Cara Daftar Affiliate Tiktok, Step By Step

Masih ramai yang tak tahu, yang sebenarnya tanpa ada pengikut yang ramai di TikTok sekali pun korang masih boleh buat affiliate di TikTok.

Semuanya tidak mustahil walaupun korang hanya ada seorang pengikut di akaun TikTok anda. 

Diah dah pernah kongsikan dalam entri sebelum ni cara daftar affiliate TikTok tapi dengan syarat kena ada 1000 orang pengikut.

Untuk yang dah cukup 1000 orang pengikut boleh baca entri ini untuk daftar affiliate Sedikit berbeza dan lebih mudah cara nak daftar affiliate TikTok. 

Untuk awak yang baru je buka akaun TikTok jangan risau. Entri ni khas untuk mereka yang tiada pengikut, cara nak daftar affiliate TikTok, Step by Step.


 

Cara Daftar Affiliate Tiktok, Step By Step

Kalau perasan semakin ramai content creator menjadi affiliate di TikTok dan dapat komisen yang tinggi. Terutama mereka yang kreatif menghasilkan video serta suka buat ‘live’.

Jom Diah tunjukkan, step by step cara daftar affiliate TikTok.

 

Pertama


Muat turun aplikasi TikTok Shop Seller Center di telefon untuk mudahkan korang nak submit dokumen yang diperlukan. 

Register and become a seller. Sebelum tekan butang sign up pastikan anda pilih Malaysia Merchant sebagai country. Jangan salah pilih. Tak boleh patah balik.

Ada dua pilihan samaada nak Sign up with TikTok atau Sign up with phone. Pilih mana yang mudah untuk korang. 


register-Affiliate-tiktok


Authorize. Tekan butang authorize untuk beri keizinan kepada Seller Centre untuk akses akaun TikTok anda.


daftar-Affiliate-tiktok



Create Shop & Verify Documents. Boleh buka kedai sebagai individu atau korporat. Pilih Business type: Individual dan muat naik MyKad. Kalau daftar sebagai korporat kena muat naik SSM.



Untuk yang tak ada syarikat pilih saja 'individual'. 



Pastikan semua data betul dan kemudian tekan submit. Selesai register kedai.





Kedua


Masuk ke laman web TikTok Shop https://seller-my.tiktok.com

Klik My Account – Linked TikTok Account – Marketing Accounts


Peringatan: Jangan tersalah pilih Official account. Tengok betul-betul. 


Tiga steps perlu di buat: 

1. Enter account info – masukkan username

2. Account checks – mesti berumur 18 tahun ke atas, akaun normal dan shop & country kena sama. klik Send invitation

3. Accept. TikTok secara automatik akan hantar notifikasi ke akaun TikTok korang. 


Ketiga


Login akaun TikTok anda. Klik Inbox – All Activity – Monetization New Request.




Link with shop dan Accept request




Siap. Icon ‘bakul’ akan muncul di profile anda dan boleh mula affiliate dan jana pendapatan di TikTok Shop.




Boleh juga semak di website seller akaun anda berjaya di pautkan (Linked). 



Cara Masukkan Produk Ke TikTok Shop (Affiliate)

Langkah seterusnya adalah dengan menambah product ke dalam showcase kedai korang. Kiranya kita tambah produk yang kita nak promosikan.

Pilih produk yang korang suka dan bermulah lah perjalanan sebagai affiliate di TikTok. Untuk hasilkan video yang bagus, seeloknya pilih produk atau barang yang memang korang ada dekat rumah.

Pilih juga berdasarkan niche akaun anda. Tip bila nak pilih produk; komisen, jenis produk, niche, seller rating.

Bila ada produk di tangan lebih mudah kita nak terangkan kebaikkan sesuatu produk dan lebih mudah nak menjual.

Tekan icon bag – klik TikTok Shop – Klik Product Marketplace – pilih produk – add to showcase

Selamat membuat konten dan selamat berjaya. 

Mesyuarat & Pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG

Kali terakhir terlibat sebagai Ahli Jawatankuasa adalah sewaktu masih bekerja lima tahun sudah. Tiada angin tiada ribut kali ni terpilih sebagai salah seorang Ahli Jawatankuasa (AJK) Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) sekolah anak. 

Berbeza betul ya topik yang diketengahkan dalam blog sekarang ni. Mana tidaknya, kalau dulu menulis pengalaman berdasarkan keadaan diri anak-anak masih kecil. 

Bila anak-anak semakin membesar jadi ragam pun bertambah. Topik pun ke arah membesarkan anak-anak dan hal sekolah. 

Sabtu lepas Diah dan suami menghadirkan diri ke Mesyuarat Agung PIBG sesi 2023 / 2024 sekolah anak.  Setiap tahun kami cuba untuk hadir sebagai tanda sokongan & juga nak tahu perkembangan sekolah.

Mesyuarat-Ahli-Jawatankuasa-PIBG


Gementar Terpilih Sebagai Ahli Jawatankuasa PIBG  

Bila datang mesyuarat rasa lebih puas hati dan dapat penerangan dari pihak sekolah. Agak menyedihkan sebab kehadiran ibu bapa ke mesyuarat Agung PIBG tak sampai separuh daripada jumlah murid berdaftar.  

Mungkin ada ibu bapa yang bekerja, ada kekangan masa dan kesihatan tak mengizinkan. Kita sangka baik sajalah. 

Apa pun mesyuarat berjalan lancar dan banyak input dan juga perubahan dilakukan pihak sekolah. Daripada sekecil-kecil usaha sehinggalah perubahan besar yang melibatkan kos dibentang oleh AJK. 

Habis je mesyuarat, Pengerusi sementara meneruskan agenda pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG bagi Tahun 2023 / 2024. 

Mesyuarat-pemilihan-Ahli-Jawatankuasa-PIBG


Terpilih Sebagai AJK PIBG 

Memang tak sangka langsung sebenarnya. Terkejut bila nama Diah dipanggil oleh Pengerusi setelah nama dicalonkan oleh guru kelas Raudah. 

Diakui Diah agak aktif menyuarakan pendapat tapi itu pun hanya dalam group whatsapp kelas. Mungkin atas faktor itu cikgu tu calonkan nama Diah. 

Pengalaman pertama jadi sedikit kekok bila Pengerusi minta kenalkan diri kepada ibu bapa lain. Memang kami suami isteri sebolehnya suka menjadi pemerhati sahaja. 

Jadi bila tercalon rasa kelakar pun ada. Panik dan dan dalam otak tak tahu nak beri tindak balas macamana. Mampu senyum saja.  

Mesyuarat-PIBG


Pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG  

Sebelum diserap menjadi AJK, kena melalui proses kiraan undi. Bab ni yang paling lemah. Memandangkan jumlah calon melebihi jawatan yang ada maka pengiraan undi di buka. 

Teringat dulu waktu zaman persekolahan paling malu bila nama tercalon. Lagi bertambah malu bila diminta perkenalkan diri dan ada kawan-kawan yang bersorak tak kurang juga mengejek. 

Kurang menyenangkan bila waktu pengerusi minta angkat tangan untuk kira undian. Tak ke haru kalau tiada siapa yang angkat tangan. Malu muka okay. 

Secara logik, bukan semua ibu bapa kenal sesama sendiri. Undi berdasarkan first impression lah rasanya. 

Tak lama pun proses kiraan undi. Calon dengan kiraan undian tertinggi seterusnya diserap menjadi AJK termasuk lah Diah. 

Balik tu dalam kereta non-stop gelak dengan suami. Rancangan kami tahun ni nak jadi pemerhati gagal. 

Apa pun semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Semoga kami dapat menggalas tugas dan menjalankan amanah yang diberikan dengan baik. 


Update: 

Mesyuarat pertama PIBG pun dah diadakan. Banyak perkara baru Diah belajar. Konklusinya adalah bukan semua kita nak laksanakan tu semudah yang disangka. 

Sebagai contoh, kita cadangkan pihak sekolah nak upgrade / tambah infrastruktur untuk kesenangan murid-murid dan guru. 

Tapi sebelum nak jadikan cadangan kepada kenyataan kena pertimbangkan banyak faktor. Usia bangunan, penggunaan elektrik, keselamatan, dna kena dapat persetujuan banyak pihak. 

Memang kena duduk, bincang, dengar dan buat keputusan. Untuk ibu bapa di luar sana, jika tak tahu bertanya. Libatkan diri. Jangan mudah menghukum. 


Cara Baiki Masalah Butang Balas Komen Blog Tidak Berfungsi

Masih ingat tak Diah pernah kongsikan masalah blog Diah awal tahun hari tu, butang untuk balas komen blog tidak berfungsi.

Sekali lagi masalah tak boleh balas / reply komen yang ditinggalkan pembaca terjadi lagi. Sakit sungguh hati sebab tak tahu apa punca.

Jadi memang tak seronok bila ada yang comment tapi sebagai pemilik blog hanya mampu baca dan balas dalam hati.

 

Masalah-Butang-Balas-Komen-Blog-tidak-Berfungsi


Cara Baiki Masalah Butang Balas Komen Blog Tidak Berfungsi

Alhamdulillah, setelah banyak kali buat carian untuk selesaikan masalah tak boleh balas komen akhirnya dapat juga jumpa jalan penyelesaian.

Oh kalau nak baca lebih lanjut masalah tak boleh balas komen di blog sendiri boleh baca entri ini. 

Diah kongsikan dekat sini kalau ada yang alami masalah yang sama atau kalau terjadi lagi di masa hadapan, boleh rujuk dan guna cara yang sama.


Tutorial Baiki Masalah Butang Balas Komen Blog Tidak Berfungsi

Diah rujuk entri blogger solusitombol reply blogger ni. Mudah je nak buat jadi teruskan membaca. Ikut bacaan, masalah tak boleh komen adalah disebabkan Javascript.

Nak terangkan secara teknikal Diah pun tak faham sangat tapi Diah hanya ikut tutorial yang disediakan. Baca saja entri rujukan tu.

Rupa-rupanya ada masalah dengan kod HTML. Sebelum ni Diah pernah tukar template dan mungkin mengganggu kod HTML atau template secara tak sengaja.

Nasib masih lagi boleh dibaiki. Diah guna cara pertama iaitu gantikan kod <head>. Login blogger – Theme – edit HTML.

Tekan Ctrl F dan mula-mula kena cari kod &lt;!--</head>--&gt;&lt;/head&gt; dan kena tukar kepada </head>. Preview dulu sebelum tekan butang save.

Selepas tukar baru ok. Harapnya tak jadi la masalah ni di masa depan.

 

cara-atasi-Masalah-Butang-Balas-Komen-Blog-tidak-Berfungsi

Brunch Date di Kedai Kopi Nostalgia 9163 Taman Melawati

Kedai Kopi Nostalgia 9163 ni baru sahaja di buka dan seperti biasa pantang nampak kedai baru mestilah teruja nak cuba.

First impression dah berjaya menambat hati Diah. Dasar mudah terpengaruh betul. Kebetulan waktu kami ke Pasar Malam minggu lepas memang lalu depan Kedai Kopi ni jadi dah beritahu suami nak cuba makan dekat sini.

Semalam lepas selesai beli stok lauk, ajak suami ke Kedai Kopi Nostalgia. Waktu kami sampai dah mula penuh dengan pelanggan.



Kedai-Kopi-Nostalgia-9163



Brunch Date di Kedai Kopi Nostalgia 9163 Taman Melawati


Agaknya semua teruja nak cuba makan di kedai baru. Sama macam Diah. Waktu sampai kami di sambut mesra oleh pekerja Kedai Kopi Nostalgia.

Dari segi customer service memang bagus. Baik pekerja yang bantu ambil pesanan, juga pekerja yang menghantar pesanan.

Dilatih oleh owner supaya sentiasa senyum dengan pelanggan dan mengucapkan selamat makan apabila makanan dihidang kepada pelanggan.



menu Kedai Kopi Nostalgia 9163


Cara nak buat pesanan pula ada dua pilihan. Pelanggan tulis sendiri di kertas pesanan yang disediakan atau boleh scan QR code yang disediakan.



kopi-Kedai-Kopi-Nostalgia-9163


Dari segi harga masih berpatutan dengan apa yang pelanggan dapat. Lebih kurang sama dengan kebanyakkan kedai kopi di kawasan bandar.

Oh ya hiasan dalaman kedai di hias style Baba dan Nyonya, ada digantung makanan ringan dulu-dulu, tingkap kaca warna oren, cawan kopi dan mereka guna cawan bunga hijau. Legend betul rasa.  



kaunter-Kedai Kopi Nostalgia 9163


decoration Kedai Kopi Nostalgia 9163



Memang mengimbau kenangan betul. Kedai Kopi ni ada dua tingkat. Ada tangga melingkar disediakan. Di tingkat dua, pemilik kedai letakkan mesin pilih lagu sebagai hiasan utama.

Ala yang zaman dulu-dulu kalau dalam cerita Orang Putih ada mesin ni. Masuk syiling boleh pilih lagu. Mesin ni boleh digunakan ya sebab Diah nampak ada pakcik guna pilih lagu.



mesin-pilih-lagu


mesin-musik



 

Menu Kedai Kopi Nostalgia 9163

Menu dekat sini pula berunsurkan menu kopitiam. Sesuai la konsep hiasan dengan pilihan. Ada pilihan mi (bihun, Char Kuey Teaw, Wat TanHor, Mee Basah).

Nasi (Nasi goreng Kampung, Cina, Sweet Sour Chicken). Nasi Lemak Berlauk (Rendang Ayam, Udang, Kari Ayam, Sotong).

Roti Bakar, Roti kukus, Telur Rebus, makanan ringan Cucur Udang Penang (Takua Rendang). Makanan Barat (Chicken Chop, Big Breakfast).

Kebanyakkan menu sesuai untuk brunch dan tea time. Kalau datang kopitiam kena cuba kopi atau teh tarik. Kalau kena tekak jadi ada peluang untuk datang lagi buat kali kedua.

Diah pilih kopi ais dan Bihun Sup Lala. Husband makan cucur udang dan Teh Tarik. Sayangnya kopi dan Teh Tarik tak meet our expectation.



bihun sup lala Kedai Kopi Nostalgia 9163



Tapi bihun sup lala dia sedap. Portion banyak dan sesuai kalau nak healing, badan tak sihat selesema makan lah bihun sup lala ni.

Lala pun banyak, gabungan halia dan lala tu kena. Sup dia tak pekat tak cair. Cukup perasa. Cucur udang dia kuah sos pedas masam. Rasa tangy tu terasa bila masuk mulut.

Cucur dia banyak udang dan crispy. Kalau ikut selera Diah Lagi sedap kalau cicah dengan kuah kacang.


cucur udang Kedai Kopi Nostalgia 9163



Overall pengalaman pertama kami makan di Kedai Kopi Nostalgia 9163 tidaklah mengecewakan. InshaAllah ada rezeki bawa anak-anak pula.