Vitamin Diffenz Junior Tingkatkan Sistem Imun Anak

Menjaga dan membesarkan anak-anak dalam fasa wabak Covid-19 mengganas bukanlah satu tugas yang mudah. 

Selepas banyak kali melalui tempoh ‘berkurung’ di rumah, anak-anak dah imun dan faham tentang penjarakkan sosial dan kehidupan norma baru. 

Sepanjang tempoh berkurung, aku antara ibu bapa yang memang tak bawa anak keluar ke tempat awam mahupun berjumpa dengan keluarga dan sanak saudara walaupun diberi kelonggaran oleh kerajaan. 


Vitamin Diffenz Junior Tingkatkan Sistem Imun Anak

Risau benda buruk berlaku pada anak, takut sistem imun anak tak kuat nak lawan penyakit dan macam-macam perkara buruk bermain di fikiran. Nak keluar beriadah pun aku sangat memilih tempat dan waktu. 

Biasalah kan, seorang emak memang berhati tisu bila melibatkan anak-anak terutamanya bab kesihatan dan keselamatan. 

Vitamin kanak-kanak untuk sistem imun




Tapi memandangkan Covid-19 tidak akan berakhir dalam jangka pendek jadi kena la bersiap sedia dan tingkatkan penjagaan kesihatan. 

Sampai bila nak halang anak keluar dan duduk di rumah je kan? 

Risau memang lah risau tapi dalam masa yang sama aku dan suami ajar anak-anak tentang penjagaan diri, kebersihan dengan betul serta pastikan anak-anak mendapat nutrisi yang seimbang dan lengkap untuk tumbesaran.  

Bab pemakanan pula memang aku agak tegas, selain sediakan sayur dan buah-buahan kami beri anak-anak vitamin untuk tingkatkan imun untuk melawan penyakit. 

Tak sanggup nak ke hospital waktu pandemik, risau penyakit lain yang dapat. 

Aku adalah antara ramai ibu bapa yang percaya bahawa makanan tambahan atau suplemen amat penting untuk membekalkan nutrisi sepanjang tempoh anak-anak membesar. 

Zaman sekarang bukan seperti zaman dulu yang bebas pencemaran, malah sekarang kita banyak terdedah dengan makanan terproses (junkfood), stres kehidupan, dan pola hidup yang kurang aktif. Lagi mudah penyakit nak hinggap. 


Cara makan vitamin Diffenz Junior


Vitamin Eskayvie Diffenz Junior Bagus Untuk Imun & Tumbesaran Anak


Menurut Dr Syid Ayob Syid Mustafa AlQudri (doktor perubatan dan pakar formulasi), beliau yakin peranan makanan tambahan atau suplemen amat penting untuk membekalkan sumber-sumber nutrisi yang tidak cukup dengan lebih mudah dan cepat. 

Beliau juga percaya pengambilan suplemen tidak boleh dipandang remeh terutamanya di kalangan kanak-kanak. 

Anak-anak tergolong dalam kategori berisiko tinggi dan sangat terdedah dengan kekurangan nutrisi serta jangkitan kuman kerana:

Mempunyai berat badan berlebihan dan obesiti.
Picky eater atau memilih dalam bab makan.
Suka makan makanan segera, junk food dan tak makan sayur & buah.
Suka main game dan tak aktif.
Susah nak jaga SOP tanpa pengawasan orang dewasa.
Masih ada yang belum layak divaksin tapi sudah kembali bersekolah & ke taska.


Prihatin dengan keperluan ibu bapa yang ingin memberikan anak-anak makanan tambahan atau suplemen, Eskayvie Malaysia telah memperkenalkan Diffenz Junior. 

Vitamin untuk kanak-kanak yang berusia seawal dua tahun sehingga 12 tahun bertujuan meningkatkan sistem imun badan untuk melawan kuman dan virus. 

Melalui revolusi dunia sains, Eskayvie Diffenz Junior telah mengenengahkan 6 bahan utama iaitu Multivitamin & Mineral, Kolostrum, Cendawan Susu Harimau, Vitamin C, Vitamin D dan buah Camu-Camu dalam satu tablet lengkap. 

Gabungan bahan ini bukan sahaja mempunyai khasiat yang tinggi bagus untuk kesihatan anak-anak malah ditawarkan pada harga mampu milik. 

Tentunya ianya memudahkan pengguna untuk mendapat kebaikan enam bahan dengan bukan hanya mudah tetapi murah. 


bahan utama diffenze junior



6 Bahan Utama Eskayvie Diffenz Junior


#1 Cendawan Susu Harimau

Tahu tak yang Cendawan Susu Harimau diiktiraf sebagai Harta Karun Negara dan amat sukar didapati pada masa kini. 

Nilai cendawan jenis eksotik ini sangat mahal kerana khasiatnya yang tinggi menguatkan sistem imun melawan jangkitan kuman dan virus. 

Menurut cerita orang-orang tua dahulu cendawan ini hanya akan tumbuh daripada titisan susu harimau yang jatuh di lantai hutan serta tumbuh secara sendirian berbanding cendawan lain yang biasanya tumbuh dalam jumlah yang banyak. 

Cendawan Susu Harimau dikatakan hampir pupus dan hanya boleh didapati di kawasan tertentu yang bersuhu lembab dan sejuk seperti Banjaran Titiwangsa. 

Mempunyai keunikan tersendiri sehingga menyebabkan usaha mencarinya menjadi sangat sukar. 

Namun kini, dengan kemajuan sains dan teknologi, penghasilan Cendawan Susu Harimau telah dikultur dan dikomersialkan untuk memudahkan lebih ramai mendapat kebaikannya. 

Malah, kajian mendapati Cendawan Susu Harimau yang dikulturkan mempunyai kandungan nutrisi yang lebih tinggi berbanding yang tumbuh meliar.

Uniknya cendawan ini memakan masa bertahun lamanya untuk membesar dan harganya boleh mencecah sehingga ribuan ringgit. 

Cendawan Susu Harimau mula giat dikaji apabila pada tahun 2002, Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia, mengatakan bahawa penyakit batuk kronik yang dialaminya selama bertahun dapat diubati dengan cendawan ini. 

Antara kebaikan Cendawan Susu Harimau ialah: 

Mengatasi masalah resdung, alahan dan ekzema.
Melegakan batuk, selesema, radang paru-paru, asma.
Menguatkan paru-paru bagi pesakit paru-paru kronik dan perokok tegar. 
Menguatkan sistem imun badan daripada jangkitan kuman dan virus.
Digunakan secara tradisional untuk merawat simptom masalah yang berkaitan sistem pernafasan seperti batuk kronik, alergi sinus dan asma.



#2 Multivitamin Dan Mineral

Multivitamin dan mineral adalah nutrisi yang mengandungi pelbagai jenis vitamin dan mineral tertentu. 

Ia bertindak untuk memenuhi jurang pemakanan (kekurangan vitamin atau mineral yang boleh mempengaruhi kesihatan optimum). 

Masalah kekurangan nutrisi ini biasa terjadi dalam kalangan kanak-kanak yang memilih makan atau picky eater. 

Berdasarkan Kajian Pemakanan Kanak-Kanak Malaysia (SEANUTS Malaysia), purata kanak-kanak Malaysia berusia 1-6 tahun masing-masing hanya makan 0.91 dan 1.07 sajian buah dan sayur setiap hari. 

Jumlah yang kurang daripada separuh jumlah yang disyorkan oleh Garis Panduan Diet Malaysia untuk Kanak-kanak dan Remaja (2013). 

Multivitamin dan mineral penting untuk;

Melengkapkan keperluan nutrisi
Menyokong penglihatan 
Merangsang sistem imun badan (immunomodulatory) 
Melindungi diri daripada jangkitan 
Membantu menguatkan otot dan sistem saraf kanak-kanak
Membantu dalam penghasilan tenaga, dan memelihara kesihatan sistem saraf



#3 Kolostrum

Kolostrum merupakan susu pertama yang dihasilkan oleh ibu, sama ada manusia mahupun haiwan dalam beberapa hari pertama selepas melahirkan anak. 

Ia amat kaya dengan antibodi dan juga mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan (Growth Factor) seperti: 

Meningkatkan sistem imun badan 
Melindungi daripada jangkitan yang melibatkan sistem pencernaan 
Kesan anti-mikrob dan anti-virus
Melindungi daripada jangkitan sistem pernafasan dan cirit birit 
Menyokong perkembangan dan tumbesaran yang sihat


Setiap kali jatuh sakit, badan akan membina antibodi terhadap kuman tersebut. Cara lebih efektif untuk menguatkan sistem imun dan antibodi kanak-kanak adalah dengan pengambilan kolostrum. 

Di antara kandungan terpenting kolostrum adalah sejenis protein yang dinamakan Sekretori Imunoglobulin A (SIgA), digunakan di dalam sistem pertahanan tubuh badan untuk mengenalpasti dan meneutralkan objek asing seperti bakteria dan virus.



#4 Buah Camu - Camu (Myrciaria Dubia)

Camu-camu, yang juga dikenali sebagai Myrciaria dubia, adalah buah yang tipikal di rantau Amazon yang digunakan bagi tujuan perubatan oleh penduduk asli Amazon sejak lebih 700 tahun dahulu. 

Mengandungi vitamin C yang tinggi (60 kali ganda lebih tinggi daripada buat Oren) dan mudah diserap berbanding buah-buahan lain seperti acerola, oren, lemon dan nanas. Mendapat jolokan SUPERFOOD kerana mempunyai khasiat yang banyak. 

Ianya turut mengandungi antioksidan seperti polyphenols, carotenoids, flavonoids, anthocyanin, asid gallic, asid ellagic serta mineral seperti Zinc, Magnesium dan Manganese yang menguatkan lagi sistem imun badan. 

Menguatkan sistem imun
Antioksidan dan anti-radang
Melangsingkan badan dan mengurangkan sel lemak
Menstabilkan tekanan darah tinggi
Merangsang penghasilan kolagen
Mengawal gula darah



#5 Vitamin C

Vitamin C penting memastikan sistem imun badan bekerja dengan baik. Perlu tahu bahawa badan kita tidak mampu menghasilkan Vitamin C atau menyimpannya secara efisien kerana ia adalah vitamin larut air.

Kajian di Perancis mendapati kira-kira separuh daripada kanak-kanak berumur tujuh hingga 19 tahun mempunyai kadar pengambilan vitamin C di bawah purata jangkaan keperluan.

Vitamin C boleh didapati daripada pengambilan makanan seperti buah-buahan dan sayuran walau bagaimanapun khasiat vitamin C ini boleh berkurangan apabila dimasak ataupun disimpan terlalu lama.

Pengambilan vitamin C yang mencukupi daripada makanan boleh didapati melalui sekurang-kurangnya 5 hidangan buah segar dan sayuran, dengan syarat, 2 hidangan daripada makanan tadi adalah tinggi dengan vitamin C. 

Antara masalah yang dihadapi akibat kekurangan Vitamin C ialah seperti gusi berdarah atau skurvi, kulit kering, sakit sendi, mudah dijangkiti penyakit dan luka lambat sembuh.



#6 Vitamin D

Vitamin D penting untuk tulang, kalsium dan metabolisma badan secara keseluruhannya. Apabila anda mendapat kalsium yang cukup, anda juga mendapat vitamin D yang cukup. 

Sebenarnya, tidak sukar untuk mendapatkan sumber vitamin D kerana kita hanya perlu mendedahkan diri kepada sinaran matahari pada waktu pagi. 

Bagaimanapun, ianya tidak semudah yang disangka kerana kebiasaannya kanak-kanak sudah bersiap untuk ke sekolah pada jam enam pagi dan mereka bertolak ke sekolah sebelum matahari memancarkan sinar. 

Dipercayai 67.4% rakyat Malaysia mempunyai masalah kekurangan vitamin ni. Di musim pandemik ini Vitamin D membantu meningkatkan lapisan saluran pernafasan. 

Antara golongan berisiko tinggi yang mudah mendapat keradangan pada bahagian paru-paru adalah seperti perokok, individu yang mempunyai penyakit kronik, kanak-kanak, wanita hamil dan menyusu serta mereka yang berusia 60 tahun ke atas.



Diffenz Junior


Kesimpulan 

Mahu atau tidak kita harus terima hakikat yang perlu hidup bersama Covid. Jadi kena sentiasa amalkan cara hidup yang sihat dan positif, ambil makanan tambahan secukupnya, kerap cuci tangan menggunakan sabun atau cecair pembasmi kuman yang mempunyai kandungan alkohol melebihi 70 peratus. 

Amalkan Diffenz Junior untuk memastikan anak-anak mendapat perlindungan dalaman yang berterusan. Jangan lupa minum air yang cukup untuk membantu sel badan berfungsi dengan baik. 


Untuk maklumat lanjut mengenai produk Diffenz Junior, boleh layari laman sesawang https://diffenzjunior.com/ atau pautan media sosial berikut.


Facebook - Eskayvie Malaysia21 Official
Instagram - Eskayvie Malaysia

Sesuai untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 12 tahun

Harga Produk: RM60 sebotol
Harga Combo: RM100 2 botol


Dinosaur Encounter, Flying Monkey Tarikan Terbaru Zoo Melaka

Berkesempatan melawat Zoo Melaka setelah beberapa kali kami tangguhkan rancangan disebabkan PKP. 

Alang-alang balik kampung, ajak pada suami untuk check in hotel di Bandar Melaka kemudian bawa anak-anak melawat Zoo Melaka. 

Ini merupakan pengalaman pertama aku dan anak ke Zoo Melaka. Jadi semestinya jangkaan kami agak tinggi. 


Dinosaur Encounter, Flying Monkey Tarikan Terbaru Zoo Melaka

Memandangkan kami dah banyak kali ke Zoo Negara, memang tak boleh elak untuk bandingkan tarikan yang ada disini. 

Kalau bawa anak-anak ke Zoo memang kami tak pernah naik tram. Sengaja nak biarkan anak-anak explore sendiri dan rasai kegembiraan berinteraksi dengan alam. 

Walaupun penat tapi berbaloi sangat. Banyak benda yang anak-anak belajar terutama tentang haiwan dan alam bila datang ke sini. Selain itu boleh asah kemahiran ikhtiar hidup dan kreativiti anak. 

Seronok tu memang pastilah, tapi panas ya ampun. Kami sampai dalam pukul 10.00 pagi dan kawasan letak kereta agak terhad dan cepat penuh. 

Kena lah menapak nak ke pintu utama. Sepanjang jalan ada gerai menjual topi dan barang kraf. Tolong bawa topi dan botol air sebab amat-amat membantu bila berada di dalam zoo. 

Kalau nak beli  dalam zoo pun boleh, ada gerai yang menjual air dan makanan. 


Flying Monkey & Dinosaur Encounter

Antara faktor yang aku teruja nak ke Zoo Melaka adalah kerana tarikan terbaru mereka iaitu Flying Monkey & Dinosaur Encounter. 

Zoo Melaka ada Night Safari, tapi untuk lawatan pertama kali kami decide untuk pergi waktu siang. 

Kami sempat tengok persembahan “Bird Show” pada pukul 11 pagi sebelum masuk ke kawasan Dinosaur Encounter. 

Anak-anak enjoy tengok show dan banyak binatang yang dilatih. Kalau terlepas boleh tengok sekali lagi pada pukul 3.30 petang.  


Dinasour Encounter Zoo Melaka

Seperti dijangka Dinosaur Encounter memang menyeronokkan lebih-lebih lagi jika anak-anak sukakan Dinosaur. 

Kawasan yang diperuntukkan agak luas dan laluan bertangga agak mengelirukan. Tidak membosankan sebab Dinosaur mengeluarkan bunyi dan bergerak walaupun setempat. 

Banyak spesis Dinosaur yang ada dan bersaiz besar. Satu perkara yang tak best ialah tak banyak kawasan redup dan memang mencabar kalau nak tolak stroller dan tak sesuai untuk warga emas kerana jalan yang berbukit. 

Cuaca panas sangat dan cahaya matahari memancar tepat di atas kepala. Rasa mendidih je otak. 

Berbotol-botol air mineral berjaya dihabiskan masa nak tawaf Dinosour Encounter. Kalau anak kecil anda takutkan badut, patung besar memang tak sesuai masuk ke sini. 


Dinasour Encounter  park Zoo Melaka


Flying Monkey, Zipline Pertama Di Dalam Zoo

Antara tarikan terbaru di Zoo Melaka juga ialah Flying Monkey yang merupakan Zipline pertama yang dibina di dalam zoo. 

Untuk yang kurang familiar, Zipline lebih kurang macam flying fox. Ada wayar dan cable dipasang pada badan dan kemudian berjalan merentasi antara pokok ke pokok. 

Untuk pengunjung yang suka aktiviti lasak dan teringin merasa memanjat dan tengok monyet boleh lah cuba. Kami decide untuk cuba bila datang lain kali. 

Boleh plan makan malam makan seafood di Restoran Ikan Bakar Klasik Umbai


Flying Monkey Zoo Melaka


Seronok Atau Tidak Ke Zoo Melaka?


Seronok atau tidak Zoo Melaka bagi aku adalah sesuatu yang subjektif. 

Kalau tanya pendapat aku sebagai orang dewasa, aku lebih sukakan Zoo Negara sebab laluan dan kandang haiwan lebih teratur. Tetapi anak aku lebih sukakan Zoo Melaka berbanding Zoo Negara. 

Zoo Melaka sangatlah luas dan merupakan zoo kedua terbesar di Malaysia selepas Zoo Negara. Zoo Melaka juga dinobatkan sebagai zoo yang terbaik di negara Malaysia. 

Kebetulan pada hari kami ke pusing-pusing Zoo Melaka, Ikhwan terlibat dengan aktiviti sekolah MyWalk My Ride peringkat kebangsaan. 

Tak sangka selepas penyertaan peringkat Negeri, dia terpilih untuk peringkat Kebangsaan pula. 

Sewaktu MyWalk My Ride peringkat Negeri, kami bawa Ikhwan pusing Zoo Negara dan selamat tamatkan aktiviti berjalan kaki sejauh 4KM bersamaan pusingan lengkap Zoo Negara (kecuali kawasan Panda) manakala untuk peringkat kebangsaan kami berjaya tamatkan laluan sejauh 5KM di dalam Zoo Melaka. 

Jadi dapat bayangkan tak keluasan Zoo Melaka tu? Mencabar bagi orang dewasa yang kurang bersenam macam aku, tapi satu keseronokkan untuk anak-anak. 

Bezanya Zoo Melaka, keluasan kandang haiwan lebih besar dan lebih banyak binatang. Alhamdulillah binatang semuanya sihat sejahtera. 

Ada Gajah, Harimau, Singa, Pelbagai spesis Rusa, Badak Sumbu, Zirafah, petting Zoo, Horse ride dan banyak lagi binatang. 

Antara Zoo yang kami dah pernah pergi: 

1. Mini Zoo Rabbitland Jengka Pahang 

2. Petting Zoo - Farm In The City , Sri kembangan Selangor

3. Zoo Negara 

4. Mini Petting Zoo - Windmill PD Farm



Jalan-jalan Zoo Melaka


Harga Tiket Zoo Melaka Terkini


Zoo Melaka beroperasi bermula 10.00 pagi sehingga 4.00 petang pada hari bekerja dan 9.00 pagi sehingga 5.00 petang pada hujung minggu dan cuti awam. 

Harga tiket Zoo Melaka terkini, dewasa ialah RM38 manakala kanak-kanak berumur 4 tahun sehingga 12 tahun, tiket berharga RM31. 

Dekat kaunter kita boleh hulurkan derma “food bank” untuk haiwan serendah RM10. 

Tiket berasingan dikenakan kalau nak masuk ke Petting Zone iaitu sebanyak RM5 untuk kanak-kanak. Masuk dalam petting zoo diberikan satu cawan makanan untuk arnab, hamster, burung kakak tua dan boleh beri rumput kepada rusa. 

Ada juga aktiviti ‘horse riding’ untuk anak-anak cuba. 


Live Feeding & Keeper Talk

Feeding Pulau Ungka: 10:00 Pagi & 4:00 Petang

Feeding Harimau & Singa: 12:00 Tengahari & 3:00 Petang

Keeper Talk Zirafah: 2:00 Petang

Feeding Banteng & Nilgai: 10:00 Pagi - 5:30 Petang

Feeding Gajah: 10:00 Pagi - 5:30 Petang

Petting Zone: 10:00 Pagi - 5:30 Petang

Maklumat lanjut boleh rujuk : Laman web Zoo Melaka



Petting Zone Zoo Melaka



Perjalanan untuk sampai ke kandang Orang Hutan agak sunyi dan agak seram kalau tak ramai orang. Terbayang kalau ada binatang terlepas atau bertindak luar kawalan memang minta dijauhkan. 

Konsep Zoo Melaka mengutamakan kebebasan bergerak bagi haiwan di sana. 

Saiz kandang yang luas dan terbuka beri kepuasan kepada pengunjung untuk merasai pengalaman berada di zoo sebenar. 

Sebelum sampai ke pit stop terakhir kami sempat melihat kakitangan zoo menaiki motor menghalau monyet liar. 

Bagi aku agak berbahaya sebab monyet-monyet bergerak secara berkumpulan. Potensi monyet tu nak serang pengunjung tu ada. 

Tapi mungkin itu perkara biasa dan berada dalam kawalan pihak zoo. 

Kesimpulannya, kalau datang ke Zoo Melaka pastikan anda berada lebih dari 3 jam untuk melihat binatang yang ada supaya ianya menjadi kenangan bermakna dan berbaloi dengan harga yang dibayar. 

Kalau di Zoo Negara ada Panda, di Zoo Melaka ada Dinosour. 

Percutian seterusnya kita pergi Zoo Taiping la pula. 

Tiru Jadual Harian Orang Berjaya

Orang yang berjaya dalam apa yang dia buat sering dikaitkan dengan mereka yang mempunyai rancangan dalam hidup. 

Bak kata pepatah: “if you fail to plan, you plain to fail”. Semuanya bermula dengan merancang. 

Kepentingan merancang bermula dengan kesedaran kenapa pentingnya kena ada rancangan. 

Ibarat kita hidup di dunia, kalau tiada matlamat pastinya hidup ini menjadi sia-sia. Bermula dengan matlamat dan kemudian disusuli dengan rancangan dan tindakan. 


Cara Rancang Serta Contoh Jadual Harian Orang Berjaya 

Semestinya sebagai orang Islam, matlamat utama kita adalah untuk menjadi umat yang berjaya bukan sahaja di dunia malah berjaya untuk akhirat juga. 

Untuk berjaya kita harus merancang bagaimana kita nak lalui hari-hari kita. 


Jadual harian suri rumah berjaya


How To Plan Your Day For Success

Aku nak kongsikan ilmu yang aku dapat dari Instagram Live sharing session oleh cikgu aku berkaitan “How To Plan Your Day For Success”

Aku panjangkan ilmu dengan pembaca blog dan aku olah point yang disampaikan mengikut kefahaman sendiri.

Apabila kita ada rancangan bermaksud kita niat untuk capai sesuatu. Tak kira dalam hidup, dalam sesebuah hubungan, matlamat dalam perniagaan dan juga keluarga. 

Bila dah ada plan kita kena biasakan diri untuk keep track samaada kita berada di jalan yang betul untuk capai matlamat yang telah kita tetapkan.  

Merancang jadual boleh jadi dalam bentuk harian, minggu, bulanan atau tahunan. 

Untuk pemula, boleh mula dengan merancang jadual harian dan tiru jadual harian orang yang telah berjaya. 

Dah ada living proof atau bukti depan mata, maka kita ikut sajalah dan adjust ikut jadual hidup kita.  

Suri Rumah Bukan Penamat Segala-Galanya


Tentukan Maksud Success 

Berjaya membawa bermacam-macam maksud dan ianya berbeza bagi setiap orang. Jadi perkara pertama sebelum merancang, perlu tentukan dahulu maksud berjaya. 

Sebagai contoh, berjaya bangun pagi awal dari anak bangun dan sediakan sarapan untuk suami juga adalah satu bentuk kejayaan. 

Siapa yang setkan kejayaan? Diri kita sendiri. Muhasabah dan tanya diri sendiri. Mungkin kecil bagi orang lain tapi kejayaan besar untuk kita. 


Doa dipermudahkan urusan



Cara-Cara dan Serta Contoh Jadual Harian Orang Berjaya 

Banyak versi kita boleh cuba untuk merancang jadual harian, tetapi pilih lah mengikut kesesuaian serta membantu diri untuk grow. Tiga cara ringkas yang boleh diamalkan ialah: 


A) Pilih Satu Topik Satu Hari

Amalkan untuk mulakan hari dengan menulis apa yang anda mahu lakukan pada hari tersebut. Pilih satu topik dan kemudian rancang apa yang anda perlu buat. 

Pasang niat untuk hari tersebut. Tulis di dalam satu muka surat supaya anda lebih jelas dengan apa yang anda mahu. 


B) 10 Dreams in 10 Years.

Senaraikan 10 impian untuk 10 tahun yang mendatang. Impian inilah yang akan jadi panduan untuk kita rancang jadual harian. Semuanya bermula dengan memasang impian. 


C) 5 Things That I Grateful Yesterday.

Sediakan gratitude list, supaya kita sentiasa ingatkan diri kita betapa bersyukurnya kita dilimpahi nikmat kehidupan oleh Pencipta. Gratitude list boleh jadi simple macam di bawah:

  • Bersyukur masih ada keluarga.
  • Kawan rapat sentiasa jadi yang pertama ambil berat tentang diri. 
  • kesihatan yang baik.
  • Ada rumah untuk berlindung dari hujan dan panas. 
  • Masih ada makanan untuk diberikan kepada anak-anak. 

Tiada semangat nak teruskan kehidupan - Baca 5 Tips Mudah Jika Tiada Semangat Mahu Hidup


D) Tetapkan Tugas Utama

Dicadangkan untuk tetapkan tiga tugas utama (priority of the day) yang perlu disiapkan dan tambahan empat tugasan lain. 

Jumlah tugasan utama dan tugasan rawak berbeza-beza bergantung pada kesusaian. 


Contoh Jadual Harian 


Jadual Harian Orang Berjaya


Walau apa yang kita cuba buat dan rancang, tolong mulakan niat dan pagi kita dengan mood yang baik. 

Pemikiran positif membantu kita capai matlamat dengan lebih cepat. Kenal pasti juga Effective working hour kita sendiri. 

Ada yang sangat produktif waktu pagi, dan ada yang lebih bertenaga di waktu petang atau malam. 

Effective working hour = Waktu brain kita paling aktif bekerja 


Cara Tepis Gangguan Bila Dah Rancang Untuk Berjaya

Siapa kata ianya mudah untuk capai apa yang kita tetapkan? Tipulah kalau kata perjalanan hidup ini smooth je. 

Pasti ada halangan dan gangguan yang akan muncul baik dari luaran mahupun yang ada di sekeliling kita. 

Kadang-kadang diri sendiri selalu jadi pensabotaj paling teruk. Gagal nak kawal rasa malas dan banyak beri alasan. 

Cara nak tepis? 

Kita kena selalu pesan pada otak yang kalau aku tak buat benda ni, aku tak akan ke mana-mana dan stuck dekat tempat yang sama. 

Lagi satu, kita wajib fokus pada solusi, bukan fokus pada masalah atau cabaran yang mendatang. 

“Fokus pada solusi bukan masalah. You akan dapat apa yang you fokus”

Teringat pesan seseorang, kalau nak ada productive live, kita kena kurangkan buat decision making setiap hari. Kurangkan jumlah gangguan terutama bila kita scroll social media. Jangan jadi ketagih. 

Apa yang penting; dahulukan kerja yang utama, bersedia untuk tangani halangan yang mungkin jadi, serta jauhkan benda yang boleh ganggu fokus kita seperti telefon. 


Kesimpulan

Rancang jadual untuk berjaya dan kemudian buat. Jangan kecewakan diri anda. 

Jangan lupa untuk latih diri supaya sentiasa peka dengan situasi, latih diri untuk respon dengan cepat apabila ditimpa masalah. Fokus penyelesaian bukan masalah. 

Tapi akhirnya kita kena selalu ingatkan diri kita: kita mampu merancang tapi sebaik-baik rancangan adalah rancangan Tuhan. 


Review Hotel - The Straits Hotel And Suites Melaka

Kami memilih untuk menginap di The Straits Hotel And Suites Melaka untuk percutian keluarga kali ini. Itu pun selepas puas hati membaca review di Agoda dan juga ulasan blogger yang pernah check in di situ.

Aku buat tempahan hotel agak lewat jadi pilihan bilik yang ada di Agoda dan Booking.com agak terhad. 

Rezeki kami dapat book direct dengan hotel dengan harga yang berpatutan dan paling penting bilik dia luas, cukup selesa untuk kami berlima.


Bercuti di The Straits Hotel And Suites Melaka

Kalau sebelum ni, okay sahaja untuk berhimpit dalam bilik. Tapi bila dah meningkat usia, keselesaan yang kami pentingkan. 

Alhamdulillah pengalaman menginap di The Straits Hotel And Suites Melaka sangat menyeronokkan. Sebelum ni kami pernah menginap di Estadia Hotel Melaka. 

Hotel boutique di bawah seliaan Hatten Hotel. Best duduk situ sebab dalam Mahkota Parade Mall. Dah dekat kalau nak pergi ke tempat tarikan pelancong. Aku kongsi dekat sini - Reunion Geng Diploma


The Straits Hotel And Suites Melaka


Jalan-Jalan Melaka, Cuti-Cuti Malaysia

Percutian 2 hari 1 malam di Melaka aku susun elok-elok supaya semua tempat yang aku plan nak pergi tercapai. 

Semestinya food hunting menjadi tujuan utama. Nak buat aktiviti luar yang lasak rasanya masih kurang sesuai dengan anak kecil.

Kami bertolak dari KL selepas sarapan pagi dan sampai pada waktu tengahari dan terus cari lunch. Misi hari pertama food hunting adalah nak cari Asam Pedas Telur Ikan Mayong, jadi kami singgah di Restoran Berkat Salam.

Selesai makan kami terus menuju ke hotel untuk check in. Urusan check in hotel mudah dan smooth. Kena bayar deposit RM100 dan akan dipulangkan semasa check out. Staff juga mesra dan beri penerangan yang lengkap.

Tetamu yang menginap boleh parking di dalam bangunan yang sama dengan hotel. Parking percuma tapi kena dapatkan validation di level 1 sebelum keluar.

Antara perkara yang aku titik beratkan sebelum book hotel ialah keluasan bilik, kebersihan tandas, kemudahan parking, dan juga customer servis. Bila travel dengan family, benda-benda kecil macam ni boleh beri impact.


Room Premier Suite With Breakfast The Straits Hotel And Suites Melaka

Kami tempah Room Premier Suite yang berkeluasan 80sqm sesuai untuk 2 adults 2 children. Ruang yang besar termasuk ruang tamu dan sofa, meja makan, kitchen cabinet dan meja kerja dalam bilik tidur, katil queen.

Bilik Premier Suite adalah bilik non- smoking jadi jangan sesekali cuba merokok atau akan didenda sekiranya tertangkap. 

Disediakan fridge yang comel, sejadah, tea & coffee serta kettle. Tak perlu susah payah call room service sebab dalam bilik dah tersedia iron board dan juga iron.

Disediakan juga wifi percuma, TV agak limited channel tapi tak jadi masalah sebab tak tengok TV pun dan banyak aktiviti di luar.


Bercuti di The Straits Hotel And Suites Melaka


Tandas ada dalam bilik tidur dipisahkan dengan cermin kaca. Ada blinder jadi tidak la segan kalau nak mandi dalam masa yang sama ada orang melepak dalam bilik. 

Ada juga bath tub, favourite spot anak-anak. Syukur sangat bilik luas, dan bersih dan paling penting tak berbau dan bilik air tak tersumbat.

Dengan harga RM284 semalam termasuk sarapan pagi untuk dua orang aku rasa harga dia munasabah. Malas nak bersiap dan keluar awal pagi jadi sarapan di hotel adalah pilihan bijak. 

Menu breakfast dia pun tidaklah mengecewakan. Ada roti, bubur, nasi lemak rendang ayam, pilihan mi sup dan side dish western yang biasa ada di hotel lain. Paling aku suka kue teaw goreng dia. Cukuplah untuk alas perut. Tambahan RM17 untuk tiga kanak-kanak.

Kami dapat bilik di tingkat 19-25. Pemandangan dari balkoni memang cantik memandang ke laut dan juga bandar. Semestinya berangin dan view cantik waktu sunset dan sunrise.


Staycation The Straits Hotel And Suites Melaka


Infinity Swimming Pool - Roof Top Swimming Pool

Kalau nak tahu, The Straits Hotel And Suites adalah antara hotel di Melaka yang mempunyai Roof Top Swimming Pool atau nama lain Infinity Swimming Pool. 

Pemandangan memang cantik sebab terletak di tingkat atas sekali. Boleh ke swimming pool ke level 23, Skydeck. 

Pool dia cantik dan tak besar sangat tetapi hanya untuk orang dewasa. Kanak-kanak harus diawasi oleh orang dewasa. Kalau menginap lama boleh lepak ambil angin di café Skydeck.

Dekat pool juga ada machine jual baju renang. Harga sekitar RM40++. Boleh tangkap gambar dan sila datang waktu siang sebab lighting sangat on point. Pool dibuka pada pukul 9 pagi dan ditutup pada pukul 6 petang.

Selepas berehat, bersihkan diri dan solat Asar, kami keluar cari makan tepi sungai Melaka di Waronk Avenue. Memang puas hati sangat. 

Esoknya, selepas breakfast kami check out sebab ikut itinerary nak pergi ke Zoo Melaka - nak tengok Dinosour Encounter


Rooftop Pool The Straits Hotel And Suites Melaka


Kesimpulan

Pengalaman menginap di The Straits Hotel And Suites Melaka adalah memuaskan. Pastinya termasuk dalam senarai hotel Melaka kami akan kunjungi lagi. 

Kalau anda mencari hotel yang baik dari segi lokasi di tengah bandar, selesa, parking yang selamat jadi boleh consider The Straits Hotel And Suites.

 

The Straits Hotel And Suites Melaka

No 1- B, Jalan Melaka Raya 2, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka, Malaysia

Phone number +60 6-289 8555