Me Time Makan Boat Noodle Dengan Emak

Rodiah Amir
2

Ikutkan ini pengalaman pertama emak makan di Boat Noodle. Semestinya emak mengikut saja cadangan Diah. Tekak rindu nak makan roti Sangkaya dia tu.

Kebetulan bawa emak keluar mencari barang rumah. Jadi bila terjumpa Restoran Boat Noodle, terus la ajak mak berhenti makan. Kami sambung semula shopping lepas perut kenyang.


Boat-Noodle


Me Time Makan Di Boat Noodle Dengan Emak

Awalnya risau juga makanan dekat Boat Noodle tak kena dengan selera emak. Faham sangat dengan selera emak yang sentiasa berubah-ubah.

Semenjak usia semakin bertambah selera makan emak tak macam dulu. Betul-betul ikut mood. Ada hari emak berselera, ada hari memang kena pujuk suruh makan.

Kami ke Nilai 3 cari Langsir raya – Kedai Langsir Top Collection

Bersyukur sangat menu dekat Boat Noodle ni pelbagai dan saiz hidangan dia kecil. Jadi boleh la emak buat pilihan dan tak lah rasa risau tak dapat habiskan kalau terlajak pesan.


Me-Time-Makan-Boat-Noodle-Dengan-Emak



Menu Popular Boat Noodle

Kalau makan di Boat Noodle memang kena pesan menu popular mereka iaitu roti kukus dan mi dalam mangkuk kecil. Ada pelbagai jenis kuah dan sekarang dah banyak menu baru diperkenalkan. 

Emak tergoda nak cuba Apple Somtam, menu baru yang mereka tengah promosi. Emak pernah makan Kerabu Mangga dekat The Chicken Rice Shop dan emak suka.


apple-somtam-Boat-Noodle


Memang buah Epal hijau tu rangup dan sangat masam ya. Lebih masam dibandingkan dengan Kerabu Mangga. Agak kecewa bila sampai dekat meja. Dalam gambar lebih menarik. 

Dalam Apple Somtam tu ada kacang panjang, tomato merah kecil dipotong dua dan ditabur dengan kacang tanah hancur. 

Macam biasa Diah akan makan Noodle PathumThani dan Ayutthaya. Ambil juga Chicken Skin, rangup macam sebelum ni pernah makan. 


Noodle-PathumThani-Boat-Noodle


chicken-skin-Boat-Noodle


Cuba juga Kaw Pad Super – Tom Yum Fried Rice, Thai Fried Chicken dan roti kukus dia, Sangkayaa. Kaya Pandan dia wangi, makan pula dengan roti kukus yang lembut. Makan panas-panas ya ampun sedap. 


Sangkayaa-Boat-Noodle


Thai-Fried-Chicken-Boat-Noodle


Tom-Yum-Fried-Rice-Boat-Noodle


Nasi goreng Tom Yum tu biasa-biasa saja rasa dia. Meriah ye kami makan. Alhamdulillah semua berjaya dihabiskan kecuali Apple Somtam sebab masam yakmat weh. 

Air pula emak minta Cha Keow Yen – Thai Iced Green Tea dan Diah minum Kaffe Yen – Thai Iced Coffee. Memang padu lah.


Thai-Iced-Coffee-Boat-Noodle


Suka dengan cawangan Boat Noodle yang kami pergi ni (berdekatan dengan Nilai 3). Tempat dia bersih, staff dia peramah, tandas dalam keadaan baik dan disediakan juga surau untuk kegunaan pelanggan.

Sempat la Diah berhenti solat sementara tunggu emak habiskan makanan. Banyak juga perkara yang kami bualkan.

 

Ambil Peluang Cipta Kenangan Manis

Waktu macam ini lah yang paling Diah nantikan. Dapat keluar berdua dan layan karenah emak. Suka bila dapat tatap muka emak.

Kalau boleh nak cipta banyak kenangan dengan emak dan simpan segala memori bersama. Selalu doa moga Allah murahkan rezeki supaya dapat tunaikan segala permintaan emak.

Selepas kehilangan arwah abah pada tahun 2010, kami adik beradik belajar banyak perkara. Bila hilang sebelah sayap dan hanya bergantung pada satu sayap ajar kami pentingnya hargai ketika ada.

Moga Allah panjangkan umur kami semua untuk berbakti dan balas jasa emak. Harapnya nanti, bila anak-anak dah dewasa mereka juga teruja untuk melayan Diah sama macamana Diah menyantuni emak.


Catat Ulasan

2Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Semoga diberikan kesihatan yang baik buat emak Diah, nampak sedap juga menu tu dekat sini pun nampak ada baru buka boat noodle ni boleh pergi cuba makan nanti, kena cari waktu yg sesuai nak g ni

    BalasPadam
  2. Somtam tu kalau masam sangat memang tak tertelan..
    Semoga mak diah diberikan kesihatan yang baik.. Aamiin..
    Meriah menu pilihan Diah dan mak..

    BalasPadam
Catat Ulasan