Cara Membuat Wanpaku Sandwhich - Resepi

by - October 13, 2019


Cara Membuat Wanpaku Sandwhich - Resepi

Meriah sana sini orang bercakap pasal Wanpaku Sandwhich. Oleh sebab tak nak kalah, maka gigih google what is Wanpaku Sandwhich. Rupa-rupanya Wanpaku Sandwhich dah popular sejak tahun lepas, kenapa dekat Malaysia baru nak viral? Cis. Masa tengok Wandpaku Sandwhich memang banyak versi, paling suka sebab ianya berwarna-warni di Aidilfitri kau.

Semestinya Wanpaku Sandwhich ni banyak jenis, tapi yang pastinya persamaan mereka adalah sandwhich ni berbentuk segi empat dan penuh dengan isi, sayur mayur dan kurang pasti versi sebenar dia adakah untuk sihat atau tidak.

Apa maksud Wanpaku?

Masa mula-mula dengar nama Wanpaku aku ingat nama orang lol. Begitu sadis kan? Kahkahkah rupa-rupanya Wanpaku adalah Sandwhich yang berasal dari Jepun. Orang putih juga turut teruja meniru Wanpaku. Sebut Wanpaku bunyi “vangpaku”

“Wanpaku dalam bahasa Jepun membawa maksud naughtiness atau nakal, biasanya digunakan untuk menggambarkan lelaki muda yang aktif secara fizikal”

resepi Wanpaku Sandwhich

*credit image to justonecookbook

Kalau tengok saiz Wanpaku Sandwhich memang agak besar dan penuh dengan isi. Ada yang buat lapisan sayur dan ayam, ada yang lagi kreatif tambah tahu goreng dan telur rebus, ada yang buat versi sihat dan kurus langsung tak letak apa-apa sos mahupun bahan perasa.

Paling tertarik cara susunan sayur dan segala isi yang disusun dalam sandwhich tu. Bila potong dia nampak cantik sangat. Dari segi saiz sesuai sangat untuk perut Malaysian yang kuat makan. So far aku tak la sampai teruja nak merasa.

Sandwhich Wanpaku Mula Viral


Aku rasa rakyat Malaysia memang cepat teruja dan suka sangat mencuba terutama bab makanan. harapnya Sandwhich Wanpaku versi sihat ni akan tersebar secara meluas dan dapat tukar cara pemakanan kita.

Segan weh bila baca graf Malaysia paling tinggi kes obesiti di Asia. Syahdu rasa bila dengar budak sekolah rendah dah kena kencing manis. Nak salahkan siapa budak semuda itu kena penyakit berbahaya? Sendiri mau ingat la kan.

Resepi Sandwhich Wanpaku


Resepi Sandwhich Wanpaku boleh dibuat dalam banyak versi. Terpulang ikut kesukaan korang. Boleh letak segala sayur dan sos kesukaan masing-masing. Antara sayur yang dicadangkan:

  • Asparagus
  • Avocado
  • Bayam
  • kubis
  • Tuna
  • Wortel
  • Tomato ceri
  • Timun
  • ham,
  • ayam belanda
  • Edamame
  • Telur (direbus / digoreng)
  • Ayam panggang

*Boleh rujuk Blog justonecookbook.com untuk versi Wanpaku Sandwhich Non Halal. Sila adjust bahan-bahan ikut kesukaan.

Antara yang dicadangkan untuk mendapatkan Sandwhich Wanpaku yang cantik dan sihat korang kena ikut tip macam dekat bawah ni:

  1. Pilih Empat atau lima bahan yang mempunyai warna yang berbeza dan menarik mata memandang sebagai contoh sayur dan protein yang mempunyai warna merah, oren, kuning, hijau, ungu dan putih.
  2. Susunan bahan-bahan amatlah penting supaya Sandwhich kukuh, tidak serabut dan kemas bila dipotong. Susun bahan mengikut ketebalan. Mula dengan bahan yang nipis di bahagian bawah seperti salad, bahan bersaiz tebal seperti telur rebus di bahagian tengah dan seterusnya bahan yang lebih flexible seperti hirisan lobak di bahagian atas.
  3. Cara balutan Wanpaku Sandwhich mestilah kemas dan ketat kalau tak mesti habis berterabur masa nak potong. Boleh tengok website di bawah ni aku kongsi cara dia lipat.


Semoga Wanpaku Sandwhich versi sihat akan terus tersebar dengan jayanya. Selamat mencuba untuk korang yang teringin nak rasa. Aku masih setia dengan Sandwhich dekat Subway sebab mudah tunjuk dengan jari je.


You May Also Like

0 Comments

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.