Salam Aidiladha untuk semua. Sambutan Raya Haji kali ni memang seperti dijangka, sederhana saja. Tarikh raya jatuh tengah minggu, hari Rabu. Cuti pun sehari, jadi kami pilih beraya di rumah saja.
Ambil peluang siapkan aktiviti
tertunggak sebab sebelum ni sibuk dengan game silat Airis. Curi-curi masa juga
top up lauk dekat rumah memandangkan sekarang rumah penuh anak-anak tengah cuti
sekolah.
Sehari sebelum raya aku dah siap
buat ketupat palas. Plan asal nak makan dengan rendang, tapi macam biasalah, rancangan
berubah saat akhir. Tengok apa yang ada dalam peti ais saja. Ada puyuh, maka
terjadilah puyuh masak kari.
Raya Aidiladha Kami Secara Sederhana
Lepas suami balik solat
Aidiladha, kami makan sama-sama. Ringkas, tapi cukup jadi masa berkualiti untuk
kami sekeluarga.
Pagi tu juga baru sempat call
emak di kampung. Tahun ni kakak dan adik saja balik teman emak beraya. Rindu pula nak melakukan ibadah Qurban. Adik-beradik lain berkumpul di rumah kakak sulung. Kami pula raya asing-asing.
Begitulah bila masing-masing dah ada keluarga, tak semua raya boleh berkumpul
lengkap macam dulu.
Lepas kemas rumah, kami keluar
beraya ke rumah abang ipar. Singgah beli kek di Pistachio dan beli juga KFC
sebagai buah tangan. Mereka masak lodeh dan sambal ayam. Gambar tak sempat
ambil sebab terlalu khusyuk makan dan berborak.
Dah masuk 40-an, topik borak pun
makin berubah. Banyak cerita pasal kesihatan, kehidupan dan komitmen
masing-masing. Anak-anak semakin membesar dan kami semakin menua.
Ke Aeon Sambung Beli Barang Rumah
Selesai beraya, petang tu kami
sambung beli barang rumah dekat Aeon. Solat Asar di sana. Masa lalu menuju
surau, ternampak kedai MINISO tengah kemas barang. Rupanya bukan pengubahsuaian,
tapi operasi ditamatkan. Ada notis tampal di pintu kedai.
Reality hits hard ya. Selama ni baca cerita orang di media sosial saja. Bila nampak depan mata, lain rasa dia. Zaman sekarang ramai orang sedang cuba bertahan dengan cara masing-masing. Tak kisah bisnes, kerja, komitmen keluarga. Kos hidup juga semakin mencabar.
Raya kali ni jadi peringatan
kecil untuk diri sendiri. hidup tak perlu sentiasa besar-besaran. Kadang-kadang
sederhana pun dah cukup, asalkan ada syukur, ada keluarga, dan kita masih
belajar berbelanja dengan lebih bijak.



7 Ulasan
Cie pun tak ke mana raya haji ni. Hari ni husband dah kerja. Selamat Hari Raya Aidiladha!
BalasPadamSalam Aidil Adha 🥰 Tengah belajar juga nak jadi sederhana. Nak hidup tenang tanpa perlu mengejar benda duniawi.
BalasPadamSalam aidiladha =)
BalasPadamSelamat Hari Raya Aidiladha Rodiah! Betul, raya sederhana macam ni pun sebenarnya dah cukup bermakna bila dapat luang masa berkualiti dengan anak-anak dan keluarga terdekat. Hidup sekarang memang kena banyak bersyukur dengan apa yang ada depan mata. Ada menu puyuh masak kari?lain daripada yang lain ni...x pernah jumpa lagi...tapi tu la..xde plak gambar..kalau buat lagi share gambar ye...mana tau SA nak cuba buat plak
BalasPadamEid Mubarak Diah
BalasPadamKami pun raya secara sederhana saja.
Salam aidiladha
BalasPadamSaya pun dah tak pernah raya dengan keluarga di Medan kak. Berkumpul lengkap tuh memang mukjizat lah. Secara kami adik beradik terpencar2 beda pulau tinggalnya. Terakhir bisa lengkap 2024, itupun ketemuan di KL dan Penang 😄😄.
BalasPadamZaman makin keras. Sayapun ada rasa sedih juga tiap melihat suatu bisnis harus tutup. Terpikir bagaimana nasib karyawannya kan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.