Cara Daftar Affiliate TikTok, Jual Produk Tanpa Modal

Tahu tak korang boleh menjana pendapatan sampingan dengan menjadi affiliate di TikTok. 

Kalau dulu, TikTok dikenali sebagai platform tempat orang berhibur dan mempamerkan bakat tetapi sekarang korang dah boleh berniaga seterusnya menjana pendapatan.

TikTok memperkenalkan feature terbaru iaitu TikTok Shop, platform terbaik untuk pengguna membeli pelbagai barangan. 

Di samping turut memberikan lebih banyak peluang kepada peniaga untuk membuat pengiklanan serta menjana trafik.

Tetapi bagaimana pula mereka yang tak ada produk untuk dijual? 

Jangan risau, untuk mereka yang tidak ada kedai di TikTok boleh bantu peniaga lain mempromosikan barangan dan dapatkan komisen dengan menjadi affiliate. 



Cara Daftar Affiliate TikTok, Jual Produk Tanpa Modal


Secara asasnya sesiapa sahaja, tak kisah lah korang seorang peniaga mahupun content creator, korang kena rebut peluang buat duit dengan TikTok ni. Siapa cepat dia untung. 

Untuk yang dah ada kedai di TikTok pun boleh menjadi affiliate. Ayuh tengok cara mudah untuk daftar affiliate TikTok. 



Cara-Daftar-Affiliate-TikTok



Cara Daftar TikTok Affiliate Program


Untuk content creator pula, TikTok menawarkan TikTok Affiliate Program. Jadi tak timbul isu tiada produk hendak dijual. Lagi seronok sebab tak perlu modal.

Dalam bahasa mudah untuk difahami, affiliate program adalah apabila korang mempromosikan sesuatu produk atau pun servis dan korang dapat komisen daripada produk dan servis yang korang jual. 

Kadar komisen pula bergantung kepada peniaga. Rate yang banyak ditawarkan ialah 10% hingga  20%. 


Jom aku tunjuk cara untuk daftar menjadi Affiliate di Tiktok:

1. Login aplikasi TikTok

2. Pergi ke Tab Profile (icon orang)

3. Klik Menu (icon burger) di bahagian kanan atas dan pilih creator tools

4. Klik TikTok shop

5. Tekan Apply dan jika berjaya korang boleh tengok tab baru ditambah (icon shop)


Buat-duit-Affiliate-tiktok




Syarat utama adalah anda mesti berumur 18 tahun ke atas dan anda mesti mempunyai 1000 orang pengikut. 

Untuk yang tak cukup lagi 1000 follower boleh guna cara ni untuk daftar affiliate TikTok.

Tahniah anda boleh mula menjual dan menjana pendapatan.

Klik ‘start earning’

Sebelum menjual, kena set up bank account untuk terima komisen dan kemudian boleh lah mula promot. 


Orang Business Kena Guna Platform Tiktok |    Cara mudah buat duit dengan TikTok |



Cara Masukkan Produk Ke TikTok Shop (Affiliate)

1. Untuk masukkan dan promote poduk ke dalam TikTok Shop, klik “add products” pilih produk yang korang nak promosikan. 

2. Boleh semak jumlah komisen jika berjaya jual dan syarat-syarat penjual tetapkan (jika ada).

3. Selain tu, ada juga penjual yang tawarkan “free sample”. Untuk dapatkan free sample, Klik ‘Request’ – isi maklumat diperlukan dan tekan submit.


Cara-Masukkan-Produk-TikTok-Shop-(Affiliate)


4. Tunggu pengesahan dari penjual dan kena patuhi syarat korang kena buat video dan promot sample yang akan di hantar kepada korang dalam tempoh yang diberikan. 

Ada dua pilihan diberikan, samaada buat video berkaitan produk ataupun buat "live" dan promote barang ketika live. 

Jangan lupa sebelum post video masukkan link & jadikan bakul kuning aktif. 


Request details:

  • Awaiting Approval (Seller will respond in 3 days)
  • Request approved by seller
  • Shipping sample 
  • Video or Live posted

Agreement-Affiliate-TikTok-Shop


Untuk pastikan orang nak beli produk tu kena lah hasilkan video yang menarik. Nak promosikan barang affiliate pun banyak pantang larang TikTok harus dipatuhi. 

Kalau post video yang tak ada produk sebagai konten tapi masukkan link affiliate (bakul kuning)  juga dikira menyalahi undang-undang. 

Jadi jomlah kita buat video bermanfaat ya. 

Selamat mencuba.

 

Resepi Roti Jala Mak Mus

Aku dapat resepi roti Jala ni dari seorang kenalan yang merupakan seorang peniaga makanan. Makanan yang dia jual seperti kek, kuih muih, roti dan juga roti jala. 

Jangan tak tahu roti jala yang dimakan bersama kuah kari memang ramai peminatnya. Dalam majlis mesti akan ada roti jala. 

Oleh sebab dia tak menang tangan terima tempahan roti jala untuk rumah terbuka semasa Raya ni jadi dia kongsikan resepi yang dia guna untuk buat roti jala.


Resepi Roti Jala Mak Mus

Resepi dari ibu dia sendiri. Jadi, aku panjangkan ilmu supaya yang lain juga dapat manfaatnya. InshaAllah. 


Resepi-Roti-Jala


Resepi Roti Jala Versi Mak Mus


Bahan-Bahan Diperlukan: 

1kg tepung gandum

2sudu besar majerin

1½ sudu besar garam

1.7liter air 

1 sudu kecil pewarna kuning telur 


Cara-Cara: 

Kisar semua bahan guna blender dan selamat menjala. 

Sedikit tips untuk kenal pasti adunan dah okay atau tidak, cuba jala sedikit terlebih dahulu. Kalau adunan elok keluar dari acuan bermaksud adunan okay. 

Jika terlalu pekat boleh masukkan sedikit demi sedikit air atau sebiji telur sehingga aduanan sedia dijala. 

Anggaran roti jala yang terhasil sekitar 80 keping mengikut saiz roti jala. 

Terima kasih kak Azwa Mohtar sudi kongsi resepi ibu anda. 


Resepi-Roti-Jala-Mak-Mus


Beli Emas 999 Serendah RM5 Di YaPEIM

Tahu tak korang boleh beli emas 999 dan 916 serendah harga RM5 sahaja? Ye ini bukan cubaan ini betul-betul korang boleh beli, sebab aku dah beli.

Sebelum ni aku pernah survey jenis-jenis investment yang berbaloi. Jadi, simpan dan melabur emas antara pilihan yang aku rasa bagus untuk jangka masa panjang. 

Beli waktu emas murah dan jual pada masa hadapan dengan harga lebih tinggi. Tapi kalau korang suka simpan duit tunai boleh ikut cara simpan Duit Paling Mudah ni


Beli Emas Murah Serendah RM5 Di YaPEIM

Memandangkan aku pernah hilang cincin emas yang dihadiahkan suami waktu keluarga dia datang merisik, aku jadi ralat sangat dan cuba elak untuk beli barang emas untuk hiasan.

Dah namanya tiada rezeki dan cuai jadi aku bertukar kepada simpan emas dalam bentuk gold bar pula. Lagi mudah sekarang tak perlu pegang fizikal bar emas tu tapi boleh buka akaun simpanan emas.

Jadi dengan gembiranya aku nak kongsikan dekat mana korang boleh beli dan menyimpan emas dengan harga murah serendah RM5 sahaja.

 

Beli-emas-rm5

Beli Emas Di YaPIEM Serendah RM5

Yelah kalau sebelum ni kita tahu emas memang mahal harga dia, sekarang dengan hanya RM5 dah boleh dapat.

Khas untuk korang yang tak tahu nak simpan dekat mana duit raya anak-anak boleh mulakan dengan buka Akaun Emas YaPEIM (SERY) dan beli emas dengan harga mampu milik.

Sejak tahun lepas YAYASAN Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) telah melancarkan dan menggalakkan orang ramai membuat simpanan emas menerusi akaun SERY.

Akaun SERY adalah satu bentuk simpanan emas yang boleh dibeli secara digital melalui platform digital YaPEIM DiYa dan boleh ditukar kepada emas fizikal bagi emas yang dibeli secara digital dengan caj berpatutan.

Selain tu boleh install Aplikasi DiYA di telefon bimbit dan pelanggan boleh mengakses semua produk dan servis yang ditawarkan oleh YaPEIM dan anak syarikat milik penuh YaPEIM.

 


Beli-Emas-999-Serendah-RM5-Di-Yapeim


Kelebihan Akaun Emas YaPEIM (SERY)

  • Pendaftaran yang mudah dan PERCUMA.
  • Mudah nak beli iaitu secara online pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja secara atas talian dalam tempoh 24 jam sehari dan 7 hari seminggu.
  • Syarikat mengamalkan perniagaan yang telus dan mengikut prinsip syariah.
  • Pelanggan boleh membeli emas serendah RM5.
  • Zakat dikirakan untuk pelabur emas.
  • Tempat selamat untuk simpan emas.

 

Cara Beli & Mendaftar Akaun Emas YaPEIM (SERY)

Klik https://diya.yapeim.my/ 

Oh ya syarat untuk mendaftar akaun SERY adalah individu mesti berumur 18 tahun ke atas dan hanya perlu membayar yuran RM10 sekali seumur hidup untuk pembukaan Akaun ASK.

Kalau korang ada soalan boleh tanya di ruangan komen nanti aku bantu jika mampu.

Personally aku suka Yapiem sebab ianya patuh syariah, dikirakan juga zakat emas dan harga emas dia tawarkan lebih murah berbanding pesaing dia.

Antara sebab lain aku mula menabung emas di dalam akaun adalah sebab aku serik bila kehilangan barang kemas yang aku pakai. Sedih betul. 

Ceritanya bulan lepas aku hampir kehilangan aksesori gelang emas Pandora sewaktu nak masukkan baju ke dalam mesin basuh. Kecuaian berlaku disebabkan aku nak cepat dan masukkan baju secara membuta tuli.

Ditambah faktor mesin basuh aku jenis front loader. Bila tolak baju ke dalam mesin basuh, aku tak perasan salah satu baju tersangkut pada gelang dan akibatkan stopper gelang aku tercabut.

Masa duduk lipat baju baru aku perasan yang stopper tu hilang. Macam orang tak siuman aku mencari. Masih ada rezeki syukur terjumpa semula. Alhamdulillah.

Sejak kejadian itu aku nekad dan sedar aku bukanlah manusia yang sesuai pakai hiasan emas. Tidak bermakna aku kata hiasan emas tu tak bagus ya. 

 

Kesimpulan

Aku cuma berkongsi pilihan lain untuk beli emas serendah RM5 dan jadikan ianya pelaburan jangka panjang. Rasanya kesedaran melabur dalam emas ni dah ramai yang tahu, cuma halangan terbesar disebabkan harga emas yang mahal. Tapi sekarang dah murah boleh la beli ikut kemampuan. 

 

Jamuan Hari Raya & Sambutan Hari Guru Di Sekolah

Orang sibuk dengan drama 7 Hari Mencintaimu, tentang Pak Samad meninggal dunia dalam tidur, aku pula sibuk dengan persiapan jamuan Hari Raya dan Sambutan Hari Guru di sekolah anak. 

Memang tak tidur malam sebelumnya aku berjaga untuk siapkan kek nak bawa ke sekolah. Penat tak usah cakap lah, semenjak usia menghampiri 40 tahun ni tenaga memang tak banyak mana. 


Jamuan Hari Raya & Sambutan Hari Guru Di Sekolah

Pada Syawal hari ke 14, sekolah anak-anak umumkan yang sambutan Hari Raya Tahun 2022 sekolah akan disambut bersama Hari Guru. Lebih meriah dan tidak la penat guru nak kendalikan banyak majlis. 

Berbalik kepada cerita jamuan sekolah, seminggu sebelum itu cikgu dah umumkan tarikh jamuan diadakan dalam group Whatsapp ibubapa dan guru. 

Jamuan diadakan di dalam kelas masing-masing. Lebih bagus sebab keadaan lebih terkawal dan kurangkan risiko bersesak di zaman Covid19. 


Jamuan-Hari-Raya-Sambutan-Hari-Guru


Jamuan Hari Raya - Tidak Berlaku Pembaziran Makanan

Setakat ini tidak timbul isu membazir dan anak-anak diberikan peluang untuk bawa balik makanan yang berlebihan. Berbeza dengan luahan ibu bapa di sekolah lain, banyak makanan terbuang. Sayang betul. 

Murah rezeki anak-anak apabila ada ibu bapa yang menawarkan diri untuk bersedekah makanan dan juga duit raya. Memang meriah. 

Tahun ini dua orang anak aku bersekolah. Ikhwan Hafeez dah masuk darjah lima dan di ikuti oleh adik dia, Raudah Sakinah di Sekolah Pra. Masing-masing teruja nak hadir ke sekolah sambut raya dengan kawan-kawan. 


Hadiah Sempena Hari Guru

Untuk hadiah Hari Guru aku dah buat tinjauan dan bacaan dalam Facebook. Jadi sedikit sebanyak dah tahu nak beli apa untuk cikgu. Ramai yang cadangkan untuk beli pen dan white board marker. 

Selain itu aku minta pendapat Ikhwan juga, nak tahu apa idea dia. Jadi mudah sebab kami ambil titik tengah. Gabung idea dia dengan aku. 


Hadiah sempena Hari Guru


Alhamdulillah dia tak banyak karenah. Aku beli barang-barang dua hari sebelum majlis. Sempat la hias apa yang patut. Jumlah cikgu Ikhwan yang mengajar dia tahun ini ialah 10 orang. 

Untuk Cikgu Raudah di Pra Sekolah, ada 2 guru dan seorang pembantu guru. Hadiah ni Raudah yang pilih sambil aku guide la. Suka sebab warna-warni. 


hadiah-untuk-Cikgu


Hasil persetujuan kami beli 3 batang pen merah, hitam, biru dan 1 batang white board marker diberikan kepada setiap guru. Whiteboard marker, pen dan barang hiasan lain kebanyakkan habis stok di Kedai Eco. 

Inilah kuasa netizen. 

Sebagai tambahan, aku beli zip lock paper dan stick note comel. Dekat rumah ada tali jadi aku cuba hiaskan hadiah simple supaya sedap mata memandang dan seronok cikgu terima. 


Hadiah-Sambutan-Hari-Guru


Kek Coklat Kukus Untuk Jamuan Hari Raya

Sekali lagi aku sediakan kek yang sama pernah aku buat masa sambutan Hari Guru tahun sudah. Kek coklat kukus sukatan cawan yang memang pasti jadi. 

Lagi satu aku suka tekstur dia yang lembuh dan rasa dia yang tak terlalu manis. Aku guna bekas plastik bulat bersaiz mini yang ada penutup. Oleh sebab kek ni aku kukus jadi berguna sangat penutup tu. 

Setiap anak aku bekalkan 30 biji kek saiz mini. Malam tu aku bersengkang mata sebab bancuh dua adunan. Masa mengukus pula ambil masa 15 minit untuk pastikan kek betul-betul masak. 

Idea Menarik Jamuan Akhir Tahun Sekolah Anak


Kek-Coklat-Kukus


Apa pun syukur sangat sebab dapat libatkan anak-anak dalam aktiviti mencari dan siapkan hadiah. 

Sengaja nak biar dia pegang tanggungjawab disamping melatih sifat memberi dan menghargai jasa cikgu yang banyak mengajar mereka. 

Pagi sebelum kesekolah, anak-anak teruja bangun tanpa perlu dikejukan untuk bersiap, pakai baju dan kasut raya. Alhamdulillah semua berjalan lancar. 

Balik dari jamuan masing-masing teruja tunjukkan bekal yang dapat dibawa balik. Berbeza sungguh dengan jamuan Hari Raya waktu aku sekolah rendah dahulu. 

Guru kelas pun banyak beri kerjasama dan kongsikan detik-detik indah anak beraya bersama guru dan rakan-rakan.