Hadis Palsu Popular Dalam Kalangan Masyarakat

Masyarakat kita memang terkenal dengan budaya suka sebarkan maklumat yang belum dipastikan kesahihan sumbernya. Dah jadi macam budaya pula.

Tak kisah la apa jenis maklumat sekalipun seperti pemberian voucher percuma, fakta, hukum agama dan banyak lagi termasuk lah penyebaran hadis palsu yang kini semakin berleluasa.

Pasti pernah alami situasi dapat mesej berantai melibatkan hadis yang tidak dapat dikenalpasti kesahihan dia?

Dihujung ayat pula pasti ada ayat berunsur ugutan seperti penerima bakal ditimpa bencana jika tak sebarkan kepada orang lain?


7 Hadis Palsu Popular Dalam Kalangan Masyarakat

Perbuatan mengadakan hadis palsu diharamkan oleh agama Islam seperti penegasan Nabi s.a.w dalam hadis mutawatir:

إِنَّ كَذِبًا عَلَيَّ لَيْسَ كَكَذِبٍ عَلَى أَحَدٍ، مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا، فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ

“Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka”. (Riwayat al-Bukhari)


Hadis-Palsu-Popular


Dapat bayangkan tak jika kita tersalah kongsi maklumat terutama perkara melibatkan hal agama seperti hadis palsu adalah berdosa besar dan boleh menjurus ke arah kemudaratan?

Memang wujud situasi yang mana hadis yang popular di kalangan masyarakat yang selama ni kita sangka sahih rupa-rupanya sebenarnya adalah hadis palsu.

Sedih betul bila difikirkan.Bertahun-tahun kita hidup dengan percaya sesuatu yang salah. Tertarik dengan perkongsian Metro  tentang senarai hadis palsu yang popular di kalangan masyarakat kita.  


Senarai  Hadis Palsu Popular Dalam Kalangan Masyarakat

❌ Isteri yang benarkan suami berkahwin lain akan dapat payung emas

❌ Tak elok makan bercampur makanan darat dan laut

❌ Tuntutlah ilmu dari buaian sampai liang lahad

❌ Siapa yang bercakap hal dunia dalam masjid gugur amalannya selama 40 tahu

❌ Sesiapa yang gembira dengan masuknya bulan Ramadan, akan diharamkan jasadnya ke atas api neraka.

❌ Nabi SAW ketika menghampiri sakaratulmaut menyebut "Ummati, Ummati...

❌ Sesiapa yang memberi perkhabaran tentang masuknya bulan- bulan Islam diharamkan api neraka ke atas jasadnya.

Senarai-Hadis-Palsu-Popular


Nombor satu paling kerap aku baca di media sosial. Ramai para suami guna hadis ni dalam memujuk hati isteri supaya dapat berkahwin lebih dari satu.

Hadis palsu yang lain pun kerap orang kongsi. Cuma bila dah tahu lepas ni boleh la kita betulkan yang mana salah. Betulkan yang biasa, biasakan yang betul.

Hadis-dhaif-Popular


Senarai Hadis Dhaif

👀 Puasa tidak diterima jika tak bayar zakat fitrah

👀 Tidur selepas asar penyebab gila

👀 Tidur selepas Subuh halang rezeki masuk

👀 Sabar itu separuh daripada iman

👀 Tuntutlah ilmu hingga ke China

 

Cara Nak Kenal Hadis Palsu

Suka aku kongsikan penerangan dari Prof Madya Dato Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkenaan cara untuk kenali hadis palsu (Ciri-Ciri Hadis Palsu ) melalui Matan. 

Hadis palsu dapat diketahui melalui dua cara; pertama: kajian terhadap sanad (rangkaian perawi). Kedua; kajian terhadap matan atau kritik teks (textual criticism).


Ciri-Ciri Hadis Palsu:

Mengandungi unsur mujazafah iaitu berlebih-lebihan dalam penetapan pahala dan dosa. Perkara yang kecil diletakkan hukuman yang terlalu besar, ataupun ganjaran yang terlalu besar yang tidak munasabah.

Ciri hadis palsu yang lain yang dinyatakan oleh Ibn Qayim apabila sesuatu hadis itu bercanggah dengan hadis sahih yang lain secara nyata.

Hadis yang menyebut Nabi Khidir masih hidup.

 

Kesimpulan

Dalam era teknologi yang pesat, kesedaran terhadap penyalah gunaan hadis palsu haruslah ditentang. Pesanan untuk semua termasuklah diri sendiri ialah berhati-hati dan jangan mudah memutuskan kedudukan hadis-hadis tersebut tanpa menyelidik tentang kesahihanya.

 

Sambut Hari Merdeka Cara Kami

Sana sini meriah dengan cerita sambutan Hari Merdeka terutama Abang Bomba yang tengah viral dekat media sosial terutama TikTok. 

Rasanya tahun ni terpaling merdeka la kiranya. Tengok sajalah lautan manusia yang memenuhi lokasi perarakan di Dataran Merdeka. Jadi kira okaylah kan masih nak kongsi kisah merdeka kami. 

Katanya seawal jam lima pagi dah ada yang menunggu di Dataran Merdeka. Respek betul dengan semangat patriotik yang ditunjukkan. Tapi tak bermaksud mereka yang tak turun ke lokasi tiada semangat cintakan negara tau. 

Dua minggu sebelum Hari Merdeka kami mencari bendera tapi semua tempat sold out. Baik di Kuala Lumpur mahupun Pahang. Meriah masing-masing nak sambut Merdeka. 



Sambut Hari Merdeka Cara Kami

Ramai juga kawan-kawan yang update di media sosial pengalaman masing-masing merebut tempat terbaik nak tengok perarakan. Ada yang tak dapat keluar dari stesen LRT dan tengok dari jauh je. 

Kami sekeluarga ambil pendekatan untuk sambut merdeka di rumah sahaja. Ada juga terfikir nak bawa anak-anak untuk rasai sendiri pengalaman tengok perarakan depan mata. 

Tapi kena sedar diri yang anak-anak masih kecil. Risau keselamatan mereka dan pastinya akan jadi pengalaman tak menyeronokkan sebab anak-anak tak tahan panas. Kalau status bujang ringan je kaki ni ikut kawan-kawan. 


Malaysia Merdeka Syukur Masih Aman

Apa mampu aku buat ialah pagi tu kejutkan anak-anak dan sama-sama tengok live Perarakan Hari Merdeka di saluran Youtube TV1. Sekurang-kurangnya dapat tengok dengan selesa dan paling penting dapat tengok semua yang terlibat. 

Masa kecil dulu tak faham kenapa emak dengan abah teruja ajak tengok sama-sama. Bila dah berusia, dah ada anak sendiri, baru mengerti perasaan mereka. 

Semangat cintakan negara tu dipupuk sedikit demi sedikit seiring pertambahan usia. Bersyukur hidup di negara yang tiada peperangan, walaupun hidup berbilang bangsa tapi masing-masing masih menjaga keharmonian negara. 

Selesai menonton baru kami teruskan aktiviti harian macam biasa. Rancangan awal sepatutnya anak-anak sertai program sambutan Hari Merdeka dekat sini. 

Tapi di saat akhir kena tarik diri atas faktor kesihatan. Anak-anak kurang sihat dan asyik bersin. Risau nanti berjangkit pada anak lain. Rasa bersalah pula. 

Tahun ni sambutan Hari Merdeka luar biasa memandangkan dah dua tahun tiada sambutan disebabkan PKP. Masing-masing balas dendam nak melaram, berarak dan berkumpul. 

Macam Raudah, masa awal bulan Ogos hari tu cikgu Pra Sekolah beri dia sajak untuk dihafal. Satu kelas kena hafal kata dia. Ada la dalam tiga perenggan. 

Awal tu dia menangis risau tak dapat hafal, pendek kata dia tertekan lah. Puas abah dia ajar sehinggalah sekarang dia hafal dan non-stop baca sajak Merdeka. 

Bayangkan eh, waktu makan dekat kedai, dia dah habis makan. Lepas tu dia mendeklamasikan sajak tanpa rasa segan silu. Adoi lah anak. Emak dengan abah redha tadah telinga. 


sambut-kemerdekaan-sampai tertidur


Keluar Makan Sambut Birthday

Memandangkan 1 September adalah tarikh hari ulang tahun anak sulung yang ke sebelas tahun ni jadi kami bercadang nak bawa anak-anak keluar makan dan cari hadiah. 

Tapi, bukan semua perkara kita akan dapat kan? Begitulah kisah kami. Lepas makan di Menate kami menuju Melawati Mall (MM). Tujuan utama nak window shopping tapi tiada satu pun yang menarik perhatian kami. 

Akhir sekali lepas penat berjalan terus balik rumah. Tunggu cuti hujung minggu pula tengok macamana. 

Rezeki kami sampai di Menate orang dah mula ramai. Masing-masing nak rebut promosi sempena bulan Merdeka. Berbaloi la makan. 

Walaupun simple je sambutan tahun ni tapi cukup bermakna. Anak-anak semakin membesar dan mula faham tentang banyak perkara. 

Selamat Hari Merdeka. 


Tukar Kabel Copper Unifi Ke Fiber, Perkara Perlu Tahu

Baru-baru ni aku terima panggilan dari TM berkenaan tawaran untuk tukar kabel Copper kepada kabel fiber. Ikutkan bulan Oktober 2022, genaplah kontrak dua tahun kami guna UniFi.

Mengikut penerangan customer service yang telefon aku, penukaran kabel fiber merupakan salah satu cara untuk TM naik taraf perkhidmatan mereka dan bukan semua kawasan yang perlukan kabel fiber.

Pelanggan UniFi di rumah flat, apartment dan pangsapuri disarankan untuk tukar atas faktor teknikal. Modem akan mudah terjejas bila hujan petir.


Tukar-kabel-Fiber-TM-Unifi


Jadi pelanggan UniFi rumah teres boleh bertenang tak perlu tukar kabel. Itu apa aku faham berdasarkan perbualan aku dengan juruteknik yang datang buat pemasangan kabel tu.


|   Terminate ASTRO & Guna Unifi   |


Tukar Kabel Copper Unifi Ke Fiber, Perkara Perlu Tahu

Waktu Customer Service hubungi tu dia akan terangkan serba sedikit proses dan apa yang akan berlaku pada hari kejadian termasuklah kos yang terlibat.

Kos pemasangan adalah percuma tetapi pelanggan perlu bayar jika request pemasangan tambahan mengikut kehendak pelanggan yang melibatkan aktiviti drill dinding dan sebagainya.

Jika semua berjalan lancar, crew teknikal akan datang untuk pemasangan kabel Fiber pada hari temujanji.

Kesilapan aku waktu bercakap dengan Customer Service adalah aku tak tanya tentang kesan kepada kontrak UniFi semasa bila aku setuju nak tukar kabel fiber.

Waktu hari pemasangan baru aku tahu yang secara automatik kontrak akan dilanjutkan lagi sehingga dua tahun. Nak marah tapi kena sabar.


Pasang-kabel-fiber-unifi


 

Tukar Kabel Copper Kepada Kabel Fiber Unifi

Itupun selepas borak dengan crew TM yang datang pasang kabel tu. Memang tak boleh buat apa-apa la sebab dia dah mula buat kerja.

Elok je crew tu terangkan. Nama dia Razif. Sebelum ni dia pernah datang gantikan modem aku blackout kena panah petir.

Aku tidak la marah cuma sedikit kesal bila customer service tak beritahu pun waktu dia buat tawaran tukar kabel Unifi.

Kalau fikir logik itu merupakan salah satu strategi supaya pelanggan tak terminate servis TM. Bayangkan kalau pelanggan memang tak berpuas hati dengan mutu perkhidmatan Unifi, pasti dia tak setuju nak tukar kabel.

Setakat setahun 10 bulan aku guna UniFi, banyak kali juga kami frust dengan mutu perkhidmatan internet. Lepas setahun guna, internet dia dah macam Ast** bila hujan je internet terganggu.

Agak kerap berlaku dan bila jadi memang sakit hati. Waktu penukaran tu tak ambil tempoh masa yang lama pun, sekitar satu jam je semua boleh siap.

Sebelum buat crew akan bagi cadangan untuk tarik kabel dan beritahu jika ada keperluan untuk tebuk dinding.


saiz-kabel-fiber-unifi


Pastinya kalau tebuk kenalah bayar. Halus je kabel fiber tu dan warna putih. Selepas pelanggan setuju maka kerja penukaran kabel pun bermula.

Kalau sebelum ni untuk kabel copper, TM hanya beri satu device sahaja iaitu modem yang juga berfungsi sebagai router untuk sambungkan internet.

Ini adalah sebab kenapa internet lembap sebab modem kena bekerja keras sebagai router. Tapi bila upgrade ke kabel fiber, pelanggan akan dapat dua device yang berasingan iaitu modem dan juga router.

So bila dah asing kelajuan internet dijangka lebih lancar. Setakat dua minggu performance lebih baik. internet ada waktu dia loading juga tapi tak lama.

Tak risau juga bila hujan petir sebab kabel fiber ni dia kalis kilat. Rumah aku pula di tingkat atas sekali iaitu di tingkat 7. Ngeri juga kalau cuaca buruk ditambah kilat guruh sabung menyabung.



Kesimpulan

Moral of the story, penukaran kabel Unifi copper kepada kabel fiber beri perubahan dari segi kelajuan internet dekat rumah aku. Ada waktu internet dia hauk tapi masih boleh diterima dan tak lama waktu dia down tu.

Update: Lepas hampir setahun tukar fiber Alhamdulillah kelajuan internet diterima akal, smooth je dan petir kuat pun tak risau. Tak kena sambar. Nauzubillah. 

Cara Dapatkan Duit Hilang Dalam Akaun Bank

Sana sini kecoh kata simpan duit dalam bank dah tak selamat. Selama ni aku hanya dengar cerita orang, duit hilang dalam akaun bank. Akhirnya aku turut menjadi mangsa. Cis betul.

Waktu kawan aku ceritakan suami dia juga menjadi mangsa scammer yang mencuri duit dalam akaun bank aku hanya mampu suruh dia bersabar je.

Bila giliran aku sendiri yang merasai memang payah nak bersabar. Cakap memang mudah, bila kena batang hidung sendiri, perghhh.



Cara Dapatkan Duit Hilang Dalam Akaun Bank

Walaupun angka dia tidak mencapai angka ribuan ringgit tapi tetap juga terasa. Kalau aku belanja duit tu beli kopi dekat Zus Coffee boleh dapat 10 cawan CEO Latte ya.



Amaran penipuan bank



Kisahnya pagi 1 haribulan Ogos aku terima notifikasi di SMS dari no 63833 mengatakan aku ada buat transaksi guna Debit Card berjumlah RM98 pada pukul 1.27 petang.

Awalnya aku nak abaikan je SMS tu sebab macam tak percaya. Tapi, nombor yang hantar notifikasi SMS tu nombor rasmi kalau aku request TAC untuk urusan online banking. Terus rasa cuak.

Waktu tu rasa tak sedap hati terus login iMuamalat dan ternyata duit telah ditolak dan terdapat perbezaan diantara jumlah Account Balance dengan Available Balance.

Bila fikirkan macam tak logik sebenarnya scammer tu boleh buat transaksi guna kad debit aku. Aku tak pernah klik link mencurigakan baik di SMS, e-mail, mahupun Whatsapp. Tak pernah juga nak layan bila diminta isi maklumat peribadi.

Perkara pertama aku buat ialah update di Facebook dengan harapan ada yang kongsi pengalaman pernah lalui perkara yang sama. Lepas tu terus aku hubungi customer service Bank Muamalat.

Bank hold transaksi tu jadi duit tu terapung-apung status dia. Selamat? Entah tak tahu.



Duit-hilang-dalam-bank

 


Kronologi Cara Dapatkan Semula Duit Yang Hilang

Baca kronologi di bawah supaya lebih faham:

1# Terima SMS notifikasi pada pukul 1.29 petang Ahad, 31/7/2022. Berlaku transaksi pembayaran kepada Brainratingstore.com sebanyak RM98.

Pagi Isnin baru perasan SMS dan terus call Bank Muamalat.

#2 Customer Service akan block kad debit dan Internet Banking. Kena buat laporan Polis dan pergi ke bank untuk buat kad debit baru. Laporan Polis wajib buat supaya bank boleh lakukan siasatan. 4/8/2022, Khamis baru aku selesaikan semua.

#3 Kena hantar e-mail dan salinan laporan Polis kepada feedback@muamalat.com.my beserta no rujukan panggilan (CS akan beri).

#4 Bank caj RM12 untuk buat Kad Debit baru. Dah la duit kena curi, bank suruh bayar lagi duit yang sah-sah bukan salah pelanggan.

#5 Kes dijangka ambil masa 14 hari bekerja. Tapi berdasarkan pengalaman orang lain perlukan tempoh yang lebih lama dan terbukti ianya betul.

#6 Internet Banking kena daftar semula. Kena buat macam pertama kali daftar ‘First time registration’ kemudian kena hubungi Customer Service untuk aktifkan. Leceh tapi sebab perlukan kena buat juga.





Kisah Orang Hilang Duit Dalam Bank

Setiap bank prosedur dia berlainan. Ada yang tak perlu buat laporan Polis dan sebaliknya. Berdasarkan pengalaman yang diceritakan mangsa yang hilang duit dalam bank, aku simpulkan yang bank akan beri response berdasarkan tahap penglibatan pelanggan.

Kan ada kisah Doktor yang hilang duit dalam bank sotong tu dia tak puas hati sebab bank seolah meletak kesalahan ke atas pelanggan. Klik link dan ada yang serah maklumat peribadi.

Sebagai contoh untuk kes aku: aku tak klik apa-apa pautan, tak dedahkan maklumat kepada pihak ketiga melalui e-mail mahupun panggilan telefon.

Tahu-tahu je transaksi berlaku tetapi bank bekukan transkasi sebab mencurigakan. Memang lah sebab aku tak request atau masukkan TAC / OTP number.  

Kebetulan waktu balik, pakcik driver GRAB pun kongsi kisah hilang duit dalam bank sebab scammer. Bezanya dia yang serah tengkuk untuk disembelih. Lagi sedih.

Dia cerita scammer ni guna email untuk pancing pakcik tu. Scammer hantar email sebiji macam email dari pihak Unifi dan minta pelanggan untuk update maklumat akaun.

|   Taktik Scammer Kurier Servis    |

Kalau tak update servis akan ditamatkan. Lebih kurang macam tu lah penerangan pakcik tu. Maklumat yang pakcik tu isi termasuk lah bahagian bayaran auto debit.

Dia klik link dan isi maklumat pada waktu pagi dan selepas tu dia terima notifikasi penolakan bayaran berderet-deret melalui telefon tapi dia abaikan sebab sibuk bawa GRAB.

Malam tu dia baru semak notifikasi dan buat laporan kepada bank. Esok dia pergi ke bank. Apa yang dia cerita ialah duit tu dah berjaya dipindahkan ke akaun scammer tapi scammer belum withdraw duit.

Pakcik tu bernasib baik sebab bank kata boleh ambil duit tu semula. Adalah perkara teknikal yang dia cerita tapi aku tak berapa nak faham.

Jadi untuk kes kehilangan duit setiap bank berbeza cara dia selesaikan. Jadi isu dia sekarang selamat tak nak simpan duit dekat bank?

Bayangkan eh kalau pelanggan yang memang simpan dan harapkan bank jaga duit kita, lepas tu kehidupan dahlah miskin bandar. Jadi perkara begini yang ambil masa nak dapat semula duit tu.

Tidak ke membebankan rakyat. Hei saya marah. 

|   Guru Ditipu 12 Ribu Ringgit Oleh Sindiket Parcel Scam  |

 


Pesanan Bank Tentang Panggilan, SMS, Whatsapp Palsu

Awas! Panggilan atau sms/whatsapp palsu

Anda Cemas?

  • Tidak bayar cukai
  • Pengubahan wang haram
  • Kad kredit digunakan
  • Tunggakan kad kredit
  • Mykad digunakan oleh orang lain
  • Dadah

Anda diugut?

  • Waran tangkap
  • Penjara
  • Wang simpanan hilang
  • Akaun simpanan dibekukan

Anda menerima arahan?

  • Muat turun aplikasi
  • Mengisi data peribadi dan perbankan ke dalam aplikasi/ laman
  • sesawang daripada pautan yang diberikan
  • Membuat pinjaman peribadi
  • Menjual rumah
  • Memindahkan wang simpanan
  • Tidak boleh memberitahu sesiapa termasuk ahli keluarga 

Sekiranya anda menjawab YA untuk semua solan di atas, anda mungkin sedang ditipu! hentikan perbualan serta merta dan telefon pihak berkuasa dengan segera.

 


Update!

Selepas hampir satu bulan aku follow up dengan Customer service BMMB semula. Waktu tu aku dah hantar email juga tapi as expected memang sampai ke sudah tiada balasan ya. 

Aku tergerak hati nak semak guna iMuamalat dan jumlah Account Balance dengan Available Balance dah sama. 

Sama ada duit dah ditolak atau duit dimasukkan semula ke dalam akaun. Terus aku hubungi customer service.  

Menurut perbualan aku dengan CS, staff lelaki tu terangkan yang duit aku telah ditolak dan dibayar kepada scammer. 

Sikit lagi aku nak menjerit. Memang aku hilang sabar. Waktu ni darah aku betul-betul mendidih. Semua jawapan yang CS tu bagi sangat menyakitkan hati. 

Lama juga aku pertikaikan sebab aku dah buat apa pihak bank suruh, laporan polis dan aku dah beritahu bank supaya jangan release duit kepada scammer. 

Aku suruh dia jawab dengan jujur aku akan dapat duit itu atau tak. Peluang tu tipis dia kata. Dia kata dia boleh tolong buka laporan untuk tanyakan kepada Jabatan yang terlibat siasat kes aku ni. 

Dengan harapan jabatan tu boleh bagi jawapan yang logik diterima akal kenapa duit aku ditolak. Banyak kali juga perkataan maaf keluar tapi maaf tu bukan boleh kembalikan duit dan kepercayaan aku kepada bank. 

Aku geram sampai aku cakap aku nak withdraw dan tuutp akaun Muamalat. CS tu redha je. Nasib lah kan. Tapi tidak la aku sampai mencarut. 

Sebelum letak telefon aku sempat tanya tarikh perlu aku hubungi semula untuk tahu status duit aku. Sepanjang tempoh menunggu tarikh aku perlu follow up, aku ada call customer service untuk kes lain. 

Waktu inilah aku baru tahu yang CS lelaki tu bagi salah maklumat. Aku minta CS perempuan ni semak status kes aku dan dia terangkan satu persatu. 

Rupa-rupanya selepas kes aku di siasat, duit aku dipulangkan semula ke dalam akaun. Jadi status duit floating tadi tiada sebab bank dah batalkan transaksi mencurigakan itu. 

Pentingnya aku buat laporan Polis sebagai langkah keselamatan tambahan supaya kes kecurian duit tidak berlaku lagi di masa hadapan. 

Mengikut SOP mereka patutnya ada staff hubungi aku untuk update laporan yang aku buat, malangnya aku tak terima satu panggilan pun. 

Kalau aku tak hubungi semula BMMB dan aku biar je sampai bila-bila pasti aku akan kenang BMMB sebagai bank yang teruk. 

Salah pelanggan? Salah Staff? Salah bank?