#Honestreview Rawatan Eczema Terbaik Perlu Tahu
Entry lepas entry susah hati anak kena eczema asyik menggaru sampai
mak bapak bagai nak hilang nyawa. Kali ni nak share review pasal satu Klinik di
Wangsa Delima yang provide best consultation sebab doctor sangat friendly, calm
dan paling penting guna safe product untuk pesakit eczema.
Syukur Alhamdulillah atas pertolongan Allah berikan.
Tak sempat nak snap gambar apa bagai tapi kalau waze sangat
la senang nak jumpa Klinik ni dan kalau nak senang waze masukkan address Klinik Mediviron Wangsa Delima.
Yang ni focus kepada penyakit kulit. Semua bahan bacaan dan promotion/campaign
kat dinding klinik pasal selulit, kedut, eczema etc.
Sekali lagi aku ulang tayang address: landmark paling senang
nak jumpa Klinik mediviron adalah depan WangsaWalk Mall, bangunan sebaris
dengan Bank Islam.
Dr Kevin Menezes
Klinik Mediviron Wangsa Delima
No 5, Kedai D Wangsa, Block 1C
Jalan Wangsa Delima 12
Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur
Tel: 03-41428640
Fax: 03-41428634
Consultation hours:
Monday - Friday : 9am-10pm
Saturday : 9am-9pm
Sunday : 2pm-10pm
Doctor Kevin explain sambil conteng kertas; Eczema berasal
dari perkataan Latin bermaksud Kulit Kering, so doctor kata kalau kering kena
la lembapkan. Kan senang tu, itu kata dia la. Dia tak tahu gelisah melanda aku
semenjak anak sakit.
tulisan doctor cakar ayam |
Tapi betul la kalau anak sakit ni mak bapak jadi hilang
pertimbangan. Segala benda jadi kelam kabut. Alhamdulillah Doctor Kevin advised
ada dua step kami as parent kena ikut: mandikan dan lembapkan.
1. Baby bath – shower bath and oil
Aku tunjukkan yang previous doc kasi jenama Ezerra tapi
doctor kata yang tu tak cukup moist. So dia recommend DermaVeen memang
betul-betul moist. Sebab sekali minyak dalam tu.
2. Moisturising lotion – pun guna apa
doctor suggest.
Sebelum doctor recommend shower bath, cream sapu and lotion
Doctor dah soal siasat apa cream yang aku sapu kat Raudah. Aku pon beria tunjuk
gambar yang aku snap hari tu. doctor geleng kepala bila aku sebut aku sapu
cream Hydrocort. A big NO sebab itu adala STEROID. BAHAYA.
Sedih mak nak. Patut la bijik-bijik merah and gatal kau
berulang-ulang. Puas mak pantang makan. Kau tetap menggaru.
ubat makan, cream sapu, lotion and shower & bath oil |
Tips:
1. Kena control eczema dari baby. If sampai 6 tahun then still
jadi maksudnya kena dapatkan further treatment. Kalau after 6 years dah tak
kena so putus terus penyakit tu dengan baby.
2. Setiap orang ada Eczema cuma teruk atau tidak sahaja. So
memang kena jaga supaya tidak diserang Eczima iaitu dengan menjaga kelembapan
kulit. Of cos selain dari tu kebersihan dan makanan.
3. Untuk Asian kebanyakkan serasi dengan Cetaphil dan
DermaVeen. Dermaveen lebih murah sedikit berbanding Cetaphil. Doctor kata
banyak je product untuk Eczema tapi harganya MAHAL.
4. Since aku memang fully BF aku tanya la aku kena pantang
makan or tak, doctor bagitahu yang tak perlu pantang pon. Sangat jarang
gatal-gatal eczema disebabkan oleh factor makanan. Tapi cuba la elak kan kacang
sebab penyakit allergic kacang memang wujud kan?
Pastu kalau ikut Doctor Pakar Kanak-Kanak dia suruh aku buat
allaergic test. Doctor Kevin sarankan tak payah buat allergic test sebab kos
dia mahal (600++) dan kalau buat pon nanti result dia tak begitu membantu.
Alhamdulillah, kami kena bayar RM240 untuk cream sapu, ubat
gatal (makan), mandian dan lotion. Balik tu aku terus mandikan anak aku then
apply cream tu. pastu sapukan lotion seluruh anggota badan termasuk kulit
kepala.
Raudah nampak selesa lepas siap semua. Malam tu dia tidur
lena. Pagi tu dah nampak perubahan. Merah-merah dah slow-slow hilang. First
time dia lena tidur semenjak 24 October 2016. Now ketika entry ni ditulis kulit
Raudah dah putih cerah macam telur rebus. Geram.
kulit jadi kasar dan menggerutu |
belakang scarry tengok..depan apatah lagi |
Alhamdulillah, anak saya pun serasi dengan klinik dan produk ni. :D
BalasPadamSalam kak..
BalasPadamMcm mana anak akak skrg ok ke?
So mmg bagus ye doc and ubat kt klinik ni?
Waalaikumussalam in sya Allah saya buat entri perkembangan terbaru Raudah ya
PadamCatat Komen
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.