Buat Rawatan Scalp Treatment – Rambut Gugur

Rodiah Amir
7

Diah memang kalah dan cepat rimas dengan rambut yang semakin tebal. Dengan cuaca panas sekarang ni cepat betul sakit kepala.

Minggu lepas hampir setiap hari Diah sakit kepala. Memang dari dulu tak boleh simpan rambut panjang.

Perasan juga, selepas berkahwin memang tak pernah lagi simpan rambut panjang macam zaman anak dara dulu.

Syukur suami memahami. Dia tidak menghalang juga tidak menggalakkan berambut pendek. 

Yelah dia juga yang nak tengok isteri dekat rumah, asal sedap mata memandang kira okay la.


Nieza-salon-wangsamaju


 

Buat Rawatan Scalp Treatment – Rawatan Rambut Gugur

 

Rancangan awal nak ke salon sebab nak potong rambut. Tapi bertukar jadi rawatan scalp treatment sebab rambut Diah banyak gugur.

Itu pun setelah dinasihatkan oleh pekerja salon dan ini merupakan pengalaman pertama Diah buat Scalp Treatment.

Selalu akan minta suami yang potongkan rambut. Tapi memandangkan tangan dia sakit dan masih dalam rawatan jadi terus ke salon.

Sekali sekala manjakan diri dan kiranya hadiah dari suami untuk me-time. Sebelum ni pernah cuba potong rambut di Salon Siti Alzahrah, dan SCENTUAL BEAUTY Muslimah Hair & Beauty Spa


potong-rambut-Nieza-salon-wangsamaju


 

 

Scalp Treatment & Potong Rambut Pendek

  

Untuk potong rambut kali ni Diah dah buat temujanji di Nieza Salon Muslimah Wangsa Maju yang terletak berhadapan dengan Wangsa Walk sederet Bank Islam.

Waktu temujanji adalah pukul tiga petang dan waktu tu ada beberapa pelanggan yang lain dalam salon. Tempat dia selesa dan pekerja dia pun ramah dan bersopan.

Perkara pertama adalah pekerja akan analisis keadaan kulit kepala menggunakan mesin khas (Hair Theraphy Machine) dan cadangkan rawatan.


Rawatan-Scalp-Treatment-hair-theraphy-machine



Mesin macam nak scan perut ibu mengandung tapi ini dia tonyoh alat tu dekat kulit kepala kita. 

Terpampanglah kulit kepala Diah di skrin dan dia terangkan keadaan kulit kepala yang sihat versus kulit kepala Diah.

Result: kulit kepala jenis berminyak, folikel rambut ada yang tersumbat, ada juga sedikit kelumumur dan ada masalah rambut gugur.  

 


Kelebihan Rawatan Scalp Treatment


Ikut apa pekerja tu terangkan, setiap satu folikel sepatutnya ada empat helai rambut, kalau kurang dari tu maksudnya ada masalah rambut gugur.

Jadi dia cadangkan untuk buat rawatan Scalp Treatment. Dari mula rawatan sehingga rambut di potong ambil masa lebih kurang sejam setengah.


Antara kebaikan Scalp Treatment adalah:

  • Merangsang pertumbuhan rambut
  • Menyubur dan menyihatkan rambut
  • Menguatkan akar rambut
  • Mengurangkan masalah rambut gugur
  • Mengurangkan masalah kelumumur
  • Membersihkan kulit kepala

 

Rawatan-Scalp-Treatment



Scalp Treatment Untuk Masalah Rambut Gugur


Bagusnya pekerja salon ni terangkan satu-satu proses scalp treatment dan tidaklah rasa tertanya-tanya. Lemah lembut dia buat kerja.

Mula-mula dia letak Exfoliating Scalp Serum dan sapu ke seluruh kulit kepala. Dia urut kepala tu yang seronok.  

Selesai sapu serum kemudian kena basuh rambut. Waktu basuh rambut paling Diah suka. Bila air paip yang sejuk tu kena kulit kepala rasa segar sangat.

Seterusnya, scalp treatment cream disapu pada rambut dan kepala dibalut dengan tuala. Dibiarkan selama 20 minit dan dipasangkan alat macam topi angkasa tu.

Ada lampu merah dan keluar asap. Entah saya tak tahu nama apa. Sorry. Selesai 20 minit, sekali lagi kena bilas rambut.

Selesai keringkan rambut, Langkah terakhir ialah disapukn dengan hair serum bertujuan untuk kuatkan akar rambut dan elak rambut gugur.

Selepas itu baru lah hair stylist datang dan gunting rambut Diah. Jumlah yang dibayar untuk Scalp Treatment, Cut & Wash hair untuk rambut pendek ialah RM99.


 

Review Nieza Salon Muslimah Wangsa Maju


Setelah bertahun-tahun asyik tertangguh dan selalu penuh je Nieza Salon Muslimah ni akhirnya dapat juga potong rambut dekat sini.

Pujian harus diberikan sebab pekerja dia berpengalaman (hair stylist), pekerja tak buat cross selling yang keterlaluan dan bersopan.

Diah tak rasa dipaksa untuk buat rawatan. Itu paling penting jadi kita tidak la serik nak datang lagi. 

Oh pekerja tu advise, kalau kulit kepala berminyak kena buat double cleansing (syampu dua kali) kemudian pakai perapi. 

Untuk kulit kepala berminyak macam Diah kena sapu berhati-hati dan elak kena kulit kepala. Perapi untuk ramut sahaja. 

Korang yang nak gunting rambut di Nieza Salon Muslimah Wangsa Maju elok buat tempahan awal ya.


harga-salon-nieza




Cara nak buat tempahan, boleh rujuk Instagram mereka. Nanti akan chat dengan bot mereka. Proses nak book agak panjang tapoi lengkap dengan maklumat.

Lepas book status akan jadi pending, tunggu mereka balas untuk confirmkan booking. Awalnya macam nak putus asa sebab sehari juga ambil masa untuk confirmkan slot.

 

Kesimpulan

Secara keseluruhan pengalaman buat rawatan Scalp Treatment – Rawatan Rambut Gugur di Nieza Salon Muslimah Wangsa Maju memuaskan hati. Come again? Sudah semestinya.

 

Catat Ulasan

7Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. bestnyaaa me time treatment rambut hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. masa ni jelah minta orang buat untuk kita hihihi

      Padam
  2. Rasanya salon ni ada cawangan dkt Putrajaya juga kan..
    sbb nieyl mcm pernah pergi yg dekat putrajaya punya...

    BalasPadam
  3. Sudah lama tak perawatan rambut ke salon atau klinik kak, memang rambut saya juga rontok kalau terlalu panjang,sekarang seringnya potong sendiri ,lebih praktis rambut agak pendek sebahu

    BalasPadam
  4. Murahlakan buat treatment plus gunting.

    Ammi pun sejak pakai tudung mmg rambut pendek terus. Rasa sakit kepala kalau berikat rambut pastu mmg dah jadi habit basuh rambut setiap pagi. Kalau panjang bila kala pulak nak kering, dahlah x suka pakai hairdryer

    BalasPadam
  5. Muraaaah sangaaaaat 😍😍😍. Apalagi dah include scalp treatment pula. Itu mahal kalo di sini. Dan kadang tak bisa sekali datang 😔.

    Masalah kita sama kak. Rambut gugur 😔. Rasanya memang harus datang ke hair clinic, tak bisa pakai sembarang shampoo

    BalasPadam
Catat Ulasan