Review Hotel Grand Alora Kedah

Sebelum menulis lebih lanjut tentang pengalaman menginap di hotel Grand Alora, Diah mulakan dengan review kenapa kami berpuas hati stay dekat sini.

Untuk informasi, Hotel Grand Alora terletak di Alor Setar, Kedah Darul Aman. Hotel empat bintang, tak jauh dari bandar Alor Setar.


Review-Hotel-Grand-Alora

 

Review Hotel Grand Alora

Kami menginap selama tiga hari dua malam disini. Kali terakhir Diah jejak kaki ke negeri Kedah adalah waktu zaman Diploma dulu, tahun 2015 kalau tak silap.

Teruja sungguh bila dapat datang semula. Seperti dijangka Kedah sungguh panas. Sepanjang perjalanan dapat lihat pemandangan sawah padi tapi warna coklat bukan hijau dan ada sebahagian sawah terbakar.

Sempat la menyaksikan aksi abang Bomba memadam kebakaran. Tak pasti terbakar sebab panas atau apa. Macam Diah ada cerita sebelum ni, kami ke Kedah menghadiri kenduri kahwin. 

 

Kenapa Hotel Grand Alora Jadi Pilihan?

Awalnya nak stay dekat hotel lain tapi akhirnya kami pilih disebabkan cadangan kawan-kawan. Waktu bercuti ni juga lah jumpa TikToker Dr. Malar Santhi Santherasegapan.

Dia ada program dekat situ, jadi pilihan yang bijak sebab hotel Grand Alora memang hotel tumpuan. Petanda hotel ni memang bagus. Pengalaman kami stay dekat sini aman saja.

Puas hati dengan servis yang diterima. Mula dari kami mendaftar masuk sehingga mendaftar keluar. Urusan semua lancar. Kakitangan pun mesra alam menjawab pertanyaan.

Tidak perlu risau keselamatan kereta sebab kawasan parking luas dalam bangunan dan berbumbung. Tidak juga perlu berebut.

Penting sebab berdasarkan pengalaman kami dulu, waktu bercuti di Terengganu kami kena saman sebab parking kereta tepi jalan.

Parking hotel tak cukup, akhirnya kena saman. Naya weh. 

Dari segi kepuasan tentang bilik pula, bilik yang kami dapat luas ya. Katil saiz Queen. Sesuai sangat untuk keluarga dengan anak kecil. Boleh bentang toto tidur dekat lantai. 



Bilir air bersih dan luas. Toiletries diberikan untuk dua hari. Lengkap. Air Condition berfungsi dengan baik. 


Toilet-Hotel-Grand-Alora


bathroom-Review-Hotel-Grand-Alora

Dalam bilik disediakan mini fridge, TV, iron berserta iron board yang cukup besar. Puas hati nak iron tudung. 



Ada hair dryer, pyjama. Diberikan juga Teh Uncang, Nescaffe sekali dengan gula. Kira ok la kan? 


room-Hotel-Grand-Alora


Restoran Kechik, Tempat Makan Depan Hotel Grand Alora

Bersyukur sangat bab makan. Betul-betul dekat depan hotel, dekat luar ada gerai yang menjual pelbagai makanan. Seronok tak payah nak drive jauh-jauh.

Ada satu restoran nama dia Kechik, meja dan kerusi disediakan. Korang boleh duduk dan makan dekat situ. Nak beli makanan dari gerai tepi jalan pun boleh.


restoran-Kechik-Nasi-Berlauk


Korang perlu sebut nombor meja waktu pesan nanti mereka akan hantar makanan dan waktu itulah korang baru bayar.

Makanan pula ada pelbagai jenis jadi banyaklah pilihan. Ada gerai menjual masakan panas Thailand, gerai ayam bakar, nasi lemak, gerai air, burger, segala jenis mi dan sup.


menu-makan-malam-kedai-kechik


set-nasi-tomyam


Ada satu gerai jual makanan bakar ala Thai yang memang Diah repeat dua hari berturut-turut. Malam pertama makan kepak ayam bakar. Sos perapan dia terbaik. Teringat sampai sekarang.  

Malam akhir tu Diah tapau kerabu kaki ayam. Makan dalam bilik. Rasa macam nak mengalir air mata bila dapat makan makanan sedap kena dengan tekak.


kerabu-kaki-ayam


Cukup rasa masam, manis dan pedas. Kaki ayam tu lembut. Dah lah memang favourite segala jenis kerabu.

Untuk korang yang stay sini dan tak ambil pakej sarapan dengan hotel, tak perlu risau. Kedai tu dibuka untuk sarapan pagi juga cuma dia tukar menu je.

Peniaga pun berlainan. Macam Diah memang ambil pakej sarapan tapi untuk dua orang sahaja. untuk anak-anak kami tapau nasi lemak dan juga roti jala.

Jangn lupa pergi makan dekat Lunch Di Ayam Gepuk Pak Raden HQ - Sedap Bak Hang


Lokasi Strategik

Suka juga dengan hotel ni sebab kedudukan dia amat strategik. Dekat dengan kemudahan (pasaraya dan kedai makan) dan tempat menarik di Alor Setar.

Oh ya, hotel ni betul-betul berhadapan dengan pasaraya Lotus. Boleh jalan kaki je, seberang jalan. Mana barang keperluan tak cukup boleh la cari dekat situ.


lotus-depan-Hotel-Grand-Alora


Malam pula, dekat kawasan parking Lotus mini funfair dibuka. Sempat jenguk sekejap, boleh la nak hilangkan bosan tengok gelagat orang dekat situ.

Ikut peta, Menara Alor Setar terletak empat kilometer dari hotel. Dah janji dengan anak-anak nak singgah sebagai tanda kami dah sampai Negeri Kedah.

 

Perkara Kurang Menarik Di Hotel Grand Alora

Kalau ditanya apa yang kurang menarik tentang Grand Alora, hanyalah perabot yang hotel guna dah agak lama. Bilik air pun luas dan ringkas je.

Walaupun lama, tapi bilik kami dapat masih selesa dan nasib tak ada bau. Bilik juga agak suram dan malap sebab lampu dia macam kurang watt.

Jadi vibe dia bilik masuk bilik tu biasa-biasa saja. Elok lah pihak hotel tambah lampu yang terang.

Lagi satu ialah pakej sarapan. Menu adalah standard, tak banyak pilihan untuk anak kecil dan rasa makanan dia sedang-sedang saja.


breakfast-Review-Hotel-Grand-Alora


pakej-breakfast-Review-Hotel-Grand-Alora


Tak berbaloi kalau bayar untuk kanak-kanak. Jadi beli saja makanan dekat luar hotel.

Waktu kami bercuti dekat sini, kolam renang di tutup untuk renovation. Dari atas boleh nampak guni pasir dan alatan lain. Jadi tak dapat la komen lebih.


Kesimpulan

Secara keseluruhan percutian kami di Hotel Grand Alora memuaskan hati. Lokasi yang strategik, dekat dengan tarikan pelancong, dan banyak tempat makan. Jadi recommended untuk yang nak bercuti di Alor Setar.


Review Wardah Lightening Clay Mask Advanced Niacinamide

Korang dah pernah cuba Wardah Lightening Clay Mask ni tak? Kalau belum boleh baca pengalaman Diah ni. Mana tahu dapat membantu.

Ini kali pertama Diah cuba clay mask macam ni dan Diah beli tanpa fikir panjang ya. Banyak faktor Diah tertarik nak cuba jadi teruskan membaca.

Kebetulan hari tu masuk Watson nak cari micellar water tapi terjangkit beli clay mask ni juga. Begitulah kehidupan wanita kan?

Review Safi Micellar Natural Cleansing Water Tak Pedihkan Mata 

MR DIY, Kedai Eco, Guardians atau Watson adalah tempat berbahaya ya.  Jangan bagi masuk lama-lama kalau tidak habis semua benda nak beli. 


Tube-Wardah-Lightening-Clay-Mask

Review Wardah Lightening Clay Mask

Berbalik kepada Wardah Lightening Clay Mask, lepas beberapa kali guna baru lah berani nak kongsi dekat blog. Diah suka sangat dengan hasil dia.

Wardah Lightening Clay Mask boleh dikategorikan sebagai clay mask harga rahmah, tapi power sangat kesan dia. Harga dia ialah RM7.10 untuk 50ml. Harga masih mampu milik.

Wardah Lightening Clay Mask sesuai untuk semua jenis kulit dan antara bahan yang bagus ada dalam clay mask ini ialah Niacinamide.


cara-guna-Wardah-Lightening-Clay-Mask


Nama lain dia nicotinamide. Salah satu unsur daripada Vitamin B iaitu niacin. Bagus untuk menghapuskan jerawat dan menghilangkan kesan parut akibat jerawat serta fungsi utama yang lain adalah untuk mencerahkan kulit.

Diah pernah cuba peel off mask untuk Hilangkan Blackhead & Whitehead Di Hidung 


Produk Info & Deskripsi - Wardah Lightening Clay Mask. – Advanced Niacinamide

Jom kenali Wardah Lightening Clay Mask. Masker dengan kandungan Kaolin Mineral Clay yang membantu lepas guna.

Dengan efek dingin yang membuat kulit terasa segar selepas guna. Dikombinasikan dengan Advanced Niacinamide, bantu kulit tampak lebih cerah bercahaya dengan pemakaian teratur.


ingredients-Wardah-Lightening-Clay-Mask


Gunakan set rangkaian Wardah Lightening Series untuk hasil kulit cerah yang lebih optimal. Digalakkan pakai dua kali seminggu.

Clay mask ni berwarna biru cair. Tekstur dia licin dan lembut bila sapu pada kulit.


Wardah Lightening-Clay-Mask–Advanced-Niacinamide

Nak senang sapu pada muka boleh guna silicone make up brush ni. Jimat pun ya sebab dia tak melekat pada berus. Boleh cari dekat MR DIY pun ada. Harga dia murah je.


silicone-make-up-brush


 

Cara Guna Wardah Lightening Clay Mask

Sapukan mask di seluruh muka guna guna silicone make up brush kemudian biarkan selama 15 minit hingga mask kering.

Diah perasan bila mask ni mula kering dekat muka, lubang pori kelihatan terutama dekat bahagian hidung. Berkesan lah agaknya kan, clay mask tu meresap dekat kulit muka.

Jenis kulit muka diah saiz pori dia besar, kadang-kadang bila tengok memang menyeramkan. Kemudian boleh bilas guna air bersih.


Review-Wardah-Lightening-Clay-Mask


Pengalaman Guna Wardah Lightening Clay Mask

Bila pakai tu terasa dingin dan berangin kulit muka. Terasa dia menyerap dalam kulit.  Bau dia wangi, dan paling best mask ni cepat kering. Bila dah kering rasa tegang je muka.

Nak cuci pun mudah hanya guna air paip saja. Mask ni bukan jenis yang peel off, yang kena tarik tu jadi bonus point ya. Mudah sangat nak tanggal jadi tidak la renyah.

Tapi kan memang betul Diah kagum dengan Wardah Lightening Clay Mask ni berkesan untuk kulit Diah.

Lepas cuba tu puas hati dengan hasil dia. Lepas cuci terasa kulit lebih lembut dan segar. Minyak dekat muka hilang dan rasa kulit masih sejuk.

Kebetulan waktu Diah cuba, perasan ada jerawat kecil di bahagian pipi.

Perasan waktu basuh, jerawat tu kecut dan kering. Bila basuh muka terasa kulit jerawat tu tercabut. Memang gembira sangat. 

Nak beli secara online pon boleh,beli disini - harga lebih murah atau walk in ke Watsons, Guardian berhampiran korang.

 

Konklusi

Kalau korang mencari clay mask dengan harga berpatutan, sesuai untuk semua jenis kulit dan paling penting nak cerahkan kulit  serta menyerap minyak berlebihan dan membuat kulit terasa lebih halus memang kena cuba Wardah Lightening Clay Mask ni.


Bye July, Berjaya Buat Apa Bulan lepas?

Walaupun agak lambat nak publish tapi masih gigih meneruskan minat menulis di blog. Alhamdulillah mendapat inspirasi memilih tajuk entri seperti di atas selepas melihat posting di Facebook Page.

Soalan yang ringkas tapi berjaya menimbulkan rasa syukur dalam hati lantas menimbulkan perasaan lega.

Kalau di Facebook, ada page yang menggunakan nama “Berjaya Buat Apa Hari Ini”. Jadi jom buat entri “Berjaya Buat Apa Bulan Lepas” khususnya untuk bulan Julai yang baru je berlalu pergi.

 

Bye July, Berjaya Buat Apa Bulan Lepas?

Cepat sungguh masa berlalu. Eceh. Selalu kalau rasa masa cepat je berputar mesti kehidupan sibuk dengan aktiviti dunia.

Syukur masih diberi kesihatan yang baik, bukan setakat diri sendiri tapi ahli keluarga yang lain juga. Kami juga terkesan dengan kos sara hidup yang asyiklah naik, tapi rezeki masih tak putus Tuhan bagi.

Masih mencuba dan biasakan diri supaya tidak terlalu berboros ketika berbelanja. Memang betul-betul mencabar iman ya bila nak tundukkan nafsu terutama nafsu makan.

Bila tekak kurang stabil, kopi la pilihan terbaik tenangkan diri. Pahit kopi tu matikan craving nak makan benda manis, makanan bukan-bukan. 


ZUS-Coffee


Awalnya gigil juga, sedikit payah nak terima kenyataan. Tapi bila hati mula berdamai dengan takdir maka perlahan-lahan semua jadi mudah dengan izin Allah.

Untuk track semula apa berlaku sepanjang Julai semestinya akan rujuk galeri telefon. Malas beratkan kepala nak ingat semua benda. Sebab tu penting untuk ambil gambar setiap ketika.

 

Throwback Blog Performance Bulan Julai

Performance yang wajib dibuat selagi namanya penulis blog adalah lihat kembali pencapaian blog sepanjang bulan lepas.

Google-search-impact


Hanya Sembilan blog entri sahaja berjaya di terbitkan sepanjang bulan Julai. Sedikit kecewa dengan diri sendiri, silap bukan sedikit kecewa tapi banyak menggunung.

Pandang sudut positif, kalau dibandingkan dengan bulan Jun hanya lapan entri. Jadi ada kemajuan sebab lebih satu.


Google-search-impact-blog-july


Ahaks. Itulah mekanisme Diah selalu guna supaya tak terlalu menghentam diri bila tak dapat capai apa yang disasarkan.

Tapi kena guna sebaik mungkin sebab risau diri akan salah guna as escaping method.

 

Personal Achievement Bulan Julai

Bulan Julai adalah bulan untuk berbakti kepada keluarga. Awal bulan Diah sibuk dengan temujanji emak ke hospital.

Dah jadi rutin untuk teman emak dan bersoal jawab dengan doktor. Alhamdulillah hasil ujian darah, air kencing semua terkawal.

Pengalaman jaga emak di hospital 

Appoinment-hospital-emak


Uruskan juga anak sulung terpilih mengikuti Kursus Kepimpinan Pembimbing Rakan Sebaya selama tiga hari berturut-turut.

Awal bulan Ogos terlibat pula dengan Perkhemahan Ujian Kenaikan Pangkat Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS).

Izinkan penglibatan dia atas sebab ini tahun terakhir di sekolah rendah. Moga segala penglibatan mewakili sekolah memberi manfaat untuk masa depan ya.

Risau juga dia ketinggalan pelajaran tapi kita usaha sebaik mungkin. Alhamdulillah semua baik-baik saja mengikut apa kami rancang.


kursus-prs


Kelas Editing CapCut

Oh ya, bulan tujuh juga Diah mula berjinak-jinak buka kelas cara edit video menggunakan aplikasi CapCut untuk usahawan / content creator.

Untuk permulaan Diah tawarkan one on one coaching supaya lebih fokus apa yang dipelajari. Alhamdulillah. Kelas pertama berjaya di buat. Semua secara atas talian saja. Mudah.

Korang doakan Diah ya.  Untuk yang berminat boleh tinggalkan comment atau hubungi Diah di mana-mana media sosial. Insha Allah Diah bantu sehabis baik.

 

Kesimpulan

Diharap di bulan Ogos kita semua dapat tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi. Ewah dah macam rancangan Melodi ya. Dengan harapan kita semua dapat capai apa kita target.

Beli Barang Sukan Murah Di Decathlon

Hujung minggu sudah, kami ke Decathlon yang terletak di Bandar Sri Damansara. Rancangan awal nak singgah Decathlon dalam KL East Mall je, tapi mall penuh dengan orang awam dan kena berebut parking.

Malas buang masa terus waze dan pecut ke Decathlon Bandar Sri Damansara. Keputusan yang tepat sebab pengalaman membeli belah di sana lebih selesa dan banyak pilihan.


raket-badminton


Beli Barang Sukan Murah Di Decathlon

Tujuan asal ke sini nak tunaikan permintaan anak-anak nak beli baju renang dan Diah nak cuci mata tengok dumbbell. Hobi baru sekarang nak tambah alatan senaman dekat rumah.

Sebelum tu kami ke kedai DIY nak beli dumbbell tapi rasa macam tak berbaloi dengan pilihan dan kualiti dumbbell dekat sana.

Pendek kata kalau nak cari barangan rumah boleh pergi IKEA, kalau nak cari barangan sukan pergilah Decathlon.

Berjaya jumpa baju renang yang kami nak. Suka dengan material dia. Sesuai dengan harga. Baju ni kalau basah tak berat dan kulit boleh bernafas. 


swimming-suit-Decathlon

Bahagian dalam dia tu kain baldu. Lembut dan selesa bila anak-anak pakai. Baju renang ni jenama Nabaiji. 


Baju-renang-Decathlon


Decathlon Syurga Dunia Barangan Sukan

Siapa yang pernah sampai sini tahulah keluasan tempat ni. Decathlon Bandar Sri Damansara ni umpama ‘syurga’ dunia barang-barang sukan.

Besar ya tempat dia, ada dua tingkat dan hampir semua peralatan sukan ada dekat sini. Diah tak sempat tawaf jadi singgah di bahagian tertentu sahaja.

Dari segi kemudahan parking pon banyak. Boleh parking di valet parking atau dalam bangunan (basement). Sediakan kad Touch N Go je.

Apa yang seronok dekat sini adalah range harga alatan sukan bermula dari harga mampu milik sehingga harga kayangan untuk jenama yang popular.

Selain tu, sebelum nak beli pelanggan boleh pegang dan cuba display yang disediakan. Konsep dia memang kena sentuh dan cuba baru dapat buat keputusan yang tepat nak pilih alatan sukan yang sesuai.


kettle-bell


Niat Cuci Mata Tapi Teracun Akhirnya

Waktu melangkah masuk ke Decathlon masih yakin tak akan teracun barang sukan yang lain. Ingatkan suami juga supaya tegur kalau Diah hilang kawalan.

Pesanan untuk yang lain juga, kalau masuk sini, hati-hati ya takut hilang ingatan tujuan asal nak beli barang sukan apa.

Betul sangkaan suami, akhirnya Diah tergoda dengan banyak benda. Rancangan awal nak beli Dumbbell. 

Sampai je sini tukar terus ye. Berjaya beli Kettle Bell seberat 6KG berjaya dibeli dan juga Boxing set (Gloves & pad).


boxing-start-Decathlon


Set-boxing-Decathlon


Anak-anak pula minta raket badminton. Masing-masing pujuk abah dia untuk beli dengan alasan guna duit raya masing-masing.

Harga pun tidak mahal mana, RM19 satu raket badminton beginner. Kira okay lah. Dekat sini korang boleh customize / baiki net raket badminton.

Kebetulan waktu Diah pilih raket nampak staff Decathlon sedang layan pelanggan dan guna mesin khas untuk baiki jaring raket.

Staff dekat sini pun mesra alam. Tak lokek senyuman dan tak kekwat. Ada soalan atau tak jumpa alatan sukan yang dicari tanya saja mereka. Puas hati dapat datang ke sini.

Jadi korang yang nak beli basikal, skate board, roller blade, Alatan Golf, badminton, pelbagai jenis bola dan pakaian sukat dari hujung rambut hingga hujung kaki semua ada di sini.

Lagi satu cara pembayaran adalah layan diri menggunakan debit / kredit kad dan dah maju ya. Hanya masukkan barang ke dalam tempat yang disediakan dan automatik mesin akan detect harga barang tu. 

Jadi memang laju la masing-masing dan tak perlu beratur. 


Barang-Sukan-Murah-Di-Decathlon


Nak datang sini waze sahaja alamat di bawah.

 

M2-G-01, 8Trium, Jalan Cempaka SD12/5,

Persiaran Kenanga, Bandar Sri Damansara, 

52200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Website: www.decathlon.my

Facebook: Decathlon Malaysia