Subsidi Minyak Dimansuhkan, Harga Barang Naik Bermula Julai

Rodiah Amir
4

Otak aku macam tak boleh nak brain lepas baca tentang berita subsidi minyak akan dimansuhkan dan harga barang lain akan naik mulai bulan Julai.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, subsidi minyak masak tulen botol dua hingga lima kilogram (kg) akan dimansuhkan bermula 1 Julai ini.

Subsidi dimansuhkan bermaksud harga minyak menjadi mahal. Subsidi bersamaan dengan bantuan. 


Subsidi Minyak Dimansuhkan, Harga Barang Naik Bermula Julai

Minyak dalam botol akan dijual pada harga pasaran semasa. Hanya subsidi bagi minyak masak paket satu kilogram masih diteruskan.


Subsidi-minyak-dimansuhkan

Tiada lagi subsidi daripada kerajaan. Alasan kenaikan harga barang adalah kerana perlaksanaan gaji minimum RM1,500. Otak aku macam jatuh bila baca alasan tu.

Nak tergelak pun ada. Lagi satu alasan aku baca ialah harga naik sebab kerajaan nak bagi tumpuan bantuan bersasar. Fokus kepada B40.

Selepas ini bukan harga minyak je akan naik, harga barang seperti ayam akan naik sebab subsidi untuk penternak ayam juga dimansuhkan. Lepas ni tariff elektrik pun akan naik juga.

Harga barang mentah untuk buat kek, kuih dan biskut memang naik tak turun-turun. Memang kasihan kepada penjual dan pembeli.

Dah boleh bayangkan kuih sebiji selepas ni boleh cecah rm1 seketul. Dekat rumah aku karipap pusing frozen sebiji dijual RM1.20 ya.

Pendek kata semua harga barang naik dan subsidi banyak dimansuhkan.


Minyak-masak-mahal


 

Harga Barang Naik, Apa Boleh Buat?

Jadi apa maksudnya kalau harga minyak dan barang-barang lain naik? Turun ke jalanan buat protes? Tak makan ayam?

Semestinya sebagai rakyat yang tiada kuasa melainkan boleh suarakan pendapat sahaja haruslah melenturkan diri mengikut keadaan semasa.

Alternatif kita boleh buat adalah berjimat dan istiqamah dalam masa sama mencari pendapatan tambahan.

Kita pilih cara bijak dan paling utama tebalkan sifat bersederhana. Tawakal doa dan juga usaha. Yakinlah bahawa Allah pemilik rezeki.

Mungkinkah sudah tiba masa kena ubah cara masak, kurangkan penggunaan minyak masak. Jaga kesihatan dalam keterpaksaan. Manusia selagi tak terpaksa tak buat. Aku la tu.


  • Kurangkan penggunaan minyak dalam masakan.
  • Tukar menu masakan kepada kukus dan panggang.
  • Cari bahan pengganti. Kurangkan makan ayam ganti dengan protein lebih ekonomi harganya.
  • Jana pendapatan sampingan untuk tampung kos yang timbul.
  • Jadi dropship tak perlu ada modal.
  • Jauhi sifat suka membazir dan rancang pembelian.

 

Percayalah, isu kenaikan harga barang akan terus berlaku. Semoga Malaysia dipimpin oleh ketua yang adil, yang mementingkan kebajikan rakyat, tidak salah guna dan golongan susah di bantu.

 

Tags

Catat Ulasan

4Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. harga minyak naik dah sah2 semua barang lain naik. Kenapalah kita ada menteri yang kurang bijak, tak boleh fikir walau diaorg tak turun padang pun diaorg boleh fikir kot tapi mcm mana nak fikir kalau diaorg sendiri dapat semua free

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menyampah betul bila fikir. Ada tengok video explain kenapa subsidi dimansuhkan..lagi nak muntah dengar alasan kurang bijak

      Padam
  2. tanam kelapa sawit belakang rumah. Bela ayam banyak-banyak. hahaaa.. itu komen sarkastiknya kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul juga idea tu, tanam hari ni sebelum 1 Julai mesti boleh tuai dah

      Padam
Catat Ulasan