Ad Code

Musim Durian Dah Mula – Kutip Durian Gugur Belakang Rumah

Alhamdulillah, pada umur 37 tahun baru merasa perasaan bangun pagi teruja nak kutip durian gugur belakang rumah. 

Kalau ikutkan dah lama arwah abah tanam pokok durian, ada lah beberapa pokok yang survive tapi lambat betul nak tunggu dia berbuah. Sampai merajuk lah kami sebab dia tak keluar buah. 


Musim Durian Dah Mula – Kutip Durian Gugur Belakang Rumah

Arwah tanam pokok durian kampung je, itu pon dah sedap. Waktu dulu mana ada kesedaran nak tanam Musang King ke kan? Durian ada lebih dari 10 jenis, itu yang aku tahu lah. 


kutip-durian-gugur


Walaupun tuan pokok dah tiada di dunia tapi hasil penat lelah arwah dapat dirasai oleh anak cucu. Perasaan gembira tu tak boleh dibayar dengan duit. 

Mungkin sebab aku anak Felda dan aku tiada kampung yang ada dusun buah-buahan. Jadi pengalaman pertama kali kutip durian tu memberi seribu satu makna. 

Simple je tapi itu pun dah cukup buat aku bahagia. Emak kata dari awal pokok durian tu berbunga monyet dah tunjuk muka. 





Musim Durian Dah Mula – Kutip Durian Gugur Belakang Rumah

Memang geram sebab dia jatuhkan semua buah yang muda. Banyak pula tu buah yang gugur sebelum betul-betul masak.  

Ada buah yang gugur elok, ada buah yang monyet tu tebuk. Dia keliru buah tu belum masak agaknya. Itulah namanya rezeki kan? 

Dalam banyak-banyak rezeki Allah beri kepada kita terselit juga rezeki untuk makhluk lain. Lapang dada sajalah.  

Syukur juga hasil dari dua pokok durian belakang rumah emak tidak mengecewakan. Tak banyak macam orang lain tapi cukup untuk 10 adik beradik, menantu dan cucu-cucu merasa. 

Macam biasa emak akan bekukan buah durian yang gugur untuk pastikan isi dia kekal manis. Jadi mana-mana adik beradik yang tak dapat balik kampung akan dapat bahagian durian frozen. 

Itulah hati seorang emak. Selagi semua anak dia tak merasa selagi itu hati dia tak tenang. Mana yang tinggal berdekatan emak kirimkan pada adik beradik yang balik kampung. Korang yang tak ada pokok durian atau memang dari dulu beli durian boleh follow 10 tips sebelum membeli durian. 





Buat Tempoyak Durian Sendiri

Dalam banyak-banyak durian yang gugur bukanlah semua isi dia okay. Mana yang kurang sedap dimakan emak mesti akan kumpulkan jadikan tempoyak. 

Sambal tempoyak memang jadi favourite dari dulu lagi. Hanya tumbuk lada dan gaulkan bersama tempoyak. Makan pula dengan ulam timun memang akan bertambah nasi. 

Ikut cara emak ajar buat tempoyak ialah gaulkan bersama sedikit garam dan peram dalam bekas untuk beberapa hari. Lepas waktu tu dah boleh makan. 


resepi-tempoyak


Selain sambal tempoyak boleh juga dimasak dengan Ikan Patin. Terliur pula bila bayangkan Ikan Patin masak Tempoyak. Pedas dan masam. Mengancam. 

Sepanjang aku hidup pernah juga beli Ikan Patin selain dari Ikan Patin Pahang, tapi tekak tak boleh terima. 

Pernah beli Ikan Patin yang dijual di Pasar Tani Taman Melawati tetapi rasa dia sangat mengecewakan. Aku cuci dan basuh dengan tepung sebab nak hilangkan bau hanyir ikan Patin tu. 

Malangnya lepas digoreng masih ada lagi bau hanyir dan bau tanah. Rasanya isi ikan tu yang berbau tanah. Memang tak boleh telan langsung. 

Risau Pisang berbuah dua kali, sejak tu kalau teringin nak makan ikan Patin memang tunggu balik kampung Pahang je. Banyak je gerai orang jual Ikan Patin Sangkar tepi jalan Sungai Temerloh tu. 

Apa pun bersyukur sangat dengan setiap rezeki yang Allah beri untuk kami sekeluarga. Aku doakan rezeki melimpah ruah untuk korang yang membaca entri ni juga. 

Sementara musim durian masih ada, ada rezeki nak kutip buah durian gugur jadi kita enjoy sajalah. Nak makan cendol durian padu boleh makan cendol durian viral dekat Cendol Durian Runtuh Di Starparc Point. 

Durian-kampung



Post Navi

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Alhamdulillah. Rezeki anak cucu.
    Aida tukang beli je.
    Takde pengalaman kutip durian, xde kebun :) ha ha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. huhuhu beli pun puas hati kalau betul pilih. Mana tahu rezeki di masa depan ada kebun

      Padam
  2. alhamdulillah
    Rezeki yang menjadi saham akhirat untuk orang yang menanamnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu wak, bersyukur betul arwah berjasa pada tanah

      Padam
  3. syoknya diah kutip sendiri buah durian blkg umah..fresh from the oven. hat beli ni, kalau nasib baik dpt isi yang sedap, manis, tebal. tapi biasanya asik tak bernasib baik..dpt isi yang x sedap, nipis pulak tu..aihhhh, kadang tu malas nak beli durian sebab ni lah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah kak dah tua baru merasa rezeki kutip buah dekat rumah

      Padam

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.