Set DIY Premix Takoyaki Dapat Pan

Akibat terpengaruh tengok TikTok live seller masak Takoyaki akhirnya jari Diah gatal tekan add to cart Set DIY Lengkap Premix Takoyaki (yang dapat Pan sekali tu) dan terus buat bayaran.

Memandangkan anak-anak memang suka makan Takoyaki jadi lagi la mudah keputusan di buat. Selalu kami beli dekat pasar malam, tapi tak puas hati sebab inti takoyaki tu dia letak bukan seafood sebenar.

Tapi penjual gantikan dengan bebola. Ada yang letak sosej, bebola udang dan macam-macam lagi lah. Pernah juga beli isi Octopus tapi dapat kecil je isi. Saiz Octopus tu lebih kecil dari saiz syiling lima sen.

Review-Set-DIY-Premix-Takoyaki-Dapat-Pan


Review Set DIY Premix Takoyaki Dapat Pan

Oleh sebab selalu kecewa tak dapat makan Takoyaki sedap jadi memang pilihan yang tepat lagi benar. Kami pernah beli Takoyaki dekat kawasan Sri Rampai, penjual tepi jalan jenama Chef Tako.

Ha yang tu puas hati. Dia guna udang betul dan tak kedekut bahan. Tapi jadi masalah bila nak repeat, selalu sangat kami tak jumpa penjual yang sama.


Jadi bila tahu boleh buat sendiri dekat rumah, menguatkan lagi semangat nak dapatkan Set DIY Lengkap Premix Takoyaki.

Rasa berbaloi sebab dapat pan dia tu. semestinya puas hati sangat. Memang anti gagal la jawapan dia. Semua bahan-bahan berkualiti dan cukup dengan pakej yang dia jual.

Diah beli Takoyaki Set Chef Tako  selalu pan dia out of stock boleh juga check dekat seller ini - Pan Takoyaki 12 lubang


kuali-takoyaki

 

Set DIY Lengkap Premix Takoyaki Pan Chef Tako

Oh ya, set yang Diah beli ialah set Takoyaki jenama Chef Tako. Apa yang bagusnya bila korang beli set takoyaki ni korang akan dapat sekali dengan kuali dia tu tau.

Jangan risau kalau tak pernah masak guna pan takoyaki sebab mudah je sebenarnya. Boleh je tengok tutorial di YouTube.

Diah pernah masak takoyaki waktu makan di Sushi King. Waktu tu promo takoyaki dan pelanggan masak sendiri dekat meja. Weh teruja tapi ambil masa nak tunggu dia masak.



Jenama lain pun banyak je boleh beli, cuma jenama Chef Tako yang Diah biasa makan. Selain tepung premix, dapat juga bahan-bahan lain termasuk bahan hiasan tu. Cukup lengkap.

Hanya tinggal nak bancuh dan masak. Memang mudah. Dapat juga sekali Panduan Penyediaan Takoyaki:-

i. Bahan-bahan bancuhan

ii. Cara bancuhan tepung takoyaki

iii. Cara menggolek takoyaki

iv. Cara topping takoyaki

 

sos-takoyaki

Set DIY Lengkap Premix Takoyaki yang Diah beli ni dapat semua barang di bawah.

- Pan Takoyaki 12 lubang

- Tepung takoyaki 500gram

- Sos takoyaki 200ml

- Mayonis Original 100ml

- Bonito Flakes 30gram

- Seaweed 2gram

Produk dijamin HALAL dan keluaran BUMIPUTERA. Satu set boleh menghasilkan 70 hingga 80 biji takoyaki.

 

Cara Penyediaan Takoyaki

Memandangkan buat sendiri haruslah letak inti seafood yang besar baru puas makan. Ikut je arahan di bawah:


1.0 Bahan Bancuhan

Tepung Takoyaki - 500 gram

Air - 1.25 liter

Telur Gred A - 3 biji

Minyak Masak - 150 ml

 

2.0 Cara Bancuhan Tepung Takoyaki

1. Isikan air sebanyak 1.25 liter ke dalam jug. Kemudian masukkan tepung takoyaki 500 gram. Kacau sehingga tepung dan air sebati.

2. Pecahkan 3 biji telur ke dalam bekas bancuhan asing dan pukul telur sehingga sebati.

3. Masukkan 150ml minyak masak ke dalam bekas bancuhan telur tadi dan kacau sehingga sebati.

4. Akhir sekali campurkan bancuhan telur dan minyak tadi ke dalam bancuhan tepung takoyaki. Kacau sehingga semua bahan rata dan sebati.

 

cara-masak


Cara-masak-set-diy-Takoyaki

3.0 Cara Menggolek Takoyaki

1. Panaskan pan Takoyaki dan ratakan minyak masak.

2. Masukkan adunan tepung Takoyaki ke dalam pan Takoyaki.

3. Masukkan inti ke dalam adunan di dalam pan Takoyaki.

4. Terbalikkan adunan Takoyaki berinti tadi setelah bebola Takoyaki sedikit keras.

5. Angkat bebola Takoyaki yang berinti untuk memasukkan tepung.

6. Cantumkan kedua bahagian Takoyaki sehingga menjadi bulat.

7. Setelah dicantumkan, teruskan menggolek agar ianya betul-betul bulat dan garing keemasan.

 

4.0 Cara Topping Takoyaki

1. Letak bebola takoyaki ke dalam pinggan/bekas.

2. Letak sedikit sos takoyaki ke atas bebola Takoyaki

3. Letakkan bonito ke atas bebola takoyaki.

4. Letakkan mayonis ke atas bonito tadi.

5. Letakkan sos takoyaki sekali lagi ke atas mayonis.

6. Taburkan seaweed. Dah siap! Selamat menjamu selera

Me Time Makan Boat Noodle Dengan Emak

Ikutkan ini pengalaman pertama emak makan di Boat Noodle. Semestinya emak mengikut saja cadangan Diah. Tekak rindu nak makan roti Sangkaya dia tu.

Kebetulan bawa emak keluar mencari barang rumah. Jadi bila terjumpa Restoran Boat Noodle, terus la ajak mak berhenti makan. Kami sambung semula shopping lepas perut kenyang.


Boat-Noodle


Me Time Makan Di Boat Noodle Dengan Emak

Awalnya risau juga makanan dekat Boat Noodle tak kena dengan selera emak. Faham sangat dengan selera emak yang sentiasa berubah-ubah.

Semenjak usia semakin bertambah selera makan emak tak macam dulu. Betul-betul ikut mood. Ada hari emak berselera, ada hari memang kena pujuk suruh makan.

Kami ke Nilai 3 cari Langsir raya – Kedai Langsir Top Collection

Bersyukur sangat menu dekat Boat Noodle ni pelbagai dan saiz hidangan dia kecil. Jadi boleh la emak buat pilihan dan tak lah rasa risau tak dapat habiskan kalau terlajak pesan.


Me-Time-Makan-Boat-Noodle-Dengan-Emak



Menu Popular Boat Noodle

Kalau makan di Boat Noodle memang kena pesan menu popular mereka iaitu roti kukus dan mi dalam mangkuk kecil. Ada pelbagai jenis kuah dan sekarang dah banyak menu baru diperkenalkan. 

Emak tergoda nak cuba Apple Somtam, menu baru yang mereka tengah promosi. Emak pernah makan Kerabu Mangga dekat The Chicken Rice Shop dan emak suka.


apple-somtam-Boat-Noodle


Memang buah Epal hijau tu rangup dan sangat masam ya. Lebih masam dibandingkan dengan Kerabu Mangga. Agak kecewa bila sampai dekat meja. Dalam gambar lebih menarik. 

Dalam Apple Somtam tu ada kacang panjang, tomato merah kecil dipotong dua dan ditabur dengan kacang tanah hancur. 

Macam biasa Diah akan makan Noodle PathumThani dan Ayutthaya. Ambil juga Chicken Skin, rangup macam sebelum ni pernah makan. 


Noodle-PathumThani-Boat-Noodle


chicken-skin-Boat-Noodle


Cuba juga Kaw Pad Super – Tom Yum Fried Rice, Thai Fried Chicken dan roti kukus dia, Sangkayaa. Kaya Pandan dia wangi, makan pula dengan roti kukus yang lembut. Makan panas-panas ya ampun sedap. 


Sangkayaa-Boat-Noodle


Thai-Fried-Chicken-Boat-Noodle


Tom-Yum-Fried-Rice-Boat-Noodle


Nasi goreng Tom Yum tu biasa-biasa saja rasa dia. Meriah ye kami makan. Alhamdulillah semua berjaya dihabiskan kecuali Apple Somtam sebab masam yakmat weh. 

Air pula emak minta Cha Keow Yen – Thai Iced Green Tea dan Diah minum Kaffe Yen – Thai Iced Coffee. Memang padu lah.


Thai-Iced-Coffee-Boat-Noodle


Suka dengan cawangan Boat Noodle yang kami pergi ni (berdekatan dengan Nilai 3). Tempat dia bersih, staff dia peramah, tandas dalam keadaan baik dan disediakan juga surau untuk kegunaan pelanggan.

Sempat la Diah berhenti solat sementara tunggu emak habiskan makanan. Banyak juga perkara yang kami bualkan.

 

Ambil Peluang Cipta Kenangan Manis

Waktu macam ini lah yang paling Diah nantikan. Dapat keluar berdua dan layan karenah emak. Suka bila dapat tatap muka emak.

Kalau boleh nak cipta banyak kenangan dengan emak dan simpan segala memori bersama. Selalu doa moga Allah murahkan rezeki supaya dapat tunaikan segala permintaan emak.

Selepas kehilangan arwah abah pada tahun 2010, kami adik beradik belajar banyak perkara. Bila hilang sebelah sayap dan hanya bergantung pada satu sayap ajar kami pentingnya hargai ketika ada.

Moga Allah panjangkan umur kami semua untuk berbakti dan balas jasa emak. Harapnya nanti, bila anak-anak dah dewasa mereka juga teruja untuk melayan Diah sama macamana Diah menyantuni emak.


Bawa Anak Ke Menara Alor Setar

Dalam entri yang lepas Diah ada ceritakan pengalaman kami sekeluarga bercuti di Alor Setar Kedah. Menyantuni jemputan pengantin kisahnya.

Untuk entri kali ini, Diah nak kongsikan pengalaman kami bawa anak-anak melawat Menara Alor Setar. Tempat wajib pergi sebab nak kenalkan anak-anak dengan mercu tanda Negeri Kedah.

Esok lusa kalau ada tugasan sekolah melibatkan tempat-tempat menarik boleh la masing-masing tulis pengalaman masing-masing.

Boleh baca - Percutian Keluarga Ke Alor Setar


Menara-Alor-Setar-Kedah


Bawa Anak Ke Menara Alor Setar

Percutian ke Alor Setar ni merupakan antara kenangan yang tak dapat kami lupakan walaupun bercuti dalam masa yang singkat.

Kami menginap di Hotel Grand Alora, tak jauh dari bandar Alor Setar. 

Kami jalan-jalan ke Menara Alor Setar adalah pada hari ketiga. Hari pertama kami sampai dah agak lewat petang jadi hanya berjalan ke kawasan sekitar sahaja.

Hari kedua adalah hari majlis Perkahwinan berlangsung jadi habiskan masa di kenduri dan berjumpa kawan-kawan lama.

Rasa rugi dah jalan jauh tapi tak jejak kaki ke Menara Alor Setar, mercu tanda kebanggan Negeri kedah dan jadi salah satu tempat menarik di Alor Setar.

Jadi pagi tu selepas selasai urusan check out dari Hotel Grand Alora kami terus ke sana. Tak jauh pun, lebih kurang lima belas minit perjalanan.


mercu-tanda-Menara-Alor-Setar

 

Menara Alor Setar, Tarikan Pelancong Dalam & Luar Negara

Kalau nak tengok pemandangan seluruh Alor Setar memang kena naik menara ni. Menjadi tarikan para pelancong dalam dan luar negara.

Dikatakan reka bentuk menara mendapat inspirasi daripada tanaman padi yang terkenal di kedah. Rekaan menyerupai setangkai padi yang di ikat bersama.



Waktu sekolah dulu cikgu selalu terangkan kelebihan negeri-negeri di Malaysia dan Kedah dikenali sebagai Negeri Jelapang Padi.

Antara tarikan Menara Alor Setar ialah Star View, Megaview (Banquet Hall, ketinggian 100m), Observation Deck, Dropzone dan juga Snap-Sky (tangkap gambar pada ketinggian 100m).




Harga Tiket Menara Alor Setar

Pengunjung boleh pilih nak tengok pemandangan Bandar Alor Setar di Observation Deck atau pun Star View.

Bezanya ialah jika beli tiket Observation Deck, pengunjung hanya boleh tengok bandar Alor Setar pada ketinggian 88 meter dan pemandangan dari dalam (indoor).


Harga Tiket Hujung Minggu

Observation Deck - Warganegara Malaysia dewasa (RM7), Kanak-Kanak 4 tahun ke atas & warga emas 60 tahun ke atas (RM5). 

Star ViewWarganegara Malaysia dewasa (RM25), Kanak-Kanak 4 tahun ke atas & warga emas 60 tahun ke atas (RM15). 


Harga Tiket Hari Biasa

Observation Deck - Warganegara Malaysia dewasa (RM8), Kanak-Kanak 4 tahun ke atas & warga emas 60 tahun ke atas (RM6). 

Star View - Warganegara Malaysia dewasa (RM26), Kanak-Kanak 4 tahun ke atas & warga emas 60 tahun ke atas (RM16). 



Tapi selesa sebab berada dalam bangunan ada air conditioner, juga disediakan teropong. Walaupun aktiviti dekat sini agak terhad tapi anak-anak menikmati masa kami di sini. 

Manakala kalau beli tiket Star View boleh tengok bandar Alor Setar pada ketinggian 105 meter, betul-betul berada di Puncak Menara.

Boleh keluar dari bangunan (Outdoor) dan pengunjung boleh berjalan keliling menara termasuk boleh bergambar dalam kotak kaca yang disediakan.


melancong-ke-Menara-Alor-Setar


Review Menara Alor Setar

Rasanya menara tinjau dekat mana-mana pun sama je konsep dia. Sama macam kami naik Menara Kuala Lumpur, ada Sky Box & Sky Deck. 

Alang-alang dah sampai sini kami beli tiket Star View. Pemandangan luas terbentang, memang cantik sangat. Besar bukti Kebesaran Allah. Nampak bangunan, sawah padi dan gunung ganang.

Kami habiskan masa hampir sejam dekat sini. Walaupun tak banyak aktiviti boleh dilakukan tapi seronok dapat beri pengalaman baru untuk anak-anak.

Persekitaran dia bersih, kakitangan pun mesra alam. Tak kedekut senyuman dan layan kami dengan baik. 

Korang yang melancong ke Kedah, datang Menara Alor Setar dikira lokasi wajib datang. 


Kesimpulan 

Dah berpenat lelah di Menara Alor Setar, sebelum balik, niat nak cari Nasi Kuning Kedah tapi hampa. 

Oleh sebab tak mahu tangguhkan perjalanan jadi kami berhenti makan di Ayam Gepuk Pak Raden HQ.

Tak menyesal makan dekat sini. Nak tahu apa kami makan, Diah ada cerita dalam entri ini. Lepas makan kami bergerak pulang.

Seperti dijangkakan memang kematu punggung punya lama hadap kesesakkan lebuh raya. Memandangkan bukan selalu jadi kami hanya ‘menikmati’ apa ada depan mata.

Ada rezeki pasti nak datang lagi. Moga Allah limpahkan rezeki untuk kami sekeluarga.


Tak Sengaja Padam Kod Adsense Dekat Blog

Memang buat hal betul lah secara tak sengaja terpadam kod adsense dekat blog. Selepas sehari kemalangan tu berlaku baru Diah perasan.

Puncanya Diah ada buat kesilapan ketika nak baiki kod HTML di bahagian template blog.

Patutlah pelik bila tengok nilai adsense tu RM0.00 sen tak bergerak. Selalu paling tidak dapat lah beberapa sen. Tapi perasan juga, sekarang semakin payah adsense nak beranak ya.  

Maklumlah update blog pon tak konsisten begitu la jadinya. Lepas ni kena rajin menulis dan cari topik menarik nak dikongsi.


tak-sengaja-padam-kod-adsense


Tak Sengaja Padam Kod Adsense Dekat Blog

Berbalik kepada kisah secara tak sengaja padam kod tu adalah disebabkan Diah ganti kod lama Google Analytics kepada kod terbaru.

Dapat email peringatan dari The Google Analytics Team kena pasang tracking baru, sebab ada kemas kini. Korang dah buat ke belum?

Nak baca lanjut boleh klik sini 


Google Analytics 4


Apa yang Diah faham sebelum ni kita guna Universal Analytics untuk dapatkan data, sekarang dah digantikan dengan Google Analytics 4.

Nak terangkan lebih lanjut pon Diah masih merangkak nak faham tapi interface dia agak menarik berbanding interface yang lama.

Sepatutnya dari dulu dah kena tukar tapi baru-baru ni je ada kesempatan nak faham lebih lanjut. Kalau ikut senarai semak masih banyak lagi tetapan kena buat.


Cara-install-Google-Analytics-4


Cuma senarai tu cuma pilihan. Bagi Diah cukuplah dapat buat yang asas ni. Letak kod Google Analytics 4 di blogspot.

Harapnya nanti ada di kalangan blogger yang buat entri dan ulas pasal ini. Boleh dijadikan rujukan. 

Cara Sekat Iklan Adsense Tak Senonoh - Baca