Cuba Coffizz Original ZUS Coffee

Suami belikan aku air tin Coffizz Original dari ZUS Coffee. Ini kali pertama aku cuba. Aku baru tahu yang ZUS Coffizz ialah minuman kopi berkarbonat pertama di Malaysia dalam tin.

Tak terjangkau dalam fikiran aku “kopi bergas” ni wujud. Pelik tapi benar. Korang kena bayangkan ekstrak kopi digabungkan dengan soda.

Katanya dia teringat aku masa nampak air tu. Memang dia tahu aku suka minum kopi.

Pertama Kali Cuba Coffizz Original ZUS Coffee

Dalam banyak-banyak minuman kopi, hanya Latte dan Mocha yang aku kerap minum. Lain-lain tu masih boleh ditelan tapi aku tak berapa enjoy nak minum.

Suami teruja suruh aku cuba sebab coffizz nampak lain dari kopi biasa. Walhal suami tak minum kopi ya. Gigih belikan aku setin.

Serius lawa la tin dia, dengan warna biru ZUS, nampak moden. Dalam kepala aku bayangkan kopi O sejuk yang manis dan sedap.

Rupanya, jangkaan aku silap ya.

Coffizz-Original-ZUS-Coffee


Review Jujur Coffizz Original ZUS Coffee

Dekat tin ada tulis, lebih enak disajikan dingin. Jadi aku letak dalam fridge esoknya baru aku minum. Bila buka tin, ada bau kopi tapi tidak terlalu kuat.

Tapi bila teguk yang pertama, terus rasa lain. Ada rasa masam sikit dan berkarbonat. Bergas macam soda, tapi ada rasa kopi dekat hujung-hujung.  

Coffizz-ZUS-Coffee

Otak aku macam keliru tau, bila telan banyak kali rasa macam tengah minum air Coke.  Bukan tak sedap. Cuma bukan rasa kopi yang aku biasa minum.

Aku suka kopi yang creamy, ada susu. Coffizz Original ni lebih kepada sparkling coffee. Rasa ringan, segar dan memang ada rasa masam citrus tu.

Rasa dia tidak la teruk tapi cuma tidak memenuhi jangkaan dan apa yang aku bayangkan. Tapi kalau korang nak cuba dipersilakan sebab tekak kita lain-lain. Aku letak link Shopee, beli dekat sini - klik

ZUS-Coffee-Coffizz-Original


Apa Sebenarnya Sparkling Coffee?

Ini hasil carian aku berkenaan sparkling coffee. Sebenarnya, sparkling coffee bukan benda baru. Di beberapa negara, kopi yang dicampur air berkarbonat memang sudah lama popular sebagai minuman musim panas. Konsepnya lebih kepada minuman menyegarkan berbanding kopi berat seperti latte atau cappuccino.

Kesimpulan

Pada pendapat aku, Coffizz Original ni mungkin sesuai untuk orang yang suka rasa kopi ringan, suka minuman menyegarkan dan boleh terima rasa berasid kopi.

Kalau jenis macam aku yang lebih selesa dengan latte atau kopi susu sebab perut aku cepat meragam minum jenis berasid.


Catat Ulasan

0 Ulasan