Adakah Anda Buat Kesalahan Seperti Ini Dalam Tempoh PKP? 

Secara jujurnya sepanjang PKP yang lepas aku banyak buat kesalahan. Tapi biasalah menyesal itu hanya seketika ya kawan-kawan. Aku sempat la merasa frust seketika dan kembali bangkit meneruskan kehidupan.

Nak down lama-lama pun tak berguna, nasi dah jadi bubur pun. Bukan setakat itu sahaja, berat badan aku bagai di pam-pam. Adakah aku tertekan sepanjang PKP? Kau orang ok? Jadi untuk elak aku melakukan kesalahan yang sama di masa hadapan aku nak kongsikan kesalahan-kesalahan yang aku pernah lakukan sepanjang PKP yang lepas.

Ketahuilah amat mudah melakukan kesalahan berbanding memperbaiki kerosakan akibat salah langkah tu. Aku bukan nak takutkan kau orang okeh. Moga lepas ni bila aku hilang arah aku akan kembali baca entri ini untuk timbulkan kesedaran dalam diri.


8 Perkara Perlu Elak Sepanjang PKP

Kalau kau orang tak pernah sekali pun lakukan perkara yang bakal kau orang baca lepas ni, aku ucap tahniah dan kau orang layak terima ‘standing obviation” dari aku.

Tidak Kawal Makan

Kesalahan paling mudah dan ramai orang terjebak adalah bila tidak kawal selera makan. Segala jenis makanan masuk ke dalam badan dan tidak ambil peduli waktu makan yang betul. Biar aku ingatkan eh, sekali terlajak bertambah berat badan buruk akibatnya. Jangan menyesal dikemudian hari.

Habiskan Masa Sepanjang Hari Untuk Tidur

Selalu orang bujang guna alasan qada tidur sebab kalau hari biasa siang kena bekerja dan malam ada aktiviti lain. Jadi waktu tidur terganggu. Masa PKP dibantainya tidur sepanjang hari. Seriously tak produktif langsung.


Shopping Online

Oleh sebab tidak boleh keluar ke shopping mall sesuka hati jadi perkara terbaik adalah shopping secara online. Memang ok sangat dapat bantu pulihkan ekonomi tapi akan jadi tak bagus kalau shopping dan beli barang tak berfaedah.

Banyak juga aku beli dekat Shopee masa PKP fasa pertama dulu - SINI

Tabik spring untuk kau orang yang dapat buat belian bijak. Aku hampir-hampir jadi pengguna yang tak bijak dah hari tu. Mujur kesedaran tu datang semula. 

Malas Bersenam

Benda paling aku benci nak buat ialah bersenam. Alasan terbaik adalah sebab aku penat. Entah apa yang aku penat pun aku tak tahu. Aku syak aku terlalu banyak masa berehat. Bahaya weh. Sila jangan malas bersenam.



Tidak Membaca

Dah lah malas nak bersenam dan akibatkan lemak terkumpul di badan, nak bagi makan otak dan jiwa pun aku jadi malas. Kesian hidup aku. Semakin banyak kita membaca semakin bagus untuk jiwa dan minda kita.

Tidak Ambil Tahu Perkembangan Semasa

Sepanjang tempoh PKP aku jadi malas untuk ambil tahu tentang perkembangan semasa. Bila kawan-kawan bercerita topik semasa dalam group Whatsapp mulalah aku terkapai-kapai. Teruk betul rasanya.

Kena lah ambil tahu tanda kita cakna dan sayangkan negara.

Asyik Dengan Gajet

Siang malam dengan gajet. Kalau boleh 24 jam gajet ada di tangan. Untuk yang bujang masih ok sebab tidak ada tanggungjawab tambahan. Tapi kalau ibu bapa macam aku ni, tunggang langgang kehidupan kalau lebihkan gajet dari anak.

Jadi jangan jadi hamba gajet. Buruk aibatnya.



Tangguh Kerja

Kesalahan paling banyak aku buat sepanjang PKP ialah tangguh kerja tak kira kerja hakiki atau pun kerja sampingan. Bila bertangguh akibatnya aku kena selesaikan semua kerja last minute. Jadi boleh bayangkan kualiti dan juga result dia?

Kesimpulan

Marilah kita terutama diri aku sendiri supaya elak kesalahan-kesalahan yang aku senaraikan di atas. Aku faham bukan mudah nak elak diri terbabas dari landasan tapi kita cubalah ya.

Memang lumrah manusia sentiasa perlukan peringatan dalam bentuk nasihat dan teguran. Pesan lah kepada kawan-kawan dan ahli keluarga agar dapat ingatkan kita bila leka. Apa yang dapat aku kongsikan, untuk elak diri terus leka kena letak target dan sibukkan diri dengan aktiviti berfaedah.

Rancang jadual dan cuba follow jadual yang kau orang buat sehabis baik. Selalunya, malam sebelum aku tidur aku akan senaraikan apa nak buat esok hari. Insha Allah membantu. Kau orang cubalah.

2 Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Komen

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Lebih baharu Lebih lama