Cara Atasi Stress - Cuba Buat Lima Perkara Ini

Rodiah Amir
2
Hari ni aku terbaca lagi status seorang ibu di timeline Facebook yang sedang struggle nak atasi stress. Pernah baca tak lama dulu dan tak pasti status dari orang yang sama atau tidak. 

Tapi yang menarik untuk aku baca adalah berkenaan pertanyaan status dia tu. Soalan dia lebih kurang begini, 

“sebagai seorang isteri dan ibu apa yang akan anda buat untuk overcome rasa penat, stress, kusut dan sebagainya. Jangan komen solat atau pun zikir sebab itu memang kena buat”

Cara Atasi Stress - Cuba Buat Lima Perkara Ini 

Bagaimana Nak Overcome Rasa Stress?

Soalan ni juga pernah aku post dekat timeline Facebook sendiri, dan ada je yang masih komen suruh solat banyakkan zikir. 

Sebenarnya bagus nasihat tu tapi bila orang comment macam tu seolah-olah mengatakan kita tak pernah langsung berzikir atau pun solat. 

Rasa tersinggung.

Berbalik pada soalan ibu tadi, sesungguhnya menjadi seorang ibu dan isteri memang bukan mudah. Apa yang puan ni rasa, sebiji macam apa aku alami dari hari ke hari. 

Ada naik turunnya. Kadang stress tu kita boleh kawal tapi kadang-kadang terbabas juga.


Cara Atasi Stress


Pengalaman Diri Sendiri Alami Stress


Waktu sebelum menjadi suri rumah tangga sepenuh dulu; stress, penat dan kusut memang dah terasa. Tapi, stress di rumah dapat di lupakan sekejap bila ke pejabat. Masa tu otak dan fokus tertumpu pada kerja sahaja. 

Pendek kata, bila melangkah keluar rumah mencari rezeki, hal anak-anak, segala kepenatan dan kekusutan aku tinggalkan sekali dekat rumah. Bila balik rumah baru sambung hadap semula karenah dekat rumah. 

Rasanya waktu tu beruntung sebab tanggungjawab menjaga anak-anak kita kongsi bersama pengasuh. Jadi penat tu juga dapat dikurangkan. Baru sedar besar jasa pengasuh anak-anak kita kan?


Cara Atasi Stress seorang ibu



Stress Selepas Menjadi Suri Rumah Sepenuh Masa

Bila dah jadi suri rumah sepenuh masa baru tekanan tu betul-betul terasa. Bayangkan 24 jam kita duduk dirumah dan menghadap karenah anak-anak. 

Sebab itu ada ibu yang tak biasa dan tak tahan duduk di rumah sahaja. Aku berkongsi ni bukanlah menganggap menjaga anak-anak itu suatu beban, benci tu jauh sekali la. 

Tahun kedua Aku berhenti kerja dan setiap hari berdoa agar diberi kewarasan akal fikiran. Janganlah disebabkan mengikut nafsu nak bersenang lenang anak-anak menjadi mangsa. 

Setiap orang level stress tu berbeza. Jadi janganlah dipertikai kalau kawan kita mengadu dia stress sebaliknya cuba dengar masalah dia. 

Cara Untuk Overcome Rasa Stress Seorang Suri Rumah

Banyak kawan-kawan yang prihatin memberikan pendapat dan cadangan yang boleh dilakukakan untuk overcome rasa stress, rasa penat, serabut dan pendek kata segala rasa negatif dalam diri. 

Terpulang juga pada kita, bagaimana kita terima dan cuba untuk diri sendiri. Bagi Aku tak semua cara akan berkesan untuk diri sendiri. Kena try and fix. 

Ada cadangan supaya memasak supaya stress tu hilang, tapi apa jadi untuk orang yang tak biasa memasak dan bila dia masak, hasilnya tak sedap. Tak ke bertambah stress? 

Apa jua pendekatan yang kita ambil untuk overcome perasaan tak best tu kita wajib fahami diri sendiri. Cari punca stress, kena tahu apa yang boleh buat diri gembira dan paling penting kena yakin ada penyelesaian dalam setiap masalah. 

Bukan mudah tapi itu lah pilihan kita. Banyak cara juga Aku pernah cuba. Istigfar, zikir dan solat memang akan buat. Ini tambahan sahaja. 


pic: the spruce eat

1. Memasak | Baking

Diri akan automatik rajin nak baking bila tertekan dan cuba nak alih perhatian dari tekanan. Buat masa sekarang bila memasak atau baking diri secara tak sengaja akan rasa gembira dan aura-aura negatif tu hilang perlahan-lahan. 

Aku perasan kalau anak crancky atau tak sihat perangai rajin nak baking memuncak. Tu tanda stress meningkat la tuh.


2. Basuh tandas

Selalu akan kurung diri dalam tandas dan cuci tandas sampai bersih. Curah sabun dan tonyoh dinding seolah-olah kita tonyoh apa yang kita geramkan. 

Lepas keluar dari tandas tu perasaan lega tu memang tak dapat diterangkan. Lega. Selalu cuci tandas lepas berdebat manja dengan suami. Agak-agak kalah sesi berdebat dengan suami mula la tak puas hati tandas la jadi sasaran. 

3. Lilin aromaterapi

Aku akan bakar lilin aroma terapi sambil siapkan kerja rumah. paling kerap bila berada di dapur semasa mencuci pinggan mangkuk. Aroma lilin yang dibakar tu bagi aku merawat dalam diam. 

Macam dia bagi ketenangan yang susah nak diterangkan. Kena cuba dan kena tenang. Baru dapat enjoy keberkesanan aroma terapi tu. 


Aku pernah cerita tentang Kebaikan Essential Oil dekat sini


4. Dengar Zikir Tenang jiwa Di Youtube

Ini antara benda aku selalu buat bila aku perasan diri macam tak teratur. Zikir yang selalu aku dengar banyak. Antaranya yang tenangkan jiwa, paling tidak aku dengar surah Alam Nashrah. 


5. Pasang Ceramah Ugama Di Youtube

Carilah ustaz yang kelakar dan dengarlah ceramah yang berkaitan dengan apa kita stres kan itu. Kebiasaan yang tertekan ni dia ada banyak persoalan dalam fikiran dia. Kenapa jadi macam ni? 

Kenapa suami tak faham, kenapa anak tak dengar cakap. Sekurang-kurangnya kita dapat cari jawapan melalui saluran yang betul. 

Semestinya ustaz pilihan yang selalu Aku dengar ialah Ustaz Azhar Idrus dan juga Ustaz Samsul Debat sebab both of them kelakar dan penyampaian kena dengan jiwa. 


Kesimpulan

Itu sahaja perkongsian aku untuk kali ni. Banyak lagi cara nak overcome rasa stress, rasa penat ni. Keluar cari makan, pergi shopping, baca buku, jumpa kawan-kawan dan banyak lagi la. 

Tapi tu semua nak kena bersiap dan keluar rumah. Itu pun boleh murung kalau suruh bersiap. Hahahaha. 

Apa pun ibu-ibu alami jangan lah putus asa dan salahkan diri sendiri.

Lagi satu, jangan malu minta bantuan. Stress yang tidak terkawal boleh merosakan diri dan juga orang sekeliling. 

Normal untuk kita merasa stress, rasa penat dan kusut sebab kita juga manusia biasa. Selalu kena ingatkan diri yang kita ni golongan yang hebat sebab itu Allah pilih kita lalui semua ni. wallahualam.

Tags

Catat Ulasan

2Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. tonyoh tandas tu kurang sangat buat. haha. selalunya kak akan mandi sampai kecut. hahahahahahaha

    BalasPadam
Catat Ulasan