Resepi Bihun Sup Simple Mak Mertua

By Rodiah Amir - October 14, 2019

Resepi Bihun Sup Simple Mak Mertua

Aku tak pernah sangka akan suka bihun sup simple yang mak mertua aku masak untuk cucu-cucu dia. Kebiasaan kalau balik kampung siapkan sarapan keluarga, mak mertua mesti akan buat dua versi. Satu pedas dan satu tak pedas khas untuk cucu. Rajin la hai.

Contoh kalau pagi tu menu adalah bihun, jadi akan ada bihun goreng pedas untuk orang dewasa dan bihun sup simple untuk cucu-cucu.

Entah apa mak mertua letak semua sedap je dekat tekak aku. Aku kagum bihun tu masih sedap sebab mak mertua tak guna ajinomoto pun. Masa awal-awal kahwin agak lambat juga aku nak faham cara mak mertua aku masak.

Dasar selow. Kahkahkahkah.

Resepi Bihun Sup Simple


Berbalik kepada resepi bihun sup simple, memang mak mertua akan tumis bahan rencah, masukan sayur dan fish cake, telur dan campur sekali bihun dalam kuali. Tapi serius bihun tu tak la benyek. Dia tak la selembik yang aku sangka. Jadi nice je nak gigit.

Entah apa petua mak mertua guna, bihun sup tu mesti ada kuah. Aku pernah cuba tapi tak tahan lama, habis sup tu meresap dalam bihun.


Cara mak mertua masak bihun sup simple seperti berikut:

  • Setengah Peket Bihun
  • Tiga ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah
  • Belacan
  • Fish cake
  • Sawi
  • Satu biji telur
  • Garam
  • Air


Resepi Bihun Sup Simple Diet

Cara-cara memasaknya:

  • Tumbuk halus bawang putih dan bawang merah. Masukan juga sedikit belacan dan hancurkan. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk tadi.
  • Setelah naik bau, masukan pula fish cake dan goreng seketika. Masukan air secukupnya untuk dijadikan kuah.
  • Biarkan kuah menggelegak kemudian pecahkan telur. Perasakan dengan garam. Kemudian, masukan Sawi yang telah dipotong kecil.
  • Akhir sekali masukan bihun dan kacau sehingga bihun lembik. Masukan bihun bila kuah betul-betul menggelegak. Tutup api dan boleh dihidangkan.
  • Masa pertama kali nampak mak mertua buat memang pelik lah. Lama-lama jadi favourite anak beranak. Bihun juga boleh digantikan dengan mee kuning. Sesuai untuk anak-anak kecil yang tak makan pedas.


Selamat mencuba.




  • Share:

You Might Also Like

2 comments

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.