Cara Pendaftaran Daftar Satu 2018

by - September 28, 2017


Assalamualaikum

Alhamdulillah minggu lepas berjaya setelkan urusan 
pendaftaran sekolah Ikhwan – Darjah 1 tahun 2018. Lega. 

Masih ingat perasaan aku masa mula-mula hantar dia ke taski Abim tahun 2016 dulu. 
Alahai sekejap je masa berlalu. Register Taski ABIM
Tak lama lagi Darjah satu pulak.

Untuk kali ke dua ke Sekolah ni adalah untuk menyerahkan 
semula surat tawaran kemasukan ke Darjah satu ambilan 2018. 
Proses dia adalah:

Pertama - Sekitar March 2017. 

Mohon kemasukkan sekolah (isi borang dan serahkan bil serta dokumen berkaitan). Tunggu surat tawaran dari pihak sekolah samaada berjaya atau tidak. Kena beli sampul surat dan stem. Permohonan Darjah 1

Kedua – Sekitar September 2017. 

Terima surat Tawaran ke Darjah Satu melalui surat yang di pos. 
Kena serahkan surat tawaran ke Sekolah beserta dokumen yang diperlukan. 
Pihak sekolah akan bagi fail mengandungi borang detail tentang pelajar 
dan ibu bapa serta buku peraturan sekolah untuk dibaca. 


tu buku peraturan disiplin aku suruh Ikhwan baca setiap kali cuti
Borang yang lengkap harus di isi dan dikembalikan 
semasa Hari Orentasi dijangka pada December 2017. 


Borang Maklumat murid ni biar abah dia la isi
Surat panggilan juga akan di hantar melalui pos dan 
dijangka terima semasa November/December nanti. 
Submit Surat Tawaran

Jangan lupa untuk sediakan dokumen yang diminta:

1. DUA salinan sijil lahir murid
2. SATU salinan kad pengenalan bapa
3. SATU salinan kad pengenalan ibu
4. SATU salinan slip gaji terkini bapa
5. SATU salinan slip gaji terkini ibu
6. SATU salinan sijil bikah/cerai ibu bapa. [yang bercerai kena sertakan surat hak penjagaan anak untuk rujukan pihak sekolah. 

Dokumen kena submit nanti
Sekarang tengah plan masa sesuai nak shopping barang persekolahan dia pulak. 
Kalau ikut jangkaan bulan December aku dah betul-betul sarat tu. 
Kena plan elok-elok. 

Sekarang dalam dilemma kalau beli sekarang risau terlepas 
peluang SALE dan HARGA JIMAT. 
Kalau beli lambat risau aku yang tak larat bawa perut. 
Nak harap abah dia seorang kesian pulak. 

You May Also Like

0 comments

Entri Popular Bulan ini

SUBSCRIBE NEWLETTER