Rakaman Live TikTok Kena Curi, Fake Seller

Hati-hati dengan fake seller yang tengah giat rekod live TikTok orang lain dan guna untuk kepentingan sendiri.

Pesanan ni khas untuk anda yang suka beli barang, suka shopping sewaktu live di TikTok Shop. Dah jadi trend sekarang ada fake seller/ scammer yang mencuri rakaman live di TikTok. 

Fake seller ni akan rakam live seller lain dan kemudian gunakan rakaman tersebut untuk sesi live dia pula. 

Curi-Rakam-Live-TikTok


Rakaman Live TikTok Kena Curi, Fake Seller

Sebelum ni pernah tengok video awareness tentang fake seller ni tapi masa tu rasa macam tak serius mana. 

Contoh; seller pertama akan buat live pada petang Jumaat, jadi fake seller (Seller kedua) akan rakam dan guna video rakaman tu & buat live pada hari lain. 

Begitu gigih dia rakam dan kemudian dimainkan semula video yang dia rekod tu. Pendek kata guna untuk kepentingan sendiri. Semestinya tak dapat kebenaran lah. Menipu tu dah memang confirm lah. 

Orang business menjual di TikTok


Tak Sengaja Masuk Dalam Live Rakaman

Berbalik kepada aktiviti fake seller yang guna video live orang lain tadi. Perkara ni betul-betul terjadi dan berlaku depan mata aku sendiri. Sebenarnya secara tak sengaja termasuk dalam live fake seller ni. 

Macam biasa bila bosan dan perlukan hiburan aku akan masuk ke TikTok dan layan live. Mana aku berkenan aku support je sambil membeli. 

Kebetulan aku masuk dalam live fake seller yang menyamar menjual tudung bawal satin yang aku memang suka dan dah add to cart pun. 

Perkara pertama yang aku perasan seller ni sesuatu sangat ialah harga tudung yang di pin sewaktu live sangat-sangat murah. 

Harga asal tudung bawal satin ialah RM18, biasanya kalau seller yang betul dia akan open harga sewaktu live lebih murah iaitu pada RM12 atau RM12.90 sepasang. 

Tetapi fake seller ni dia jual tudung bawal satin semurah RM6 sehelai. Jangan tak percaya dah ada pun yang tertipu dan buat bayaran. 


Scammer-Tiktok


Kenalpasti Live TikTok Oleh Fake Seller

Jom aku terangkan lebih lanjut ciri-ciri fake seller di TikTok. Kalau diteliti memang banyak lah benda tak betul boleh kita perasan. 

Perkara pertama kena alert adalah kawal diri supaya tidak terlalu teruja bila jumpa seller yang tawarkan harga menjunam.  

Dari segi harga, biasanya barang akan dijual pada harga tak masuk akal. Tapi tak dinafikan memang betul-betul ada seller jual murah. Tapi jarang. 

Sentiasa alert dan baca comment sewaktu live. Kalau seller respond soalan, comment atau permintaan dari mereka yang tengah tengok live kira okay lah. 

Ini tidak. Lain penonton tanya lain yang seller jawab. Namanya pun rakaman. 


Fake-seller-Tiktok


Apa yang menyeronokkan dekat TikTok ialah komuniti dia yang suka tolong menolong dan tindakan pantas untuk bertindak.

Nak jadi affiliate di TikTok untuk tambah duit poket pun boleh sangat. Tak perlu modal pun. Masa aku dapat tahu tentang fake seller ni pun sebenarnya hasil audience yang kecoh dekat comment. 

Masing-masing ingatkan supaya tak suppot mahupun beli dari fake seller tu. Tapi sedihnya ada juga yang dah buat pembayaran pun. 

Tak pastilah sama ada pembeli akan dapat tudung betul atau tudung berbeza kualiti atau lagi teruk tak dapat apa-apa langsung. 

Ada yang kata fake account ni orang dari luar negara. Wallahualam. Ah naya kan? 


Kesimpulan

Jadi tak kisah dekat mana-mana pun cuba elak untuk jadi mangsa. Semakin hari semakin ramai dah beralih arah kepada TikTok shop. 

Content creator pun menggunakan TikTok sebagai lubuk buat duit selain mempamerkan hasil kerja mereka.  

Bagusnya pembeli dah ada banyak platform untuk membeli belah di atas talian. Tidaklah dimonopoli oleh satu pihak sahaja kan? 

Ikutlah mana satu yang kita rasa murah, barang selamat cepat sampai, dapat postage percuma itulah jadi pilihan kita. 

Cuma, jadilah pengguna yang bijak. 


Resepi Salad Timun Pedas Ala Korea

Hari tu aku ada buat Salad Timun Pedas ala Korea. Ada juga yang panggil Jeruk Timun, tapi kalau orang kampung aku ni mereka panggil acar mentah.

Apa pun nama panggilan dia tetaplah merujuk kepada makanan yang sama. Kalau di Korea, salad pedas dipanggil sebagai oi muchim.

Ternampak resepi salad timun pedas ni pernah viral di TikTok, tapi masa tu hanya mampu ‘save’ je video yang lalu lalang tanpa ada niat nak buat.

Kebetulan masa keluar beli barang dapur tiba-tiba teringat dan terbayang dapat makan. Jadi bila dah teringin harus la kena buat.



Resepi-Salad-Timun-Pedas-Ala-Korea


Resepi Salad Timun Pedas Ala Korea


Sebelum ni aku dah pernah cuba buat Danmuji. Sedap juga, cuma yang lemahnya bau air jeruk Danmuji tu aku tak tahan. 

Sekali kau buka botol dia, bau harum semerbak. Busuk. 

Bahan-bahan dia pun simple sangat. Jom aku kongsikan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Salad Timun Pedas Ala Korea.

Sukatan dekat bawah ni cuma anggaran sahaja. Agak-agak suka nak lebihkan sukatan pun tak jadi masalah. Ikut selera aku, letak banyak bawang putih dan bijan lagi sedap.

Oh ya, rasa timun ni pedas, masin, manis, masam. Kombinasi dia jadi menarik dan kerangupan timun tu menambah kesedapan dia. 

Timun masih lagi rangup walaupun selepas sehari lebih aku buat dengan syarat simpan dalam fridge ya. 



Bahan-Bahan & Cara Buat Salad Timun Pedas 


Bahan-Bahan

  • 3 biji Timun
  • Chopstick
  • Garam
  • 3 sudu besar Bijan - sangai
  • 3 sudu besar Chili flakes – aku ganti serbuk cili
  • 1 sudu besar Gula
  • 5 biji Bawang putih - dicincang
  • 3 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar minyak bijan


Cara-cara:

Bersihkan timun kemudian kepitkan timun, di sebelah kiri dan kanan menggunakan chopstick.

Hiris timun dan potong secara menyerong.

Fungsi chopstick adalah untuk mengelakkan kita terpotong habis timun tu.  Lepas tu terbalikkan timun dan potong lurus macam potong timun untuk nasi lemak.



cara-buat-Salad-Timun-Pedas-Ala-Korea


Hati-hati supaya timun tak terputus.

Kemudian masukkan timun tadi ke dalam mangkuk dan gaulkan dengan garam. Agak-agak je sukatan garam dan jangan letak banyak sangat, risau nanti terlajak masin.

Tutup mangkuk tadi dan biarkan selama 30 minit supaya air timun tu keluar. Aku tutup dengan plastik wrap. 



Salad-Timun-Pedas-Ala-Korea



Selepas tu boleh cuci dan bilas timun tu kemudian toskan. Buat perlahan-lahan tau dan jangan ganas-ganas. Kang putus tak comel lah. 


bahan-Salad-Timun-Pedas-Ala-Korea


Kemudian gaul timun yang siap dibasuh tu dengan bahan-bahan yang lain. Masukkan gula, bawang putih cincang, chili flakes dan bijan.

Masukkan cuka, minyak bijan dan gaul sehingga rata. Gaul dengan berhati-hati supaya timun tak putus.


Salad-Timun-Pedas-Ala-Korea



Siap untuk dihidang. Boleh makan bersama nasi putih atau dimakan begitu sahaja. Kalau nak lagi sedap letak jeruk timun ke dalam peti ais, makan waktu sejuk lagi sedap.

Dekat rumah ni Salad Timun Pedas tu bertahan dua hari je. Masing-masing suka. Next time nak buat lebih sikit buat stok.

Metrojaya Lalaport Bukit Bintang City Centre Dibuka

Dengan pengalaman lebih dari empat dekad dalam industri peruncitan, Metrojaya kembali mengukuhkan reputasi mereka dengan pembukaan rasmi gedung mereka yang terkini di Lalaport Bukit Bintang City Centre.

Selari dengan citarasi terkini, Metrojaya memperkenalkan kedai next-gen yang terbaharu mereka khas buat peminat setia agar dapat merasai pengalaman membeli-belah yang mengasyikkan.  

Memilih lokasi yang strategik di pusat bandaraya Kuala Lumpur, Metrojaya membawa pelbagai pilihan menarik daripada fesyen hinggalah kelengkapan rumah.



Metrojaya Lalaport Bukit Bintang City Centre Dibuka Kepada Orang Awam

Orang ramai juga boleh mendapatkan barisan produk-produk eksklusif daripada jenama terkenal seperti Bill Keith, Yani Bakhtiar, Cynthia Tang, dan beberapa jenama yang hanya terdapat di LaLaport Metrojaya.

Sentiasa peka dengan trend global terkini, Metrojaya menyuntik nafas baharu membantu pelanggan mereka membina kehidupan moden dengan menawarkan produk gaya hidup berjenama seperti East India Company, Somerset Bay, Cape Cod dan Living Quarters.


Perasmian Metrojaya Lalaport Bukit Bintang City Centre


Memetik ucapan Encik Andrew Khoo Boo Yeow, Pengerusi Metrojaya Department Store, semasa perasmian Metrojaya Lalaport Bukit Bintang City Centre baru-baru ini, mereka komited untuk memberikan yang terbaik untuk pelanggan mereka dengan menghasilkan produk memenuhi pilihan dan gaya hidup yang tersendiri.

Nekad memberikan yang terbaik kepada pelanggan dan mementingkan mutu serta kualiti, Metrojaya mengumpulkan koleksi terkini yang boleh didapati di dunia di bawah satu bumbung. 




Gedung Metrojaya Pertama Sediakan Vendor Kopi Tersendiri

Selain daripada produk gaya hidup yang chic, Metrojaya LaLaport akan menjadi yang pertama untuk menyediakan vendor kopi tersendiri untuk meningkatkan pengalaman membeli-belah pelanggan.


Shopping-Metrojaya-lalaport-bukit-bintang


Penyediaan vendor kopi membolehkan pelanggan mereka bersantai dengan minuman kegemaran mereka, malah menyediakan bengkel yang menyeronokan untuk mereka yang berminat untuk mempelajari sesuatu yang baharu.

Ciri terbaharu ini akan tersedia di Metrojaya tidak lama lagi. Metrojaya mengalu-alukan kehadiran orang ramai untuk mengambil bahagian dalam keseronokan ini sambil meluangkan masa di gedung mereka.  



Tambahan unik untuk gedung ini juga termasuk tempat atau sudut Instagrammable untuk mengabadikan momen yang tidak dapat dilupakan.

Menjadi yang pertama di Asia Tenggara dibuka, Metrojaya LaLaport menandakan satu detik yang penting dalam perjalanan mereka sebagai peruncit kerana ia membolehkan mereka untuk sekali lagi mendekati pelanggan mereka dengan menyediakan pengalaman membeli-belah yang holistik.

Untuk mencipta kelainan, beberapa ciri-ciri unik yang tidak pernah dibuat lagi di Metrojaya ini telah pun dimasukkan.

Setiap perincian dan bukan hanya fokus kepada produk yang tersedia, mereka juga teliti menyediakan suasana yang dicipta khas untuk para pelanggan.




Cara nak ke Metrojaya Lalaport Bukit Bintang City Centre

Metrojaya LaLaport mudah diakses menggunakan pengangkutan awam melalui LRT Hang Tuah dan stesen Monorel KL, dan hanya mengambil masa lima minit untuk berjalan kaki ke Metrojaya Lalaport dari stesen Merdeka laluan MRT Sungai Buloh-Kajang.

Jadi memang sesuai sangat untuk warga kota yang teringin nak datang tapi malas nak bersesak dengan kenderaan di jalan.

Untuk maklumat lanjut tentang Metrojaya, sila layari www.metrojaya.com.my

Tingkatkan Pageview Blog - Tukar Template

Selepas sebulan tukar template blog yang barulah ada perubahan dan kenaikkan untuk pageview blog Rodiah Amir. Kalau tidak sebelum ni pageview aku nak capai dua ratus sehari pun tenat sangat. 

Tak pasti disebabkan oleh perubahan enjin carian Google atau template blog aku memang bermasalah. Awal-awal aku menahan sabar dengan sangkaan semuanya akan kembali pulih macam biasa. 

Tapi tidak ya. Sehinggalah awal bulan Ogos lepas aku ambil keputusan untuk tukar dan guna template blog yang aku download secara percuma. 


Tingkatkan Pageview Blog, Tukar Template

Template blog sebelum ni adalah template aku beli dari seorang blogger. Ada lah dalam setahun lebih aku guna. Kira okay lah. Aku puas hati. 

Selain tukar template ada juga part lain yang aku baiki. Mana yang mudah nak buat itulah aku fokuskan. Sehingga sekarang aku masih lagi cuba improve mana yang aku faham. 


tukar-template-blog-naik-pageview



Pageview Blog Pulih Lepas Tukar Template Blog

Dalam kes aku Alhamdulillah kaedah ni berjaya. Elok je lepas aku tukar blog dan buang widget yang tak perlu, pageview blog aku menunjukkan perubahan. 

Pemlihan template juga main peranan penting. Kena cari yang mesra SEO. Nak pilih template yang kena dengan jiwa dan sedap mata memandang pun ambil masa juga. 

Jadi pilih elok-elok supaya tak menyesal. Tengok jelah pageview aku mendatar sebelum aku tukar template blog. Waktu tu down tu tak usah cakap. 

pageview-blog


Cara Naikkan Pageview Blog

Dalam artikel kali ni aku kongsikan cara untuk naikkan pageview blog selepas tukar template blog. Semua cara yang aku buat adalah berdasarkan try and error dan kesesuaian blog. 

Banyak lagi cara lain dan semestinya bukan semua blog hadapi masalah yang sama. Mencabar nak baik pulih blog tapi dalam masa yang sama puas hati. 

Untuk korang yang ada masalah pageview blog rendah disebabkan template blog boleh baca perkongsian aku ni. Mana yang baik boleh ambil. 


#1 Semak Kelajuan Blog, Berat Loading Terlalu Lama

Antara masalah utama blog aku adalah blog berat. Nak tengok ketepatan blog kita berat atau tidak, boleh semak kelajuan blog guna pagespeed insights. 

Macam-macam sebab yang boleh sebabkan blog kita lambat nak loading. Antaranya ialah widget yang terlalu banyak dan juga saiz imej yang kita upload. Imej memainkan peranan yang besar bila bercerita tentang kelajuan blog. 

Aku ada terbaca perkongsian kawan-kawan blogger yang galakkan untuk muat naik imej guna format webp berbanding jpeg dan png kerana ianya lebih ringan. 

Aku guna website online image tool sebab boleh convert png ke webp secara percuma sahaja. Sudah menjadi SOP aku tiapkali terbitkan artikel bergambar wajib tukar kepada format webp. 

Kebiasaan aku akan follow checklist tukar template blog untuk pastikan aku tak buat silap bila pasang template baru. 



#2 Tetapan Lazy Load Offscreen Images

Lazy load offscreen images ni aku baru praktikkan setiap kali tulis artikel. Fungsi dia tak lain tak bukan untuk meningkatkan kelajuan blog dan masih lagi berkaitan dengan saiz imej.

Kalau wordpress mudah sebab ada plugins sendiri, tapi blogspot kena buat secara manual. Itu secara kasar apa yang aku faham. Boleh baca lebih lanjut berkenaan - lazy loading offscreen. 

Ada dua cara nak buat tetapan untuk Lazy load offscreen images. Pertama ialah melalui tetapan Javascript dan kedua ialah dengan letak kod loading="lazy" setiap kali kita upload gambar. 

Aku pilih cara kedua dan jujurnya memang agak leceh nak buat tetapi berbaloi. Dapat tengok perubahan lepas masukan kod loading="lazy". 


#3 Baiki Masalah Google Search Console

Rasanya pasti ramai dah daftar blog dengan Google Search Console kan? Penting sebab boleh tengok performance blog dekat situ. 

Walaupun bukan semua item dalam tu aku faham tapi atleast dapat lah idea apa perlu dibaik pulih. Kebiasaan aku akan tengok di tab ‘overview’ dan klik ikut suka hati nak kenal pasti apa masalah. 

Bukan sikit kadang beribu artikel yang tak cun dari segi SEO. Yelah dulu menulis main ikut suka je. Sekarang je baru ada kesedaran sikit. 

Boleh semak performance blog ikut tutorial ni. 


Kesimpulan 

Banyak aspek perlu dilihat untuk baiki masalah pageview blog. Bukan kerja senang tapi bukan lah mustahil untuk dilakukan. Pendapat aku sendiri, asalkan dapat kawal blog dari jadi teruk dah dikira okay.