Kedai Repair Handpone Sri Serdang - Gila Gadgets

Phone korang rosak, tapi tak tahu nak repair dekat mana? Hai korang! Pernah tak berdepan dengan situasi phone tiba-tiba rosak? 

Handphone terpadam tiba-tiba, bateri cepat habis, dan paling bahaya handphone jadi panas waktu tengah guna. 

Tak dapat nak bayangkan kesukaran dan kacau bilau hidup bila phone buat hal. 

Maklumlah zaman sekarang telefon terutama handphone menjadi medium utama kita berkomunikasi dengan kawan, mencari informasi di internet, dan berhibur di media sosial. 


gila-gadgets-sri-serdang



Kedai Repair Handpone Sri Serdang - Gila Gadgets

Perhatian untuk warga Serdang, Sri Kembangan dan kawasan berdekatan, yang mencari tempat untuk repair phone murah, servis berkualiti dan pekerja yang berpengalaman korang boleh ke Gila Gadgets yang teletak di Taman Sri Serdang. 

Dalam entri kali ni Diah nak kongsikan dengan korang tentang pengalaman Diah ke kedai repair handphone di Sri Serdang iaitu Gila Gadgets. 

Kongsi dengan korang juga supaya senang jadi rujukan di masa hadapan jika handphone korang perlu di repair. 

Nak cari lokasi kedai ni mudah je, Gila Gadgets terletak betul-betul berhadapan dengan Medan Selera Sri Serdang. Signboard kedai pun besar mudah nak cari.  

Orang Sri Kembangan mesti familiar dengan kawasan sini. 




Repair Handphone Face To Face 

Dah sampai sini,korang boleh terus rujuk dengan pekerja Gila Gadgets yang ada di kaunter. Cerita je masalah handphone yang korang hadapi. 

Mereka ramah dan bersedia nak bantu korang. Tak perlu risau sebab jurutenik Gila Gadgets akan repair handphone dan bedah depan mata korang, secara face to face. 


baiki-phone


Jadi tiada isu kecurian atau tukar spare part. Semua ni sebab nak tunjukkan yang mereka telus dan boleh dipercayai.

Oh ya, apa yang bagusnya, pemeriksaan telefon adalah percuma tau. Korang boleh tanya kalau ada apa-apa soalan. 

Selepas masalah dikenal pasti, Gila Gadgets akan beritahu jenis kerosakan dan jumlah kos pada harga yang berpatutan untuk baik pulih telefon. 


testimoni-gila-gadgets-harga-murah


Jika handphone korang mengalami kerosakkan minor, telefon korang boleh siap dibaiki dalam masa setengah jam sahaja. 

Tetapi jika melibatkan kerosakkan yang lebih teruk jangkamasa telefon untuk siap dibaiki adalah lebih lama bergantung kepada stok alat ganti dan tahap kerosakkan. 

Waktu ni korang buat pilihan sama ada nak terus baiki atau tidak. Nak survey terlebih dahulu pun boleh. 

Ikut pengalaman Diah, seeloknya jangan tangguh tau, nanti kerosakkan jadi lebih teruk dan lebih mahal pula. 

Dekat sini disediakan tempat menunggu, sofa yang empuk untuk pelanggan jadi tak penat nak tunggu. 


gila-gadgets-service


Servis Perkhidmatan Gila Gadgets Sri Serdang

Gila Gadgets Sri Serdang menawarkan khidmat baik pulih phone seperti di bawah:  

  • Tidak Boleh On
  • Tidak Boleh Mengecas
  • Skrin Retak / Kosong / Ghost Touch / bergaris
  • Retak Penutup Belakang
  • Bateri Kong
  • Kamera Depan & Belakang Rosak
  • Perisian (Logo tersekat / Bypass )
  • Motherboard iPhone & Android
  • Kerosakan Air



testimoni-gila-gadgets-LCD



Selain itu boleh membaiki laptop dan Macbook juga (bergantung kepada cawangan). 

  • Servis pemasangan semula dan peningkatan sistem pengendalian 
  • Servis Pembaikan dan penggantian perkakasandan perisian
  • Servis pembuangan virus dan perisian hasad

Gila Gadgets merupakan kedai milik Bumiputera, dan merupakan jenama yang bukan calang-calang di Malaysia kerana pengalaman dan kepakaran membaiki telefon. 


testimoni-gila-gadgets-best-shop


Telah bertapak lama dalam industri pembaikan telefon bimbit dan menjadi pilihan pengguna. Sehingga ke hari ini, Gila Gadgets mempunyai 7 cawangan: 

  1. Sri Serdang
  2. Hulu Langat
  3. Taman Permata
  4. Senawang
  5. Shah Alam
  6. Dataran Senawang
  7. Semenyih



Kedai Menjual Aksesori Telefon 

Alang-alang dah sampai dan sementara tunggu telefon dibaiki korang boleh cuci mata tengok aksesori telefon di Gila Gadgets. 

Terdapat lebih 1001 jenis aksesori telefon dijual pada harga yang rendah dan ada jaminan. Ada juga Powerbank, Gaming Headphone, Pembesar Suara, Speaker, Selfie Stick, USB Cable dan banyak lagi. 


aksesori-telefon


Jadi apa tunggu lagi, untuk korang yang nak dapatkan servis perkhidmatan repair handphone GILA GADGETS SRI SERDANG boleh terus ke alamat di bawah: 

Gila Gadgets Sri Serdang  – Phone Repair, Service & Accessories

No. 3274, Jalan 18/36, Taman Sri Serdang, 

43300 Seri Kembangan, Selangor


Waze : Gila Gadgets Sri Serdang 

Landmark : Medan Selera Sri Serdang

Waktu operasi : 10pagi - 9malam (setiap hari)

☎️ 013-650 0531      📲 https://smartphonerepairsriserdang.wasap.my

Gotong Royong Sekolah Sempena Program Mampan

Hari tu dapat jemputan dari pihak sekolah untuk program gotong royong bagi menanam bunga dan herba sesuai dengan Program Mampan yang disahut oleh sekolah.

Program Retreat Pelaksanaan Projek Sekolah Mampan di bawah KL Bersih dan Indah Local Agenda 21 Kuala Lumpur.

Program Mampan ni juga adalah salah satu kompenan untuk Sekolah Lestari. Pertama kali Diah dengar tentang Sekolah Lestari agak pening juga.

Korang boleh google sendiri tentang Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar. Tujuan Sekolah Lestari secara umumnya untuk memupuk nilai murni alam sekitar pada kalangan warga sekolah.


Gotong Royong Sekolah Sempena Program Mampan

Juga menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra alam dengan berkesan. Bukan setakat murid dan guru sahaja malah kerjasama dengan masyarakat, agensi kerajaan, dan badan bukan kerajaan.  

Bahasa mudahnya ialah ibu bapa dan sekolah nak jadikan sekolah mesra alam sekitar dan sekolah hijau.

Bila hijau kena la tanam lebih banyak pokok, betulkan saliran longkang, bersih dan buang segala barang-barang yang boleh mencemar persekitaran.

Gotong royong kali ni tidak sebesar program Gotong Royong Mega sebelum ini. Hanya AJK PIBG dan KSIB (Kumpulan Sokongan Ibu Bapa) yang dijemput untuk bantu.

Program Mampan merupakan program bersama DBKL. Kiranya pihak sekolah akan minta nasihat dan tunjuk ajar mana yang perlu.


projek-mampan



Definisi Sekolah Mampan Kuala Lumpur

Diah kongsikan definisi Sekolah Mampan Kuala Lumpur seperti di bawah:

Sekolah Mampan Kuala Lumpur adalah sekolah yang menggembeling pendidikan berkaitan pembangunan lestari dan alam sekitar.

Bertujuan untuk melahirkan warga sekolah yang mengamalkan dan membudayakan amalan kelestarian berterusan melalui proses pengajaran dan pembelajaran.

Tidak ketinggalan juga aktiviti kokurikulum serta pengurusan bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif ke arah mendokong pembentukan Masyarakat Mampan Kuala Lumpur untuk mencapai Bandar Berdayahuni.


tanam-pokok-kunyit


Projek Mampan - Tanaman Pokok Herba

Beberapa minggu sebelum itu sekolah dah war-war kan pihak sekolah akan menanam beberapa jenis tanaman herba di kawasan sekolah.

Sebagai tanda sokongan ibu bapa, murid boleh menyumbang anak pokok atau benih yang boleh ditanam.

Cikgu dah tetapkan jenis tanaman mengikut tahun. Darjah Satu sehingga Darjah Tiga digalakkan untuk sumbang Anak Pokok Cili.


tanaman-herba-sekolah


Tahun Empat boleh sumbang Halia dan murid Tahun lima dan Enam boleh sumbang Bawang Besar. Terbuka juga kalau nak sumbang tanaman herba yang lain.

Jadi gigih la pagi tu singgah ke Pasar Tani Taman Melawati beli pokok Lada. Ada rezeki anak-anak mudah je urusan.

Terus gerak ke sekolah. Macam biasa sebelum bekerja keras harus la isi perut. Watku makan cikgu terangkan sedikit sebanyak maklumat dan agihkan tugas.



Diah dan ibu bapa lain kena bantu cikgu untuk bersihkan Taman Herba yang lama jadi kena bersihkan, dan pindahkan tanaman ke tempat lain.


Jadi Petani Moden

Hari tu memang merasa la menjadi petani moden segera. Penat tu tak boleh nak ungkap walhal bukan buat banyak pun.

Tapi faham sajalah bila nak menanam pokok kena tebas buang segala rumput, kemudian gemburkan tanah guna cangkul lepas tu kena korek lubang tanam anak pokok.

Oleh sebab tiada pengalaman tanam pokok jadi sukarela nak bantu tanam pokok Kunyit. Alhamdulilah siap dengan bantuan beberapa murid dan ibu bapa yang hadir.

Balik tu memang lenguh satu badan tapi gembira sangat-sangat. Kata cikgu nanti bila pokok semua keluarkan hasil boleh lah di jual dan boleh tambah dana kepada sekolah.


Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Sederhana Tapi Bermakna

Tahun ini sedikit berbeza perasaan menyambut ulang tahun kelahiran. Susah nak terjemahkan dalam bentuk ayat.

Alhamdulillah, masih lagi diberi keizinan untuk hidup di atas muka bumi. Masih lagi bernafas, sihat tubuh badan dan dikelilingi keluarga dan orang tersayang.

Kalau sebelum ni bulan kelahiran Diah adalah bulan paling dinanti sepanjang tahun. Tapi sekarang bila semakin sedar yang masa semakin suntuk, rasa makin takut pula.

Bersyukur sangat dengan segala jenis perasaan yang Tuhan bagi.


birthday-celebration-Restoran-Seniman

 

Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Sederhana Tapi Bermakna

Menginjak satu lagi tangga umur bermaksud selangkah lagi dekat dengan kematian. Baki kehidupan yang tiada siapa pun tahu kecuali Tuhan.

Kalau semak semula, berapa banyak je kebaikan dah buat. Taubat entah boleh bilang dengan jari. Rasa kerdil betul bila audit diri.

Lebih bermakna, tahun yang rasanya paling banyak Tuhan beri rasa dan jentik hati dengan apa yang sedang berlaku ke atas rakyat Palestin.

Kita dekat sini berada dalam keadaan aman damai, tenang, masih dapat makan dan minum, sedangkan saudara kita dekat sana berjuang untuk hidup.

Apa yang jadi pada mereka memang menjadi tamparan kesedaran dalam hidup. Sungguh menginsafkan dan mengajar erti syukur.

 

Tarikh Ulang Tahun Kelahiran Jatuh Pada Hari Deepavali

Tahun ini kebetulan tarikh hari lahir sama dengan tarikh sambutan Deepavali. Jadi extra special sebab semua orang bercuti.

Dah berniat dari awal nak balik kampung jumpa emak dan adik beradik kemudian jumpa kawan-kawan rapat waktu kerja dulu.

Tiada sambutan, tiada acara potong kek. Dah berusia ni, hanya ingin berada bersama orang tersayang terutama ahli keluarga.

Hujung minggu balik bercuti jumpa emak, ziarah kubur arwah abah dan balik KL awal sebab nak jumpa kawan-kawan.


ziarah-kubur


Rezeki dapat bersihkan kubur abah, dapat bergelak ketawa dengan emak, bergurau dan sesi curhat dengan adik beradik.

Itu kenangan paling mahal bagi Diah. Hadiah yang bermakna.


Jumpa Kawan-Kawan Sempena Ulang Tahun Kelahiran

Seminggu sebelum tu kami dah setuju nak berjumpa di Pavillion Bukit Jalil. Oleh sebab Diah tak pernah sampai jadi serahkan bulat-bulat urusan memilih tempat kami berjumpa kepada kawan-kawan.

Semua perancangan nak jumpa kawan-kawan adalah last minute tapi seronok dapat jumpa. Dapat makan dan duduk bersembang berjam pun tak apa.


reunion-birthday


Kami makan di Restoran Seniman, betul-betul berhadapan dengan kedai MR DIY. Besar ya Pavillion Bukit Jalil. Mewah dan banyak pilihan.

Makan-makan di Restoran Seniman. 


Restoran-Seniman


menu-Restoran-Seniman


Special dekat sini nama menu dia memang kelakar. Diah makan Nasi Goreng Haji Bakhil, kalau ikut apa yang dihidangkan ialah Nasi Goreng Seafood.

Harga agak mahal (RM28 sepinggan), rasa pula sedang-sedang saja. Nasi goreng dia kering. Tapi takpe rezeki dapat makan di situ.


nasi-goreng-seafood

Untuk anak-anak macam biasa pilih menu yang tak pedas. Spaghetti adalah menu seperti biasa. Anak bujang makan Kuew teow daging. 


Spaghetti


 

Ucapan Selamat Ulang Tahun Kelahiran

Untuk diri sendiri, terima kasih kerana tak putus asa dan berjuang sehabis baik. Terima kasih kerana tidak merosakkan amanah yang Allah beri.

Semoga Allah SWT sentiasa memberikan taufik, rahmat, barakah serta lindungan kesihatan, hidayah dan redhaNya. Semoga diri sentiasa dalam lindungan Yang Maha Esa.

Diah terima banyak ucapan di Whatsapp, Facebook dan semua mendoakan yang baik-baik. Semoga doa yang baik-baik berbalik kepada kalian.

Tahun ni terkejut dapat mesej ucapan dari emak kawan Diah waktu belajar Ijazah di UiTM Shah Alam. Maaf ya makcik lama tak bertanya khabar.

Terima kasih atas doa makcik. Terharu makcik masih ingat saya.


duck-birthday-gift


Buat Croffle Guna Puff Pastry Sendiri Di Rumah

Setelah sekian lama berhajat nak buat sendiri Croffle dekat rumah akhirnya tercapai juga impian tu. Selepas banyak kali tertangguh.

Terpengaruh nak cuba, lepas banyak kali tengok video resepi Croffle lalu lalang dekat For You Page (FYP) TikTok.

Peminat Croffle sila hadir dan baca artikel ni sampai habis. Diah tunjuk step by step buat Croffle menggunakan Puff Pastry.

Croffle merupakan kacukan Crossaint dan Waffle. Ikut bacaan ianya dipopularkan di Korea Selatan dan kemudian tersebar di seluruh dunia.

Crossaint dimasak menggunakan mesin waffle. Maka terhasil lah waffle yang leper dan rangup.


Croffle-Puff-Pastry-frozen



Buat Croffle Guna Puff Pastry Sendiri Di Rumah

Banyak café moden yang menjual Croffle dan menghidangkan kepada pelanggan dengan pelbagai topping sama ada buah atau pun sirap coklat.

Waffle dekat Gula Cakery pun sedap, makan denga aiskrim chocolate. 


coklat-Croffle


Kalau makan dekat luar kita tak boleh nak kawal tahap kemanisan, jadi bila buat sendiri pandai-pandai la nak letak apa ikut selera kita.

Dalam artikel sebelum ni Diah ada kongsikan tentang waffle maker warna merah yang Diah beli dari TikTok Shop.

Suka waffle maker tu sebab dapat tiga plate berbeza. Plate untuk grill buat sandwich, plate donut dan plate waffle. 

Tujuan utama beli sebab nak buat Croffle, gigih sangat nak cuba. Boleh buat menu sarapan pagi (croffle dan scramble egg) atau minum petang (croffle, buah, manisan).


wafffle-maker-Croffle

coklat-Croffle


 

Resepi Croffle Guna Puff Pastry

Kalau ikut resepi yang Diah kongsikan ni memang teramat lah mudah. Hanya perlukan dua bahan iaitu Puff Pastry dan gula.

Lagi banyak topping, maka banyak lah bahan perlu ada. Gula dan pastry ni adalah bahan asas untuk buat croffle.

Kalau korang ada stok Crossaint sejuk beku dekat rumah boleh guna yang tu lagi sedap. Tak kira apa jenama pun. 

Bahan utama kena ada ialah puffpastry, Diah guna jenama Kawan. Guna saiz besar, dapat banyak dan kalau tak habis boleh simpan buat stok.  


KAWAN-Puff-Pastry


Perkara pertama kena sediakan Crossaint terlebih dahulu. Jadi kena gulung pastry menjadi bentuk seakan-akan crossaint.


stok-frozen-Croffle-Guna-Puff-Pastry

 

Cara Buat Crossaint Instant Guna Puff Pastry

Potong pastry kepada empat segi sama besar. Kemudian potong lagi sehingga menjadi lapan bahagian. Boleh rujuk gambar dekat bawah.


cara-buat-Croffle-Guna-Puff-Pastry


Dah jadi lapan bahagian sama besar, korang potong serong menjadi segi tiga setiap satunya. Jumlah croffle untuk satu pastry adalah 16 ketul saiz mini.

Gulung dari bahagian yang lebar menjadi bentuk crossaint. Lekatkan hujung pastry menggunakan air (jika perlu). Siap gulung boleh la masak menggunakan waffle maker.


cara-gulung-Puff-Pastry


Salutkan croffle dengan gula. Oleskan mentega pada plate waffle maker dan kemudian masukkan croffle ke dalam waffle maker.

Hanya ambil beberapa minit untuk croffle masak. Nak dapatkan croffle yang garing, masak lama sikit. Boleh makan begitu saja atau boleh makan bersama sirap coklat.

Kalau tak mahu Croffle yang manis boleh juga masak bersama hirisan daging nipis.


waffle-maker-Croffle-Guna-Puff-Pastry


 

Penutup

Resepi Croffle guna Puff Pastry dan buat sendiri dekat rumah sesuai untuk yang nak kawal pengambilan gula, yang nak buat Croffle tapi macam dekat café, dan yang suka  memasak.

Selamat mencuba.