Subsidi Minyak Dimansuhkan, Harga Barang Naik Bermula Julai

Otak aku macam tak boleh nak brain lepas baca tentang berita subsidi minyak akan dimansuhkan dan harga barang lain akan naik mulai bulan Julai.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, subsidi minyak masak tulen botol dua hingga lima kilogram (kg) akan dimansuhkan bermula 1 Julai ini.

Subsidi dimansuhkan bermaksud harga minyak menjadi mahal. Subsidi bersamaan dengan bantuan. 


Subsidi Minyak Dimansuhkan, Harga Barang Naik Bermula Julai

Minyak dalam botol akan dijual pada harga pasaran semasa. Hanya subsidi bagi minyak masak paket satu kilogram masih diteruskan.


Subsidi-minyak-dimansuhkan

Tiada lagi subsidi daripada kerajaan. Alasan kenaikan harga barang adalah kerana perlaksanaan gaji minimum RM1,500. Otak aku macam jatuh bila baca alasan tu.

Nak tergelak pun ada. Lagi satu alasan aku baca ialah harga naik sebab kerajaan nak bagi tumpuan bantuan bersasar. Fokus kepada B40.

Selepas ini bukan harga minyak je akan naik, harga barang seperti ayam akan naik sebab subsidi untuk penternak ayam juga dimansuhkan. Lepas ni tariff elektrik pun akan naik juga.

Harga barang mentah untuk buat kek, kuih dan biskut memang naik tak turun-turun. Memang kasihan kepada penjual dan pembeli.

Dah boleh bayangkan kuih sebiji selepas ni boleh cecah rm1 seketul. Dekat rumah aku karipap pusing frozen sebiji dijual RM1.20 ya.

Pendek kata semua harga barang naik dan subsidi banyak dimansuhkan.


Minyak-masak-mahal


 

Harga Barang Naik, Apa Boleh Buat?

Jadi apa maksudnya kalau harga minyak dan barang-barang lain naik? Turun ke jalanan buat protes? Tak makan ayam?

Semestinya sebagai rakyat yang tiada kuasa melainkan boleh suarakan pendapat sahaja haruslah melenturkan diri mengikut keadaan semasa.

Alternatif kita boleh buat adalah berjimat dan istiqamah dalam masa sama mencari pendapatan tambahan.

Kita pilih cara bijak dan paling utama tebalkan sifat bersederhana. Tawakal doa dan juga usaha. Yakinlah bahawa Allah pemilik rezeki.

Mungkinkah sudah tiba masa kena ubah cara masak, kurangkan penggunaan minyak masak. Jaga kesihatan dalam keterpaksaan. Manusia selagi tak terpaksa tak buat. Aku la tu.


  • Kurangkan penggunaan minyak dalam masakan.
  • Tukar menu masakan kepada kukus dan panggang.
  • Cari bahan pengganti. Kurangkan makan ayam ganti dengan protein lebih ekonomi harganya.
  • Jana pendapatan sampingan untuk tampung kos yang timbul.
  • Jadi dropship tak perlu ada modal.
  • Jauhi sifat suka membazir dan rancang pembelian.

 

Percayalah, isu kenaikan harga barang akan terus berlaku. Semoga Malaysia dipimpin oleh ketua yang adil, yang mementingkan kebajikan rakyat, tidak salah guna dan golongan susah di bantu.

 

Bukan Semua Orang Suka Kita, Itu Normal

Alhamdulillah. Hari baru untuk minggu baru. Topik untuk minggu ini adalah bukan semua orang suka kita dan itu normal. 

Pertama kena faham, suka menurut Dewan Bahasa Dan Pustaka ialah perasaan girang dalam hati atau senang hati. 

Suka penampilan kita, suka cara kita berfikir, suka cara kita bercakap dan banyak lagi. Sifat suka pula tersangatlah subjektif. Bergantung kepada individu, jadi amat logik kalau ada yang suka dan tak suka kita. 


Bukan Semua Orang Suka Kita, Itu Normal

Biasanya suka tu wujud bila ada kesamaan, atau suka yang menimbulkan perasaan kagum dan hormat kerana kemahiran yang dimiliki. 

Wujud juga situasi tak suka seseorang kerana tiada sebab. Jangan ditanya jawapan kerana memang tiada sebab. 

|  Ciri-Ciri Seorang Perfectionist dan kenali 8 tanda yang ada pada diri anda  |


Bukan-Semua-Orang-Suka-Kita


Bila Orang Tak Suka Kita, Apa Perlu Buat?  

Jadi apa perlu kita buat bila orang tak suka kita? Sebenarnya bukanlah sesuatu yang teruk jika ada orang tak suka kita. 

Pandang dari sudut yang membantu kita. Orang tak suka mungkin dia rasa kita tak sama level dengan dia dan dia rasa tak selesa. Keyakinan diri dia hilang jadi dia tak suka bila berkawan dengan kita. 

Tak suka tak semestinya benci. Personally bagi aku, tak suka maksudnya aku tak berkenan sebab tak kena cara aku. Jadi aku akan jauhi. Bagus untuk kedua-dua belah pihak. 

Ada dua pilihan boleh kita ambil jika orang tak suka kita. Pertama jika kita masih mahu orang tu suka dekat kita, maka tingkatkan usaha supaya kita menepati selera dia. 

Baru dia akan suka kita. Persoalan dia ialah berbaloi ke? Kita letak effort supaya orang suka kita. Ubah diri untuk orang suka kita. 

Pilihan kedua, move on saja. Kita bukan di ciptakan untuk dia, dan dia tidak ditakdirkan berada dalam hidup kita. Cari circle baru. Habis cerita. 

Situasi berbeza kalau yang tak suka tu adalah ahli keluarga. 


Self-love-Be-kind-to-yourslef


Sebaik Mana Kita Tetap Ada Yang Tak Suka Kita

Kita buat baik macamana sekalipun, akan ada orang yang tak sukakan kita. Itulah kenyataan hidup. Mana boleh kita atur, mana boleh kita set perasaan orang terhadap kita. 

Jadi bila kita dapat tahu ada yang tak suka kita, pendekatan yang kita boleh ambil ialah berlapang dada. Letakkan diri kita di tempat dia. Pasti ada orang, perkara, objek yang kita tak suka sepanjang kita hidup. 

Tak perlu panjangkan isu dengan meminta penerangan dan korek punca kenapa dia tak suka kita sebab ianya hanya perbuatan yang sia-sia. 

Sedangkan Baginda Rasulullah SAW, manusia yang maksum juga tidak disenangi semua. Apatah lagi kita insan yang lemah ni. 

Akhir kata, hiduplah dan cintailah diri sendiri. Kita sama sekali tidak boleh paksa orang suka dan terima kita. Itulah kehidupan. 


Beg Sekolah Troli SWAN Technolite, Reka Bentuk Ergonomik Bantu Postur Badan Tegak

Apabila memilih beg sekolah untuk anak-anak, perkara pertama yang aku akan tengok adalah kualiti beg dan juga keselesaan anak-anak untuk guna ke sekolah.

Memandangkan Ikhwan tahun depan dia dah masuk darjah 6, beg dia sekarang memang penuh dengan buku dan bahan-bahan pembelajaran lain.


Beg Sekolah Troli SWAN Technolite, Reka Bentuk Ergonomik Bantu Postur Badan Tegak

Jadi semestinya kena utamakan beg yang boleh beri keselesaan bila galas beg sekolah. Kelas pula di tingkat 2. Kena mendaki tangga setiap hari.


Beg-Sekolah-Troli-Swan-Technolite


Kalau ikutkan tahun depan, kelas murid Tahun 6 akan diberi di tingkat atas sekali iaitu tingkat 3. Tabahlah wahai anak. Jadi kita praktis bawa beg beroda untuk mudahkan urusan ya.

Itu antara sebab utama aku pilih Beg Sekolah Troli SWAN Technolite untuk dia. Ada roda supaya dia mudah nak tarik berbanding galas di bahu.

Aku dah cuba dah roda dia lancar meluncur laju. Setakat nak tarik tolak ke depan kebelakang dan menaiki tangga memang mudah.  

Jangan risau dan tak jadi masalah kalau tiba-tiba dia tak mahu guna fungsi roda tu sebab beg sekolah troli SWAN Technolite mempunyai fungsi troli boleh tanggal.


Beg-Sekolah-roda



Beg Sekolah Troli SWAN Technolite, Reka Bentuk Ergonomik Bantu Postur Badan Tegak

Uniknya rekaan Beg Sekolah Troli SWAN Technolite mempunyai Reka Bentuk Ergonomik yang berfungsi memastikan postur badan berada dalam keadaan tegak.

Tidaklah anak rasa terbeban dan lebih santai serta selesa nak bawa beg.

Selain tu tali bahu beg yag berbentuk U menjadikan pengagihan berat lebih ringan pada tulang belakang.

Pelapik belakang dia pula 3D. Kusyen dia tebal dan empuk. Material digunakan memang berkualiti dan mempunyai pengudaraan sejuk.

Pelapik belakang tu penting sebab dia akan menyokong tulang belakang supaya lurus. Suka juga bahagian dalam beg tu luas dan banyak ruang dia nak susun buku dan alat tulis.


Unboxing-Beg-Sekolah-Troli-Swan-Technolite


Bahagian sisi beg boleh la letak botol air. Poket dengan zip pun ada. Puas hati la boleh sumbat banyak buku.

Jenama SWAN memang terkenal dengan beg yang menggunakan material dan jahitan yang kemas berkualiti tinggi.


Review-Beg-Sekolah-Troli-Swan-Technolite


Untuk adik dia yang sekolah Pra, aku belikan Beg Sekolah SWAN Easy Pac with Personalisation. Siap boleh personalise nama dekat beg supaya tak hilang. 

Kalau korang berkenan dengan beg sekolah troli SWAN Technolite ni korang boleh dapatkan di Shopee –Kedai Rasmi SWAN

Ada dua warna. Macam Ikhwan ni dia pilih beg troli Swan Technolite warna Grey. Aku pun berkenan. Lagi satu warna Dark Pink sesuai untuk perempuan yang suka warna lembut.

Secara keseluruhan, aku sebagai ibu bapa puas hati dengan beg sekolah troli Swan Technolite. Baik dari segi kualiti, ruang dalam beg, fungsi roda dan juga teknologi Ergonomik yang sokong tulang belakang.

Untuk sebarang keterangan lanjut boleh ikuti akaun media sosial SWAN di Facebook dan juga Instagram.

Bercuti di Melaka, 3 Hari 2 Malam Dengan Emak

Minggu lepas habiskan masa berkualiti hujung minggu teman emak bercuti di Melaka selama 3 hari 2 malam. Minggu pertama cuti sekolah bermula dan Isnin tu cuti umum Hari Keputeraan Agong. 

Seperti yang dijangka, Melaka memang sesak dengan kenderaan dan semua tempat penuh dengan orang ramai. 

Melaka ni kalau tak cuti sekolah atau cuti umum pun masih tetap dengan kesesakan lalu lintas dan jarang tempat tumpuan pelancong ni sunyi. 



Bercuti di Melaka, 3 Hari 2 Malam Dengan Emak


Walaupun dah kerap sangat ke Melaka sebab balik rumah mentua, tetapi memandangkan permintaan adik nak bawa emak bercuti jadi kami turutkan. 

Aku pegang konsep selagi ada nyawa, ada rezeki Allah aturkan InshaAllah kita cuba sampai dapat untuk tunaikan. 

Mana tahu siapa mati dulu kan? Esok lusa bila dah tiada, kenangan manis sajalah akan jadi bekalan hingga hujung nyawa. 


Bercui-di-Melaka



Itinerary Bercuti Di Melaka 3 Hari 2 Malam


Berbalik kepada cerita bercuti bersama emak, aku dapat simpulkan yang emak bahagia dan gembira sepanjang berada di Melaka. Terbukti apabila emak tak mengeluh bosan. 

Seperti biasa aku ditugaskan untuk rancang itinerary Melaka 3 Hari 2 Malam. Tema percutian kali ni adalah santai bersama warga emas. 

Ini semua idea adik bongsu. Dia yang bertanggungjawab bawa emak dari KL dan kemudian check in Hotel bersama anak buah. 

Memang aktiviti dan tempat kami pilih sesuai untuk emak yang sudah memasuki usia warga emas. Nak pilih tempat menarik di Melaka pun kena fikir banyak kali sesuai dengan kesanggupan meredah kesesakan jalan raya. 

Kami bertolak pagi Sabtu dan sampai menjelang waktu makan tengahari. Destinasi pertama kami tuju adalah Rumah Asam pedas Melaka. 

Pilihan yang tepat sebab masih tak ramai orang waktu kami makan. Jadi dapatlah makan dengan aman dan tidaklah terkejar-kejar. Jalan di lebuh raya dah mula sesak waktu tu. 

Suka makan di Rumah Asam pedas Melaka sebab makanan dekat sana dimasak on the spot dan rasa masakan kena dengan selera kami. 

Boleh cuba juga asam pedas antara yang sedap di Melaka Restoran Berkat Salam


Jalan-jalan-Melaka


Mencari Dodol Cair Melaka


Selesai makan kami teruskan perjalanan mencari dodol cair. Tempat kami selalu singgah beli dodol dan barangan kraf Melaka adalah di Simpang Ampat. 

Kalau perasan sepanjang jalan tak jauh dari Tol Simpang Empat banyak gerai tepi jalan dibuka yang menjual dodol serta makanan tradisi Melaka. 

Selain dodol, Melaka juga terkenal dengan Kuih Bakar yang diangkat sebagai kuih tradisional rasmi Melaka. 

Tempat kesukaan kami adalah gerai sebelum stesen Petronas. Tempat tu meriah dengan barang-barang, banyak pilihan termasuklah gerai menjual Mango Float, dodol, dan barangan kraf. 

Paling penting rasa selamat sebab ada tempat untuk berhentikan kereta. Emak berjaya beli beg tangan anyaman, dodol, serta makanan tradisional Melaka. 

Waktu kami berhenti membeli belah tu cuaca memang tersangat panas. Rasa seperti matahari hanya beberapa jengkal dari kepala. 

Ikutkan rancangan asal kami nak ke Pantai Klebang untuk melihat keindahan laut, tetapi kami batalkan di saat akhir. Adik bawa emak terus ke hotel dan kemudian makan malam di kedai berhampiran. 

Aku pula teruskan perjalanan balik ke rumah mentua. Syukur sangat semua berjalan lancar. Malam tu kami sekeluarga tidur di rumah mentua dan janji berjumpa semula keesokkan harinya. 

Malam tu juga Airis meragam tak sedap badan. Suhu badan tiba-tiba naik. Tak mahu ambil risiko kami bawa dia ke klinik. 

Doktor kata ada tonsil di tekak tapi tidak terlalu besar. Selesai rawatan dan berikan dia ubat, akhirnya dia tidur sehingga pagi.  

Hari kedua kami teruskan jalan-jalan ke Masjid Selat, Masjid Terapung Melaka. Seperti ada tarikan semulajadi, sejak dari KL lagi aku asyik beritahu suami teringin nak datang sini.  

Pertama kali jejakkan kaki ke Masjid Selat memang buat aku jatuh cinta dengan kawasan persekitaran masjid yang terjaga rapi. 

Seperti mana-mana masjid di Malaysia, Masjid Selat menerima tetamu tak kira agama, bangsa mahupun jantina dengan syarat berpakaian sopan dan berkelakuan senonoh. 

Cantik sungguh ciptaan Allah. Tenang sangat melihat keindahan alam semulajadi serta masjid terapung di atas air. Jangan lupa singgah Masjid Selat kalau datang Melaka. 



Pantai-Klebang-melaka


Makan Tengahari Di Malim Ikan Bakar MITC Melaka


Plan asalnya nak makan dessert Cendol Kampung Hulu tapi ramai sangat orang. Jadi kami menuju restoran Malim Ikan Bakar MITC Melaka untuk makan tengahari. 

Selalu makan dekat Malim Ikan Bakar sebab pilihan lauk kampung dia banyak dan walaupun ramai orang tapi meja kosong InshaAllah ada dan tak perlu tunggu lama. 

Antara lauk yang menjadi hidangan kami hari tu gulai siput sedut, ikan pari bakar, gulai rebung,  sotong masak rempah, udang goreng tepung, ayam goreng, ulam dan cendawan goreng. 

Selepas makan perjalanan diteruskan balik ke rumah mentua. Emak teringin jumpa besan memandangkan dah sampai Melaka. 

Begitulah kalau nak jaga hubungan silaturrahim. Tak manis emak kata dah sampai tak tunjuk muka. Kita layankan sajalah. 

Petang tu sempat singgah minum petang di Restoran Mochee Dimsum. Sebaris dengan Mochee Dimsum ialah Kedai makan Asam Pedas Pak Man. 

Terus rindu Green Town dimsum dekat Ipoh.

Kedai dia penuh dengan pelanggan. Sehingga hari ini aku belum pernah cuba lagi asam pedas dekat sini. Mana-mana kedai yang aku masuk dekat kaunter mesti ada pes Asam Pedas Pak Man. 

Tak kira gerai buah, gerai jual barang kraf mahupun kedai makan.  

Kalau ikutkan percutian kali ni memang sangat santai dan banyak kenangan tercipta waktu kami makan. Nak buat aktiviti lain risau terlalu lasak dan tak kena dengan kudrat emak. 

Syukur semua mudah. Lepas penat berjalan kami ambil keputusan untuk check in hotel Riviera Suites Melaka dan rehatkan diri. Malam tu keluar mencari makan malam. 

Sebelum ni kami pernah menginap di Hotel The Straits Hotel And Suites Melaka

Esok hari selepas selesai urusan check out terus ke pantai Klebang penuhi permintaan anak-anak. Teringin nak main pasir katanya. 

Pantai Klebang seperti biasa panas sangat dan penuh dengan pengunjung yang nak naik kuda, main ATV, main layang-layang, dan berkelah. 

Pantai bersih dan kemudahan terjaga. Pukul 2 petang baru kami gerak balik ke rumah. Lebuhraya memang seperti dijangka sesak dan sekitar 6.30 petang kami selamat sampai rumah.