Sertai Peraduan Hari-Harimau Ong Nestlé & Menang Tin Emas Rtd Edisi Terhad

Jana Lebih Banyak Ong Pada Tahun Baru Cina Dengan Peraduan Hari-Harimau Ong Nestlé. Beli dan nikmati produk Nestlé Sedia-Untuk-Diminum dan raih peluang memenangi Tin Emas edisi terhad bersaiz hidup yang bernilai RM40,000 setiap satu!

Rasa Ong (tuah) anda sudah tiba? Jom sertai Peraduan Hari-HariMau Ong Nestlé Sedia-Untuk-Diminum (RTD) edisi 2022 dan anda mungkin salah seorang daripada lapan rakyat Malaysia yang betul-betul ONG untuk membawa pulang Tin Emas MILO atau NESCAFÉ RTD edisi terhad bersaiz hidup yang bernilai RM40,000 setiap satu!


Sertai Peraduan Hari-Harimau Ong Nestlé & Menang Tin Emas Rtd Edisi Terhad

Hadiah yang ditawarkan sekali seumur hidup ini diperbuat daripada emas 999 seberat +-150gm. Empat orang pemenang Hadiah Utama ini akan diumumkan pada setiap bulan sepanjang tempoh dua bulan peraduan ini berlangsung iaitu dari 3 Januari hingga 28 Februari, 2022.

Selain itu, pelbagai hadiah lumayan lain turut boleh dimenangi menerusi peraduan ini dalam bentuk ganjaran tunai pada setiap dua minggu peraduan berlangsung.


Peraduan Nestle RTD Hari-HariMau Ong Tahun Baru Cina


Seramai 40 pemenang akan meraih hadiah tunai RM1,888 manakala 320 orang lagi bakal memenangi wang tunai RM288.

Secara keseluruhannya, 368 pemenang bertuah akan membawa pulang hadiah dengan nilai keseluruhan mencecah RM487,700; sekali gus mencatatkan peningkatan sebanyak 40 peratus dari segi bilangan pemenang berbanding peraduan edisi 2021. 

April Wong, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Sedia-Untuk-Diminum, Nestlé (Malaysia) Berhad berkata, “Kami amat teruja untuk kembali menganjurkan peraduan Tahun Baru Cina popular ini buat para pengguna kami dan menawarkan mereka peluang untuk memenangi hadiah tunai.

Berikutan pembukaan ekonomi negara secara beransur-ansur sejak beberapa bulan yang lalu, kami harapkan hadiah-hadiah ini dapat terus menyuntik lagi semangat rakyat Malaysia untuk kembali pulih.

Ini merupakan antara inisiatif kami untuk terus menyokong para pengguna kami, selain merakamkan penghargaan atas sokongan orang ramai terhadap Nestlé.

Tin Emas RTD edisi terhad bersaiz hidup ini kini ditawarkan buat julung kalinya melalui Peraduan Hari-HariMau Ong Nestlé RTD. Hanya lapan pemenang bertuah di seluruh negara berpeluang memenanginya, sekali gus menjadikan Tin Emas ini barangan koleksi yang cukup bernilai!”


Tempoh peraduan Nestle RTD Hari-HariMau (1)


Peraduan Hari-HariMau Ong Nestlé RTD terbuka kepada semua penduduk di Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dengan dokumen pengenalan sah. Berikut adalah langkah-langah penyertaan:

Langkah 1: Beli mana-mana produk Nestlé Sedia-Untuk-Diminum (MILO UHT/Tin/Botol, Tin/Botol/Cawan NESCAFÉ, JUST MILK UHT, OMEGA PLUS UHT dan Botol LIVELY TEA) dengan nilai minima RM6 dalam sekeping resit tunggal di kedai-kedai yang turut serta.

Setiap resit layak untuk satu penyertaan sahaja.

Langkah 2: Catat nama dan nombor pengenalan anda di muka depan resit tersebut.

Langkah 3: Ambil gambar resit dengan jelas dan hantarkan ke talian WhatsApp 018-388 2921.


Cara-Cara Sertai peraduan Nestle RTD Hari-HariMau (1)


 

Rangakaian Nestlé Sedia-Untuk-Diminum telahpun berkembang dari sekadar jenama popularnya iaitu MILO, NESCAFÉ dan OMEGA PLUS. Kini, ia juga membariskan jenama minuman teh yang diseduh dengan adaptogen yang diberi nama LIVELY TEA.

Minuman LIVELY TEA boleh didapati dalam tiga varian teh hitam yang menampilkan gabungan adaptogen yang diekstrak daripada guarana, salap lemon dan beri schisandra - sesuai untuk sambutan Tahun Baru Cina kali ini!

Selain dinikmati bersendirian atau bersama orang tersayang, kepelbagaian perisa yang ditawarkan rangkaian Nestlé Sedia-Untuk-Diminum sememangnya cukup sesuai untuk sambutan perayaan seperti Tahun Baru Cina, membolehkan anda menghidangkan aneka minuman popular kepada tetamu yang datang melawat.

 

Kuih Titisan Hujan Terkenal Di Jepun Viral Di Malaysia

Kembali viral di media sosial – TikTok tentang Kuih Titisan Hujan yang terkenal di Jepun dan viral di Malaysia. Nama lain kuih ini ialah Raindrop Cake. Ramailah buat food hunting mencari sampai ke Pekan Ipoh

Sebelum ni kuih atau kek titisan hujan dah pun pernah trending beberapa tahun lepas dan kemudian semakin dilupai tetapi baru-baru ini kuih ini kembali disebut-sebut. 


Sedap Ke? Kuih Titisan Hujan Terkenal Di Jepun Viral Di Malaysia

Kuih Titisan Hujan ini berasal dari Negara Matahari terbit iaitu Jepun dan dikenali sebagai Mizu Shingen Mocha. Asasnya diperbuat daripada air dan agar-agar. 

Bentuk dia seakan-akan air hujan dan berwarna putih jernih. Makan bersama air gula, serbuk soya (ada yang gunakan kacang tumbuk). 


Kuih Titisan Hujan Viral


Sedap ke Kuih Titisan Hujan? 

Benda viral ni hype je lebih kan? Sedap atau tak ianya subjektif ikut citarasa masing-masing. Untung orang bijak terutama peniaga mesti akan ambil peluang buat duit apabila benda tengah viral. Sementara ada sambutan boleh la ambil kesempatan. 

Dari segi harga sedikit berbeza ikut topping yang dipilih. Asasnya kuih ni ada agar-agar titisan hujan, air gula Melaka dan juga serbuk soya. Ada juga menggantikan serbuk soya dengan kacang tumbuk. 

Tapi ada juga peniaga yang bijak dah naik taraf sikit resepi dan tukarkan air gula Melaka kepada perisa matcha, jagung dan juga strawberry. 


Resepi Kuih Titisan Hujan


Pertama Kali Cuba Kuih Titisan Viral

First impression aku terhadap kuih titisan hujan ni ialah ianya tidak lah begitu mengagumkan selera aku yang sukakan makanan. 

Pertama kali aku cuba waktu tu aku ke festival anak seni yang diadakan di hadapan Balai Seni Negara Kuala Lumpur. 

Waktu tu malam dan cuaca pula sejuk. Kebetulan ada kawan aku ambil bahagian dan buka booth menjual makanan untuk pengunjung yang datang. Kebetulan booth sebelah dia menjual Kuih Titisan Hujan. 

Dia lah insan yang bertanggungjawab memperkenalkan Kuih Titisan Hujan kepada aku. Awalnya ragu-ragu nak cuba sebab rupa dia yang crystal clear macam air hujan tu pastinya rasa tawar. 

Adalah sedikit rasa teruja sebab tak pernah tahu kewujudan dessert macam tu. Aku dah pernah rasa sekali jadi aku tak teruja nak buat atau beli lagi kecuali orang nak belanja. Lols. 

Mengikut perkongsian dari Puan Nurbazlyn Husna dalam Facebook Masak Apa Hari Ini, dia antara suri rumah yang teruja mencuba kuih Titisan Hujan. 


Raindrop cake


Resepi Kuih titisan hujan @ Rain Drop Cake 

Setengah sudu besar serbuk agar-agar atau pun Jeli 

680 ml air 

2 sudu besar gula kastor  

Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau sehingga mendidih. 

Masukkan ke dalam acuan. Biarkan mengeras. 


Bahan Topping

2 sudu besar Gula Merah

Setengah cawan cawan air 

Masak sehingga mendidih dan pastikan gula larut. 

Kacang tanah hancur dan serbuk soya boleh dibeli dari kedai bakeri. 


Kesimpulan 

Orang Malaysia memang terkenal dengan sifat ingin mencuba yang tinggi terutama mencuba perkara viral. Mudah sangat nak buat Kuih Titisan Hujan dan boleh cuba guna resepi di atas. 

Tapi, kalau tiada masa dan malas nak kotorkan dapur eloklah beli je sambil support peniaga tempatan. Makan Kuih Titisan Hujan yang sejuk di waktu cuaca panas memang menyegarkan. 

Resepi Kimbap Roll Korea Homemade Mudah Nak Buat

Melayan selera anak-anak nak makan Kimbap mengalahkan orang Korea lagaknya. Kali terakhir belikan Sushi dan Kimbap dari Empire Sushi memang masing-masing berebut tak cukup. Harga dia boleh tahan mahalnya.


Memandangkan anak-anak suka jadi beranikan cuba resepi kimbap roll ala Korea yang rupanya mudah sangat nak buat. Sebelum ni pernah beli bamboo mat tapi tak pernah guna dan mat tu dah hilang kemana.


Cara Buat Kimbap Roll Korea Homemade Mudah Sangat Rupanya

Bagi mereka yang nak cuba buat Kimbap roll Korea ni tapi tak berani, sila dengar nasihat aku. Tak susah pun.


Cuma part nak gulung sedikit leceh sebab aku gulung guna macaroon mat. Kalau guna bamboo mat tiada masalah rasanya.


Kimbap Roll Korea Homemade Mudah


Perkara pertama kalau nak buat Kimbap kena decide nak letak bahan apa sebagai inti. 


Bagi aku personally Kimbap yang sedap adalah Kimbap yang rasa dia balance lemak berkrim, sayur yang rangup dan segar macam Danmuji pun sedap, serta tambahan lauk seperti ayam goreng, isi Tuna mahupun isi ketam.


Kalau nak hasilkan kimbap roll yang cantik kena sabar hiris sayur supaya nipis dan saiz sama besar dan syarat utama kena ratakan nasi nipis dan sekata di atas kepingan rumpai laut. 


Baru lah senang untuk digulung dan cantik selepas di potong. Teringat pula makan corndog cheese tarik di Eid Aunthentic Korean Restorant Damansara


Lagi satu, bahan paling susah nak jumpa dekat pasaraya atau kedai biasa adalah cuka sushi. Kalau rajin beli jelah online, Shopee berlambak orang jual. 


Aku kebetulan tengok satu Youtube dia guna cuka makan jenama Jalen. Aku pon dengan senang hati guna cuka makan juga. Selesai masalah. 


Resepi Kimbap Roll Korea Homemade Mudah


Bahan-Bahan Nak Buat Kimbap Roll Korea

2 cawan beras sushi

1 sudu cuka sushi/ cuka makan (ada yang guna minyak bijan)

Secubit garam halus

Kepingan rumpai laut

Tikar penggulung (Aku guna macaroon mat)

 

Bahan-Bahan Inti:

Timun Jepun

Telur

Ayam Brand Tuna Tin

Tuna spread


Dekat rumah ni hanya aku dan anak sulung je yang makan sayur maka aku letak timun jepun sahaja. Lain kali nak cuba sayur lain pula. 


Ada yang cadangkan bayam dan lobak. Pastikan celur atau masak sayur letak garam eh nanti hambar kimbap korang. 

Kimbap dekat Dubuyo pun sedap. Anak-anak suka. 


Inti Kimbap Roll Korea


Cara Masak Nasi Sushi

1. Aku guna beras Jepun sushi jenama SUMO. Boleh beli di pasaraya Giant, AeonBig, Lotus dan lain-lain. Ada yang pernah guna beras biasa tapi katanya kena masak jadi lembik. 

2. Basuh beras sekali sahaja.

3. Masak seperti beras biasa. Banyak mana air nak letak boleh guna tips sukatan jari untuk masak nasi.

4. Nasi dah masak boleh masukkan ke dalam mangkuk dan campurkan cuka / minyak bijan, garam dan gaul sebati.

Ketepikan.

  

Cara Masak Inti

1. Potong timun & lobak memanjang dan hiris nipis. Goreng bersama sedikit minyak dan taburkan sedikit garam.

2. Sayur seperti bayam, kena celur.

3. Telur pula masak seperti sediakan telur dadar.

 

Kimbap Roll Korea

Cara Penyediaan Kimbap

1. Ambil 1 keping rumpai laut dan letak di atas bamboo mat. Ratakan nasi sushi sehingga sekata.

2. Susun segala inti yang dingini.  

3. Gulung kemas menggunakan mat dan akhir sekali sapukan minyak bijan.

4. Potong menggunakan pisau tajam dan sedia dihidang.

 

Kesimpulan

Akhirnya tercapai juga angan-angan nak buat kimbap homemade. Rupanya resepi kimbap roll korea homemade mudah je nak buat. 


Paling utama kena ada kesabaran serta nak hasilkan kimbap yang cantik harus teliti dan cermat. Paling renyah nak sediakan inti.


Bahagian paling mudah adalah makan. Dalam masa 5 minit selepas dihidang kimbap aku buat habis dimakan anak-anak.

 

Doa Memohon Kematian Husnul Khatimah Pengakhiran Yang Baik

Pagi ini seperti biasa aku buka Instagram dan dengar satu perkongsian dari seorang Ustaz tentang doa mohon kematian Husnul Khatimah. 

Video ceramah random yang di upload oleh akaun @Perkongsian_ilmu, pendek je peringatan tu tapi berjaya jentik hati aku. 

Dua cara yang telah Allah tetapkan manusia apabila menemui ajal iaitu husnul khatimah dan suul khatimah. Tidak kira apa jua asbab kematian, tapi asasnya yang dua itulah. 



Amalan Doa Ringkas Memohon Kematian Husnul Khatimah


Kematian husnul khatimah bermaksud kematian yang penyudahnya baik atau kesudahan yang terbaik dalam hidup kita.  

Ertinya mati di dalam keredhaan Allah dan kita juga redha dengan ketentuan Allah. Manakala suul khatimah iaitu kematian yang menakutkan dan menggerunkan. 

Keadaan kematian suul khatimah ketika mana seseorang itu mati di dalam keadaan mereka tidak bersedia kembali menemui Allah. 



Husnul-khatimah



Doa ringkas Memohon Kematian Husnul Khatimah


Ada disebutkan dalam Hadith Doa kebaikan sebelum dan selepas mati (Allahumma barikli fil maut wa fima ba'dal maut). 

Matan Hadith:


عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ

" قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ! لَيْسَ الشَّهِيدُ إِلَّا مَنْ قُتِلَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ؟

فَقَالَ:   يَا عَائِشَةُ! إِنَّ شُهَدَاءَ أُمَّتِي إِذًا لَقَلِيلٌ، مَنْ قَالَ فِي يَوْمٍ خَمْسَةً وَعِشْرِينَ مَرَّةً: اللَّهُمَّ بَارِكْ فِي الْمَوْتِ، وَفِيمَا بَعْدَ الْمَوْتِ، ثُمَّ مَاتَ عَلَى فِرَاشِهِ، أَعْطَاهُ اللَّهُ أَجْرَ شَهِيدٍ


Terjemahan:

Sayyidah 'Aishah RA pernah bertanya kepada Nabi SAW:

Adakah ia betul Itu yang Syahid hanya satu siapa yang terbunuh di jalan Allah?

Rasulullah SAW "Wahai 'Aishah! Jika Itulah yang terjadi kepada Kemudian orang yang mati syahid dari umatku akan menjadi sangat sedikit, sesiapa yang berkata “Allahumma barikli fil maut wa fima ba'dal maut” dua puluh lima kali setiap hari dan meninggal dunia di tempat tidurnya, Allah akan memberinya pahala syahid.



Cara-Memohon-Husnul-Khatimah


Amalan mudah yang boleh diamalkan supaya kita dapat mati khusnul khatimah. Baca doa selepas solat Subuh dan solat Isya’ setiap hari. Ada yang mencadangkan untuk baca sebanyak 25 kali. 

"Allahumma barikli fil maut wa fima ba'dal maut"

Ya Allah berkatilah aku semasa mati dan selepas mati. (Di riwayatkan oleh Imam Al Tabarani rahimahullah) 


Doa lain yang boleh kita jadikan amalan seperti: 

اللَهُمَّ اخْتِمْ لنا بِحُسْنِ الْخَاتِمَة وَلاَ تَخْتِمْ عَلَيْنَا يَا الله بِسُوءِ الخَاتِمَة

Maksudnya: Ya Allah, matikanlah kami dalam keadaan husnul khatimah dan janganlah kamu matikan kami dalam keadaan su’ul khatimah.


Jangan lupa amalkan juga Tips Dimudahkan Segala Urusan, Baca Zikir Ya Bariq



9 Tanda Mendapat Kematian Husnul Khatimah

Selagi kita diberikan nafas dan peluang untuk hidup selagi itulah kita diberi masa untuk mencari jalan dan memohon supaya apabila kita mati kelak kita antara umat yang layak mendapat kematian Husnul Khatimah. 

Aku kongsikan 9 tanda kematian husnul khatimah yang terdapat yang terdapat dalam hadith-hadith Nabi SAW merujuk soalan: Apakah Tanda-Tanda Kematian Yang Baik (Husnul Khatimah)?



#1 Mengucap dua kalimah Syahadah

Mati dalam keadaan menganut agama Islam, beriman kepada Allah SWT dan Mengucap dua kalimah syahadah sebelum meninggalkan dunia. Rasulullah SAW bersabda:

مَن كَانَ آخِرُ كَلَامِهِ لَا إِلَهَ إِلَّا الله دَخَلَ الجَنَّةَ

Barangsiapa yang akhir perkataannya ‘Tiada tuhan melainkan Allah’, nescaya dia akan memasuki syurga. 


#2 Meninggal pada hari atau malam Jumaat

Selain itu, terdapat tanda-tanda lain bagi kematian yang baik (husnul khatimah) terbahagi kepada dari sudut masa, tempat dan keadaan. Antaranya ialah mati pada hari atau malam Jumaat. 

مَا مِن مُسْلِمٍ يَمُوتُ يَوْمَ الجُمْعَةِ أَوْ لَيْلَةَ الجُمْعَةِ إِلَّا وَقَّاه اللهُ فِتْنَةَ القَبْرِ

Tidak ada orang Islam yang meninggal dunia pada hari atau malam Jumaat kecuali Allah SWT akan melindunginya daripada fitnah kubur. Hadith riwayat al-Tirmidzi: (1074)


#3 Beramal Soleh 

Diberikan taufiq dan hidayah oleh Allah SWT beramal soleh sebelum dia meninggal dunia.


#4 Perasaan Gembira

Dia berasa gembira dan senang hati untuk bertemu dengan Allah SWT


#5 Sakit berkaitan Perut

Meninggal dunia disebabkan oleh penyakit yang berkaitan dengan perut.


#6 Mati lemas

Meninggal dunia dalam keadaan mati lemas, jatuh bangunan dan syahid di jalan Allah SWT. Teringat kisah Kematian Yang Dicemburui Ramai Allahyarham Abdul Bari Asyraf. 


#7 Mati bersalin

Meninggal dunia dalam keadaan melahirkan anak.


#8 Menjaga harta & maruah

Meninggal dunia kerana mempertahankan harta dan maruah dirinya.


#9 Meninggal dunia dalam keadaan melaksanakan amalan soleh.


Kesimpulan 

Demikianlah amalan doa ringkas memohon kematian husnul khatimah dan juga tanda-tanda kematian yang baik menurut hadith Nabi SAW. 

Marilah kita sama-sama menjaga dan membaiki amalan supaya termasuk dalam golongan orang soleh.