aku pernah kongsi aku atasi stress dengan memasak 

Baru anak seorang aku kena uruskan hal persekolahan secara atas talian, aku punya terseksa tu boleh buat dahi berpeluh teruk okay. 

Memandangkan suami kadang-kadang je bekerja dari rumah, jadi tanggungjawab aku sepenuhnya memastikan anak ikut apa yang cikgu plan sepanjang tempoh PdPR. 

Entah bila agaknya sekolah nak dibuka ya? 




Nak Hilangkan Stress Tapi Boleh Ke? 

Boleh ke kita hilangkan stress? Aku pernah terbaca artikel penulisan seorang doktor di laman Facebook, berkongsi tentang bahayanya stress jika tidak diurus.

Selalu aku ingatkan diri yang stress tak boleh di elak tapi harus di urus. Stress yang teruk juga boleh menjadi pembunuh dalam diam. 

Jadi, jomlah kita urus stress dengan baik. 

“Desakan atau tekanan yang dihadapi oleh individu berikutan peristiwa yang berlaku pada mereka. Apa jua keadaan atau situasi yang mengancam atau dianggap mengganggu keadaan diri seseorang.Stres menyebabkan individu memerlukan keupayaan dan cara untuk menghadapinya.”

Kena sedar yang stress ni sangat berbahaya dan kalau tak dikawal boleh mengakibatkan Penyakit jantung koronari, Angin ahmar (strok), Kegagalan jantung dan Kemurungan. 




Makanan yang kurangkan tahap stress


3 Tanda Utama Anda Sedang Stress

Sesiapa sahaja boleh terkena stress, tak kira usia dan jantina. 3 tanda utama yang anda kena perhatikan adalah: fizikal, Psikologi dan tingkahlaku. 

Fizikal

• Kering mulut

• Gementar

• Sakit kepala

• Masalah tidur

• Cepat letih

• Lenguh badan

• Jantung berdebar-debar

• Sakit perut

• Cirit-birit


Psikologi

• Gelisah

• Cepat marah

• Lemah semangat

• Bimbang

• Kurang daya tumpuan

• Mudah lupa

• Takut gagal

• Rendah diri

• Resah

• Bosan


Tingkahlaku

• Merokok berlebihan

• Penyalahgunaan alkohol

dan dadah

• Masalah tabiat makan

• Tingkahlaku agresif, buli dan vandalisme


Pentingnya kita kenal & kawal stress adalah sebagai langkah pencegahan awal supaya kita tidak terjebak kedalam masalah yang lebih teruk iaitu depresi. 

Untuk tahu sejauh mana tahap stress seseorang, KKM syorkan untuk ambil ujian DASS. 

Apa itu DASS?

Depression Anxiety Stress Scale atau DASS ialah ujian saringan bertulis untuk mengenal pasti tahap kemurungan, kerisauan dan stress seseorang.

Dengan ujian saringan ini, anda boleh ketahui status kesihatan mental anda samada anda stress, bimbang, atau kemurungan.

Anda boleh cuba lakukan ujian DASS secara online mahupun ke klinik dan berjumpa doktor. 




10 Cara Mudah Hilangkan Stress Jangka Masa Pendek

Bila dah buat saringan dan sedar tahap stress kita, bolehlah kita fokus untuk cari jalan hilangkan stress dalam jangka masa pendek. 10 cara tangani stress yang dicadangkan oleh KKM adalah seperti berikut. 

Baca lagi disini Pesanan Kementerian Kesihatan, cara menangani stress

1. Bertenang

2. Bernafas Dengan Dalam

3. Berkata: Relakslah

4. Beribadat

5. Bercakap Dengan Seseorang

6. Berurut

7. Berehat & Mendengar Muzik

8. Beriadah

9. Bersenam

10. Berfikiran Positif


Apa sahaja cara yang anda pilih anda kena yakin yang setiap masalah pasti ada jalan keluar. Jangan pernah putus asa dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling. 

Kadang-kadang kita rasa kita lah manusia paling tertekan sewaktu ni sebab kita tak nampak yang sebenarnya masih ada lagi yang lebih teruk di uji. 

Jangan malu dapatkan bantuan, jangan stuck di tempat yang sama terlalu lama. Sayangi diri. 

Kempen Kibarkan Bendera Putih Tanda Perlukan Bantuan

Tengah trending sekarang kempen bendera putih yang giat dijalankan di serata media sosial seperti Facebook dan juga Twitter. Realitinya Malaysia dah sampai ke tahap sekarang bagi aku memang menyedihkan. 


Kempen Kibarkan Bendera Putih Tanda Perlukan Bantuan

Menurut perkongsian saudara Ridhuan Esa di Facebook, fenomena "BENDERA PUTIH" boleh ditafsirkan kepada dua keadaan iaitu: 

1. Gantung bendera putih atas rasa empati dengan bersolidariti kepada individu yang terkesan dengan keadaan semasa menghadapi pandemik COVID-19

2. Gantung bendera putih bagi menarik perhatian kepada masyarakat sekeliling bahawa individu atau keluarga memerlukan bantuan.

Ikut pemerhatian, ramai yang menyokong kempen bendera putih dijadikan cara untuk memberitahu jiran dan masyarakat bahawa individu tersebut memerlukan bantuan. 




Kibarkan Bendera Putih Tanda Minta Bantuan

Kurang pasti siapa yang memulakan trend kibarkan #benderaputih di rumah tetapi aku rasa ianya idea yang bijak supaya orang sekeliling alert dengan jiran tetangga yang dalam kesusahan. 

Hanya perlu naikkan bendera putih di rumah masing-masing jika anda memerlukan bantuan makanan dan keperluan asas untuk meneruskan kehidupan. 

Tidak perlu merayu, tidak perlu rasa malu. Hanya kibarkan kain putih sebagai tanda anda perlu dibantu. 

Suka dengan ayat ni, "#BenderaPutih bukan bererti kalah, tapi jalan terakhir sebelum rebah"

Jumlah bantuan yang dihulurkan juga tidak menjadi isu, asalkan niat utama nak membantu terlaksana. Cuma berharap sangat jangan ada yang ambil kesempatan. 

Sedih sangat baca kes bunuh diri yang semakin hari bertambah angka bilangan.  Betapa kuatnya kesan tekanan hidup akibat pandemik. 




Tak dibenarkan bekerja, tiada pendapatan, hutang yang tak pernah selesai, tanggungjawab keluarga dan banyak lagi. 

Inilah masanya kita lakukan tanggungjawab kita. Kita jaga kita. Tak kan kita nak biarkan jiran kita kelaparan. 

Berdoa sangat masyarakat dan kerajaan tak ambil remeh tentang apa yang berlaku sekarang. Tolong jangan perlekehkan kalau ada yang menangis, mengadu sedang tertekan. Jangan sekali-kali perkecilkan. 

Kasut setiap orang pasti berbeza saiznya. Nasib orang tak pernah sama. Sebelum ni aku pernah terbaca di posting Instagram seorang selebriti tentang berita Lockdown bakal disambung. 

Betapa ramai yang meluahkan yang duit simpanan semakin susut, bekalan makanan juga habis, masih tidak dibenarkan keluar bekerja, dan yang ada anak kecil amat perlukan bantuan susu dan pampers. 

Luluh hati bila baca. 

Jom sama-sama doa semoga kita kuat, tabah menjalani dugaan yang Tuhan berikan. Semoga Covid cepat pergi dari muka bumi. 

Food Review – Sate Ayam Frozen Ramly Burger

Jenama Ramly memang selalu jadi pilihan aku terutama kalau membeli makanan frozen. Punya la gembira terjumpa sate ayam frozen jenama Ramly.

Memandangkan tempoh lockdown yang masih tak nampak penghujungnya jadi aktiviti menambah stock makanan menjadi agak meriah.

Untuk ibu bapa yang tak setuju anak-anak diberi makanan frozen/process food aku susun jari ampun maaf ya. Dekat rumah makanan macam ni adalah back up food kalau bosan makan makanan ruji.


Food Review – Sate Ayam Frozen Ramly Burger

Bila bosan mula lah mencari makanan, anak-anak pula semakin membesar lagi macam-macam selera masing-masing. Kami selalu beli barang keperluan di Aeon Big dan dalam tu ada kiosk Ramly Burger.

First Dine Ramly Burger

Alang-alang shopping barang rumah memang tak sah kalau kaki tak jejak kiosk Ramly. Apa yang bestnya kalau sebelum ni dia menjual makanan sahaja tapi sekarang Ramly Burger dah melangkah setapak ke hadapan, which is aku rasa patutnya dia dah buat dari dulu lagi iaitu menjual makanan frozen jenama Ramly di bawah satu bumbung.

Aku tahu pun secara kebetulan sebab nak tapau lunch. Nasi Ayam Roasted memang jadi kegemaran kami satu keluarga. Susah nak explain kenapa tapi kena sangat dengan tekak aku. 

Nasi Serai Roasted Chicken




Aneka Frozen Food Ramly Burger Di Bawah Satu Bumbung

Untuk kiosk Ramly Burger dalam Aeon Big ni pilihan frozen food dia tidak la meriah mana tapi mencukupi. Aku tak pasti kiosk lain.

Selalu kita jumpa dekat pasaraya lain seperti daging burger, nugget, fries, daging cincang. Dekat sini ada lamb frozen, sate daging dan ayam, pastry (curry puff) dan paling aku suka Griddies fries.

Dari segi harga, aku rasa kualiti dan harga produk Ramly adalah mampu milik. Tidak lah over charge. Peminat jenama Ramly mesti dapat beza dengan jenama lain yang ada di pasaran.



Beli Sate Ayam Frozen

Sate paling sedap aku pernahmakan ialah dekat Willy Sate. Memang tak boleh lawan la rasa sate yang dibakar dengan arang dan fresh depan mata.

Sate Samuri yang kami selalu beli macam dah kurang kick, presentation pun bersepah. Kecewa sangat sampai sekarang kami tak beli dah sate Samuri.

Suami memang big fan of sate, bila nampak Ramly ada Sate frozen laju jelah nak cuba. Sedap weh. Sate disertakan sekali dengan kuah kacang. Pon sedap, rasa pedas manis.

Paling penting banyak isi dan susah nak jumpa bahagian kulit. Nikmat weh. Balik tu kami defrost then bakar dalam oven.




Sign Up Member Card Ramly Burger

Sewaktu kami beli, staff dekat situ sempat terangkan kelebihan kalau sign up member card Ramly Burger boleh dapat diskaun setiap item.

Beza dalam lima puluh sen macam tu, bergantung item yang dibeli. Terus sign up dengan bayaran hanya RM5 setahun.

Semoga Ramly Burger kekal caj ahli dengan bayaran yang murah hendaknya.

Untuk belian kali pertama aku beli sate ayam, karipap ayam dan juga Ramly Griddies Fries. Next time nak cuba sate daging dan juga lamb dia pula.

Kalau ditanya adakah berbaloi beli barangan dekat kiosk Ramly Burger? Semestinya jawapan aku adalah sangat berbaloi. Dapat diskaun, lebih banyak pilihan.

Untuk ibu-ibu sibuk, yang susah hati tak tahu nak masak apa boleh consider shopping di Ramly Burger. Aku nak tunggu dia buat online delivery pula.

Bayangkan betapa mudahnya tugas ibu kalau dia dapat offer penghantaran ke muka pintu. Mesti best.