Tip Diet Yang Betul Untuk Kuruskan Badan

Tip Diet Yang Betul Untuk Kuruskan Badan

Jom jujur, berapa kali ayat dah diet tapi tak kurus pun keluar dari mulut masing-masing? ke aku je membebel tak kurus ni? 
Selalu aku akan dapat feedback yang tak menyenangkan bila aku suarakan keinginan aku nak kurus.

“Nak kurus bahagian mana lagi? Nak kecil mana lagi weh, kau kurus la”

Serius aku rasa terhina. Dengan ketinggian aku hanya 152cm, berat yang ideal sepatutnya tak lebih 45kg. Aku ni dah terlajak ok, terlajak. Itu sebab aku concern sangat nak kurus selain daripada memang nak kurus untuk sihat.

Secara luaran memang la tak nampak lemak aku yang berlipat itu, tapi yang tersembunyi tu mana orang nak tahu. kah kah kah.

Aku sempat kurus sekejap dan dapat berat idaman masa habis pantang anak ketiga. Lepas beberapa bulan berat aku semakin bertambah sebab aku addict susu pekat manis. 

Badan aku memang pantang dengan susu pekat manis, cepat je mengembang. Apa pun mula dengan kira BMI korang normal atau tidak. 


Cara Nak kuruskan Badan

Jenis-Jenis Diet

Hasil tinjauan terhadap orang sekeliling dan juga pembacaan aku, rupa-rupanya ada banyak jenis diet yang orang buat untuk kurus. Kalau selama ni aku familiar dengan diet Atkins je. 

Selain diet Atkins, ada Diet Keto, Diet Paleo, Diet Mediterranean dan Diet KKM. Ini 5 jenis diet beserta contoh supaya korang lebih faham. 

Sila jangan terperanjat kalau korang pun macam aku baru tahu. Malaysia kan suka ikut trend, jadi diet pon ikut perubahan masa dan trend terkini. 

Majority orang yang aku kenal amalkan diet Atkins, ada yang berjaya dan ada yang buat ikut musim. Sebelum aku teruskan membebel, aku hanya berkongsi apa aku baca. 

Kalau korang nak mengamalkan mana-mana diet sila lah berjumpa doktor dan ambil nasihat pemakanan. Semak dulu tahap kesihatan terutama, kolestrol, gula, darah dan jantung anda.

Kena Ingat Tujuan Asal Diet

Diet bermaksud makan dengan seimbang. Kena ada buah, sayur, protein dan juga karbohidrat. Kena kurang kan manis, masin dan lemak. Untuk aku yang dah berusia 30-an ni memang sangat-sangat perlu menjaga pemakanan.

Jadi bila orang tu cakap dia nak diet kena faham dia nak jaga / kawal pemakanan bukan sekadar nak kurus tapi nak fit dan sihat.

Peringatan untuk diri aku juga, kena faham betul-betul tujuan untuk diet, sebab bila tiada tujuan mula la rancangan diet tu ke laut dalam. Sesat. Kena faham kepentingan diet dan apa manfaat kita dapat baru lah semangat tu ada.


Cara Nak Kurus Dengan Diet Yang Betul

Kebiasaanya kalau diet mesti kita diet sorang-sorang kan? Contoh dalam keluarga, selalunya yang ada kesedaran nak kurangkan berat badan cuma ibu. 

Bukanlah kata semua tapi majoriti. Sebaiknya, satu keluarga kena jaga pemakanan.

Nasihat aku kalau nak jaga pemakanan kita kena faham dulu tabiat atau rutin kita. Betul tak corak pemakanan kita amalkan selama ni? 



Kementerian Kesihatan Malaysia adalah rujukan paling tepat kalau korang nak rujuk dan dapatkan info makanan sihat.

Please jangan ambil mudah dengan makan ubat tapi belajar cara yang betul untuk kurus. Jangan mudah terpedaya dan paling penting sebanyak mana kawalan pemakanan kepentingan senaman dalam kehidupan mesti diutamakan juga. Nak kurus nak sihat kena selalu positif dan bahagia.

Tahun depan dah masuk 2020 pun, aku berdoa sangat bila usia semakin menginjak tua, aku akan terus sihat tubuh badan dan tak susahkan pasangan atau anak-anak nak jaga aku. kita tak tahu apa akan berlaku masa depan kan? Masa sihat ini lah kita ambil kesempatan.

Selamat kurus kawan-kawan.


Resepi Bihun Sup Simple Mak Mertua

Aku tak pernah sangka akan suka bihun sup simple yang mak mertua aku masak untuk cucu-cucu dia. Kebiasaan kalau balik kampung siapkan sarapan keluarga, mak mertua mesti akan buat dua versi. 

Satu pedas dan satu tak pedas khas untuk cucu. Rajin la hai. Contoh kalau pagi tu menu adalah bihun, jadi akan ada bihun goreng pedas untuk orang dewasa dan bihun sup simple untuk cucu-cucu.

Resepi Bihun Sup Simple Mak Mertua

Entah apa mak mertua letak semua sedap je dekat tekak aku. Aku kagum bihun tu masih sedap sebab mak mertua tak guna ajinomoto pun. 

Masa awal-awal kahwin agak lambat juga aku nak faham cara mak mertua aku masak. Dasar selow. Kahkahkahkah.


Resepi Bihun Sup Simple


Berbalik kepada resepi bihun sup simple, memang mak mertua akan tumis bahan rencah, masukan sayur dan fish cake, telur dan campur sekali bihun dalam kuali. 

Tapi serius bihun tu tak la benyek. Dia tak la selembik yang aku sangka. Jadi nice je nak gigit. Entah apa petua mak mertua guna, bihun sup tu mesti ada kuah. Aku pernah cuba tapi tak tahan lama, habis sup tu meresap dalam bihun.


Cara mak mertua masak bihun sup simple seperti berikut:

  • Setengah Peket Bihun
  • Tiga ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah
  • Belacan
  • Fish cake
  • Sawi
  • Satu biji telur
  • Garam
  • Air


Resepi Bihun Sup Simple Diet

Cara-cara memasaknya:

  • Tumbuk halus bawang putih dan bawang merah. Masukan juga sedikit belacan dan hancurkan. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk tadi.
  • Setelah naik bau, masukan pula fish cake dan goreng seketika. Masukan air secukupnya untuk dijadikan kuah.
  • Biarkan kuah menggelegak kemudian pecahkan telur. Perasakan dengan garam. Kemudian, masukan Sawi yang telah dipotong kecil.
  • Akhir sekali masukan bihun dan kacau sehingga bihun lembik. Masukan bihun bila kuah betul-betul menggelegak. Tutup api dan boleh dihidangkan.
  • Masa pertama kali nampak mak mertua buat memang pelik lah. Lama-lama jadi favourite anak beranak. Bihun juga boleh digantikan dengan mee kuning. Sesuai untuk anak-anak kecil yang tak makan pedas.


Selamat mencuba.




Cara Membuat Wanpaku Sandwhich - Resepi

Meriah sana sini orang bercakap pasal Wanpaku Sandwhich. Oleh sebab tak nak kalah, maka gigih google what is Wanpaku Sandwhich. 

Rupa-rupanya Wanpaku Sandwhich dah popular sejak tahun lepas, kenapa dekat Malaysia baru nak viral? Cis. Masa tengok Wandpaku Sandwhich memang banyak versi, paling suka sebab ianya berwarna-warni di Aidilfitri kau.

Semestinya Wanpaku Sandwhich ni banyak jenis, tapi yang pastinya persamaan mereka adalah sandwhich ni berbentuk segi empat dan penuh dengan isi, sayur mayur dan kurang pasti versi sebenar dia adakah untuk sihat atau tidak.

Cara Membuat Wanpaku Sandwhich - Resepi

Apa maksud Wanpaku?

Masa mula-mula dengar nama Wanpaku aku ingat nama orang lol. Begitu sadis kan? Kahkahkah rupa-rupanya Wanpaku adalah Sandwhich yang berasal dari Jepun. 

Orang putih juga turut teruja meniru Wanpaku. Sebut Wanpaku bunyi “vangpaku”

“Wanpaku dalam bahasa Jepun membawa maksud naughtiness atau nakal, biasanya digunakan untuk menggambarkan lelaki muda yang aktif secara fizikal”


resepi Wanpaku Sandwhich

*credit image to justonecookbook

Kalau tengok saiz Wanpaku Sandwhich memang agak besar dan penuh dengan isi. Ada yang buat lapisan sayur dan ayam, ada yang lagi kreatif tambah tahu goreng dan telur rebu. 

Ada yang buat versi sihat dan kurus langsung tak letak apa-apa sos mahupun bahan perasa. Bagus makan sandwich ni sebab banyak sayur. Baik untuk kesihatan badan & kecantikan kulit.

Paling tertarik cara susunan sayur dan segala isi yang disusun dalam sandwhich tu. Bila potong dia nampak cantik sangat. 

Dari segi saiz sesuai sangat untuk perut Malaysian yang kuat makan. So far aku tak la sampai teruja nak merasa.

Sandwhich Wanpaku Mula Viral


Aku rasa rakyat Malaysia memang cepat teruja dan suka sangat mencuba terutama bab makanan. harapnya Sandwhich Wanpaku versi sihat ni akan tersebar secara meluas dan dapat tukar cara pemakanan kita.

Segan weh bila baca graf Malaysia paling tinggi kes obesiti di Asia. Syahdu rasa bila dengar budak sekolah rendah dah kena kencing manis. 

Nak salahkan siapa budak semuda itu kena penyakit berbahaya? Sendiri mau ingat la kan.

Resepi Sandwhich Wanpaku


Resepi Sandwhich Wanpaku boleh dibuat dalam banyak versi. Terpulang ikut kesukaan korang. Boleh letak segala sayur dan sos kesukaan masing-masing. Antara sayur yang dicadangkan:

  • Asparagus
  • Avocado
  • Bayam
  • kubis
  • Tuna
  • Wortel
  • Tomato ceri
  • Timun
  • ham,
  • ayam belanda
  • Edamame
  • Telur (direbus / digoreng)
  • Ayam panggang

*Boleh rujuk Blog justonecookbook.com untuk versi Wanpaku Sandwhich Non Halal. Sila adjust bahan-bahan ikut kesukaan.

Antara yang dicadangkan untuk mendapatkan Sandwhich Wanpaku yang cantik dan sihat korang kena ikut tip macam dekat bawah ni:

  1. Pilih Empat atau lima bahan yang mempunyai warna yang berbeza dan menarik mata memandang sebagai contoh sayur dan protein yang mempunyai warna merah, oren, kuning, hijau, ungu dan putih.
  2. Susunan bahan-bahan amatlah penting supaya Sandwhich kukuh, tidak serabut dan kemas bila dipotong. Susun bahan mengikut ketebalan. Mula dengan bahan yang nipis di bahagian bawah seperti salad, bahan bersaiz tebal seperti telur rebus di bahagian tengah dan seterusnya bahan yang lebih flexible seperti hirisan lobak di bahagian atas.
  3. Cara balutan Wanpaku Sandwhich mestilah kemas dan ketat kalau tak mesti habis berterabur masa nak potong. Boleh tengok website di bawah ni aku kongsi cara dia lipat.


Semoga Wanpaku Sandwhich versi sihat akan terus tersebar dengan jayanya. Selamat mencuba untuk korang yang teringin nak rasa. Aku masih setia dengan Sandwhich dekat Subway sebab mudah tunjuk dengan jari je.


Review ArtBox Malaysia 2019


Review ArtBox Malaysia 2019

Bulan lepas aku sempat ke ArtBox Malaysia yang bertempat di Sunway City Kuala Lumpur, Outdoor Open Air Carpark atau lebih tepat lagi, betul-betul dekat dengan Sunway Pyramid mall tu. Ini merupakan kali pertama aku join ArtBox. Kalau tak silap aku, 2019 adalah tahun kedua ArtBox diadakan. 

Menurut penganjur, Artbox ni mendapat inspirasi dari Pasar Malam dekat Bangkok tu. Kalau korang pernah ke Pasar Malam Bangkok, dekat sana memang meriah dengan makanan, musik dan juga jualan barang-barang yang cute dan rare.


Tahniah Artbox Malaysia di atas penganjuran Karnival Artbox yang memang happening. Sebelum tu, aku ada buat give away dekat Instagram aku. Memandangkan aku dapat dua pass extra jadi aku berbesar hati kongsi dengan kawan-kawan dekat Instagram. Tahniah korang yang menang.

Terima kasih Shopee Malaysia sebab sponsor rodiahamir.com dan kawan-kawan ke ArtBox Malaysia 2019. Aku dapat pass ke viewing deck yang hanya orang tertentu je boleh naik serta empat cocktail dari booth Shopee. Khas Shopee sediakan untuk pengunjung bertuah.


8 Perkara Menarik Tentang ArtBox Malaysia

Apa yang menarik di Artbox Malaysia?

Meh sini aku cerita apa yang menarik dekat ArtBox ni. Mula dibuka seawal jam tiga petang sehingga 10.00malam. Datang awal supaya korang boleh enjoy apa yang ditawarkan dekat sini.

ArtBox Malaysia 2019

#1 Tarikan utama ArtBox adalah makanan dan juga sangat insta worthy sebab banyak port cantik untuk ambil gambar.

#2 Ada persembahan daripada artis-artis tempatan, jadi korang boleh lepak santai dengan kawan-kawan sambil makan dan duduk atau berbaring. Serius weh, kerusi, buaian dan beanie disediakan. Memang syiok habis.

ArtBox Malaysia


#3 Selingan aktiviti daripada vendor yang turut serta seperti Shopee, FoodPanda, Celcom, Sunway, Boost, La Cremeria dan menawarkan hadiah menarik untuk pengunjung yang sporting untuk turut serta dalam game yang disediakan.

#4 Salah satu tarikan utama di ArtBox ini adalah makanan yang dijual dekat sini. Kalau korang yang jenis suka mencuba makanan-makanan baru terutama dessert dekat sini lah tempatnya. Makanan Thai, corndog cheese viral, ice cream, burger dan banyak lagi. Pendek kata makanan hipster

ArtBox Malaysia

#5 Selain makanan, dekat ArtBox ada jual pakaian, aksesori telefon, barang perhiasan rumah, bag, kasut, dan barang-barang cute macam frame gambar, lukisan dan banyak lagi. Eh cantik lah rambang mata.

#6 Khas untuk mereka yang ada pass masuk korang boleh tangkap gambar dekat viewing deck yang disediakan. Dari atas boleh selfie dan tangkap gambar cantik.

ArtBox Malaysia X Shopee


#7 Vendor seperti seperti Shopee, FoodPanda, Celcom, Sunway, Boost, La Cremeria, dan banyak lagi aku tak sempat nak jenguk masa tu semuanya tawarkan hadiah menarik dan sesuai untuk korang dapatkan maklumat lanjut tentang aplikasi mereka.

ArtBox Malaysia X FoodPanda

#8 Untuk yang suka ambil gambar, banyak angle cantik terutama waktu malam dengan lampu-lampu yang dipasang. Serius cun.

Overall pengalaman ke ArtBox Malaysia memang menyeronokan. Dapat habiskan quality time dengan family, makan makanan sedap dan paling penting create moment bersama-sama. Semoga tahun depan dapat datang lagi.

Mungkin untuk penambahbaikan untuk event tahun depan, ArtBox Malaysia boleh banyakkan lagi gerai makanan Halal, sistem pembayaran yang fleksibel, boleh tambah kipas atau fikirkan tentang pengaliran udara sebab Malaysia memang panas dan jemput lebih ramai selebriti dan selitkan informative talk.