Cucur Udang Baha AG Alor Gajah Melaka

Rodiah Amir
8

Balik Melaka hari tu suami ajak makan cucur udang dekat Alor Gajah. Dari hari tu lagi ajak makan sebab kawan satu pejabat dia tak habis-habis asyik throwback kenangan waktu belajar di UiTM Melaka dulu.

Orang kata kalau sampai Alor Gajah memang kena makan cucur udang. Kira dah jadi menu Ikon Makanan Alor Gajah.

Jadi layankan saja tekak suami. Dia ajak makan di gerai Cucur Udang Baha Alor Gajah (AG). Terkenal sebab mereka dah berniaga sejak 50 tahun yang lepas dan masih bertahan.

Dari KL kami keluar ikut tol Simpang Ampat dan kemudian terus ke Alor Gajah. Gerai ni dalam Medan Selera Menggong, berdekatan bulatan yang ada keris besar tu berhadapan Dataran Keris.

Nak makan Asam Pedas boleh cuba Kedai Asam Pedas Restoran Berkat Salam


Cucur-Udang-Baha-AG


 

Cucur Udang Baha Alor Gajah (AG) Melaka

Cuaca cerah dan panas. Tidak berangin jadi memang laju je lah kaki melangkah tak pandang kiri kanan. Sampai je destinasi terus ke gerai Cucur Udang Baha AG.

Dekat luar Medan Selera tu ada khemah / gerai menjual buah-buahan dan segala produk makanan IKS dan makanan tradisional Melaka.

Korang yang datang ke sini boleh singggah dan beli sebagai buah tangan. Ada macam-macam seperti belacan, gula Enau, Kuih Bakar Melaka, Dodol dan Wajik, kerepek dan banyak lagi lah.


gerai-Cucur-Udang-Baha-AG



Makan Cucur Udang Baha AG

Konsep makan dekat sini ialah layan diri. Pilih menu dan bayar terus di kaunter yang korang pesan tadi. Kemudian boleh pilih meja dan pesan air minuman.

Dekat kaunter penuh dengan cucur udang yang dah siap dibungkus dalam beg plastik. Memang nampak meriah dan pelanggan memang tak putus datang.


bungkus-Cucur-Udang-Baha-AG


Waktu tu baru pukul 1 tengah hari. Rasanya kalau lambat sikit mesti penuh dengan pelanggan.

Ada set makan dan juga set bungkus. Semestinya harga lebih mahal sedikit jika pilih set bungkus. Kami pilih set makan untuk dua orang.


Cucur-Udang-Baha


Belajar dari pengalaman lepas, kalau pertama kali cuba jangan la pesan banyak-banyak sebab kalau tak kena selera pasti akan membazir.

Bersyukur kami buat pilihan bijak. Set dua orang pun dah banyak cukup untuk kami berlima makan. Satu set tu ada cucur dank orang boleh tambah menu pilihan seperti Tahu, Tahu Ikan, Keropok Lekor, Popia, Otak-Otak, Ayam, Sosej, Nugget dan Telur.


menu-Cucur-Udang-Baha-AG


Menu Cucur Udang Baha AG 


Set Makan

1 orang Makan = RM3

2 orang Makan = RM5

3 orang Makan = RM7

4/5 orang Makan = RM10

 

Set Bungkus

1 orang Makan = RM3

2/3 orang Makan = RM6

4/5 orang Makan = RM10

 

Review Cucur Udang Baha Alor Gajah Melaka

Kalau ikut selera anak tekak, Diah lebih suka cucur Udang makan dengan kuah kacang berbanding sos pencicah.

Kuah sos pencicah dia warna merah dan rasa dia agak manis. Kurang pedas jadi budak-budak pun boleh makan.


sos-pencicah-Cucur-Udang-Baha-AG


Doh cucur lepas digoreng tidaklah begitu rangup tapi masih sedap dimakan. Kena pandai pilih menu tambahan akan jadikan cucur lebih sedap.

Ikut selera, Diah pernah makan cucur lebih sedap. Rasa cucur dia tidaklah mengecewakan, jadi korang patut datang dan cuba sendiri.

Seronok datang sini untuk makan santai-santai. Harga dia masih mampu bayar dengan portion yang pelanggan dapat.

Kami makan set dua orang tambah ayam, nugget dan keropok lekor. Sepinggan besar tu hanya RM9.50. Kenyang Alhamdulillah.

 

Penutup

Korang yang bercuti ke Melaka, boleh singgah ke gerai Cucur Udang Baha. Nak mudah waze je Medan Selera Menggong, gerai dia hujung sekali. InshaAllah jumpa.

Catat Ulasan

8Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Kawan satu ofis semua belajar dari tempat yg sama ke blh throw back tmpt makan yg sama..

    Bln 12 nanti ada family day dk Melaka.. Blh la singgah..

    BalasPadam
  2. cucur udang mmg femes..cik nor masa belajar kt uitm dlu setiap minggu klu outing mmg x miss beli..:)

    BalasPadam
  3. Nampak sedap sekali, daku jadi ngiler dan ingin coba masak di rumah nih

    BalasPadam
  4. rumah Sil kat Alor Gajah, blh la nanti tanya dia
    kena try ni
    suami ciknur peminat cucur udang

    BalasPadam
  5. waahhhh nampak sedap set cucur udang tu! hehehe

    BalasPadam
  6. Cucur udang yang tentunya sedap ini. Mantap.

    BalasPadam
  7. Sebenarnya ini sama tak dengan Rojak pasembur? Kemarin di Penang saya ke gurney drive dan ada banyak yg jual Rojak pasembur. Saya lihat ada cucur juga, tahu, Anek fishcake dan banyak lagi lah. Di potong2 lalu siram kuah. Mirip dengan di atas.

    Memang kemarin tuh di Melaka kurang sangat 3 hariπŸ˜„. Saya cuma eksplor JONKER. Next time, saya nak eksplor daerah luar JONKER dan aneka kulinernya πŸ˜‰

    BalasPadam
  8. tak terlintas nak cari ni kalau dtg melaka... next trip bolehh cuba cari

    BalasPadam
Catat Ulasan