Rawatan Bone Setting, Body Alignment & Adjustment

Rodiah Amir
6

Korang pernah dengar atau tahu tak tentang rawatan “Body alignment & adjustment” atau pun chiropractic? Popular di kalangan mereka yang ada masalah dengan tulang terkehel dan seangkatan. 

Dalam artikel kali ni Diah nak kongsikan pengalaman kami bawa Raudah ke Home Intensive Care Nursing (HIC) untuk rawatan chiropractic.

HIC Nursing menawarkan rawatan fisioterapi dan merupakan juga “Bone Setting Specialist (chiropractic), Body Alignment & Body Adjustment (Fisioterapi)”. 

Artikel agak panjang jadi pastikan baca sehingga habis untuk tahu punca dan rawatan yang kami cuba untuk Raudah yang baru berusia tujuh tahun.

Banyak je pusat rawatan yang tawarkan rawatan Chiropractic tapi kami pilih HIC Nursing sebab syarikat Bumiputera dan beragama Islam.

Mulut perawat tak lekang baca doa, asyiklah minta maaf risau pesakit tak selesa dan mereka ambil berat tentang aurat. 

Perwat dan Ahli fisioterapi dia pakai glove semasa buat rawatan. Ada Ahli fisioterapi lelaki & juga perempuan.


HIC-Nursing


Rawatan Bone Setting (chiropractic) , Body Alignment & Adjustment 

Kami setuju nak dapatkan rawatan di HIC Nursing selepas Raudah banyak kali mengadu yang dia rasa tak selesa dan asyik betulkan bahagian leher dan kepala dalam keadaan yang menakutkan.

Susah betul nak terangkan sebab setiap kali dia rasa sakit dan tak selesa dia akan cuba tegangkan otot di bahagian leher.

Leher boleh terseliuh atau terkehel ke? Sakit demam panas kita boleh tuam atau bagi minum air Kelapa nak bagi kebah.

Tapi kalau berkaitan dengan tulang dan benda yang tak kelihatan dengan mata kasar memang kena rujuk pada yang pakar untuk dapatkan rawatan yang sesuai.

 

Bone-alignment-HIC-Nursing


 

Rawatan Chiropractic Untuk Sakit Leher

Diah tahu tentang HIC Nursing sebab ada satu video rawatan yang viral dekat TikTok, warga emas yang mengalami masalah postur badan bengkok dan tak boleh baring. 

Jadi dia tidur dalam keadaan duduk di kerusi. Kesian betul. Selepas menjalani beberapa kali sesi rawatan chiropractic Pakcik tu dah boleh baring dan keadaan postur badan jadi lebih baik.

Sebab tu penting orang Business kena guna TikTok iklankan perniagaan. 

Diah tak pasti apa punca tulang leher Raudah boleh terkehel tapi salah satu punca yang kami perasan dan jadi habit dia dari kecil ialah postur badan yang salah ketika belajar.

Ini apa yang kami nampak. Sebelum tu nak bagitahu bukan niat kami nak salahkan mana-mana pihak. Waktu dia belajar di Pra Sekolah, banyak aktiviti seperti mewarna dan melukis.

Banyak kali juga aktiviti, cikgu suruh murid duduk dan siapkan kerja di atas lantai. Silapnya dekat sini, Raudah terlalu fokus dan bina postur badan yang salah.

Kalau duduk di meja dan kerusi Pra sekolah pula, postur badan dia terlalu menelengkan kepala seolah-olah macam nak makan kertas warna tu.

Lagi mengeruhkan keadaan, kerusi meja untuk murid Pra berbeza dengan murid Tahap 1 & Tahap 2. Saiz dia lebih kecil dan menyumbang kepada postur duduk yang salah.

 

Pengalaman Menjalani Rawatan Chiropractic Di HIC Nursing

Pengalaman ini adalah berdasarkan apa yang kami nampak dan terima sepanjang Raudah menjalani rawatan chiropractic.

Ikut apa Diah faham nama rawatan ni ialah Chiropractic yang kalau tarik tulang ada bunyi cracks tu. Memandangkan usia Raudah masih muda, jadi tak lah bunyi kuat dan sakit.

Sebelum tu kena buat temujanji dan ceritakan serba sedikit masalah yang dihadapi. Sampai dekat sana perlu mendaftar dan tandatangan persetujuan mendapatkan rawatan. Perlu timbang berat badan juga.


Surat-kebenaran-rawatan-chiropractic


Cuak juga waktu ni, terbayang kalau sesuatu yang tak elok berlaku tapi cepat-cepat tepis. Lagipun HIC Nursing mengaku mereka merupakan Body Setting Specialist.

Selesai mendaftar akan dibawa ke katil dan ahli fisioterapi pula akan tanya soalan keadaan bahagian yang sakit.

Soalan yang masih terpahat di ingatan ialah bila encik tu tanya, dah jumpa doktor ke belum? Kami berterus terang yang kami tak rujuk doktor.

Ahli fisioterapi terangkan serba sedikit rawatan yang akan dibuat dan mula periksa badan Raudah. Tekan-tekan dekat bahu, tulang belakang, gerakkan leher dan kemudian catat dekat kertas.


Body-alignment-adjustment


Encik tu kata tulang belakang kiri dan kanan dia senget / tak seimbang.  Waktu dia suruh Raudah duduk dan lunjurkan kaki, encik tu tunjuk yang kaki Raudah tak sama panjang.

Kaki sebelah kanan lebih pendek dari kaki kiri. Weh masa ni seram. Bila kaki tak sama itu yang sebabkan masalah sakit tulang di bahagian atas.


rawatan-chiropractic


Itu penerangan ringkas lah. Jadi apa yang dia akan buat ialah dia akan tarik semula kaki sebelah kanan yang pendek tu bagi sama semula.

Maka rawatan pun bermula. Tarik-tarik jari, tolak tulang, tekan bahagian belakang dan macam-macam la. Selesai semua rawatan, kaki Raudah dah sama panjang.

Cuma rawatan untuk tents / stimulate yang dipasang alat di belakang badan kami skip sebab Raudah menangis.

Alat tu fungsi dia untuk stimulate saraf dan rasa pedih macam kena gigit kerengga katanya.


rawatan-tent-chiropractic-HIC


Pujian harus diberikan kepada ahli fisioterapi HIC Nursing sebab sangat tenang dan lemah lembut bila buat rawatan. Lupa lah nama encik ni tapi muka dia banyak dalam TikTok HIC Nursing.

Raudah terima rawatan pada 6 April 2023 dan selepas enam bulan keadaan dia baik-baik sahaja. Dia dah tak mengadu sakit leher dan Alhamdulillah rawatan tu berkesan dekat dia.


Harga-rawatan-bone-setting


 

Caj Rawatan Bone Setting Package

Caj rawatan akan ditentukan bergantung kepada kronik atau tidak keadaan pesakit. Rawatan meliputi (jika perlu) bone setting / chiropractic, physiotherapy, tents / stimulate, drill, bone setting / chiropractic (ending).

Ada tiga pakej disediakan dan beberapa caj tambahan dikenakan.

Full Package: RM200

Medium Package: RM180

Basic Package: RM160


Harga-pakej-rawatan-bone-setting


Untuk weekend dan public holiday ada caj tambahan RM50. Korang yang berminat boleh hubungi nombor dekat bawah untuk tempahan;

 

HIC Nursing

No. 21-1A & 21, 1B, Jln. UP 1/3, Taman Ukay Perdana,

68000 Ampang Jaya, Selangor

Telefon: 03-410 25094

Whatsapp: 019-356 5094


Catat Ulasan

6Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. nice info. kena perhatikan anak anak buat kerja sekolah dengan posture badan betul sejak awal la camni kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Kita pun yang dewasa memang kena jaga postur

      Padam
  2. Berguna banget ini ....iya kadang postur tubuh saat duduk atau berdiri gak sempurna, bahkan selalu bawa beban tas di salah satu bahu terus meneruspun bisa bermasalah

    BalasPadam
  3. Mungkin ramai yang tercari2 rawatan ni
    Bayaran pun agak mesra pengguna

    BalasPadam
  4. good sharing Diah, nanti bolehlah try sbb tak jauh dari kawasan kita kan

    BalasPadam
  5. Waaah ternyata kaki tak sama panjang bisa dibenarkan oleh terapi ini yaa 👍👍. Ada beberapa teman saya yg kakinya tak sama panjang, jadi berpengaruh ke cara jalannya.

    Saya jadi pengen cari tempat rawatan seperti ini di Indonesia, soalnya suami pun ada masalah Ama pinggangnya.

    BalasPadam
Catat Ulasan