Trauma Jadi Mangsa Pencuri Di Rumah Sendiri

Rodiah Amir
10

Pembuka tirai untuk tahun 2024, di hari ke 15, bulan Januari berlaku perkara yang sebolehnya Diah elak dari dulu lagi terjadi. 

Kejadian kurang menyenangkan bila berlaku kes kecurian di kediaman sendiri. ya, kejadian kecurian kecil je tapi cukup meninggalkan kesan trauma. 

Rasa tak selamat walaupun ada dekat rumah dan pencuri tu berani buat kerja. Setakat ni tak syak sesiapa pun. Entah otak blank sebenarnya. 

Betul lah kalau jadi hal kecemasan memang kena tenang berfikir dan pantas bertindak. Perkara pertama rekod segala bukti dan buat laporan kepada pihak berwajib. 


Trauma-Jadi-Mangsa-Pencuri-hilang-kasut





Trauma Jadi Mangsa Pencuri – Hilang Sandal 


Ikutkan Kawasan rumah Diah ni nak masuk kena ada access card ada guard tapi kalau orang nak buat benda jahat macam-macam cara dia boleh cuba ye tak? 

Kongsi dalam blog supaya boleh jadi kenangan dan juga rujukan untuk sesiapa yang membaca. Kejadian berlaku sekitar jam 7.30 pagi sehingga 1.30 petang. 

Tak dapat nak agak bila berlaku sebab pagi tu anak sekolah, sempat tengok grill dan sandal masih ada. Bila buka pintu nak ambil anak sekolah petang tu sandal dah hilang. 

Pelik ingatkan kot terlupa letak dalam kereta. Lepas tu perasan dawai kami pasang dekat grill kena potong bentuk segi empat dekat bahagian bawah. 

Pasang Jaring Pagar Plastik tu sebab nak elak kucing liar masuk dan kencing dekat pintu. Dekat kawasan Diah ni pun ada monyet liar. 

Tapi kalau monyet, buat apa dia nak koyak dekat bahagian bawah. Kalau monyet yang koyak, mesti teruk sebab binatang mana tahu nak cermat. 

Terus telefon suami confirmkan dan ke pejabat pengurusan rumah. Buat laporan yang perlu. Tapi tak banyak sangat boleh di ambil Tindakan dan pejabat nasihatkan untuk buat laporan polis. 

Hikmah hilang sandal Sketchers, Tuhan beri sandal baru - Larrie Cushioned Strap Sandals



Trauma-Jadi-Mangsa-Pencuri




Buat Laporan Polis Kes Kecurian


Maka kami gigih la ke Balai Polis berhampiran rumah. Eloknya pergi buat laporan ke Balai Polis ikut alamat kediaman lagi mudah kerja. 

Sampai balai kami ceritakan semua kejadian. Lancar je urusan. Tujuan buat laporan pun sebab nak jadikan rujukan pihak pengurusan rumah dan pihak berkenaan. 


police-report




Selesai buat laporan sekitar 6 petang, tunggu juga suami balik kerja. Pergi sama-sama senang sikit kerja. Buat pembakar semangat. 

Balai yang sama Diah pernah buat report untuk kes Duit Hilang Dalam Akaun Bank

Balik dari Balai Polis kami singgah ke mall. Niat nak survey CCTV. Dah sampai masanya kena pasang CCTV dekat luar rumah. 

Kedai yang kami masuk dan CCTV yang kami berkenan kebanyakkan untuk indoor Sahaja. Kalau outdoor harga lebih mahal dan perlu drill pada dinding untuk elak kena curi. 


outdoor-cctv




Panggilan Dari IPD Wangsamaju – Pegawai Penyiasat Jenayah


Dalam pukul Tujuh dapat panggilan dari IPD Wangsamaju katanya Sarjan XX nak jumpa berdasarkan report yang kami buat. 

Laju ya pihak Polis buat kerja. Cuma yang mencabarnya kami kena ke sana pukul 10 malam. Yeah pishang mat. Malam tu sejuk dan hujan pula tu. 

Dah macam dalam cerita drama ya bila jumpa Pegawai Penyiasat Bahagian Jenayah. Angkut semua anak-anak dan tunggu dalam kereta manakala kami suami isteri jumpa Pegawai. 


police-report-IPD-wangsamaju



Kami sampai on time tapi tetap kena menunggu sebab ada kes juga sebelum tu. Gigih la menunggu. Bila giliran kami, jadi mula cerita dari awal. 

Kami nyatakan kerisauan kami takut pencuri buat hal lagi. Memang dijangka lah sandal tu mustahil la nak dapat semula. 

Tiada bukti, tiada saksi dan banyak lagi benda yang tak lengkap jadi mana boleh Polis ambil tindakan. Banyak kali Diah highlight dekat suami, kami buat laporan ni perlu ke? 

Semestinya perlu bila difikirkan dari aspek keselamatan. Kali ini jadi tiada yang serius, esok lusa kalau jadi lagi macamana? 

Pegawai Polis yang kami berurusan semua sangat membantu, mesra dan baik. Banyak juga soal jawab soalan dengan pegawai penyiasat. 

Diah tanya soalan untuk puaskan hati. Kalau fikir, bila kita buat laporan dan kita tak dapat pun semula barang kita lepas tu pencuri tak dapat ditangkap pun. 

Jadi apa perlunya buat laporan? Sebenarnya penting ya. Setiap tindakan, gerak kerja Polis ni memang lengkap dan ada strategi. 

Tidak boleh semberono bila nak buat tangkapan dan paling penting kena ada bukti kukuh baru boleh bertindak. 

Jadi apa akan berlaku kepada laporan Diah tadi? Dia akan jadi data dan dimasukkan ke dalam statistic Kawasan. 

Semakin banyak data diperoleh semakin banyak tindakan boleh diambil. Contohnya lebihkan buat rondaan di kawasan tinggi data pecah rumah, kecurian dan lain-lain. 

Kalau dulu ada maklumat macam ni memang budak yang langgar kereta kami dulu kena soal siasat dah. 



appoinment-police-officer



Doa Mohon Perlindungan Daripada Dimasuki Pencuri


Waktu dalam proses nak bertenang tu sempat google cari doa mohon perlindungan daripada dimasuki pencuri. Non stop juga pasang Yasin dan ayat Qursi bagi aman rumah. 

Lepas ni boleh amalkan doa yang Diah jumpa ni. 

Selepas kunci rumah dengan baik, letakkan tapak tangan kanan ke pintu atau dinding rumah dan bacalah ayat-ayat doa seperti berikut :

1) Mengucap dua kalimah syahadah (1x)

2) Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW (3x)

3) Baca Ayatul Kursi (1x)

4) Baca Surah Yasin ayat ke-9 (1x)

“Wa ja’alna mim baini aidihim saddaw wamin kholfihim saddan fa aghsyaina hum fa hum laa yubsiruun”


Bermaksud: “Dan KAMI adakan di hadapan mereka dinding-dinding dan di belakang mereka dinding-dinding (pula), dan KAMI menutup mata mereka sehingga mereka tidak dapat melihat”.


5) Lafazkan “Bismillahitawakkaltu’Alallah”; “La haulawala khuwwata illabillah ‘ill ‘Aliyil ‘Aziim”


Semoga kita mendapat perlindungan Allah jua. Sumber dari Pusat Rawatan As-Syifa,An-Nur.


Boleh juga baca doa ini: 


pengalaman-Jadi-Mangsa-Pencuri-hilang-kasut



Doa Memohon Perlindungan dari Orang Jahat


اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَضِلَّ أَوْ أُضَلَّ أَوْ أَزِلَّ أَوْ أُزَلَّ أَوْ أَظْلِمَ أَوْ أُظْلَمَ أَوْ أَجْهَلَ أَوْ يُجْهَلَ عَلَىَّ


Bacaan latin: Allahumma inni a-'udzu bika an adhilla aw udholla, aw azilla aw uzalla, aw azhlima aw uzhlama, aw ajhala aw yujhala 'alayya.

Artinya: "Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu, janganlah sampai aku tersesat atau disesatkan (syaitan atau orang jahat), tergelincir atau digelincirkan orang lain, menganiaya atau dianiaya orang lain, dan berbuat bodoh atau dibodohi orang lain." (HR Abu Dawud dan At Tirmidzi).


Doa dah, usaha pun sudah jadi kita tawakal sajalah. 

Tags

Catat Ulasan

10Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. semoga tiada apa2 yang lebih serius berlaku..aamin

    tp nk tnya Diah, kucing tu dekat mana?kemain tengok org tulis buku...hihihi

    BalasPadam
  2. Allahuakbar
    merisaukan, skrg mcm2 cara pencuri.
    walau x penah kena perkara menakutkan jga sb jiran sblh rumah dah 2 kali kena pecah masuk.
    melalui tingkap dpn.
    betul kita org islam kena usaha cara berlindung. Allah sebaik baik pelindung hambaNya

    BalasPadam
  3. Allah..hati2 diah..dok rumah pun rasa xslamat sekarang

    BalasPadam
  4. Tindakan yg betul & bijak utk buat police report Diah. Kita tak tau apa akan berlaku in future.
    Semoga tiada lagi berulang kes sebegini 🤲

    BalasPadam
  5. Allahuakbar risaunya walau hanya sandal yg hilang.. moga dijauhkan perkara mcm ni berlaku pd sesiapa pun..

    BalasPadam
  6. Mujur la x hilang barang2 yg berharga. Abe kie pernah alami situasi begini 21 thn lps. Hilang cincin kahwin. Geram dan sedihnya!

    BalasPadam
  7. Innalillahiwainnailaihirrojiun. Risau juga kan, kawasan dah gated dan guarded dah, tapi tu la tu, kalau benda nak jadi kan. Semoga trauma Diah segera pulih ya. Semoga semuanya baik-baik aje di hari-hari mendatang.

    Selalu singgah baca tapi tak tinggalkan jejak. Masa baca hat ni, terkejut teruih.

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah semuanya selamat.. cermat sungguh pencuri tu potong..
    betul tu sis, perlu buat laporan juge.. sekurang2nya polis dah ade data.. nti kalau x rumah kite, mungkin rumah orang lain pula dimasuki pencuri.. semoga pencuri tu bertaubatlah.. dan semoga Allah kurniakan rezeki yang berpanjangan pd si pencuri spy beliau tidak perlu mencuri lagi...

    BalasPadam
  9. Berani ek buat kerja siang2 buta. Masa dia nak masuk mesti dia ckp dgn guard dia nak hantar barang ke apa kan

    BalasPadam
  10. Pencuri sekarang banyak nekad. Tapi bersyukur kakak dan orang rumah tak kenapa2 kan. Banyak case, Krn ketahuan, pencurinya jadi gelap mata dan menyakiti owner rumah.

    Dah harus sangaat hati2 berarti. Memang penting rasanya pasang cctv

    BalasPadam
Catat Ulasan