Tip: Checklist Tukar Template Blogspot
Bila baca blog orang nampak
tersusun terus tengok blog sendiri. Rasa segan pon ada. Dah banyak kali aku
tukar template blog, rasanya template kali ni paling lama aku guna.
Kalau nak tukar template blog
lagi, aku kena fikir lapan puluh juta kali sebab banyak juga aku tambah tolak
ikut template sedia ada.
Minggu lepas minggu bosan nak
update entri blog. Kerja review dan tugasan media sosial lain pun dah selesai.
Memang senyap sekejap dari menulis.
Jadi ada mood nak cantik kan
template blog sedia ada. Bukan apa pun, Cuma tambah tab button dan betulkan tag
setiap entri.
Susun jadi kemas. Resepi dalam
satu tab, food review tersusun satu tab, product review dan lain-lain. Dah
susun baru nampak arah tuju nak tulis entri.
Checklist Tukar Template Blogspot
Kebiasaan aku akan google je
template percuma yang ada. Nak beli aku rasa tak berbaloi sebab aku asyik la
bertukar selera. Alhamdulillah so far aku buat ikut tutorial yang disediakan.
Template blogspot pula tak lari
jauh. Setiap component seakan sama je. Aku lebih prefer template yang bersih,
background cerah dan simple.
#1 Widget
Selain widget yang disediakan,
biasa aku akan tambah widget Instagram dan Facebook Group. Untuk wisget
Instagram aku guna https://snapwidget.com
Widget Facebook aku ambil dari Facebook sendiri.
Widget pun aku tak letak banyak
sangat dekat blog, kata otai widget yang banyak buat blog jadi berat.
#2 Scroll Bar Blogger List
Nak letak semua list akan jadi
meleret dan tak cantik, jadi aku selalu set kan berapa je boleh keluar dekat
blog. Salah satu benda wajib aku buat.
#3 Bounce Rate
Dulu aku ada masalah bounce rate
terlalu tinggi which is aku baca tak berapa elok untuk blog. korang boleh baca
tentang bounce rate dekat blog HH, dia banyak kongsi tip berguna.
Aku pun selalu rujuk dia. Jadi setiap kali guna template baru aku akan pastikan masukan semula code untuk control bounce rate tu.
Bounce Rate Blog aku sekarang pula rasanya terlalu rendah seram terus. Tapi lepas baca penerangan Master Latif rasa tenang sikit.
#4 Lazy Load Code
Aku sejenis suka letak banyak
gambar dalam blog. Dari pemahaman aku elok letak gambar untuk tarik pembaca
tapi kena pastikan gambar tak terlalu berat.
Jadi selain dari kena resize
gambar guna link aku akan letak code Lazy Load Code. Khas untuk blog yang ada
terlalu banyak gambar dan lambat loading.
#5 Semak Performance Blog
Aku jadi ketagih untuk tengok dan jaga blog performance aku walaupun tak lah bagus mana. Lepas tu bila ada tak kena mula la macam ayam bertelur riuh sekampung cari penyelesaian. Ahaks.
Antara tool aku guna Webmaster dan SEO Checker Dari Neilpatel.
Setakat ni, checklist ni yang aku
akan buat bila bertukar template blogspot. Masih banyak lagi benda nak belajar
kalau libatkan blog.
Nak belajar pasal adsense yang masih belum khatam, nak
utilize kan info dari Google Analytics, Search Google Console dan banyak lagi
lah.
Korang kalau tukar template
macamana? Mine sharing?
good sharing diah..
BalasPadamwahh selalu tukar2 template ya.. sy pun kadang mau jugak tukar2 template tapi yang malasnya bila kena setup balik code html mcm keyword, meta tag..h1, h2 semua.. sudahnya pakai jala template sedia ada.. tupun sy baru tukar template awal tahun ni kesannya jumlah view pada entri berkurang huhu tapi alhamdulillah da setup balik code html..kiranya sy start dari bawah balik sbb yala,,baru comeback selepas berbulan blognya sepi dan templatenya pulak template baru hehe
BalasPadamNice sharing, nanti nak letak widget ig juga
BalasPadamNice sharing kak diah.. Dah setahun lebih tak tukar template. Niat memang nak tukar tapi itulah nak setting ni tak berapa reti 😅
BalasPadamWahh checklist yang bagus ni. Qiss pun suka rujuk blog HH juga sebab banyak ilmu Qiss dapat
BalasPadamnak try jgk la..bgus ni,hihihi
BalasPadamCatat Komen
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.