Kenapa Perlu Bercuti ke Ipoh?

Rodiah Amir
5

Dah lama plan nak bercuti dan bawa anak-anak berjalan. Kalau tahun lepas dah ke Terengganu kali ni ajak suami bercuti ke Ipoh pula. Masa ke Terengganu tahun lepas masa tu kami bercuti ber empat. 

Tapi kali ni kami bercuti berlima. Makin ramai ahli keluarga semakin besar la dugaan nak pergi bercuti tu. Tapi kali ni gagahkan diri nak berjalan juga. Alhamdulillah tercapai.

Diah pun tak tahu macam mana boleh terlintas nak bercuti ke Ipoh Perak ni. Awalnya nak pilih ke destinasi yang tak jauh sangat dari Kuala Lumpur sebab bawa anak kecil kena fikir banyak perkara.


Kenapa Bercuti ke Ipoh?  

Kena pandai pilih tempat yang mesra keluarga dan kena tabah kalau anak meragam masa bercuti tu. 

Puas berfikir akhirnya kami sepakat pilih Ipoh sebagai destinasi percutian tahun 2018 untuk keluarga kecil kami. Tak terlalu jauh dari Kuala Lumpur. 




Pencarian Dimsum Halal Ipoh

Antara benda yang dah di masuk kan dalam checklist bila bercuti ke Ipoh semestinya nak makan dimsum. Dari cerita kawan-kawan rapat kalau nak makan dimsum sedap ada dekat Ipoh. 

Memang la ada dimsum di Kuala Lumpur tapi mana sama dengan kat Ipoh kan? Sejenis perangai demi makanan, sanggup merentasi lautan api. 

Berita baik nya ialah sebaik sahaja sampai di Ipoh terus menjejak kan kaki ke Green Town Dimsum Café. Sangat-sangat berpuas hati nanti Diah buat satu entry khas untuk Green Town Dimsum Café. 






Jalan-jalan ke MAPS Ipoh 

Nak datang berjalan ke MAPS Ipoh sebab pengaruh cerita kartun Boboiboy sebenarnya. 

Jangan tak percaya Diah lagi teruja nak datang sini berbanding anak-anak, sebabnya dah khatam baca review kawan-kawan yang pernah datang MAPS semuanya seronok. 

Gambar pun cantik. MAPS ni tergolong dalam destinasi percutian untuk kanak-kanak. 

Paling penting lawatan ke MAPS ni sebagai hadiah sempena kejayaan cemerlang Ikhwan Hafeez dalam akademi dia dan hadiah ulang tahun ke tujuh pada 1 September lepas. 


Syurga Makanan dan Kopi

Bagi Diah Ipoh adalah antara destinasi syurga makanan. Untuk penggemar makanan dan juga kopi memang wajib datang sini. Jangan bosan ya kalau percutian Diah asyik cerita pasal makanan je ya. 

Lepas ni nak cari Nasi Ayam Hainan dekat Klinik Kesihatan Greenwoood, Nasi Wanggey, Mee Daud Mat Jasak dan tak lupa laksa sarang. 

Moga tercapai la hendaknya. Masih adjust masa supaya sempat merasa semua sekali. 

Untuk pencinta makanan dan juga suka kan alam semulajadi, Ipoh adalah destinasi terbaik anda untuk bercuti. Ni baru Ipoh tau, belum lagi kawasan lain dalam Negeri Perak ni. 

Paling penting tak kisah la ke mana sekali pun destinasi kita nak bercuti seisi keluarga asalkan semua bergembira dan cipta kenangan manis bersama itu yang utama. 

Update penuh untuk tempat-tempat yang Diah jejak sepanjang dekat Ipoh akan Diah kongsi kan kemudian. Semoga kekuatan tu ada.  

Catat Ulasan

5Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Selamat bercuti, jjcm dan membeli belah.

    BalasPadam
  2. Macam menarik je Ipoh, husniey tunggu next cerita ya. Happy holiday kak diah dan family

    BalasPadam
  3. My hometown...ehhh husband Lieznye hometown..tapi Liez suka sgt bila tiap kali balik Ipoh..mcm ada rasa happening bila nak balik Ipoh..dimsum tu Liez dah pernah makan..daud mak jasak,hainan nasi ayam pun Liez dah cuba..kira ipoh macam surga makanan tau

    BalasPadam
  4. Selamat bercuti diah sronok anak2 pergi bercuti

    BalasPadam
  5. tak sempat juga jumpa Diah kan...kite pun suka makan nasi ayam hainan dekat situ...

    BalasPadam
Catat Ulasan