Rawatan Bone Setting, Body Alignment & Adjustment

Korang pernah dengar atau tahu tak tentang rawatan “Body alignment & adjustment” atau pun chiropractic? Popular di kalangan mereka yang ada masalah dengan tulang terkehel dan seangkatan. 

Dalam artikel kali ni Diah nak kongsikan pengalaman kami bawa Raudah ke Home Intensive Care Nursing (HIC) untuk rawatan chiropractic.

HIC Nursing menawarkan rawatan fisioterapi dan merupakan juga “Bone Setting Specialist (chiropractic), Body Alignment & Body Adjustment (Fisioterapi)”. 

Artikel agak panjang jadi pastikan baca sehingga habis untuk tahu punca dan rawatan yang kami cuba untuk Raudah yang baru berusia tujuh tahun.

Banyak je pusat rawatan yang tawarkan rawatan Chiropractic tapi kami pilih HIC Nursing sebab syarikat Bumiputera dan beragama Islam.

Mulut perawat tak lekang baca doa, asyiklah minta maaf risau pesakit tak selesa dan mereka ambil berat tentang aurat. 

Perwat dan Ahli fisioterapi dia pakai glove semasa buat rawatan. Ada Ahli fisioterapi lelaki & juga perempuan.


HIC-Nursing


Rawatan Bone Setting (chiropractic) , Body Alignment & Adjustment 

Kami setuju nak dapatkan rawatan di HIC Nursing selepas Raudah banyak kali mengadu yang dia rasa tak selesa dan asyik betulkan bahagian leher dan kepala dalam keadaan yang menakutkan.

Susah betul nak terangkan sebab setiap kali dia rasa sakit dan tak selesa dia akan cuba tegangkan otot di bahagian leher.

Leher boleh terseliuh atau terkehel ke? Sakit demam panas kita boleh tuam atau bagi minum air Kelapa nak bagi kebah.

Tapi kalau berkaitan dengan tulang dan benda yang tak kelihatan dengan mata kasar memang kena rujuk pada yang pakar untuk dapatkan rawatan yang sesuai.

 

Bone-alignment-HIC-Nursing


 

Rawatan Chiropractic Untuk Sakit Leher

Diah tahu tentang HIC Nursing sebab ada satu video rawatan yang viral dekat TikTok, warga emas yang mengalami masalah postur badan bengkok dan tak boleh baring. 

Jadi dia tidur dalam keadaan duduk di kerusi. Kesian betul. Selepas menjalani beberapa kali sesi rawatan chiropractic Pakcik tu dah boleh baring dan keadaan postur badan jadi lebih baik.

Sebab tu penting orang Business kena guna TikTok iklankan perniagaan. 

Diah tak pasti apa punca tulang leher Raudah boleh terkehel tapi salah satu punca yang kami perasan dan jadi habit dia dari kecil ialah postur badan yang salah ketika belajar.

Ini apa yang kami nampak. Sebelum tu nak bagitahu bukan niat kami nak salahkan mana-mana pihak. Waktu dia belajar di Pra Sekolah, banyak aktiviti seperti mewarna dan melukis.

Banyak kali juga aktiviti, cikgu suruh murid duduk dan siapkan kerja di atas lantai. Silapnya dekat sini, Raudah terlalu fokus dan bina postur badan yang salah.

Kalau duduk di meja dan kerusi Pra sekolah pula, postur badan dia terlalu menelengkan kepala seolah-olah macam nak makan kertas warna tu.

Lagi mengeruhkan keadaan, kerusi meja untuk murid Pra berbeza dengan murid Tahap 1 & Tahap 2. Saiz dia lebih kecil dan menyumbang kepada postur duduk yang salah.

 

Pengalaman Menjalani Rawatan Chiropractic Di HIC Nursing

Pengalaman ini adalah berdasarkan apa yang kami nampak dan terima sepanjang Raudah menjalani rawatan chiropractic.

Ikut apa Diah faham nama rawatan ni ialah Chiropractic yang kalau tarik tulang ada bunyi cracks tu. Memandangkan usia Raudah masih muda, jadi tak lah bunyi kuat dan sakit.

Sebelum tu kena buat temujanji dan ceritakan serba sedikit masalah yang dihadapi. Sampai dekat sana perlu mendaftar dan tandatangan persetujuan mendapatkan rawatan. Perlu timbang berat badan juga.


Surat-kebenaran-rawatan-chiropractic


Cuak juga waktu ni, terbayang kalau sesuatu yang tak elok berlaku tapi cepat-cepat tepis. Lagipun HIC Nursing mengaku mereka merupakan Body Setting Specialist.

Selesai mendaftar akan dibawa ke katil dan ahli fisioterapi pula akan tanya soalan keadaan bahagian yang sakit.

Soalan yang masih terpahat di ingatan ialah bila encik tu tanya, dah jumpa doktor ke belum? Kami berterus terang yang kami tak rujuk doktor.

Ahli fisioterapi terangkan serba sedikit rawatan yang akan dibuat dan mula periksa badan Raudah. Tekan-tekan dekat bahu, tulang belakang, gerakkan leher dan kemudian catat dekat kertas.


Body-alignment-adjustment


Encik tu kata tulang belakang kiri dan kanan dia senget / tak seimbang.  Waktu dia suruh Raudah duduk dan lunjurkan kaki, encik tu tunjuk yang kaki Raudah tak sama panjang.

Kaki sebelah kanan lebih pendek dari kaki kiri. Weh masa ni seram. Bila kaki tak sama itu yang sebabkan masalah sakit tulang di bahagian atas.


rawatan-chiropractic


Itu penerangan ringkas lah. Jadi apa yang dia akan buat ialah dia akan tarik semula kaki sebelah kanan yang pendek tu bagi sama semula.

Maka rawatan pun bermula. Tarik-tarik jari, tolak tulang, tekan bahagian belakang dan macam-macam la. Selesai semua rawatan, kaki Raudah dah sama panjang.

Cuma rawatan untuk tents / stimulate yang dipasang alat di belakang badan kami skip sebab Raudah menangis.

Alat tu fungsi dia untuk stimulate saraf dan rasa pedih macam kena gigit kerengga katanya.


rawatan-tent-chiropractic-HIC


Pujian harus diberikan kepada ahli fisioterapi HIC Nursing sebab sangat tenang dan lemah lembut bila buat rawatan. Lupa lah nama encik ni tapi muka dia banyak dalam TikTok HIC Nursing.

Raudah terima rawatan pada 6 April 2023 dan selepas enam bulan keadaan dia baik-baik sahaja. Dia dah tak mengadu sakit leher dan Alhamdulillah rawatan tu berkesan dekat dia.


Harga-rawatan-bone-setting


 

Caj Rawatan Bone Setting Package

Caj rawatan akan ditentukan bergantung kepada kronik atau tidak keadaan pesakit. Rawatan meliputi (jika perlu) bone setting / chiropractic, physiotherapy, tents / stimulate, drill, bone setting / chiropractic (ending).

Ada tiga pakej disediakan dan beberapa caj tambahan dikenakan.

Full Package: RM200

Medium Package: RM180

Basic Package: RM160


Harga-pakej-rawatan-bone-setting


Untuk weekend dan public holiday ada caj tambahan RM50. Korang yang berminat boleh hubungi nombor dekat bawah untuk tempahan;

 

HIC Nursing

No. 21-1A & 21, 1B, Jln. UP 1/3, Taman Ukay Perdana,

68000 Ampang Jaya, Selangor

Telefon: 03-410 25094

Whatsapp: 019-356 5094


Hydroco Pure Coconut Water, Air Kelapa Muda

Waktu kecil dulu, kalau kami adik beradik demam emak akan suruh arwah abah kait buah kelapa dan suruh minum.

Kena minum air Kelapa muda hari-hari sehingga demam kebah. Klinik adalah pilihan terakhir memandangkan keluarga kami bukan orang senang.

Air Kelapa muda kaya dengan khasiat, membantu memberi tenaga, mengurangkan sakit kepala dan banyak lagi manfaatnya.

Sehinggalah sekarang Diah memang amalkan minum air Kelapa muda kalau badan rasa tak sihat. Kalau di kampung memang arwah abah ada tanam pokok Kelapa jadi tak susah nak kena beli.


air-kelapa



Hydroco Pure Coconut Water, Air Kelapa Muda

Berlainan dekat bandar ni, rumah pula di awangan dan tiada tanah. Kalau nak minum air Kelapa memang kena beli, semuanya duit ya. Lah emosi pula cerita pasal duit.



farmasi-Melawati


Baru-baru ni singgah farmasi dekat rumah, cari ubat demam untuk Airis. Farmasi Melawati. Waktu nak buat pembayaran tu nampak kotak dengan tulisan Hydroco atas kaunter bayaran.

Menarik perhatian sebab dekat kotak tu ada gambar buah Kelapa. Jakun sekejap. Canggih sungguh zaman sekarang ya? Pertama kali jumpa Hydroco Pure Coconut Water dekat farmasi.


Hydroco-Pure-Coconut-Water-Air-Kelapa-Muda


Diah je ke yang tak tahu sekarang dah ada air Kelapa yang boleh dibancuh bila kita nak minum? Selama ni Diah beli air Kelapa segar tepi jalan.

Sekarang dah lebih mudah ada dalam bentuk serbuk / sachet. Air Kelapa pun dah ada dalam bentuk serbuk.



Manfaat Hydroco Pure Coconut Water

Sempat la bertanya dengan Ahli Farmasi tu tentang manfaat Hydroco Pure Coconut Water. Katanya ahli sukan dan mereka yang banyak buat aktiviti mengeluarkan peluh suka minum Hydroco Pure Coconut Water.

Satu sachet Hydroco ialah 15gram bersamaan dengan dengan 2 biji kelapa muda hijau yang besar. Orang yang bersukan suka minum sebab ianya merupakan cara yang paling mudah dan cepat untuk menyejukkan dan menghidratkan badan.


serbuk-Hydroco-Pure-Coconut-Water


Hydroco kaya dengan kalsium dan magnesium yang bantu atasi tekanan dan ketegangan otot terutama selepas bersukan.

Sesuai juga untuk:

  • Selepas senaman
  • Relakskan otot yang tegang
  • Penghidratan badan
  • Panas badan
  • Sukan berprestasi tinggi
  • Selepas Cirit-birit
  • Selepas Muntah
  • Demam virus (cacar air)

 


Cara Minum Hydroco Pure Coconut Water

Nak minum Hydroco ni mudah je. Hanya tuang Hydroco ke dalam gelas dan bancuhkan dengan 250ml air sejuk.

Kacau sehingga sebati dan siap diminum. Diah suka lebihkan air sebab rasa dia agak manis.


cara-bancuh-Hydroco-Pure-Coconut-Water


Dari segi rasa dan bau memang sama dengan air Kelapa fresh yang Diah selalu minum. Apa yang kurang hanyalah tiada isi Kelapa sahaja.

Bagusnya ada dalam bentuk sachet macam ni boleh buat stok dekat rumah kalau anak tiba-tiba tak sihat.

Wanita mengandung dan menyusukan anak sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.


Hydroco-Pure-Coconut-Water


Deskripsi produk yang tertera di kotak pembungkusan Hydroco Pure Coconut Water adalah seperti berikut:

No added sugar

No additives - Aditif makanan adalah bahan yang selamat dimakan yang ditambah secara sengaja ke dalam makanan dalam kuantiti yang sedikit bagi tujuan teknologi tertentu, tetapi tidak termasuk vitamin dan mineral.

  • No preservatives
  • Not made from concentrate
  • Naturally gluten free
  • Naturally fat free
  • Nature’s sport drink
  • No cholesterol
  • Source of Pottasium
  • Supports rapid hydration

 


Nak Beli Dekat Mana?

Diah beli Hydroco Pure Coconut Water di Farmasi Melawati pada harga RM6.50 satu sachet (bukan ahli). Dapat lagi murah kalau sign up jadi ahli Farmasi Melawati.

Kalau nak beli secara online pun boleh juga. Alang-alang tu beli banyak terus boleh simpan buat stok. Beli Hydroco Pure Coconut Water dekat sini. 



susu-kambing-di-farmasi


Diah jumpa juga Air Susu Kambing katanya bagus untuk bayi kuning. dan jus betik untuk rawatan alternatif demam denggi. 



jus-betik


susu-kambing


Penutup

Air Kelapa memang terkenal dengan khasiat dia untuk badan kita. Untuk yang masih boleh minum air Kelapa segar, petik belakang rumah jangan sia-siakan nikmat itu. Pesanan dari orang yang nak minum air Kelapa tapi kena beli.

Biskut Jenama Sendiri – Belian Borong

Zaman sekarang ni kalau tak pandai buat biskut pun boleh keluarkan biskut jenama sendiri. Tiada yang mustahil untuk anda jadi tauke biskut jenama sendiri.

Sebenarnya dah lama wujud sejak dulu lagi, peniaga yang keluarkan biskut jenama sendiri terutama bila menghampiri musim perayaan.

Faham sajalah bukan mudah ya nak buat biskut yang sedap dan menarik selera pembeli. Nak buat biskut kena ada modal, kemahiran, kesabaran, masa dan tenaga.

 

Biskut-Sea-Salt-Chocolate



Biskut Jenama Sendiri – Belian Borong

Lagi satu kena fikir tentang kos bahan mentah yang sentiasa naik dan kena ada dapur serta peralatan yang sesuai.

Kena tahu juga bab pembungkusan. Jual makanan ni kena labur bab packaging supaya kualiti terjamin.

Ohoi fikir pun dah penat. Jadi bila ada cara mudah untuk borong biskut jenama sendiri, penjual boleh fokus untuk menjual dan buat marketing sahaja.

Sesuai untuk korang yang pasang niat nak tambah duit poket dengan menjual biskut.


Biskut-Jenama-Sendiri


 

Borong Biskut Jenama Sendiri Di Shopee

Diah secara kebetulan tengok live penjual biskut di Shopee. Haritu masuk bakery anak kata teringin nak makan biskut Brownies Cookies tapi harga dia memang telan air liur ya.

RM28 untuk satu bekas saiz kecil. Macam terlalu mahal jadi survey dulu harga. Ternyata langkah yang bijak bila harga di Shopee lebih murah.

Tips nak dapat harga lebih murah bila beli barang di Shopee ialah beli ketika penjual buat live. Selalu ada kupon atau diskaun, ataupun paling tidak free shipping.

Diah beli dari penjual nama dia Khairul.Shop & beli dua jenis biskut; Sea Salt Chocolate Cookies dan Brownies Cookies. Produk homemade katanya.

Ini Sea Salt Chocolate Cookies. 

Sea-Salt-Chocolate-Cookies


Ini pula Brownies Cookies


Borong-biskut-Brownies-Cookies


Anggaran 50++ ketul biskut dalam satu balang 180gram Brownies Cookies dan 150gram Sea Salt Chocolate Cookies.

Apa yang bagusnya, Khairul.Shop tawarkan belian biskut secara borong, dropship dan rebrand biskut jenama anda sendiri.

Ada juga Nestume Chocolate Cookies dan Cornflakes Chocolates. Sebelum nak beli secara borong korang boleh beli sample atau tester pada harga yang cukup murah.

Kena cuba dulu baru lah yakin nak jual. Diah suka penjual menggunakan bekas yg berkualiti dan mempunyai stopper di bahagian penutup balang.

Lebih kedap udara dan biskut tahan lebih lama (anggaran minimum 3 bulan, selagi seal tidak dibuka).


biskut-jenama-sendiri-Sea-Salt-Chocolate


Cara Beli Borong Biskut Jenama Sendiri

Korang boleh survey di Shopee ramai penjual yang buat jualan secara borong. Tapi kena baca betul-betul sebab terma dan syarat berbeza setiap penjual.

Khairul.Shop menjual biskut tanpa jenama / sticker mereka. Jadi lebih mudah sebab mereka menjual dengan harga borong tanpa limit. (tertakluk kepada isu/masalah supplier bahan mentah & bekas kosong).

Boleh juga request nak tambah badam untuk Brownies Cookies tu. Nak mudah tekan je butang Chat dan tanya je mereka.

Harga Sea Salt Chocolate Cookies 150g++ (RM17.90), Brownies Cookies RM (14.95). Check sendiri Shopee Khairul.Shop sebab selalu buat promosi mana tahu korang dapat harga lebih murah.


Brownies-Cookies


Review Brownies Cookies & Sea Salt Chocolate Cookies

Diah pernah buat Brownies Cookies ni waktu Raya. Memang hazab ya, nak buat punya la lama tapi bila makan, 10 minit boleh habis satu balang.  

Nak jadikan biskut sedap pun kena guna bahan premium. Jadi faham kenapa harga dia harga kayangan.

Bila dapat beli pada harga borong dalam kuantiti yang sedikit memang rasa seronok. Anak-anak suka, kena dengan selera kami.

Agak manis dan rapuh mungkin disebabkan gula.

Sea Salt Chocolate Cookies wajar diberi pujian sebab terasa biskut premium. Coklat banyak dan cair bila di gigit.

Rasa Sea Salt yang ditabur atas biskut tu melengkapkan lagi rasa macam makan biskut orang kaya. Sesuai dijadikan hamper atau buah tangan.

 

Penutup

Untuk korang yang berhajat nak keluarkan biskut jenama sendiri dan mencari penjual untuk belian borong korang boleh hubungi Khairul.shop.


Cucur Udang Baha AG Alor Gajah Melaka

Balik Melaka hari tu suami ajak makan cucur udang dekat Alor Gajah. Dari hari tu lagi ajak makan sebab kawan satu pejabat dia tak habis-habis asyik throwback kenangan waktu belajar di UiTM Melaka dulu.

Orang kata kalau sampai Alor Gajah memang kena makan cucur udang. Kira dah jadi menu Ikon Makanan Alor Gajah.

Jadi layankan saja tekak suami. Dia ajak makan di gerai Cucur Udang Baha Alor Gajah (AG). Terkenal sebab mereka dah berniaga sejak 50 tahun yang lepas dan masih bertahan.

Dari KL kami keluar ikut tol Simpang Ampat dan kemudian terus ke Alor Gajah. Gerai ni dalam Medan Selera Menggong, berdekatan bulatan yang ada keris besar tu berhadapan Dataran Keris.

Nak makan Asam Pedas boleh cuba Kedai Asam Pedas Restoran Berkat Salam


Cucur-Udang-Baha-AG


 

Cucur Udang Baha Alor Gajah (AG) Melaka

Cuaca cerah dan panas. Tidak berangin jadi memang laju je lah kaki melangkah tak pandang kiri kanan. Sampai je destinasi terus ke gerai Cucur Udang Baha AG.

Dekat luar Medan Selera tu ada khemah / gerai menjual buah-buahan dan segala produk makanan IKS dan makanan tradisional Melaka.

Korang yang datang ke sini boleh singggah dan beli sebagai buah tangan. Ada macam-macam seperti belacan, gula Enau, Kuih Bakar Melaka, Dodol dan Wajik, kerepek dan banyak lagi lah.


gerai-Cucur-Udang-Baha-AG



Makan Cucur Udang Baha AG

Konsep makan dekat sini ialah layan diri. Pilih menu dan bayar terus di kaunter yang korang pesan tadi. Kemudian boleh pilih meja dan pesan air minuman.

Dekat kaunter penuh dengan cucur udang yang dah siap dibungkus dalam beg plastik. Memang nampak meriah dan pelanggan memang tak putus datang.


bungkus-Cucur-Udang-Baha-AG


Waktu tu baru pukul 1 tengah hari. Rasanya kalau lambat sikit mesti penuh dengan pelanggan.

Ada set makan dan juga set bungkus. Semestinya harga lebih mahal sedikit jika pilih set bungkus. Kami pilih set makan untuk dua orang.


Cucur-Udang-Baha


Belajar dari pengalaman lepas, kalau pertama kali cuba jangan la pesan banyak-banyak sebab kalau tak kena selera pasti akan membazir.

Bersyukur kami buat pilihan bijak. Set dua orang pun dah banyak cukup untuk kami berlima makan. Satu set tu ada cucur dank orang boleh tambah menu pilihan seperti Tahu, Tahu Ikan, Keropok Lekor, Popia, Otak-Otak, Ayam, Sosej, Nugget dan Telur.


menu-Cucur-Udang-Baha-AG


Menu Cucur Udang Baha AG 


Set Makan

1 orang Makan = RM3

2 orang Makan = RM5

3 orang Makan = RM7

4/5 orang Makan = RM10

 

Set Bungkus

1 orang Makan = RM3

2/3 orang Makan = RM6

4/5 orang Makan = RM10

 

Review Cucur Udang Baha Alor Gajah Melaka

Kalau ikut selera anak tekak, Diah lebih suka cucur Udang makan dengan kuah kacang berbanding sos pencicah.

Kuah sos pencicah dia warna merah dan rasa dia agak manis. Kurang pedas jadi budak-budak pun boleh makan.


sos-pencicah-Cucur-Udang-Baha-AG


Doh cucur lepas digoreng tidaklah begitu rangup tapi masih sedap dimakan. Kena pandai pilih menu tambahan akan jadikan cucur lebih sedap.

Ikut selera, Diah pernah makan cucur lebih sedap. Rasa cucur dia tidaklah mengecewakan, jadi korang patut datang dan cuba sendiri.

Seronok datang sini untuk makan santai-santai. Harga dia masih mampu bayar dengan portion yang pelanggan dapat.

Kami makan set dua orang tambah ayam, nugget dan keropok lekor. Sepinggan besar tu hanya RM9.50. Kenyang Alhamdulillah.

 

Penutup

Korang yang bercuti ke Melaka, boleh singgah ke gerai Cucur Udang Baha. Nak mudah waze je Medan Selera Menggong, gerai dia hujung sekali. InshaAllah jumpa.