Menu Buka Puasa Waktu Cuti Sekolah

Memandangkan hidup terlalu sibuk dan tak sempat nak kongsi menu berbuka harian dengan pembaca blog jadi kita buat rumusan menu berbuka sepanjang cuti sekolah. Ada jalan mudah maka kita guna.

Cuti sekolah pun dah sampai ke penghujung. Cabaran berpuasa di rumah hampir tamat dan bermulalah cabaran berpuasa waktu sekolah pula. Sama-sama kita nantikan terutama perjalanan puasa Airis yang baru lapan tahun tu. Fasa baru untuk dia.

Kakak Raudah aku tak risau sangat. Dah darjah empat jadi dah boleh faham puasa tu apa. Jadi tak perlu nak paksa untuk puasa, lega sangat.

Ikhwan pula akan balik ke asrama hari ni. Masuk tahun ke-tiga dia berpuasa di asrama. Macam tahun-tahun sebelum ni dia request sambal bilis kering nak bawa balik untuk makan waktu sahur.

Salam-ramadan


Menu Berbuka Puasa Cuti Sekolah

Tahun lepas sempat balik kampung minta wan buatkan untuk cucu dia. Tahun ni belum ada kesempatan nak balik, jadi beli je sambal ikan bilis kering. Aku beli yang jenis kering dan tahan lama, senang nak simpan dan bawa balik asrama. 

Semalam dah borak nak bawa balik lauk dari rumah. Satu perangai si bujang ni, dia risau akan menyusahkan mama jadi dia jarang meminta-minta. Bab ni memang aku kena tanya betul-betul sebab dia macam dah set dalam kepala tidak mahu susahkan mama abah dia.

Bagusnya: lega sebab ada simpati dan empati yang tinggi dalam diri anak. Tapi dalam amsa yang sama: kami sebagai mak ayah nak bagi yang terbaik, kadang rasa terkilan juga sebab ingat dia okay walhal dia menahan diri.

Menu-Buka-Puasa-Waktu-Cuti-Sekolah


Berbuka Puasa Hari Pertama - Hari Ketiga

Hari Pertama

Masing-masing bertahan sebaik mungkin. Untuk berbuka aku masak Ayam goreng ala KFC, sambal sotong & sayur taugeh goreng. Buat air laici strawberry kegemaran Raudah.

Hari Kedua

Menu ikan keli berlado, udang tempura dan ulam timun. Udang tempura tu aku beli dekat Rosham Mart. Sedap ya, kegemaran Airis. Lebihan tembikai semalam aku blend jadi jus tembikai. Mudah dan tak membazir. Tiada gambar atas faktor usia. Sorry. 

Hari Ketiga

Hari ketiga kami keluar mencari baju melayu suami dan Ikhwan. Jadi untuk elak penat kami tapau saja. Selesai cari baju balik rumah berehat kemudian keluar semula. Cuaca panas ya amat.

  • Aku beli Bibimbap Beef dari Dubuyo.
  • Suami bungkus nasi biryani daging dari JM Bariani House.
  • Raudah dan Airis pilih Texas Chicken.
  • Kakak awal-awal lagi request burger, manakala Airis nak nasi butter dengan ayam goreng.

Menu Sahur Puasa Hari Pertama – Hari Hari Ketiga

Tahun ni kami decide tak mahu makan berat sewaktu sahur dan masing-masing bertahan sepanjang berpuasa. Makan apa yang ada dalam fridge je. Dari hari pertama hingga semalam hari ketiga; kentang goreng, telur rebus, kurma, cereal makan dengan susu.

Tadi aku buat spaghetti carbonara guna serbuk instant. Jenis ni memang penyelamat waktu sahur sebab malas fikir. Aku simpan stok dalam pantry, aku letak link dekat sini untuk korang yang nak. Beli dekat Shopee - klik sini

Menu-Buka-Puasa


Suami dan anak-anak tak banyak karenah. Cuma pesan minum air banyak tambah dengan celtic salt waktu sahur supaya tak haus sangat.

Kesimpulan

Alhamdulillah Allah izinkan kami berpuasa dan berbuka satu keluarga. Bayangkan nanti bila masing-masing dah besar, entah ada kesempatan atau tidak nak duduk makan sama-sama macam ni. Jadi untuk sekarang, aku cuba belajar appreciate masa yang ada. Umur sekarang, otak dah tak kejar yang sempurna tapi asalkan masing-masing ada.

  

Catat Ulasan

0 Ulasan